Getaran Kesyukuran 04/40

Al Baqarah ayat 196 (2: 196)
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masijd Al- Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).

Aku bersyukur dapat mendengar bacaan surah-surah Juzuk Amma bacaan Imam Mishari Rashid Alafasy yang memberi ketenangan di pagi hari. 

Aku bersyukur semalam ada rezeki makan ketam masak lemak cili padi yang kami suami isteri beli di Pasar Malam tempoh hari. 

Aku bersyukur semalam dipermudahkan urusan dapat ke Sungai Buloh untuk mengambil tempahan 47 helai baju Armada Couture yang telah siap di kedai Muslimah Attire. 

Aku bersyukur semalam menerima tempahan baju baru H22 Closer dari salah seorang pelanggan yang pernah membuat belian sebelum ini.

Aku bersyukur dapat menimba ilmu mengenali diri dan Tuhan dalam group telegram Metafizik.

Aku bersyukur diberi idea untuk membuat posting di instagram dan facebook untuk design baru H22 Closer, moga mendapat lebih banyak tempahan lagi.

Aku bersyukur semalam mendapat berita gembira, semua peserta yang terpilih ke program Level Up secara automatiknya layak ke Daya e-Usahawan pada hujung bulan Oktober ini.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
30/9/2017
Shah Alam, 7.50pagi

Popular Posts