Pengajaran Aidil Adha

Bismillah...

Assalamualaikum dan selamat pagi teman-teman semua

masih dalam mood raya ka hari ini..

Apa program hari ini..???

PENGAJARAN AIDIL ADHA

Ketika kamu mencintai yang lain lebih daripada mencintai Allah,
kamu mungkin diuji Allah sepertimana Nabi Ibrahim diuji Allah mengorbankan anak baginda Nabi Ismail.
Ketika Nabi Ibrahim sangat-sangat mencintai Ismail sehingga sibuk dengan Ismail maka ketika itu Allah meminta Nabi Ibrahim menyembelih anak baginda.

Di sinilah pengajaran besar di dalam menyambut Aidil Adha.
Bukan pengajaran yang selalu kita dengar iaitu harus berkorban untuk yang lain selain Allah.
Seharusnya MENGORBANKAN YANG LAIN kerana Allah. Mengorbankan bukan bermakna membuang. Tetapi tidak terikat dengan yang lain selain Allah SWT.

Mengorbankan wang bukan tidak perlu mencari wang. Tetapi berusaha mencari wang untuk menjalankan amanah Allah.. bersedekah, berzakat, memberi nafkah etc.

Mengorbankan anak isteri bukan membunuh atau meninggalkan mereka tetapi memastikan cinta kepada anak dan isteri tidak menghalang untuk lebih mencintai Allah. Lebih mengutamakan Allah pasti Allah Yang Maha Kasih Sayang memberikan rasa kasih dan sayang kita sesama anak isteri/suami kita.

Mengorbankan pangkat bukan membuang pangkat tetapi memastikan pangkat tidak membuatkan kita sombong, bongkak serta salah guna kuasa.
Mengorbankan masa bukan buang masa.
Tetapi menggunakan masa dengan sebaik mungkin untuk menjalankan amanah Allah SWT dengan bekerja, mencari nafkah, membantu mereka yang memerlukan, berkongsi ilmu etc.

Inilah yang dilatih di dalam penyembelihan korban. Bersedekah binatang korban untuk diberikan kepada fakir miskin. Melepaskan diri dari keterikatan harta benda untuk membantu yang susah.

Inilah pengajaran Aidil Adha yang utama. Mengorbankan yang lain agar perjalanan kita ke Allah tiada halangan/hijab.
Pengorbanan ini memerlukan kita sentiasa kembali ke Allah... masuk ke wilayah sedar Allah SWT.

Yang nak masuk syurga adalah diri kita, bukannya binatang yang dikorbankan itu.

BUKAN BERKORBAN UNTUK YANG LAIN SELAIN ALLAH.
Semoga kita semua mampu benar-benar melepaskan diri dari keterikatan dunia dan sentiasa menyedari Allah SWT setiap saat dengan mengorbankan dunia dalam erti kata sebenar.
Kita mampu menyedari Allah SWT setiap saat dan akhirnya di suatu masa kita diminta kembali secara abadi, kita tahu ke mana harus kita pulang.

Salam Aidil Adha....

Semoga bermanfaat untuk semua.

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

Popular Posts