Laman Web Penyedia Template Blog Yang Awesome




Mana nak cari Theme Blogspot yang cantik? Tidak dapat dinafikan, template Blogspot juga memainkan peranan dalam memastikan interaksi antara pengunjung dan blog lebih lancar dan sedap mata memandang.

Semua template blogspot ini boleh dimuat turun secara percuma ataupun berbayar. Yang membezakan antara percuma dan berbayar adalah dari segi designer support dan juga link kredit kepada pencipta design template tersebut.

Pasti setiap orang mempunyai pilihan bentuk dan gaya tersendiri. Cantik itu subjektif. Cantik pada kita tak semestinya cantik pada korang. Setiap template perlu beberapa ciri.

Mudah Di Edit

Mengedit template blogspot sebenarnya agak mudah walaupun jika anda baru pertama kali nak edit mungkin agak memeningkan kerana anda perlu tahu sedikit tentang kod HTML. Setelah beberapa kali anda mungkin dah terbiasa dengan sendirinya.

Responsive

Sekarang kan zaman smartphone. Jadi aku nak pastikan semua template yang aku gunakan boleh dikunjungi dengan baik dari serata jenis peranti. Maksudnya tak ade la bila pembaca datang dari smartphone tulisan macam semut atau cuma nampak separuh page je.

Grid / Magazine Style

Aku paling suka magazine style template. Kenapa? Sebab pada aku template jenis ni kelihatan lebih professional dan unik. Berbeza dengan template grid yang dulu, kini template grid lebih mudah di edit dan nampak lebih elegan.

Percuma

Nak minimumkan kos punya pasal, aku biasanya memilih untuk muat turun secara percuma je. 

Ok.

Ini adalah website template yang biasanya Blogger singgah.


Ini adalah yang paling top. Aku sangat suka template yang ada kat sini. Template yang aku gunakan sekarang ni pun aku muat turun secara percuma dari Themexpose. Dari segi kekerapan design baru aku tak berapa pasti berapa kerap, tapi dari pemerhatian aku, dalam beberapa bulan sekali akan ada design baru. Mana taknya, bukan senang nak buat template blog kan.


Di tempat kedua aku pilih laman web Gooyabitemplates. Aku rasa template blogger kat dalam laman web ni lebih banyak berbanding Themexpose. Cuma dari segi design aku rasa die kalah sikit hehe


Em..laman web ni pun ok. Tapi aku tak pernah lagi guna template dari sini. Tapi aku kerap browse dan window shopping template kat laman web ni.


Laman web ni pun ok. Banyak juga pilihan. Dan design die memang tersendiri.


Ok. Tu jelah laman web yang biasa di muat turun blogger template secara percuma. 



Popular Posts