Selamat pagi 😊
Tip 30
=====
Dah baca tip 29?
Jom sambung yang ni pulak...
Dah bagi free.. anda kena la rilek.. emosi kena jaga... jangan terus kenalkan produk... jangan terus bagi offer..
Contoh di atas tu mini magazine.. penuh dengan info-info menarik pasal jubah muslimah..
Sama juga kalau anda beri free consulting untuk bakal investor ke.. untuk yang nak amik insurance ke.. tenang je.. tak payah la menggelabah sangat.. rilek.. tarik nafas hembus.. 😂😂
Point kat sini ialah bertenang..
Nampak mudah kan?
Tapi tak ramai buat... asyik nak menjual jer..
Bosan...
Ada tak saya kerap pos pasal cari agen kat canel ni?
Takde kan?
Tapi dah beribu transaksi masuk kat akaun saya dari agen baru yang datang cari canel ni..
Kejap lagi saya sambung.. saya sibuk menjahit sekang ni.. sebab baju back support tu ada cust yang tak muat.. so kene cipta pelekat tambahan kat bahagian pinggang..
Tip 31
====
Buat Pelanggan atau bakal pelanggan anda KETAWA.
Bila mereka dah suka anda percaya anda.. apakata tambah lagi perencah.. buat mereka ketawa.. supaya dinding yang menghalang mereka dari mengenal anda sebelum ni habis roboh semua...
Tipu lah kalau anda tak pernah bergelak ketawa dengan kawan2 anda...
Kenapa tuan Safuan borhan kadang kala update status yang boleh buat gelak sampai sakit perot dibuatnye...? semua tu ada tujuan die.. bukan saje-saje... hmm harap dia tak baca tips yang ni sebab semalam dia kate dah leave canel ni.. so boleh bahan dia kat sini banyak sikit..
Dengan cara ini bukan sahaja memudahkan anda mendapat jualan.. malah lebih mudah untuk dapat repeat order..
Bukan itu sahaja.. pelanggan atau bakal pelanggan anda berebut-rebut lagi nak kenal anda... 😁
Tips seterusnya.. bagaimana nak buat iklan online yang berkesan tapi dengan cara tidak terlalu menjual... nantikan... ❤️
Tapi pendapat peribadi saya.. cara ini lebih sesuai untuk produk yang mahal.. kalau produk bawah harga 100 anda buat iklan biasa-biasa ayat biasa-biasa pun boleh dapat sales dengan banyak.. just kena main split test iklan je..
Sebelum saya sambung lagi tips pemasaran..
Saya nak anda kaji dan lihat lagi siapa potensi pelanggan anda...
Saya amik contoh baju back support saya ni..
Mula-mula saya cuma fikir orang yang ada masalah sakit belakang ni cuma yang kerja pejabat & drebar sahaja...
Tapi lepas tanya pelanggan yang dah beli... ada yang..
.. cikgu...
...askar...
... kerja currier..
.. kerja ofshore..
.. repair aircond..
..mekanik...
Yang terbaru siapa sangka.. orang yang rajin pergi seminar atau kelas pun sangat perlu baju sokongan ni..
Kemudian timbul lagi idea baru macam mana nak buat iklan... ubah lagi ayat follow up.. guna lagi channel pemasaran lain dengan targeting baru.... hasilnya sangat luar biasa...
Jangan lupa korek data - data penting pelanggan anda sedia ada...
Macam mana nak korek?
TANYA..
😎😎