Kisah saya di harian METRO hari ini. Alhamdulilah.
Di sini saya nak kongsikan satu rahsia.
Sebagai business person atau bukan adalah sangat penting kita memahami teknik MARKETING.
Saya boleh ceritakan tentang produk saya. Ia memang sangat special. Formula asli dari BEAUTY WATER.
Tetapi dalam keadaan market kosmetik yang semakin padat... saya tidak pilih branding produk dulu. Sebab saya tahu pelanggan akan anggap produk kita sama macam lain walau sebenarnya produk kita jatuh dari bulan. Satu-satunya produk dari bulan datang ke bumi. 😜
Sangat penting kita memahami pasaran dan cipta kelainan. Produk hanya satu objek nyata dalam pertukaran perniagaan.
Untuk naik paling penting adalah BRANDING. Cara bagaimana kita branding dan bawa imej.
Ini tips paling MAHAL.
BAGAIMANA NAK BRANDING ?
Sepertinya kita perlu cipta IMEJ dan buat orang NAMPAK.
Bagaimana nak buat orang nampak. Tentunya dengan IKLAN. Dan imej pulak tentunya dengan designer yang hebat.
Tapi semua tu perlu modal. Bagaimana kalau kita kekangan modal dan baru je nak niaga?
Ini caranya...
Semua orang suka cerita hero dan inspirasi. Macam tu juga dengn kehidupan kita.
Dalam hidup siapa yang patut jadi hero ? Kisah kita mesti la diri kita sendiri hero nya...
Jadi, mula branding diri. Cipta value / nilai dalam diri yang buat orang sekeliling ingin bersama anda.
Ada beberapa step nak buat ni. Saja ajar khas untuk team saya. Dengan branding diri mereka terus create target market dan follower mereka sendiri.
Ingat lagi saya ceritakan tentang target market saya surirumah ? Jadi saya branding diri sebagai surirumah.
Konsep yang sama saya ajar untuk team saya. Mereka mula menulis dengan mensasarkan target market masing-masing dengan STORY TELLING.
Dr. Azizan share post saya kerana target beliau adalah isteri. Saya keluar paper kerana target Dr. Azizan ingin mengajak lebih ramai surirumah.
Berkesan kan... ini ZERO KOS MARKETING.
Belajar lebih dalam bersama saya dengan #teamAUOLIYA.