INSTAGRAM SEKADAR PLATFORM
Bila kita bercerita tentang platform, satu mindset yang perlu kita tetapkan adalah sebagus mana pun platform tersebut, atau medium pemasaran tersebut, kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Instagram merupakan merupakan Media Social. Jika kita sebut media social, siapa yang masih ingat dengan Friendster dan Myspace? Apa yang dah terjadi pada dua media social ini?
Dan dahulu ramai orang berniaga dalam forum-forum. Sekarang, berapa ramai yang masih kekal berniaga dalam forum. Dan saya yakin mungkin ada sebahagian dari pembaca blog ini, ada yang tidak tahu apa itu forum. Mungkin anda juga. Kan?
Jadi, secara umumnya, kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Sama ada perubahan dari segi :
1 – Paparan dan fungsi
Seperti mana yang kita tahu, teknologi semakin hari semakin cepat berubah, jadi, mungkin ada fungsi-fungsi tambahan atau yang akan dibuang untuk menambah baikkan lagi medium Instagram ini. Jadi, sebarang fungi yang bakal mendatang, kita kena sentiasa up to date atau sentiasa cepat ambil tahu supaya tidak tertinggal berbanding rakan-rakan yang lain. Ini kerana ada sesetengah fungsi yang mungkin bakal jadi sangat berguna terutama bagi golongan peniaga.
2 – Polisi
Kadang kala polisi dan peraturan juga ada yang ditambah dan diubah. Sama ada dari segi apa yang boleh dan tidak boleh di post atau ada beberapa perturan yang perlu dipatuhi agar akaun Instagram kita tidak bermasalah kelak seperti contoh disekat atau dipadam oleh pihak Instagram sendiri.
3 – Capaian pada audience
Jika dahulu pada awal penggunaan mungkin setiap kali kita post atau upload gambar, boleh mencapai (reach) pada hampir 100% follower yang kita ada, tetapi sekarang mungkin ianya semakin berkurang, dan akan datang juga mungkin menjadi lagi rendah, berikutan sudah wujudnya perkhidmatan pengiklan Instagram (Instagram Ads).
Tetapi satu perkara lagi patut kita bersedia dari sekarang, yang tidak mustahil terjadi. Instagram DITUTUP!
Jadi kita seharusnya tidak boleh bergantung 100% pada Instagram dan ianya hanyalah sekarang platform tempat kita menumpang.
Kesimpulan : Jangan terlalu bergantung harap pada 1 platform, sama juga dengan FB.
Bila-bila je boleh tutup. Sebab tu ramai usahawan2 yang dah mula buat blog / website sendiri. IG dan FB jadi tempat untuk tarik platform.
Untuk berbisnes, kita kena bersedia untuk 4-5 tahun akan datang, dan dah mula fikir apa yang bakal terjadi pada bisnes kita, dan mula rancang dari sekarang apa akan jadi 4-5 tahun akan datang.