Kajian Kes : nombor belakang IC

Rodzaimie Razak :
Terima kasih Sifu Farihan & selamat malam.

Farihan Yahya :
Ada sesiapa nak bagi sifu kupas 4 digit IC sebelum sifu tidur malam ni?
Please standby tafsir al-quran siap-siap ya.
Gelak kuat deh, cer mai 4 digit IC.

Rodzaimie Razak:
Me ke? 6148 😊😊😊

Farihan Yahya :
Meh, nak tabur sikit.

6148

6. Kewangan/Ketelitian. Pola No 6 mereka hanya fikirkan kekayaan dan keuntungan. Walaupun agresif mencari rezeki mereka sukakan hal kekeluargaan. Motivasi terlampau tunggi dan takut pada kegagalan. Otak tengah mereka mencari peluang dan gandaan kejayaan. Otak kiri mampu mentafsir level penguasaan organisasi. Otak kanan sebenarnya inginkan masa dan kegembiraan sejagat dalam kehidupan. Mereka mencari rezeki sehingga mereka menjumpai diri, maka mereka akan pulangkan semula pada masyarakat.

1. Pengurusan. Pola Diri No 1 mereka hanya pandai mengurus organisasi dan mengetuai team. Sebelah otak kiri mampu mencatur manusia umpama catur untuk kejayaan team. 

4. Planner/Teknikal/HR. Pola No 4. Mereka kategori pemikir dalam apa jua masalah. Pendidik dan penyelesai masalah yang baik. Masalahnya ego tinggi dan sukar terima idea orang lain. Otak kiri mereka penuh dengan idea baru. Otak tengah mencari kesempurnaan kerja. Yang baiknya, mereka boleh mentafsir bidang baru dan kebolehan membina sistem yang bagus. Mereka hanya perlukan team yang baik untuk melaksanakan idea dan ilham mereka ke mercu kejayaan.

8. Amanah/Kesempurnaan/Gerak Rasa. Pola No 8 mereka inginkan kesempurnaan dalam segela hal. Muka ketat susah nak senyum tetapi mereka hati ada taman. Mereka ada ilham dan rasa yang tinggi dengan persekitaran. Mereka tidak pandai menolak dan sentiasa positif. Buat kerja sampai siap. Kadang-kadang mereka mendesak diri untuk berjaya awal walaupun belum sampai waktunya. Mudah terima apa jua tugas walaupun dah penat. Otak tengah mereka mencari ketenangan dan memakmurkan insan lain. Potensi bisnes dan pelaburan akan cepat bila ada pengurusan yang baik. Otak kiri sangat hebat dalam menganalisis sesuatu perkara sehingga berdebar. Otak kanan perlukan rehat dan bertenang menjalani kehidupan.

6148
617....483..348...729..438...1

617 (surah 6 ayat 17)
Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

483 (surah 4 ayat 83)
Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).

348 (surah 3 ayat 48)
Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil.

729 (surah 7 ayat 29)
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan". Dan (katakanlah): "Luruskanlah muka (diri)mu di setiap sembahyang dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ketaatanmu kepada-Nya. Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan (demikian pulalah kamu akan kembali kepada-Nya)".

438 (Surah 4 ayat 38)
Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka karena riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya.

Rodzaimie Razak :
Allahu.. 😭 Terima kasih sifu, saya sangat terharu...

Hampir 90% tepat cuma tang muka ketat tu takdak la kut sebab saya muka sentiasa tersenyum, walaupun tak senyum selalunya orang akan senyum bila tengok saya. 😊

Dan ego yang tinggi - alhamdulillah saya jenis suka merendahkan diri sebab takde sapa yang lagi hebat dari Allah. Dan suka dengar pendapat org lain, selalunya akan cuba mempertimbangkan/memperbaiki diri untuk jadi lebih baik lagi.

Farihan Yahya :
Alhamdulilah, syukur
Apa lagi nikmat Allah yang nak kita dustai kan
kalau dah kenal diri, kenal Tuhan
hilanglah ego tu
kalau tak mengenal diri itulah
yang keAKUan nya tinggi
sebab bila keAKUan tinggi
tergolong di dalam kategori Syirik Khufi Yul Khufi
yang sifu explain petang tadi

MEMAHAMI BACAAN YANG LUAS & KITARAN SECARA MENDALAM

Tarikh lahir biasa: 
watak dan karekter overall puluhan ribu manusia lahir setiap hari. Kita tak pilih tarikh lahir untuk dilahir tapi sudah ditakdirkan. Overall paten analisis.

Dalaman Tarikh Lahir: 
paten impian dan siapa dimudahkan urusan maka dia bertuah. Jatuh naik sehingga menjumpai diri sendiri kebiasannya pada average 40 tahun. Semoga Allah buka hidyah kita semua. Semuanya bermula dengan Iqra'. Belajar pelbagai bidang jika berpeluang.

4 digit IC: 
sesetengah orang didaftarkan lewat dan tarikh lewat sebab zaman PerangJepun dulu. Cuma no ic sahaja sebagai paten analisis sosiologi di negara tersebut. Baik kerjaya, bidang Industri dan hal kemanusiaan yang lain.

Waktu lahir: 
Kitaran perubahan landasan siang dan malam mengikut bulan. Membentuk zon kitaran dan energy alam. Seterusnya membentuk karekter manusia ditambah gen kedua ibubapa.

Kitaran Hijrah: 
Harian Jumat sampai Khamis membentuk zon turun naik manusia secara aturan perbulanan dan nombor harian.

Seeloknya bacaan mesti melalui semua analisis semua di atas belum dikira gen ibubapa kiri dan kanan pola manusia.

Pasti semua di atas selari. Itu yang terbaik dan ketepatan membaca 16 digit sekaligus. Ditambah wajah dan bahasa tubuh manusia. Pelbagai gaya bahasa, code bentuk muka dan cara berjalan dan aras belakang manusia. Kaki manusia menunjukkan keturunan dan keluarga. Banyak lagi penelitian yang perlu dipelajari jika ingin menjadi Pendidik Kemanusiaan dalam MSP. Ini hanya serba sedikit asas melalui Tahap Mengenal Diri Sendiri. Ke arah menjadi Insan baik dan hambaNya. Bidang lain Sifu share di lain hari. In Sha Allah.

Rodzaimie Razak :
Alhamdulillah syukur.. Terima kasih sekali lagi sifu Farihan untuk perkongsian malam ini. Sahaja aku terima ilmu malam ini kerana Allah Taala.. Amin

Farihan Yahya :
Nak tahu ka sedikit sebanyak kat bumi Malaysia
boleh cari makan macam mana
Sebab dalam diri kita sudah ada 99 pola bakat dan 999 pattern business dan kerjaya dalam diri

Jumpa satu, fokus dan buat sampai jadi pun cukup dah sebenarnya.

1 numbers boleh digunakan utk reading pelbagai aspek kehidupan manusia termasuklah kesihatan, business, ilmu parenting dan sebagainya..

Rodzaimie Razak :
Kalau sifu tak keberatan, saya memang perlukan pengetahuan tersebut. Terus terang saya memang berniat untuk resign dari MAS, cukup2 dah rasanya saya mengembara.

Farihan Yahya :
Sifu faham dah sebab itulah 6148
Strength yang sesuai ikut potensi adalah dalam bidang kewangan dan investment, service, pengurusan dan ilmu.

Rodzaimie Razak :
Terima kasih sifu, saya akan cuba cari gali lagi ilmu2 berkaitan.. buat masa ni saya memang tercari2 guru/mentor yang boleh guide saya dalam bidang berkenaan sebab unfortunately I don't have that someone/person around my circle. 😅
Semoga dipermudahkan dalam misi pencarian. 😊

Farihan Yahya :
Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in (Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan). Tuhan akan tolong pada hamba yang sujud kepada DIA.

Bangun 1/3 malam bermunajat kepadaNya
tahajud, istikharah, taubat, hajat
insyaallah dengan izinNya
DIA akan hantar yang terbaik


Popular Posts