Tips 32


Tip 32
=====

Bagaimana melakukan promosi online dengan cara tidak terlalu menjual..

1) Beri sesuatu PERCUMA.. yang ni saya dah sebut dalam tips sebelum ni.. tak kiralah buku ke.. counselling ke.. video ke.. ebook ke.. yang tu anda kena fikirkan apa yang paling sesuai untuk bisnes anda

2) Simpan database mereka di tempat yang anda mudah melakukan follow up.. paling biasa kita selalu nampak otai guna email marketing.. beri ebook percuma.. video percuma.. dan lain2.. 

tapi tak semua bisnes sesuai dengan email marketing ni.. . Sebab yang ada email pun tak semua buka email selalu.. so anda kena tahu apakah medium yang paling sesuai dengan bisnes anda.. bab pemasaran email ni saya akan dedahkan pada tips2 selanjutnya… relak…  

Kalau anda jual produk premium atau servis premium.. minta mereka PM anda.. bila-bila anda boleh follow up.. walaupun manual tapi produk anda kan mahal..pasti berbaloi.. well.. cara manual pun ok daripada otomatik tapi tak semua dapat mesej anda,, 

Yang lebih selesa berurusan guna whatsapp gunakan sahaja wasap.. tak berdosa pun… 

3) Buat iklan macam biasa..  dapatkan database, kemudian selepas prospek dah mula mesra dan yakin dengan anda.. baru lah jual.. 

Nampak macam leceh kan? ya… sebab perlu masa.. sebab itu saya prefer produk yang lebih mahal mungkin beratus ratus, yang perlu bayar bulanan atau beribu ringgit harganya.. 

*Sila kaji lagi jenis-jenis pelanggan untuk produk anda agar anda tahu bagaimana lagi cara sesuai nak close sale… ayat yang nak digunakan untuk sembang… dan lain2.. sila rujuk juga tips2 sebelum ni.. 

=====

Lepas ni saya akan sambung sedikit demi sedikit bab pemasaran email pula.. sedih bila saya dapat pm kate dah bayar beribu ringgit masuk kelas marketing tapi masih lagi tak faham-faham.. 

Tapi tunggu 3k members channel ni.. jika bermanfaat.. harap sudi share.. copy ayat di bawah dan share pada sesiapa yg anda rasa perlu..

Tak tahu promosi?

Dapatkan tips pemasaran & jualan terus ke henpon anda? 

Percuma sahaja.
.
Pastikan ada telegram kemudian buka link berikut menggunakan smartphone anda..

Telegram.me/zyan007

*Pastikan anda ada app telegram yang official (bukan anyways)
*Serta pastikan app telegram anda sudah updated.


Dapat soalan ni.. cukup 3k members saya kongsi cara buat squeze page dengan mudah sekali sampaikan budak darjah 4 pun bole buat.. 😁


Baru2 ni saya scroll kat newsfeed nampak ada kawan fb saya ni buat coaching pasal follow up.. respon sangat positif... bukan calang-calang...  kalau anda berminat boleh hubungi beliau..

Ini bukan iklan ye.. saya tak dapat apa2.. tuan yang buat coaching pun tak tau .. saya bagi cadangan je.. sebab respon dari student beliau positif.. beliau bukan otai atau sifu yang terkenal... kat fb banyak buat lawak je.. tapi pengalaman yang dia nak kongsi tu yang penting... πŸ‘πŸ‘

Contoh menjual yang tak nampak menjual kat jalan raya.. siapa perasan...?

Baru2 ni Shell ada buat iklan billboard... kalau ada pergi kerja awal pagi esok tengok2 la kalau ada... saya lalu kt lebuhraya sprint ada nampak... tu kat jalan raya..

Kalau online anda boleh nampak iklan kat youtube.. 

Iklan dia tak bagi tau pun suruh isi minyak kat shell.. sebaliknya dia bagi tau pasal layanan istimewa.. makanan yang sedap... macam tu la... 

Nampak?? 

Hmmmm... 

Lagi 200 members saya sambung lagi tips ye... sekarang belek2 dulu tips yang ada..



Tak share canel ni pun takpe.. sy ok jer.. 😊

Popular Posts