Nasihat penting untuk anda yang baru nak mulakan bisnes


TIPS BISNES HARI INI

Kalau anda baru nak mulakan bisnes, satu nasihat paling penting ialah: 

FOKUS UNTUK HASILKAN (atau jual) PRODUK YANG THE BEST, YANG KUALITI TIP TOP. Bukan fokus untuk cari sale sedangkan kualiti produk tidak dijaga. 

Kenapa? 

Kerana apabila produk anda itu memang ramai yang berpuas hati, inshaAllah ia akan cepat tersebar. Pelanggan yang pernah beli dari anda akan dengan rela hati promote produk/brand anda kepada kenalan mereka. 

Seperti yang saya selalu katakan, marketing secara mouth to mouth adalah sangat powerful & efektif. Sebagai penjual, kita harus benar-benar jaga kualiti produk kita dan harus jujur serta ikhlas mahu beri yang terbaik kepada pelanggan. Bukan kejar wang semata tapi kualiti serta servis "kelaut" dan tak ada pelanggan yang mahu repeat order. 

P.s: Untuk ejen dropship, pastikan anda beli dahulu produk yang anda sendiri mahu jual itu. Jika anda berpuas hati barulah anda memohon untuk jadi dropship mereka. 👍🏻

#elsajidashare

Popular Posts