Branding di instagram


Salam semua

Hari ni nak sambung bab BRANDING di Instagram

Satu lagi strategi penjenamaan yang boleh dimainkan dalam Instagram ini adalah untuk menanam jenama perniagaan kita pada generasi muda yang menggunakan Instagram supaya mereka membesar dengan jenama kita. Ye lah, sebab zaman sekarang mereka sibuk melepak dalam Instagram, jadi, biar jenama kita sentiasa berlegar-legar dalam ingatan mereka. 

Saya ambil contoh. Minyak Cap Kapak. Kenapa orang-orang yang sedikit berusia, dan sehinggakan yang golongan muda pun  sekarang ini, ada sesetengah, mungkin kebanyakkan, pening kepala je, cari minyak cap kapak?

Saya nak tanya anda, pernah tengok tak iklan minyak Cap Kapak?

Banyak lagi minyak angin lain sebenarnya di pasaran, tetapi, kenapa minyak Cap Kapak juga tetap menjadi sasaran dan pujaan hati tuan puan?

Ini kerana salah satu puncanya adalah, kita telah membesar dengan jenama minyak Cap Kapak.

Dulu-dulu masa kita kecik, pening kepala je, mak ayah kita hulur dan sapunya minyak cap kapak kan? 

Dan masa mereka muda dahulu pun, iklan minyak angin yang popular antaranya Minyak Geliga dan Minyak Cap Kapak, jadi, mereka juga membesar dengan jenama sama dan diturunkan pada kita pula. 

Jadi, strategi ini boleh diguna pakai pada teknologi Instagram sekarang. 

Brand atau jenama kita berada di mana, biar mereka membesar dengan jenama kita. 

Dapat sesuatu??

Okay, hari ni juga saya nk share channel2 rakan-rakan saya yang masa saya selalu baca juga.

Bertuah anda semua sekarang, banyak insan-insan yang sudi nak share ilmu2 mereka.

Zaman saya dulu punya lah susah, dah lah nak kena beryahoo (google tak popular lagi waktu tu), masuk pula forum2 mat salleh, dengan tak faham satu hapa pun.

Zaman sekarang dah senang, cuma tinggal di tangan anda je lagi nak TAKE ACTION atau tak.

Jangan tanya bagaimana mereka-mereka ini mampu jana 4-5-6 angka setiap bulan, tapi cuba tanya diri anda, sejauh mana ACTION yang anda boleh buat untuk capai 4-5-6 angka sebulan.

Okay jemput baca cahnnel rakan-rakan yang lain juga :) 


1. https://telegram.me/zyan007 - Azian Bin Usman
2. https://telegram.me/tribesofiancheisa - Mohammad Sofian Che Isa
3. https://telegram.me/marketingsb - Safuan Borhan 
4. https://telegram.me/notabisnes - Izwan Robotys 
5. https://telegram.me/dearhakak - Husna Adnan

Popular Posts