Instagram sebagai platform branding


INSTAGRAM SEBAGAI PLATFORM BRANDING

Instagram bukan sekadar tempat kita untuk menjana keuntungan hasil dari jualan secara terus, tetapi juga sesuai untuk menguatkan jenama produk atau perniagaan kita.

Bayangkan yang jenama produk ada berada di mana-mana, orang masuk Facebook ada Nampak jenama kita, orang masuk Instagram pun Nampak jenama kita. Kan lebih mudah untuk orang ingat tentang jenama kita. 

Selain dari itu, Instagram juga boleh dijadikan sebagai satu senjata meningkatkan lagi kekuatan jenama kita sebagai satu jenama yang sentiasa mengikut peredaran semasa. Ye lah, zaman sekarang kan zaman teknologi, jadi, jenama kita akan nampak lebih kuat jika kita pandai meletakkan perniagaan dan jenama kita selari dengan teknologi semasa. 
Orang pun tak nampak jenama biasa-biasa, bukan kedai cap ayam atau kampung kampong bak kata orang kampung saya. 

Senang cerita, Nampak canggihlah.

Ini baru mukaddimah. Esok lusa saya sambung bab branding di Instagram ni ye. Topik ni agak panjang sikit. 

Sebab ramai orang dok kejar nak buat sales dalam Instagram, tapi bila tak dapat sales, mengeluh, putus asa.

Tapi kadang-kadang dia lupa, mungkin produk tak sesuai, mungkin tak kena dengan target market. Tapi Instagram boleh jadi SENJATA untuk BRANDING.

Hapa, ingat NIKE, ADIDAS dok main instagram tu untuk buat sales dari IG ke? DM DM DM?

Okay, jumpa esok lusa.. 

Popular Posts