Surah Fussilat ayat 35 (4:35)
"Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat."
Aku bersyukur hari ini masih dipinjamkan usia untuk menumpang hidup di atas muka bumi meneruskan pencarian diri dan kembali kepada fitrah.
Aku bersyukur hari ini diberi kekuatan untuk mujahadah melawan nafsu tidur dan bangun di sepertiga malam mengerjakan Solat Sunat Tahajjud serta Witir.
Aku bersyukur pagi ini dapat solat sunat qabliah Subuh dan menghabiskan bacaan al mathurat pagi.
Aku bersyukur dapat menyediakan sarapan pagi Nasi Goreng untuk diriku dan bekal suami ke tempat kerja.
Aku bersyukur semalam dapat menghantar tempahan baju customade sebanyak 30helai untuk set Halal Love premium dan 6helai set Armada Couture warna emerald green.
Aku bersyukur semalam telah terima berita dan gambar bahawa tempahan baju 47 helai set Armada Couture tempoh hari telah siap dan boleh diambil dalam minggu ini untuk pos ke Sabah.
Aku bersyukur semalam dapat siapkan video sempena Hari Lahir suami walaupun telah lewat sehari dan dapat gembirakan suami bila melihat video tersebut.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
27/9/2017
Shah Alam, 7.25 pagi