Baik, sifu nak sambung sikit sharing lagi berkenaan Islamic Law of Attraction...
Berapa ramai yang sudah ready kertas dan pen?
BAGAIMANA HUKUM TARIKAN INI TERJADI..??
Mengikut Sains, setiap zarah terdiri daripada atom yang mempunyai elektron. Semua elektron ini mengelilingi nukleus pada orbit dan frekuensi (getaran) yang tertentu.
Frekuensi yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekunsi yang sama. Ia dapat difahami sekiranya kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam di dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan..
Begitu juga dengan minda kita senantiasa membebaskan gelombang. Gelombang sama menarik sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama. Semakin tinggi fokus yang minda berikan, semakin kuat tarikan yang berlaku.
Perasaan gembira dan benci akan menghasilkan gelombang yang berbeza. Minda positif akan menarik sesuatu yang positif datang kepada kita. Begitu jugalah dengan minda yang negatif akan menarik perkara yang negatif dalam kehidupan.
Bila kita kaji, Hukum Tarikan gelombang ini menepati hukum Allah seperti dinyatakan dalam Hadis Qudsi di bawah :
"Aku bertindak mengikut sangkaan hambaKu. Aku selalu bersama hambaKu sekiranya dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku medekatinya dalam sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekatiKu dengan berjalan, maka Aku mendekatinya dengan berlari." (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis Qudsi ini, Allah menyatakan bahawa yang Dia bertindak dengan sangkaan hambaNya. Sekiranya mereka bersangka baik kepadaNya, Allah berikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu. Sebaliknya sekiranya mereka bersangka buruk kepadaNya, Allah menganggapnya sebagai doa dan memakbulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hambaNya.
Ini adalah sebab utama agama sering menekankan sikap bersangka baik iaitu husnuzzon dalam kehidupan seharian.
Boleh follow setakat ni, selepas zuhur nanti kita sambung proses Islamic Law of Attraction yang digariskan dalam Surah Al-Fatihah....