Bagaimana cara menjual yang tak nampak menjual?
Malah buat orang tak sabar nak beli...
Tak salah pun buat iklan untuk hasilkan jualan...
Tapi.. anda kene tahu orang tak suka iklan.. malah kita sendiri pun tak suka tengok iklan kan π kecuali kalau kita betul-betul nak sangat produk tu..
Sebab tu la bila kita sendiri buat iklan yang nampak 1000 orang tapi yang beli kadang cuma 2-3 itupun kalau ada la.. kalo takde nangis.. π pastu nak naikkan sale kene bagi nampak pada 5000 - 1,000,000 orang baru sale meningkat... tapi pada masa yang sama.. kos iklan pun meningkat.. hmmm...
Jadi...
eh belum cukup 2k members..
Jap tunggu... rilek lu... π
Alhamdulillah dah lebih 2k terima kasih banyak yg sudi share.. nanti saya sambung tips.. sambil-sambil tu yang belum baca laporan percuma bagaimana nak elakkan dari terbeli lambakan stok yang tak terjual.. sila download ye π
Jemput baca...
[ File : laporanpercuma.pdf ]
Bagi yang dah baca.. ini bukti kes 4 yang saya maksudkan dalam laporan berkenaan.. saya bukan suke-suke tulis .. huhu.. sebagai motivasiπ
Dikala orang lain sibuk guna fb ads..beliau ambil pendekatan lain.. guna mudah.my tambahan pula beliau memang dah biasa dengan kaedah cod.. ini yang saya maksudkan dalam tips sebelum ni cara bersaing dengan betul..
Sila rujuk tip 22 pasal persaingan..
Ada buat rujukan ke tak ni? π‘
Cara betul rujukan adalah rujukan yang anda dah tulis sendiri setelah anda faham sesuatu info... sebaiknya tulis dengan jari tangan anda... catat segala point penting yang anda rasa penting dalam bisnes anda..
Tak perlu copy semua.. tak perlu tulis semua... dapat?
Tip 27
=====
Sambungan…
Bagaimana kita nak menjual dengan cara tidak menjual?
Dan bagaimana nak buat prospek tak sabar untuk beli dari anda?
Jawapannya adalah softselling..
Ooo.. Tapi softselling macam mana?
Anda perlu buat prospek merasa yang anda ni “BUKAN PENJUAL”
Tapi lebih kepada penasihat.. pembeli maklumat.. seorang kawan…
Contoh paling mudah.. siapa perasan dalam channel ni apa yang saya jual?
Jawapan : Peluang perniagaan (Jadi agen back support)
kenapa saya buat laporan percuma di atas?
Supaya anda anggap saya sebagai penasihat.. pada hujung laporan tu saya ada letak link jika ada yang berminat…
sama lah juga kenapa channel ni dihasilkan
supaya anda tak nampak sangat saya menjual..
cuba kalau dari mulaaa lagi saya bagi tahu saya sedang mencari agen? Pasti nak tekan butang join pun anda menyampah…
Alhamdulillah memang saya ada menerima agen baru walaupun tak semua saya terima sebab ada yang tak validate dulu.. π
Kalau anda lihat channel sebelah pun ada yang ajak join bisnes kodi2 , haha.. Pastu ada channel yang jual ebook.. ada yang buat group pastu offer coaching..ada yang buat kelas… yang kumpul lead..
Masing-masing ada strategi untuk menjual tanpa menjual..
Untuk tip 28 saya akan dedahkan bagaimana nak buat teknik ni dengan lebih teliti dan bagaimana anda boleh aplikasikan teknik ini dalam bisnes anda!
Tunggu 2.3k member jap… π
Anak itik menumpang mandi
Tapi terlupa nak bawa baldi
Kalau anda rasa happy
Harap sudi share channel ini
πππ
Terima kasih.
Jika anda tak meremang bulu roma... maka anda kurang faham sepenuhnya... so baca lah tips2 dari awal ye dan jangan lupa salin isi-isi penting yang anda boleh apply dalam bisnes..
Oh ye.. ada yang tanya sy buat kelas ke? Maaf.. saya tak boleh bagi komitmen lagi buat masa ni... kalau ada saya inform ..