Kisah seorang Alumni UTM

Kisah seorg Alumni UTM

Tauke Al Ikhsan
⛸⛸⛸⛸

Ilmu dan petua yg sangat sangat bermanfaat bagi aku, setelah mendengar perkongsian di slot Inspirasiku bersama Tn. Haji Ali Hassan, Pengasas & Pengerusi Al Ikhsan Sports Sdn Bhd. Aku titipkan apa yang aku ingat, moga yang membaca akan dapat ilmunya juga, Insya Allah.

- Tn Hj Ali bukan datang dari keluarga yang ber bisnes. Anak bongsu dari 8 beradik. Didikan mak ayah beliau yang membentuk peribadi beliau. Masa remaja usia sekitar 17 tahun, gemar bermain bola, dan habis main duduk melepak depan rumah dengan kawan-kawan...ditegur ayahnya supaya cepat mandi & solat Maghrib. Sekali buat, ditegur, kali kedua buat, ditegur baik lagi...kali ketiga beliau ulangi, ayahnya halau beliau dari rumah. Ya, dihalau rumah kerana nakal tak berubah menjaga solat awal waktu. Sebulan Tn Hj Ali berkelana dari satu rumah kawan ke rumah kawan yang lain, menumpang tidur. Setelah sebulan, beliau sendiri yang balik ke rumah, ayahnya tak mencarinya pun. Ayahnya menyampaikan satu mesej bahawa dia sayangkan Allah lebih dari sayang anaknya.

- Kedua-dua mak ayah Tn Hj Ali gemar bersedekah. Ayahnya dulu, dapat sahaja duit pencen, 1/2 dari pencennya disedekahkan ke pelbagai tempat. Mak beliau pun kuat bersedekah. Tn Haji Ali berulang kali pernah tanya emaknya apa yang didoakan untuknya, tapi emaknya enggan beritahu. Akhirnya, emaknya ada beritahu juga...bahawa setiap hari berdoa "semoga Ali jadi orang yang berjaya, kaya..supaya boleh bagi aku duit, dan dapat aku bersedekah lebih banyak". Power nya doa emak. Tn Hj Ali berkata, memang emaknya tak reti beli2 barang, asal ada duit je, dia mesti sedekah. Kalau diberi RM5000, lepas seminggu habis digunakan wang tu untuk bersedekah. Kalau beliau bagi RM10,000...pun habis diguna emaknya ke jalan sedekah. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau di UTM belajar diploma engineering, dan emaknya meninggal dunia 2 tahun yang lalu.

- 3 prinsip / formula yang beliau pegang, dan inilah rahsia beliau berjaya dalam perniagaan:

1) Jaga Solat.
2) Berbuat baik & sayangi ibubapa
3) Sedekah, zakat.

- Lepas abis belajar di UTM Skudai, beliau tak pernah bekerja makan gaji, tapi terus meniaga peralatan sukan, yang beliau mulakan hanya dengan modal RM50 sahaja pada zaman sebagai student. Kiosk pertamanya hanya sebesar 100 kaki persegi, kecik je. Dia sorang staf, dia bos dia kuli. Masuk waktu solat, solat dalam kedai.

- Sentiasa mendahulukan emaknya. Di setiap perasmian cawangan baru, emaknya jadi VVIP merasmikan, walaupun ada VVIP lain yang hadir, contohnya Menteri Besar. Beliau set satu KPI untuk memuliakan ibunya.

- Kejayaan beliau ialah hasil berkat investment parents nya dulu. Kita as parents ambil lah tauladan ini. Mak ayah Tn Hj Ali kuat bersedekah, jaga solat, jaga solat anak-anak....dan Allah kurniakan kejayaan buat anak-anak.

- Berjayanya Al Iksan kini, mempunyai 115 lebih cawangan di serata Malaysia. Menjadi champion di Malaysia dalam industri peralatan sukan setelah hampir 20 tahun lebih FOKUS dalam industri ini. Memulakan bisnes pada 1993, bank tak pandang bila nak buat loan, supermarket mall semua pandang sinis mampu ke nak bayar kos sewa lot kedai yang bernilai 20-30 ribu sebulan, dan ketika itu pesaing non Bumi dah maju. Beliau pegang prinsip Perang Badar. NIAT yang betul dan tahu apa yg perlu dibuat, FOKUS, dan kini berjaya. Dari retailer, jadi wholesaler, dan kini jadi main distributor. Brand Asics, Canterburry, Teka..sekadar menyebut beberapa major brands, mereka ini yang mencari Al Ikhsan untuk dijadikan main distributor di Malaysia (yang sebelum ini dipegang company dari Australia, Singapore, Dubai).

- Prinsip berniaga beliau ialah BETULKAN NIAT dan FOKUS. Sebagaimana nak solat ada niat, begitulah nak berniaga. Jangan main-main. Niat kena betul kenapa nak berniaga. Dan fokus dalam bisnes yang diceburi, hingga berjaya...jangan mudah & cepat lompat-lompat bisnes bila satu bisnes tu belum buahkan hasil.

- Di ofis HQ nya yg ada 300 staf, bila sampai je kerja pagi pukul 9am, staff akan ke surau ofis untuk solat dhuha dahulu. Waktu zohor, semua staf WAJIB turun ke surau ofis untuk solat berjemaah. Dahulukan Allah, kemudian semua kerja jadi senang & berkat. Kawan beliau seorang pakar bedah jantung minta nasihat beliau, dan beliau nasihatkan tentang jaga solat awal waktu. Terbukti berkesan! Kalauh dulu selalu lengahkan solat, Asar sampai lajak hampir-hampir jam 7pm....ada aja masalah masa surgery...ada complication....tapi sejak kawannya solat awal Asar, smooth aja semua urusan pembedahan....surgery yang 3 jam selalunya boleh siap dalam masa sejam lebih...

-Syarikatnya ada team CSR nya sendiri, yang bergerak setiap minggu mencari orang susah, fakir miskin...untuk projek sedekah. Team CSR nya juga sediakan motivational talk untuk kongsi kisah kejayaan & ilmu, SECARA PERCUMA kepada banyak students university. Kenapa free? Sebab beliau dah niatkan, segala sedekah, termasuk sedekah ilmu....pahalanya untuk kedua-dua arwah ibubapanya. Kata beliau, dengan bagi talk di universiti yang ada 3000 pelajar, kalau 10% pelajar ini amalkan ilmunya, seperti jaga solat, rajin sedekah dan sayangi ibubapa, banyak saham pahala yang mengalir buat ibu bapanya...Dengan cara ini lah beliau kata beliau maintain " komunikasi" dengan kedua-dua parents nya...selain kerap ke kubur, ziarah dan sedekah bacaan Al Quran. Malahan kubur emaknya memang setiap minggu diziarahi oleh anak-anak yatim, kerana semasa hayatnya, emaknya ada 2 buah rumah anak-anak yatim. Beliau meletakkan standard yang tinggi ini dalam berbakti kepada kedua orang tuanya, supaya ahli keluarganya nampak sendiri...dan In Sya Allah amalan ini akan diteruskan oleh generasi anak cucu nya nanti.

- Pesanan akhir beliau dalam temuramah tadi ialah, AMALKAN CEPAT segala ilmu yang kita ada. Tak guna ada banyak ilmu, tapi tak amal, tak apply. Macam anak-anak muda sekarang, hari-hari rajin bacaa internet, baca ilmu itu ini, tapi tak amal....menulis kencang di FB tentang Steve Job lah....last-last nak makan pun mintak duit kat kita 😂....Analogi yang beliau beri ialah umpama kita berbicara pasal manis & sedapnyaa durian....study lah setahun pun pasal durian, tapi kalau kita tak kopek dan makan sendiri, kita tak akan tahu nikmat sebenarnya...bila kita makan je durian, tak sampai 5 min kita akan faham erti sebenar kesedapan durian tu.

-Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar

Popular Posts