Getaran Kesyukuran 05/40

Ali Imran auay 135 (3:135)
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah; dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 

Aku bersyukur pagi ini tersedar dengan sendiri untuk bangun mengerjakan Solat Tahajjud walaupun tanpa jam loceng kerana telefon dicas semalam.

Aku bersyukur dapat meneruskan rutin kejayaan pagi dan mengahbiskan bacaan mathurat pagi.

Aku bersyukur semalam telah siap membungkus kesemua 47pcs set baju famili dalam kotak dan plastik Pos Laju walaupun posmen/kurier CTSI tidak datang mengambil parcel.

Aku bersyukur malam tadi dapat peluang sertai group whatsapp pusat Wanita Berdaya Kota Anggerik untuk mengetahui aktiviti mereka dan turut serta pula selepas ini.

Aku bersyukur semalam suami membeli Pizza Hut untuk menu makan malam kami, sedapnya sup cendawan.

Aku bersyukur petang semalam sempat menonton rancangan Halaqah yang membincangkan tentang Hari Kiamat di TV9.

Aku bersyukur panas badan suami semakin surut, moga suami cepat sembuh sepenuhnya dari demam.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
1/10/2017
Shah Alam, 7.53pagi

Kejayaan Pagi 05/40

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud 8x
Solat Sunat Witir 3x
Istighfar 100 x
Zikir Munajat
Selawat 100 x
Bismillah 33x
Solat Sunat Fajar

Al Mathurat Pagi

#769SAFT
#gengtahajjud

Getaran Kesyukuran 04/40

Al Baqarah ayat 196 (2: 196)
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masijd Al- Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).

Aku bersyukur dapat mendengar bacaan surah-surah Juzuk Amma bacaan Imam Mishari Rashid Alafasy yang memberi ketenangan di pagi hari. 

Aku bersyukur semalam ada rezeki makan ketam masak lemak cili padi yang kami suami isteri beli di Pasar Malam tempoh hari. 

Aku bersyukur semalam dipermudahkan urusan dapat ke Sungai Buloh untuk mengambil tempahan 47 helai baju Armada Couture yang telah siap di kedai Muslimah Attire. 

Aku bersyukur semalam menerima tempahan baju baru H22 Closer dari salah seorang pelanggan yang pernah membuat belian sebelum ini.

Aku bersyukur dapat menimba ilmu mengenali diri dan Tuhan dalam group telegram Metafizik.

Aku bersyukur diberi idea untuk membuat posting di instagram dan facebook untuk design baru H22 Closer, moga mendapat lebih banyak tempahan lagi.

Aku bersyukur semalam mendapat berita gembira, semua peserta yang terpilih ke program Level Up secara automatiknya layak ke Daya e-Usahawan pada hujung bulan Oktober ini.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
30/9/2017
Shah Alam, 7.50pagi

Kejayaan Pagi 04/40

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Qabliah Subuh
Istighfar 100 x
Selawat 100 x

#769SAFT

Metafizik Pelaris Kedai

*JOM CARI "PELARIS KEDAI/PREMIS" ANDA!*

Tahukah Anda??

Mengikut Kajian Metafizik, Individu Yang Memiliki Pola 279,729,257,527 Adalah Seorang Yang Memancarkan Energi "PELARIS"

Mereka Seolah2 Ibarat Gula Kepada Semut. Dia Berada, Disitulah Manusia Berkumpul.

Sesuai Menjadi Pakar Marketing, Agent, Dropship dan Stokis. Biasanya Apa Jua Yang Dipromotekannya Akan LARIS Terjual.

Maka, Kepada Pemilik Bisnes Atau Pemilik Kedai/Premis Perniagaan Seperti Kedai Makan , Kedai Runcit, Butik Dan Sebagainya.

Sila Cari Individu Yang Mempunyai Pola Tadi Untuk..

🎈Menjadi Agent, Dropship atau Stokis
🎈Penyambut Tetamu
🎈Penjaga Kedai
🎈Pelayan Pelanggan
🎈Jaga Booth, Kiosk Dan Outlet
🎈dan sebagainya.

InsyaAllah, Aura Pola Tadi Akan Menyedut Tarikan Pelanggan..

Kat Mana Nak Cari Depa??

Carilah Mereka Yang Lahir Pada :

Tahun: 2007, 2016

Tarikh Lahir: 2 Julai, 11 Julai, 20 Julai, 29 Julai

atau

7 feb, 25 Feb, dsbagainya.

*Sape Ada Pola 279 dan 257 Say 27!*

Rahsia Metafizik Hanfon

*Rahsia Metafizik #Handphone*

Handphone Adalah Sebuah Medium Telekomunikasi Dalam Kehidupan Manusia Dalam 2 Dekad Ini. Ia Juga Adalah Medium Penting Dalam Dunia Bisnes Dimana Hampir Keseluruhan Usahawan Menggunakan Handphone Sebagai Medium Untuk Pengiklanan, Close Sale Dan Follow Up Customer.

Maka, Ternyatalah Ia Menpunyai Peranan Energi Yang Sangat Kuat Terhadap Impak Bisnes Seseorang.

Jom Kita Kaji Bagaimana Memaksimumkan Energi Metafizik #Handphone!

1. *Pemilihan Handphone.*

Untuk bisnes, sila pilih Model Hp yang bernombor asas 6 contohnya Iphone 6 dan Samsung S6 atau A6 atau Asus Zen6.

Jika belum mampu, carilah hp asas 6 contohnya Lenovo 339.

3+3+9= 6 (duit)

2. *WARNA HP*

Warna hp pula mestilah warna Aura diri anda.

Contohnya: asas 1 n 6 bagus pkai hp iphone6 gold.

3. *PEMILIHAN NO TELEFON*

Pemilihan no hp yg baik adalah yg berakhir dgn angka:

* 7699 @
* 2769 @
* 6969 @
* 6669 @
* 9666

atau yg berakhir dengan  769.

Knapa akhir?? Kerana setiap result kita tengok diakhir.

Xkisah sangat awalnya, yg penting akhir..

cth jika angka *NO TEL* berakhir 5, maka semua anda usaha pon ada saja halangan.

4. *COVER@CASING HP*

Asas diri 1 6 3 8 2 7 sesuai pakai cover BESI dan plastik

Asas diri 4 9 5 sesuai cover Plastik

5. *TELCO*

Kalo boleh pilih ikut warna aura anda.

Jika boleh.

***ANDA BOLEH PILIH IKUT KESEMUA @ IKUT YG MNA ANDA MAMPU. TAK ADA PAKSAAN***

#xifuihsan
#xenrichacademy

Ni, Sedikit Mesej Untuk Jodoh Hunters!😌

*TEMUI CALON JODOH SETELAH SEKIAN LAMA ASBAB IKHTIAR MANDI GARAM AURA SECARA ISTIQAMAH!*

Salam xfu..
Akk da *jmpe calon yg nk serius..*

Ni lps mndi grm 40 hari.. lps tu akk continue dgn  smggu skali..

Anda??

Fokus dan Konsisten Baru Berjaya

*KEJAYAAN SEDANG MENANTI ANDA SEKARANG!! DENGAN..*

Syarat Anda *FOKUS DAN ISTIQAMAH@KONSISTEN!*

Syarat Untuk Berjaya Adalah Sebenarnya Bermula Dengan Fokus dan Konsiten!

🎈Bagaimana Bill Gates Boleh Berjaya??

Dengan Fokus Membangunkan Microsoftnya Selama 40 Tahun.

🎈Bagaimana Dato' Siti Nurhaliza Boleh Berjaya?

Dengan Memfokuskan Bidang Nyanyiannya Dan Konsisten Selama Berbelas Tahun Walau Apa Jua Terjadi

🎈Bagaimana DSV dan Alif Syukri Berjaya Dalam Bidang Produk??

Kerana Mereka Fokus Bahkan Konsisten Dengan Produk Mereka Walau Apa Jua Halangan Dan Cabaran Sekalipun..

Nampak2??

Harini Ramai Yang Berjaya Tapi Tak Ramai Yang Betul2 Berjaya!

Kerana Orang Yang Berjaya Hanya Memiliki Daya Fokus Sahaja Tapi Orang Berjaya Berjaya Mesti Menepati Nilai FOKUS dan KONSISTEN!

Nampak2??

Sebagai Contoh, Xifu Sepanjang 2 Tahun Dalam Bidang Aura Dan Metafizik Ni Pernah Memmilihi Hampir 50 Orang Stokis Aura Dan 100 Orang Leader Metafizik, Namun Hanya 10% Setakat Ini Yang Berjaya.

Kerana Apa?

Kerana Beza FOKUS dan Konsistensi Mereka Dalam Produk Dan Metafizik!

Harini Ramai Yang Boleh Jadi Stokis Apa Jua Produk Tapi Berapa Ramai Yang Benar2 Boleh Berjaya Dalam Produk Yang Diusahakan?!

Berdasarkan Kajian Xifu Dalam Membangunkan Metafizik Dan Aura769..

Xifu Mendapati Mereka Yang Maju Dan Berjaya Seperti *Xifu Naim, Coach Pn Zaiton, Coach Syufri, Master Jie Aura Excellent, Tcer Anis* Bukan Kerana Ilmu Dan Latihan Semata2.. Tapi Dari Segi Sikap, Kepercayaan Dan Nilai Daya Fokus.. dan Konsisten Dalam Diri Masing2!

Lihatlah Mereka, Dalam Setahun Ini Nama2 Seperti #XifuNaim, #JieAuraExcellent, #TcerZaiton, #TcerAnyss, #CoachSyufrie Telah Berjaya Membina Nama Dan Branding Tersendiri Dalam *Industri Metafizik!*

Anda Tak Percaya??

Anda Semua Just Boleh Gunakan *Hashtag* Tadi Untuk Seach Perkongsian Mereka Di FB dan Insta..

Why Mereka Boleh Suksess??

Sebab Fokus Dan Konsisten!!

Kerana Dari Segi Ilmu Yang Xifu Bagi Adalah Sama Semua 50 Orang Tersebut..Didikannya Sama, Tekniknya Sama..

So, Moral Of The Story..

Untuk Berjaya , FOKUS DAN Konsisten Itu Syarat WAJIB!

Mulai Harini, Jangan Salahkan Sesiapa Jika Kita Tidak Berjaya.

Ia Terpulang Kepada Sikap Kita Terhadap Sesuatu Perkara..

So, Jika Anda Nak Kaya Dan Berjaya..

Pastikan Anda Fokus Dengan Perusahaan Yang Anda Mulakan Dan Konsisten Dalam Bidang Anda Ceburi Kerana Orang Berjaya:

*MEMULAKAN SESUATU DENGAN PENUH FOKUS.. DAN KONSISTEN SAMPAI KE GARISAN PENAMAT!!*

Ingat, Setiap Kejayaan Pasti Ada DUGAAN!

Tapi, Janganlah Kita Mengalah Pula Dengan Ujian Tadi..

Stay #Fokus Kepada Matlamat Dan BIG WHY Kita!!

Pesanan Xifu Kepada Leader, Stokis, Coach Dan Seluruh Ahli Group Ini Supaya:

🎈Fokus Dan Konsisten Kepada Pembangunan Manusia Dengan Melalui Kaedah Metafizik Atau Apa Jua Kepakaran Anda!

🎈Fokus Dan Konsisten Untuk Terus Menyebarkan Ilmu #Metafizik Atau Ilmu Anda Setiap Hari Kepada Seluruh Ummat Islam

🎈Fokus Dan Konsisten Untuk Terus Mengupgrade Diri Dari Hari Ke Hari!

🎈Fokus Dan Konsisten Untuk Memberi Kesedaran Tentang Kepentingan #Metafizik Atau Bidang Lain Dalam Kehidupan Untuk Menambah Nilai Hidup Orang Lain

🎈Fokus Dan Konsisten Menyebarkan Kebaikan #Aura769 Atau Produk Jualan Anda!

🎈Fokus Dan Fokus Konsisten Mendalami Ilmu Dan Menyebarkannya!

Bole2??

INGATLAH!!

Anda Pasti Berjaya Jika Follow Syarat Kejayaan!!

* So, Sape Nak Terus Fokus Dan Konsisten Say Ii!!*

Getaran Kesyukuran 03/40

Al Anbiyaa ayat 108 (21:108)
Katakanlah : "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?"

Aku bersyukur pagi ini dapat menunaikan Solat Sunat Tahajjud dan Witir walaupun telah agak terlewat bangun daripada jam loceng yang dikunci.

Aku bersyukur dapat menghabiskan bacaan al mathurat pagi, semoga terus istiqamah juga melakukannya sebagai rutin awal pagi.

Aku bersyukur badan suami walaupun masih panas tapi telah berkurang sedikit dari malam tadi, semoga dia cepat kebah dari demamnya.

Aku bersyukur dapat berkhidmat kepada suami sewaktu dia sedang kesakitan, demam panas, sakit urat dan batuk sejak dari semalam.

Aku bersyukur semalam pelanggan yang buat belian 47pcs set baju Armada Couture telah menyelesaikan baki bayarannya.

Aku bersyukur semalam dapat order lagi untuk tempahan customade untuk 43pcs set baju Halal Love premium oleh cikgu di Jerantut. 

Aku bersyukur atas rahmat dan kasih sayang Allah, betapa sesugguhnya Allah Maha Baik dan Maha Pemurah terhadap hamba-hambaNya. 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
29/9/2017
Shah Alam, 9.43pagi

Kejayaan Pagi 03/40

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud x 2 rakaat
Solat Sunat Witir x 3 rakaat
Istighfar 100 x
Selawat 100 x
Solat Sunat Qabliah Subuh
Al Mathurat pagi

#769SAFT
#gengtahajjud

Urutan juz pada al-Quran


URUTAN JUZ' PADA AL-QUR'AN:

Juz' 1 – 1.AlFatiha 1. – 2.AlBaqarah 141
Juz' 2 – 2.AlBaqarah 142 - 2.AlBaqarah 252
Juz' 3 – 2.AlBaqarah 253 - 3.Al Imran 92
Juz' 4 – 3.AlImran 93. - 4.An Nisaa 23
Juz' 5 – 4.AnNisaa 24. - 4.AnNisaa 147
Juz' 6 – 4.AnNisaa 148 - 5.AlMa'idah 81
Juz' 7 – 5.AlMa'idah 82. - 6.AlAn'am 110
Juz' 8 – 6.AlAn'am 111. - 7.Al A'raf 87
Juz' 9 – 7.Al A'raf 88. - 8.Al Anfal 40
Juz' 10 – 8.AlAnfal 41. - 9.AtTauba 92
Juz' 11 – 9.AtTauba 93. - 11.Hud 5
Juz' 12 – 11.Hud 6. - 12.Yusuf 52
Juz' 13 – 12.Yusuf 53. – 14.Ibrahim 52
Juz' 14 – 15.AlHijr 1. – 16.AnNahl 128
Juz' 15 – 17.Al Isra 1. - 18.Al Kahf 74
Juz' 16 – 18.Al Kahf 75. – 20.Ta Ha 135
Juz' 17 – 21.AlAnbiyaa 1. - 22.Al Hajj 78
Juz' 18 – 23.AlMu'minun 1 - 25.AlFurqan 20
Juz' 19 – 25.AlFurqan 21. - 27.AnNaml 55
Juz' 20 – 27.AnNaml 56. - 29.AlAnkabut 45
Juz' 21 – 29.AlAnkabut 46 - 33.Al Azhab 30
Juz' 22 – 33.AlAzhab 31 - 36.Ya Sin 27
Juz' 23 – 36.Ya Sin 28. - 39.AzZumar 31
Juz' 24 – 39.AzZumar 32. - 41.Fussilat 46
Juz' 25 – 41.Fussilat 47. - 45.AlJathiya 37
Juz' 26 – 46.Al Ahqaf 1. - 51.Az Zariyat 30
Juz' 27 – 51.AzZariyat 31. - 57.AlHadid 29
Juz' 28 - 58.AlMujadila 1. - 66.AtTahrim 12
Juz' 29 - 67.AlMulk 1. - 77.AlMursalat 50
Juz' 30 - 78.AnNabaa 1. - 114.AnNas 6

Getaran Kesyukuran 02/40

Surah al Aadiyaat ayat 1-5 (100:1-5)
"Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah, dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya), dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi, maka ia menerbangkan debu, dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh."

Aku bersyukur hari ini berjaya juga mujahadah untuk bangun Solat Tahajjud walaupun perasaan malas menguasai diri.

Aku bersyukur Kak Ngah Akma telah mula buat posting di instagram baru yang akan membantuku dalam pemasaran perniagaanku.

Aku bersyukur telah mula mendapat idea dan mula menulis semula di facebook peribadi untuk aku mulakan pemasaran Personal Branding diriku di media sosial.

Aku bersyukur suami mendapat rezeki dari jualan komputer kepada rakannya untuk membeli barang dapur kami.

Aku bersyukur dapat menyelesaikan kesemua bayaran untuk pinjaman kereta vivaku dan sekarang sedang menunggu geran sampai ke CIMB Shah Alam (Dari cawangan Kuantan).

Aku bersyukur dapat meneman suami minggu ini membuat 2 belian monitor dan laptop serta barang2 komputer di Plaza Alam Sentral, menjadikan masa2 berharga yang kami luangkan bersama.

Aku bersyukur terpilih sebagai salah seorang peserta dalam program Level Up anjuran pihak MDEC untuk aku meningkatkan lagi ilmu bisnes serta mengembangkan lagi perniagaanku.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
28/9/2017
Shah Alam, 9.14pagi

Kejayaan Pagi 02/40

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud x 2 rakaat
Solat Sunat Witir x 3 rakaat
Istighfar 100 x
Solat Sunat Qabliah Subuh

#769SAFT
#gengtahajjud

Getaran Kesyukuran 01/40

Surah Fussilat ayat 35 (4:35)
"Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat."

Aku bersyukur hari ini masih dipinjamkan usia untuk menumpang hidup di atas muka bumi meneruskan pencarian diri dan kembali kepada fitrah.

Aku bersyukur hari ini diberi kekuatan untuk mujahadah melawan nafsu tidur dan bangun di sepertiga malam mengerjakan Solat Sunat Tahajjud serta Witir.

Aku bersyukur pagi ini dapat solat sunat qabliah Subuh dan menghabiskan bacaan al mathurat pagi.

Aku bersyukur dapat menyediakan sarapan pagi Nasi Goreng untuk diriku dan bekal suami ke tempat kerja.

Aku bersyukur semalam dapat menghantar tempahan baju customade sebanyak 30helai untuk set Halal Love premium dan 6helai set Armada Couture warna emerald green.

Aku bersyukur semalam telah terima berita dan gambar bahawa tempahan baju 47 helai set Armada Couture tempoh hari telah siap dan boleh diambil dalam minggu ini untuk pos ke Sabah.

Aku bersyukur semalam dapat siapkan video sempena Hari Lahir suami walaupun telah lewat sehari dan dapat gembirakan suami bila melihat video tersebut.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
27/9/2017
Shah Alam, 7.25 pagi

Kejayaan Pagi 01/40

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud x 8 rakaat
Solat Sunat Witir x 3 rakaat
Istighfar 100 x
Selawat 100 x

#769SAFT
#gengtahajjud

Spa Menggunakan Metafizik Pelaris

XIFU SEKARANG SEDANG BERADA DI PREMIS YANG LARIS YANG XIFU BAGITAHU PETANG TADI!

Yang Share Pasal Ni Tadi👇

".. Ramai sangat customers. ..alhamdulillah


Last customers pukul 3:00pagi

Customers dtg dari jauh...x sampai hati nak tangguh...

Maaf sangat

Terima kasih....tunjuk ajar sifu...

Saya tampal no 769 dipintu  premis dan amalkan ...(bla3)..

Tq Xifu..
===

So, Xifu Datanglah Jenguk2 Spa Student Xifu Ni..

Sambil2 Support Bisnes Student Xifu Juga..

So, Dapatlah Rawatan By Harga SPECIAL!

Ni Lah Untungnya Jadi Guru Ni Kan..

Sambil2 Bantu Tambah Nilai Hidup Orang, Dapat Banyak Peluang N Hadiah..

So, Rugi Lau Anda Tak Jadi Konsultan..

Tahukah Anda?!

Owner Wellnes Spa Gold Coast Malacca (Pn Jue) Ni Juga Mengamalkan Tips Metafizik Pelaris!

Tips #1: Pakai Staff Ada Pola 279 dan Tips #7: Iaitu Meletakkan #Pricing Metafizik

So, Yang Penting Amalkan Tips Yang Xifu Dah Ajar..

Bole2??


"Jual Air Liur" atau Trainer/ Speaker/Guru/ Lawyer/ Motivator Bisnes Masyuk di Malaysia

METAFIZIK NEGARA MALAYSIA!

Metafizik Bukan Sekadar Untuk Kita Kaji Perihal Diri dan Perniagaan, Namun Perihal Isu2 Kenegaraan dan Politik Pun Sama!

Jom Kita Kaji Potensi Perniagaan Dalam Negara Malaysia!

31 08 1957
4   8    1  3
     3    4
972  7  573
     2   1
        3

Harini Kita Akan Mengkaji 1 Pola Penting Dahulu Iaitu POLA 123

Tahukah Anda?!

Antara Kajian Terkini Xifu, Sekiranya Individu Itu Pemilik Pola 123, Sebenarnya Dilahirkan Untuk Jadi Jutawan. Cam Doc Azizan Osman.

Pola 123: Perlunya Kita Semua Menjadi Konsultan Disamping Menjadi Usahawan Produk?

Dalam Tarikh Kemerdekaan Ada Pola 123 Dimana Sesiapa Yang Menjalankan Perniagaan Berbentuk "Jual Air Liur" atau Trainer/ Speaker/Guru/ Lawyer/ Motivator Akan Lebih Maju dan Lebih Masyuk!

Yang Lebih Best Jual Air Liur Adalah Modal Sekali Tapi Untung Berganda dan Never Ending Bussiness!

Apa Yang Best Jadi Konsultan?

Sebab Kita Just Perlu Repeat Perkara Yang Sama Cuma Berlainan Orang/Kawasan/Target Audience..

Berbanding Jika Kita Hanya Fokus Jual Produk Kerana Produk Akan Mengalami Trending Tersendiri dan Lama kelamaan Akan Lapuk Dengan Kehadiran Teknologi Baharu..

Lagi Satu, Jadikanlah Produk Just Sebagai Platform Untuk Cepat Kumpul Income Dan Bukannya Tujuan!

Bole2??

P/s: Sebab tu la Azizan Osman Tetap Buat Bisnes Seminar Walaupun Beliau Sudah Bergelar Millionnair.

Dan Lihatlah Sendiri Kehidupan Para Speaker/Trainer/Motivator Di Malaysia.

Masyuk Tak?!💰💰💰

So, Dengan Ini Xifu Melancarkan Program Apprentice Metafizik Yang Melayakkan Anda Untuk Bergelar Konsultan Metafizik Xenrich Academy!*

Nak Hidup Masyuk?

Sila Join Group Ini👇:

https://chat.whatsapp.com/Jxo5pmW6DqH4ZkBNOkBnoB

P/s: Jika Anda Pemilik Pola 246,123 dan 279 Memang Dialukan Untuk Jadi Konsultan Xifu

#XenrichConsultant
#XenrichAcademy
#XifuIhsan                       

Kenapa Xifu Bincang Pasal Pola 123 Dulu?

Sedangkan Ada 12 Pola Lain Lagi!

Sebab Pola 123 Berada DiEnding #MetafizikMalaysia

Jadi, Apa Jua Bidang Anda Buat Dari 1-12, Akan Berakhir Dengan Ending Konsultan/Trainer/Speaker

So, Baik Kita Pegang Kunci Terus, Kan??

Lagi Satu, Jika Anda Dah Ada Bidang Konsultan Sendiri, Buatlah Cepat2!

Bole2..

Jika Anda Belum Ada Pengkhususan Boleh Mulakan Dengan Program Konsultan Metafizik Dulu..

Sebab Apa Jua Bidang Akan Dapat Di Link Dengan Metafizik.

Yela, Anda Nak Jadi Konsultan WAJIB Ada Ilmu Metafizik Juga..

Nak Jadi Konsultan Metafizik Hanya PERLU salah Satu Ciri2 Berikut

Asas 2,7
Asas 4, 9

Pemilik Pola:

279, pelaris
123, speaker
246, guru
459, perawat
189, agamawan
999, metaphysician

Ok Faham2??                       
TOP Trainer Manakah Yang Tiada Ilmu Metafizik?

Dr Azizan Osman, Ada!
Dato Ibrahim Ahmad, Ada!
C Rafee Aliah, Ada!
C Roy Fadzil, Ada!
Fadzilah Kamsah, Ada!
Fazley Yusof NLP, Ada!
Dato Eddy, Ada!
Coach Uz, Ada!
Sifu Firdaus, Ada!
Sifu Siddiq, Ada!
Sifu Jamal, Ada!
Aqif Azizan, Ada!
Irfan Khairi, Ada!
Mentor Arab, Ada!
Sifu Farihan, Ada!
Master Hisyam, Ada!
Doc Khalib, Ada!

Why Perlu Ada Ilmu Metafizik Juga?!

Japgi Xifu Share!

METAFIZIK NEGARA MALAYSIA!

Metafizik Bukan Sekadar Untuk Kita Kaji Perihal Diri dan Perniagaan, Namun Perihal Isu2 Kenegaraan dan Politik Pun Sama!

Inilah Peri Penting Kita Belajar Metafizik, Untuk Faham Tentang Apa Yang Perlu Dan Apa Yang Tak Perlu.

Jika Tidak, Kita Akan Jadi Pak Turut Selamanya..

Jom Jadi Pengemudi!

Bole2?

Berikut Adalah Jawapan Kenapa Kita Wajib Ada Ilmu Metafizik Jika Nak Handle Manusia Termasuklah Negara Malaysia!

31 08 1957
4   8    1  3
     3    4
972  7  573
     2   1
        3

Nampak Tak Pola 83 Dalam Tarik Kemerdekaan Negara?!

83 / 38 berkaitan dengan energi (Gangguan/Jin/ Mistik)

Individu Yang Mempunyai 83 boleh "merasai" sesuatu yang bukan fizikal, melalui spiritualnya.

Sebab tu tidak hairan, pemilik pola ini merupakan therapisy, doctor, kausoe dan sebagainya.

Perihal Energi: salah satu perkara tentang energi ianya boleh "diserap".

Dan Individu Pola 459 dan 83 boleh menyerap energi negatif orang lain terutamanya apabila berhubungan dengan individu yang punyai masalah kesihatan termasuk individu yang bekerja di dalam dunia perubatan yang mengendalikan pesakit seperti perawat, jururawat, therapist, dsbnya. Sudah begitu perjalanan hidup tetapi ada cara untuk mengatasinya.

Itu Bab Individu, Bab Negara Camner?!

Itulah Dia Pola Metafizik Yang Menunjukkan Bahawa Seseorang Perlu Ada Ilmu Spiritiual Metafizik Dalam Negara..

Jom Lihat, SuperTrainer Manakah Yang Tiada Ilmu Metafizik?

Dr Azizan Osman, Ada!
Dato Ibrahim Ahmad, Ada!
C Rafee Aliah, Ada!
C Roy Fadzil, Ada!
Fadzilah Kamsah, Ada!
Fazley Yusof NLP, Ada!
Dato Eddy, Ada!
Coach Uz, Ada!
Sifu Firdaus, Ada!
Sifu Siddiq, Ada!
Fahmy Adam, Ada!
Sifu Jamal, Ada!
Aqif Azizan, Ada!
Irfan Khairi, Ada!
Mentor Arab, Ada!
Sifu Farihan, Ada!
Master Hisyam, Ada!
Doc Khalib, Ada!

So, Nak Ke Tak Nak Jika Kita Nak BOOM Perlu Ada Basic Metafizik..

Sebab Kita Bermain Dengan Energi Manusia Dan Masyarakat..

Bole2?
Faham2?
Jelas2??

Reiki ada Jin ke?

*Malam Ni Kita Akan Bincang Satu Topik Panas!*

TAJUK:

1. Apa Itu Rawatan Reiki?

2. Samada Reiki Itu Jin Ataupun Tidak

3. Syirikkah Reiki??

4. Apa Kata Mereka Yang Terbuka 3rd Eye Chakra Tentang Reiki

*Bole2 Standby Pada Pukul 9 mlm nanti?!*

*SAPE CAKAP RAWATAN REIKI ITU GUNA JIN?!*

Mari Xifu Kongsikan Satu Dialog Xifu Bersama Seorang Insan Yang Dianugerahkan Dengan Penglihatan Mata Ketiga Yang Disebut 3rd Eye Chskra Yang Membolehkan Beliau Melihat Makhluk Halus Dan Menbezakan Samada Ia Adalah Makhluk Halus Ataupun Energi.

*Tahukah Anda?*

Insan Hebat Ini Merupakan Pemilik Pola 83 Berganda Yang Sering Diuji Dengan Ilmu Hitam dan Sihir Membuatkan Hidupnya Merana, Sakit Dan Segala Usahanya Terbantut Dan Perniagaannya Terbantut Serta Jodohnya Ibarat Disekat.

Namun, Asbab Istiqamah Ikhtiar Buat Mandian Garam Aura769, Segala Gangguan Telah Sembuh Sepenuhnya Dan Beliau Kembali Pulih Sepenuhnya.

*BAHKAN*, Potensi Sebenar Pola 83 Kini Mula Terserlah Dengan Anugerah Penglihatan 3rd Eye Chakra Setelah Mengalami Proses Rawatan Ikhtiar by Mandian Aura 769!

*Jom Ikuti Dialog Bersama Coach Hayatie!*

*Xifu:* cer rasa reiki dr sifu skrg.. ade nmpk atau rasa ape2 x?

*HAYATIE*: Nampak suatu pusaran angin masuk ke tapak kaki menjalar ke betis dan terus ke atas.... tapak kaki sejuk seperti berangin lembut....ibu jari kaki berasa kebas belakang badan berasa suam2 dan sejuk. Sekarang pusaran angin tu di dada dan pinggang....semakin lama semakin sejuk..... angin bisa keluar melalui mulut...

*XIFU:* ade nmpk mcm jin ke mkhluk ke..??

*HAYATIE: X de*

XIFU: bgus2..bkn ape...xifu nk sangkal dakwaan sesetmgh org ckp reiki ni jin

*HAYATIE:* Angin berwarna putih seperti pusaran air bila ia bekerja..

Datang seperti tiaupan angin lembut...bertali arus putih lembut... kan xifu.

Xifu nampak mcm saya nampak kan?

*XIFU:* Xifu tak nampak... huhu .. Xifu dpt rasa jer.. 3rd eye xifu xkuat macam kk yatie.. tahniah kerana diberi kebolehan yg istimewa ini.  tq krn mmprcyai #Aura769.. Amiin
===

*Moral Of The Story!*

1. Inilah Satu Bukti Yang Menunjukkan Reiki Bukanlah Yang Didakwakan Sesetengah Pihak Bahawa Reiki  Menggunakan Khidmat Jin, Malah Rawatan Reiki Itu Sendiri Digunakan Untuk Merawat Serta Menangkis Gangguan Jin Dengan Izin Allah!

2. Janganlah Kita Terlalu Cepat Membuat Andaian Dan Tohmahan Yang Tidak Berasa Kepada Sesuatu Yang Kita Belum Ketahui.

Janganlah Mentang2 Reiki Ini Dibawa Oleh Non Muslim (Pada Permulaannya) Kita Terus Menghukum Syirik Sedangkan Ilmu Allah Dan Ilmu Alam Semesta Ini Allah Boleh Berikan Kepada Sesiapa Yang Dikehendaki Kerana Semua Manusia Adalah Dari Anak Cucu Adam Dan Segala Ilmu Adalah Baik, Cuma Perlu Diselarikan Dengan Syariat Supaya Akidah Tidak Tersasar. Itulah Peranan Kita Orang Islam.

3. Mana Mungkin Jin Menolong Untuk Merawat Masalah Manusia.

*Moral Yang Kedua Adalah!*

Kepada Pemilik Pola 83 dan 459, Janganlah Anda Berputus Asa Dan Sedarilah Bahawa Anda Memang Sebenarnya Mempunyai Potensi Istimewa Untuk Menjadi Perawat!

Sebab Tu, Xifu Selalu Pesan Kepada Pemilik *Pola 83 dan 459* Bahawa Ujian Gangguan Yang Anda Hadapi SEKARANG ini Adalah Sebuah Jalan Untuk Anda Menjadi PERAWAT Hakiki.

Ia Ibarat Macam Sebuah Training Yang Anda Perlu Tempuhi Sebelum Jadi Pakar Rawatan.

Ujian Yang Anda Hadapi Itu Adalah Sebuah Mesej Dari Allah Untuk Anda Sedar Akan Potensi Anda Tersebut!

Maka, BERSABAR!!
Teruslah Rawat Diri Sendiri, Jangan Putus Asa!!
Belajarlah Merawat Diri Dan Gunakan Kebolehan Itu Untuk Bantu Orang Lain Pula.

Anda Sebenarnya Sedang Diuji Allah SWT Untuk Menjadi Salah Seorang Terpenting Di Akhir Zaman Ini!

*Why??*

Kerana Nabi SAW Pernah Bersabda: Pada Akhir Zaman Akan Munculnya Para Dukun Dan Bomoh Durjana Yang Menjadi Senjata Dajjal Untuk Membuat Sihir Kepada Orang Mukmin (Sihir, Ilmu Hitam, Magic)!

Maka Andalah Insan Terpilih Untuk Menjadi Tentera Al-Mahdi Kelak Untuk Melindungi Tentera Islam Dari Fitnah Ilmu Hitam Ini.

Ingat, Allah Menguji HambaNya Yang Mampu Dan Layak Sahaja!

Bole2??

Manfaat membaca al-Quran termasuklah amalan juz diri


MANFAAT MEMBACA AL-QURAN TERMASUKLAH AMALAN JUZ DIRI

Bagi seorang muslim, sebenarnya al-Quran bukan hanya dijadikan saja sebagai perhiasan.
Tetapi al-Quran harus dibaca dan ditadabbur. Meskipun kita belum mampu menterjemahkannya, membaca al-Quran  saja memiliki banyak manfaatnya. Banyak dalil dalam al-Quran dan Hadis Nabi yang menganjurkan kita membaca al-Quran.

Telah diringkaskan beberapa manfaat membaca al-Quran yang barangkali menjadi bahan pengetahuan bagi seorang muslim. Beberapa manfaat yang dituliskan adalah:

1. Pertama, ayat-ayat al-Qur'an yang dibaca setiap hari akan memberikan motivasi dan penyemangat bagi si pembacanya.

2. Ketika membaca al-Qur'an, Allah akan menegur diri kita pada setiap ayat-ayat-Nya.

3. Bacaan al-Qur'an yang melibatkan emosi akan memberikan kedamaian dan ketenangan yang tidak mampu dilukiskan, seperti yang dialami dan dirasakan oleh Sayyid Quthb Rahimahullah.

4. Orang yang membaca al-Qur'an akan senantiasa ingat Allah dan kembali kepada-Nya.

5. Orang yang membaca al-Qur'an akan selalu berada dalam kecukupan dan nikmat Allah meski ia merasakan serba kurang di dunia.

6. Ayat-ayat Allah akan menjadi penjaganya selama ia hidup di dunia, karena ia telah menjaga ayat-ayat-Nya.

7. Orang yang faham al-Qur'an adalah orang yang memiliki banyak ilmu.

8. Orang yang membaca al-Qur'an bagaikan orang yang sedang menyelami samudera kehidupan, dan mengambil manfaat darinya.

9. Orang yang selalu akrab dengan ayat-ayat akan diberikan jiwa yang sejuk, hati yang damai dan pikiran yang jernih, sehingga membuatnya ingin selalu beramal, kreatif, inovatif dan produktif.

10. Orang yang membaca al-Qur'an akan selalu berada dalam kegembiraan dan penuh harapan, di saat orang lain merasakan kesedihan, kecemasan dan rasa pesimis. Karena diri mereka selalu disirami ayat-ayat-Nya yang lembut.

11. Orang yang rajin membaca al-Qur'an akan selalu diberikan jalan kemudahan dan petunjuk sehingga tidak mudah untuk menyimpang dan menyerah karena ayat-ayat Allah akan selalu mengingatkan dirinya ketika dirinya ‘tersandung dosa dan maksiat.'

12. Orang yang membaca dan menjaga al-Qur'an selalu berada dalam lindungan dan penjagaan Allah.

Kerana manfaat seperti itulah, maka sebaiknya sebagai orang muslim selalu menempatkan diri untuk membaca ayat suci al-Quran. Paling kurang satu hari (malam) mampu membacanya sampai satu Juz.  Bagi yang pertama mencubanya memang terasa susah. Tetapi pertama cubalah barang lima ayat dulu, yang kemudian ditingkat terus sampai mencapai 1 juz satu malam.Mungkin dengan cara tilawah terlalu lama, maka bacalah dengan cara tartil (perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa), In Sya Allah akan terasa begitu cepat. Mudah-mudahan bermanfaat.

Al-Quran menjelaskan segala sesuatu


Al-Qur’an Menjelaskan Segala Sesuatu.

Difirmankan dalam Q S.An Nahl (16) : 89.

“….. dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri”.

Dalam Al-Qur’an diberikan kemudahan, seperti dijelaskan QS. AI Muzzammil (73) : 20

“. .. Maka bacalah (bahagian mana saja) dan Al’qur’an yang mudah bagimu…”.

Allah memerintahkan manusia untuk mengkaji dan memahami isinya, seperti dijelaskan pada QS.Al-Qomar (54) : 17

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan AI-Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?”.

Kemudian diwujudkan dalam perilaku sehari-hari. 
Wajarlah jika Nabi Muhammad SAW dalam khutbahnya mengatakan bahwa kita umatnya tidak akan tersesat apabila berpegang teguh (mengamalkan) 2 hal, salah satunya adalah Al-Qur’an.

Dalam mempelajari Al-Qur’an dan mengetahui metodologi, 
diperlukan ilmu khusus yang kesemuanya terangkum dalam induk Ulumul Qur’an (ilmu-ilmu Al-Qur’an). Adapun kajian khusus salah satunya cabang ilmu-ilmu Al-Quran yaitu ilmu Munasabah, 
yaitu mempelajari hubungan ayat satu dengan ayat dalam satu surah atau surah lainnya. 
Munasabah surah dengan surah, munasabah ayat dengan surah, awal surah dengan akhir surah pada surah yang sama atau surah yang lain yang semuanya mengacu pada kajian verbal.

Analisis karakter mengikut juz diri dalam al-Quran - Juz 18


ANALISIS KARAKTER MENGIKUT JUZ DIRI DALAM AL-QURAN - Juz 18

Surah yang ke 18 adalah surah Al-Kahfi yang berarti Gua. 
Sebagaimana layaknya gua yang terdiri dari unsur batu, 
orang yang membawa karakter juz 18 mempunyai sifat keras. 
Entah itu dalam berfikir, bertindak mahupun menilai seseorang.
Dengan bahasa mudahnya ada ego yang sudah dibenarkan sendiri oleh Cik Puan Salmah tadi.

Jika seseorang masuk ke gua, harus siap dengan kejutan-kejutan yang akan terjadi. 
Begitu juga jika kita mencuba mengenal orang juz 18. 
Seringkali kita akan menemukan kejutan yang tidak pernah di duga sebelumnya. 
sampai-sampai kita tidak akan menyangka bahwa seorang juz 18 akan seperti yang kita duga sebelumnya.

Ada Tiga Surah yang mengisi juz 18. 
yang pertama adalah surah Al-Mu’minuun yang berarti orang-orang yang beriman. 
dalam Al-Quran ada beberapa nama surah yang lafalnya berbentuk mufrad (tunggal) dan Jama’ (banyak) masing-masing menjadi surah sendiri. 
Salah satunya adalah surah AL-Mu’min (40) yang merupakan bentuk tunggal artinya orang yang beriman dan surah Al-Mu’minuun (23), berbentuk jama’ yang berarti orang-orang yang beriman.

Penamaan surah Al-Quran yang mengambil satu kata menjadi surah yang berbeda dalam bentuk tunggal dan jama’ merupakan sebuah indikasi bahawa ada makna atau pesan yang hendak di sampaikan. berikut akan di ulas penjelasannya dalam konteks mengurai karakter manusia berdasarkan kaedah format, struktur dan numerikal Al-Quran.

Darjat tertinggi dalam spiritual islam adalah Mukmin. 
Ingat, ketika Rasulullah Saw, di titahkan Allah Swt untuk menegur beberapa orang suku Badui yang mengatakan bahwa mereka telah beriman. Allah Swt menyangkalnya (dengan Tujuan menjelaskan) lewat lisan Rasul nya yang di abadikan dalam Al-Quran QS.AL-Hujurat (49) : 

”Orang-orang Arab badui itupun berkata” kami telah beriman, katakanlah (Kepada mereka) : ‘ Kalian belum beriman, tetapi katakanlah kami telah tunduk (muslim)…”

Dari potongan ayat di atas, apa yang kita boleh ambil ibrah dan pengajaran bahawa untuk mencapai darjat mukmin tidak semudah yang kita bayangkan. Ada kriteria tertentu agar seseorang dapat mencapai darjat tersebut. Salah satunya adalah lanjutan dari ayat di atas pada surah yang sama yaitu ayat 15, “Orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang beriman kepada Allah Swt, dan Rasulnya, lalu mereka tidak ragu-ragu (dengan keyakinannya) dan mereka berjuang dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar.“

Gambaran dari Al-Mu’minuun adalah orang yang berakal, artinya dia termasuk seseorang yang gemar berolah pikir, baginya segala sesuatu harus mampu di terima oleh akalnya, kerana berhubungan dengan gua (Al-Kahfi) kadang kala cara berpikirnya susah untuk kita fahami, terlalu detail dan terkesan. Orang berkarakter Juz 18 inilah biasanya seorang pemikir orangnya.

Hubungannya dengan karakter orang yang berjuz 18, biasanya dia cenderung pendiam dan lebih banyak mengamati jika berada dalam lingkungan barunya, tetapi sebenarnya dalam dirinya tersimpan keinginan untuk menjadi pusat perhatian orang-orang di sekelilingnya.

Total ayat surah Al-Mukmin adalah 118, 
kalau kita menerapkan teori putaran surah yaitu dengan cara mengurangkan jumlah ayat surah Al-Mu’minun dengan jumlah surah Al-Quran, maka kita akan mendapatkan 118 – 114 = 4. 
selanjutnya angka 4 kita convertkan kedalam urutan surah Al-Quran. 
Surah yang ke 4 adalah An-Nisa (Wanita), umumnya orang yang berjuz 18 amat teliti dalam mengerjakan sesuatu. Dia juga mempunyai sifat yang manja, selain itu hal ini juga mampu menjadi kelemahan seorang juz 18, Dia mudah terpengaruh oleh wanita.

Surah yang kedua adalah An-Nuur (Cahaya) sesuai dengan fungsinya, cahaya berguna untuk menerangi tempat yang gelap, Dari sini hendaklah di ketahui bahawa orang yang membawa karakter juz 18 tidak banyak mengalami halangan dan rintangan untuk menyerap berbagai bentuk keilmuan kemudian mentransfernya kembali kepada orang lain.

Boleh dibilang kemampuan olah fikir atau daya intelektualitinya tinggi. 
Tetapi perlu diingat, jangkauan cahaya sangat terbatas dimana cahaya tidak mampu untuk menembusi halangan-halangan tertentu. Memang dalam hal untuk menerangi orang lain dalam erti kata memberi nasihat kepada orang lain dia lah ahlinya, namun justeru itu terkadang dia mengalami kesulitan untuk menerangi dirinya sendiri. Biasanya orang berkarakter Juz 18 ini sesuai untuk berkerjaya sebagai perunding pelbagai bidang. (nanti kita buktikan dengan metafizik sains penomboran islamik MSP mesti ada koding Perunding)

Seorang juz 18 memiliki kelebihan dalam menyelami permasalahan orang lain, dengan kata lain dia orang yang tepat untuk tempat orang mengadu setiap permasalahan. Dia menjadi seseorang yang gemar menolong.

Keberadaan surah An Nur juga membuat orang yang berjuz 18 ingin selalu mencari penjelasan tentang sesuatu di balik kehidupan ini, terutama yang mampu didapatkan secara spiritual. Ada sesuatu dalam dirinya yang mendorong agar keinginannya tersebut dapat dipenuhi dengan baik, jika tidak maka ia akan selalu merasa gelisah dan tak lena tidur.

Namun jika keinginan di atas dapat tersalurkan dengan baik maka ia mampu menjadi seorang yang arif dan bijak dalam menyelesaikan persoalan lingkungannya.

Kalau saja kita mengamati cahaya lilin atau lampu, maka kita akan dapat menyaksikan bahawa area yang terdekat dengan cahaya tersebut iaitu ruang yang lurus sejajar dengannya tidak ikut terterangi oleh cahayanya. Begitulah kira-kira gambaran karakter yang sering dialami oleh orang yang berjuz 18. Ia tidak berupaya melihat kesalahan atau kelemahan yang ada pada dirinya.
Dia mampu selesaikan masalah orang lain, tetapi masalah diri sendiri tidak dapat diselesaikan.

Jumlah ayat dari surah An Nur adalah 64 Kalau kita tukarkan kembali angka tersebut ke dalam urutan surah Al Qur’an. Maka kita akan mendapatkan surah At-Taghaabun, yang berarti hari ditampakkan kesalahan-kesalahan.
Lazimnya, orang yang membawa karakter 18, jika ada orang yang berbuat salah depannya atau bahkan menyakitinya, ia akan bersikap “mencatat” dan "diam" sahaja.

Ketika tiba saatnya nanti, ia akan mengeluarkan semua catatannya tersebut sebagai senjata untuk melumpuhkan musuhnya, oleh karena itu jangan sesekali cuba untuk membuat kesalahan yang sama dua kali di depannya. Sisi lain, ia sangat pintar dan mudah untuk melihat kesalahan oran lain.

Surah yang terakhir pada juz 18 adalah surah Al Furqan yang berarti pembeda. 
Hal itu merupakan pertanda bahwa orang yang berjuz 18 mempunyai potensi untuk menjadi seorang perunding.
Sisi yang lain dari unsur Al Furqan yang mewarnai karakter juz 18 adalah pada sifatnya yang terlalu banyak pertimbangan sehingga terkadang lambat dalam mengambil keputusan, keraguan dalam bertindak seringkali melingkupinya.

Inilah misteri kelahiran manusia menurut al-Quran

INILAH MISTERI KELAHIRAN MANUSIA MENURUT AL QUR'AN

Seperti yang sudah kita ketahui terlebih dahulu bahwa Al-Quran memiliki banyak pesanan yang tersurat mahupun tersirat, seperti kod yang nanti akan terungkap satu waktu. Walau sudah banyak orang tahu erti dan mengerti Al-Quran, masih ada banyak misteri yang mencakupi isi dan berbagai aspek dari Al-Quran itu sendiri. 

Sebagai satu himpunan yang lengkap dan padat dari wahyu-wahyu yang secara langsung di dapatkan dari Tuhan lewat Rasulnya, Al-Quran di sampaikan menggunakan pendekatan visual. Tujuannya adalah penggambaran dari hal yang dijelaskan di dalam Al-Quran selalu memakai penggambaran citra. Faedah dari rancangan Tuhan ini bertujuan agar manusia di semua zaman, semua peringkat umur, dan semua tingkat kepandaian mampu tahu berisi. Tetap saja, masih terdapat beberapa hal yang terselubung di dalamnya. Salah satu yang paling menakjubkan iaitu misteri angka kelahiran manusia menurut Al-Quran. 

Al-Quran itu terdiri dari 30 juz yang masing-masingnya melingkupi satu atau lebih surah. Surah-surah itu mempunyai mesej tersirat dan beberapa hal, pastinya yang berkaitan dengan judul dari surah itu. Setiap surah mempunyai isi yang tidak sama namun orientasinya menjurus kepada sama. Yakni sebagai dasar serta proses perkembangan kejadian manusia. Nyatanya bila kita saksikan lebih jauh, tiap-tiap juz mempunyai beberapa ciri-ciri sendiri berdasar pada ayat-ayat yang terdapat di dalamnya. Bagaimana juga ciri-ciri itu dilihat dari berbagai aspeknya, dapat disesuaikan dengan ciri-ciri manusia. Perihal ini pula yang jadikan asas kalau tiap-tiap juz adalah satu pencerminan dari ciri-ciri manusia.


Allah berfirman dalam Surah 29 Al-Ankabut ayat 45,

"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Tertib memaksimakan membaca juz diri


TERTIB MEMAKSIMAKAN MEMBACA JUZ DIRI

1. Sempatkan untuk berwudhu sebelum membaca Al-Quran, namun bila tidak sempat atau tidak memungkinkan, tidak membatalkan bacaan kita.

2. Sebelum membaca juz niatkan dalam diri bahwa apa yang anda lakukan semata-mata ibadah dan mengharapkan redha Allah SWT agar memberikan yang terbaik bagi anda. Jangan merasa terbebani dengan target yang ingin anda raih dengan bacaan yang sedang anda amalkan.

3. Selama membaca hilangkan pemikiran bahwa setelah anda selesai membaca Al-Quran akan menjadi ini atau itu, mampu ini atau mampu itu atau masalah anda akan cepat selesai.

4. Tabah dan lkhlas. Setelah anda membaca juz, tapi belum menampakan perubahan anggaplah itu suatu ujian yang harus anda lalui, tidak perlu menghardik atau bahkan tidak mahu lagi membaca Al-Quran. Naudzubillah min dzalik. Mungkin saja Allah SWT sedang menguji ketabahan dan keikhlasan anda dalam beribadah.

5. Teratur membaca juz peribadi walaupun anda tidak merasakan kesan yang pantas dari membaca juz. Sebab bacaan yang telah anda baca akan menjadi sebati dalam diri sampai suatu saat akan berguna bagi anda.
Artinya setiap kali anda menghadapi masalah atau sakit, jangan tergantung bahawa anda harus membaca bacaan itu atau itu. Bila anda rajin membaca juz, tadaruslah perlahan-lahan, anda mampu menemukan apa yang harus anda lakukan dengan izin Allah.

6. Jangan terburu-buru ingin cepat selesai selama mengamalkan juz diri. Rileks-kan fikiran dan tubuh anda. Kadang kala bacaan yang panjang sekali, sehingga merasa kelelahan. Cari tempat yang nyaman selama membaca. Misalnya duduk di tempat duduk yang empuk atau tempat tidur (selama tempat itu tidak terkena najis). Tidak usah takut untuk menggerakan badan. Misalnya menepuk nyamuk, meluruskan tangan atau kaki, memutar kepala, bahkan bila penat duduk, anda boleh berdiri sejenak (misalnya 30 detik), kemudian melanjutkan lagi bacaan (tidak usah mengulang dari 3 ayat lagi sebelumnya).

9. Bagi yang sudah berhasil mengatasi masalahnya atau sembuh dari sakit dengan membaca juz, jangan menghentikan membaca juz yang lain (misalnya pola 45 halaman, 59 halaman, manzil dan lain-lain).Tetapi rutin mengamalkannya, meski tidak harus seminggu sekali (minimun sebulan sekali). Ibaratnya, seperti program maintenance (perawatan), sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian hari.

Semoga Bermanfaat.

Analisa karakter juz diri


ANALISA KARAKTER JUZ DIRI

Temukan Juz Diri Anda

Untuk mengetahui juz diri Anda, silakan download link ini. 

Caranya:
1. Masukkan lahir Anda dikolum tanggal lahir.
2. Masukkan bulan kelahiran Anda dengan menggunakan angka bukan huruf di kolum Bulan Lahir.
3. Masukkan tahun kelahiran Anda dengan tersusun ke bawah, misalnya Anda kelahiran tahun 1980, maka susunannya adalah seperti ini:
1
9
7
4

Download :
➡️ http://bit.do/KenalJuzDiri


CARA MEMBACA JUZ DIRI

Dalam Keadaan Normal

1.      Bacalah Juz Anda satu minggu sekali.

2.      Untuk tahap pertama, bacalah seminggu sekali, yaitu sebanyak 4 kali berturut-turut (1 bulan). Selanjutnya dibaca rutin 1 atau 2 minggu sekali.

3.      Bacalah ayat demi ayat di dalam hati.

Dalam Keadaan Sakit

1.      Bacalah seminggu 2 kali (3 hari sekali).

2.      Untuk tahap pertama, bacalah seminggu sekali, yaitu sebanyak 4 kali berturut-turut (1 bulan).

3.      Bacalah ayat demi ayat di dalam hati.

Catatan:

1.      Apabila Anda (18+) ingin membacakan Juz orang lain (anak atau saudara, dll) bacalah Juz sendiri 4 kali terlebih dahulu. Setelah itu silahkan membaca Juz orang lain.

2.      Untuk anak-anak dibawah umur 11 tahun, bacalah Juz sebulan sekali atau 3 bulan sekali.

Buatlah dengan NIAT KERANA ALLAH TAALA, utk muhasabah dan perbaiki diri utk dekatkan diri kita kepada Allah.


Kaedah Pengiraan Juz Diri Manual

Jadi, kalau ikut Profile Kajian Kes di atas

Data Tarikh Lahir : 22 October 1974
Bila diconvertnya akan jadi seperti di bawah

hari 22 jatuh pada angka 27
bulan 10 jatuh pada angka 24
tahun lahir 21 (1974 = 1+9+7+4) jatuh pada angka 54

Kaedah Pengiraannya :
27 + 24 + 54 = 105 - 19 = 86 - 30 = 56 - 30 = 26

maka, Juz Dirinya adalah 26

Keterangan :
Angka 19 adalah angka ajaib di dalam Al-quran yang dijadikan sebagai pengurang
Angka 30 adalah jumlah Juz di dalam Al-quran juga dijadikan sebagai pengurang dalam menghitung Juz Diri

Cara memahami tanda-tanda Allah pada juz diri


Cara Memahami Tanda-Tanda Allah Lewat Juz, 
Banyak sekali ayat dalam Al-Qur’an yang memerintahkan manusia untuk senantiasa mengamati tanda-tanda yang ada pada diri sendiri dan tanda yang ditunjukan oleh alam.

QS. AI Fushilat (41) : 53
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami disegenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur’an iru adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?”

Al-Qur’an mampu menjelaskan segala sesuatu, marilah rujuk QS.An Nahl (16) : 89.

“(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami, bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dan mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (AI-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri “.

Jadi Al-Qur’an juga harus mampu menjelaskan llmu Psikologi, ilmu ini salah satunya berdasarkan susunan pembahagian Juz itu sendiri.

Dalam Al-Qur’an pun Allah memberikan kemudahan manusia untuk mempelajari Al-Qur’an. 
rujuk QS Al Qomar (54) : 17, 22, 32, dan 40.

“Dan sesungguhnya telah kami mudahkan Al-Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran ? “

Mengenal karakter petunjuk Illahi


MENGENAL KARAKTER PETUNJUK ILAHI

AYAT mewakili                  :  “Hukum & Peraturan”.

SURAH mewakili               :  “Alam”

JUZ mewakili                   :  “Manusia”

Methodologi dan kaedahnya boleh melalui arti surah, kata awal juz bercetak tebal, atau melalui tanda ‘Ain.

Landasan Falsafah Konsep Juz

Alam semesta diciptakan Allah secara teliti, cermat dan penuh perhitungan (QS. Anissa [4] : (86). Tidak ada sesuatu apapun di alam semesta kecuali dalam timbangan dan hitungan yang sangat teliti dan seimbang (QS. AI-Mulk [67] : 3).

Tidak terkecuali alam semesta, 
Al-Qur’an pun disusun dengan timbangan dan hitungan yang teliti, seimbang dan menakjubkan.
Al-Qur’an selain berfungsi sebagai petunjuk menuju keselamatan juga sebagai peta dan panduan untuk mengenal alam semesta dan manusia.
Kesempurnaan Al-Qur’an bukan hanya sekadar petunjuk ke jalan yang lurus, 
namun juga mengandungi isyarat pesan psikologis manusia, dengan merujuk kepada parameter yang didapat dari Al-Qur’an dapat diketahui berbagai potensi serta karakter dasar manusia .

Ada indikasi surah-surah yang mempengaruhi potensi dan karakter manusia berfungsi sebagai mastercopy (cetakan) potensi dan karakter dasar manusia. 
Dengan demikian, 
surah tersebut menjadi media yang tepat untuk mengetahui dan mengenal manusia lebih jauh tentang berbagai hal dirinya.
Al-Qur’an adalah mukijizat abadi yang telah terbukti dan dapat dibuktikan kemukjizatannya terlebih secara Qur’ani. Al-Qur’an memiliki potensi supernatural dan daya penyembuh baik lahir mahupun bathin.

Dengan mengamalkan surat-surat yang mendukung JUZ, 
berarti mengoptimalkan potensi diri, memperbaiki sistem kerja atau metabolisme tubuh dari kerosakan/kecelakaan. Serta menjadi penyalur energi Ruh atau Al-Qur’an yang dapat dimanfaatkan untuk berbagai kepentingan yang positif.
Memberdayakan potensi Juz adalah ihktiar untuk hidup lebih baik dan bermakna serta sebagai bentuk rasa syukur kita semua kepada Allah.



Di atas itu salah seorang profile Alumni MSP sifu
JUZ DIRI dia adalah 26, beliau seorang pegawai bank

Ini Sedikit uraian Juz 26….kalau ikut ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik (MSP) 
Orang berkarakter 8 adalah memiliki Juz 26 (2 + 6 = 8)

Indikasi awal karakter orang yang berjuz 26 itu pandai mengatur waktu dan wang (Modal). 
Dengan kebolehan yg bersifat naluriah tersebut, ada baiknya mereka menekuni bidang akauntasi atau hal-hal yang bersangkutan dengan pengurusan kewangan, ketekunan dan ketelitian serta sifat berhati-hatinya sangat berguna dalam menguruskan wang.

Jika dirujuk ke Surat, maka surat ke 26 adalah Asy-syu’araa (para penyair). 
orang yg berjuz 26 suka betele-tele dalam menyampaikan keinginannya layaknya penyair yang mencurahkan isi hatinya dalam untaian kata-kata yang indah. Unsur penyair ini juga membuat anda sering berangan-angan tinggi dan juga mendramatiskan sesuatu, namun anda juga seorang retoris dan pandai merangkai kata-kata. Secara empiris, jika orang yang berjuz 26 seorang laki-laki, biasanya cenderung diam dan lebih banyak mengamati, sekalipun pada akhirnya dia mampu saja mendominasi pembicaraan.

Ada juga surat muhammad (47), orang yang berjuz 26 membawa indikasi bahawa anda tidak menyukai pujian, anda beranggapan bahwa anda adalah apa adanya, anda lebih suka di puji dari hasil kerjanya, bukan personalitinya.
Surah Muhammad (47) : dari ayat 1 sampai 38. Banyak sekali makna dan hikmah yang mampu dipetik dari surah Muhammad pada juz 26 ini. Muhammad secara verbal merupakan bentuk maf’ul (objek) dari kata Hammada-yuhammidu-Tahmiidan, yang berarti memuji. Jadi Muhammad artinya orang yang terpuji.

Juz 26 dilambangkan dengan huruf Wawu. Berdasarkan urutan huruf hijaiyyah, wawu adalah huruf ke-26 . Pada struktur ‘ain, ‘ain ke-26 berarti potensi, modal, waktu. Indikasi awal karakter orang yang berjuz 26 pandai mengatur waktu dan wang (modal).

Boleh dikatakan ia agak cerewet. Ada 6 surah yang terdapat pada juz 26. Pertama surah Al Ahqaaf (46) : dari ayat 1 sampai 35. Al Ahqaaf berarti bukit-bukit pasir. Bukit yang kita ketahui rata-rata terdiri dari tanah dan bebatuan, namun terdapat pula bukit pasir yang biasanya hanya ada di padang pasir. Tidak seperti bukit yang berupa tanah dan bebatuan yang kuat dan kukuh, bukit pasir mudah sekali berpindah sesuai arah angin, terlebih jika terjadi angin badai, maka boleh dipastikan dalam waktu yang singkat dapat berubah tempat.

Talenta atau modal dasar untuk menjadi seorang pemimpin dari surah Muhammad semakin dipertajam dengan adanya surah Qaaf (50), dari ayat 1 sampai 45, karena dalam struktur ‘Ain, huruf Qaaf juga bermakna pemimpin atau kepala. Tetapi, Qaaf juga bisa berarti pemikiran ulang. Seperti sudah dijelaskan diatas, bahwa orang yang berjuz 26 selalu berhati-hati dalam mengambil keputusan. Dan mempunyai kredibiliti sebagai seorang pemimpin.

Beginilah, bagaimana perjalanan Ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik berasaskan Al-quran pertama di dunia (MSP). Kaedah pembongkaran potensi diri yang sudah sebati dengan sifu. Sebab itu sifu berani menangkis tohmahan orang yang mengatakan ilmu ini khurafat, dengan kapasiti ilmu dan pengalaman yang ada. Semuanya dengan izin dan kehendak Allah. Kita ini tiada daya tiada kuasa pada hakikatnya.

Sebab itu belajarlah ilmu apa pun, sila bawa balik kepada agama dan al-quran. Jangan ambil mudah dan persendakan ilmu Tuhan ini mengikut keseronokan duniawi semata-mata.

Sebenarnya kaedah lain untuk mengenal pasti Juz Diri adalah dengan bertadarus 30 juz Al-Quran.

Cuma kena baca al quran secara manual 30 juz

Kekadang ada part kita boleh feel deep

Juz diri ni kena selami surah2 al Quran

Moga dipertemukan juz diri semuanya

Popular Posts