Tips Pemasaran 25-26


Tip 25
======
Iklan dah jalan
Contact prospek dah masuk
Proses jualan pun berlaku
Duit pun dah banyak masuk

Tapi.... lepas kira2.. 

Dari kos iklan RM1k untung bersih tinggal RM100 je..

Tepuk dahi 🙈🙈

**** krik2~ 

Pernah berlaku?  

Kalau ada untung RM100 tu kira ok lagi.. kalau rugi .. menangis la dulu.. tak salah pun menangis ni.. 😂😂

Tapi rilek lah.. tengok lah contact yang masuk tu...

Yang dah beli tu boleh beli lagi...
Yang belum beli tu boleh beli..

Jawapannya tak lain tak bukan..

👉👉 Follow up lerrr..

Macam mana follow up yang betul? 

Nanti saya sambung pada tip seterusnya...

Yang pasti sekarang jangan takut untuk follow up.. prospek takkan berubah jadi buaya & makan anda bila anda buat follow up.. 😏😏😏

===========================================
Saya ada menerima soalan berkaitan email, blog, google dan lain2 .. 

Buat masa ni saya kongsi mana yang paling mudah nak apply dulu..

Tu semua mungkin tip yang ke 600 atau 700 nanti.. rilek luu... errmmmm...

Anda juga digalakkan menapis maklumat yang diperoleh dalam canel ni.. cuba sesuaikan dengan situasi anda sekarang..

======================================

Tip 26
======
CARA FOLLOW UP 

Sebelum tu anda kena tahu kenapa nak follow up antaranya: 

1) Nak tingkatkan sale
2) Nak cover kerugian
3) Nak menjalin hubungan yang panjang.. ❤️❤️

Setiap tujuan follow up adalah berbeza.. pastikan anda jangan salah skrip.. 

Apakah skrip utk no 1?

Mat salleh panggil upsale.. paling femes orang dok bagi contoh mekdi lepas order dia tanya nak fries ke atau apa2 lagi.. 

Anda boleh buat perkara yang sama.. katakan anda jual baju back support anda boleh upsale dengan produk lain contohnya gel amani ke.. prokas ke.. minyak lintah ke.. 

Buat sebelum cust nak bayar atau selepas bayar.. terpulang.. anda kena test sendiri.. 

Tanya je.. encik berminat tak nak tambah minyak sakit badan? Hanya tambah RM1juta je cik.. harga asal RM10juta.. tapi disebabkan encik pelanggan kami...tu yang kami bagi murah.. haa.. pandai-pandai la goreng ayat lagi.. 

Bagaimana pula dengan no 2? 

Kita nak cover kerugian ni.. simple..

Tanya je atau offer diskaun, offer free gift... atau kita boleh mintak dia tanyakan kawan2-kawan dia dan kita bagi produk tu free atau komisen sebagai ganjaran.. letak la syarat ketat sikit.. nak bagi free minimum 5 orang.. haa.. dapat idea?

No 3 membina hubungan dengan pelanggan sedia ada..

Tanya je apa perkembangan.. buat jadi kawan...pastu mintak rekemenkan ke.. macam-macam lah yang anda boleh fikirkan...  

======

Percaya tak kalau saya kata hanya dengan follow up sahaja anda dah boleh lupakan fb ads? Atau iklan2 berbayar yang lain? 

Tak caye? buat dulu....😎😎

Tujuan utama follow up tu kalau pusing macam mana pun sebenarnya untuk naikkan lagi profit juga.. sengaja saya asingkan jadi 3 kategori agar nampak lebih tersusun senang nak explain 😂


Ni skrip yg saya guna kalau pelanggan senyap:

Salam cik, maaf mengganggu.. dalam rekod kami cik pernah berminat nak dapatkan produk kami. Boleh saya tau cik masih berminat atau ada apa-apa soalan nak tanya lagi? Saya sedia membantu. Terima kasih


Ini pula skrip kalau pelanggan nak bayar tapi x bayar2 lagi.. haha.. :

Maaf cik. Dah buat pembayaran? Takut terlepas pandang.. sebab stok produk tak banyak.. kalau sudah bagi tahu kami ye..


Sekadar pesanan...

Jika anda ingin membeli page yang sudah ada likers.. 

Pastikan anda tahu:

1) Dari mana datangnya likers
2) Apakah nama page sebelum ditukar nama
3) Siapakah likers page

Anda dah tahu semua tu baru lah anda proceed payment untuk beli page tersebut.. 

Bukan ape.. 

Kalau likers anda ada sejuta pun tapi yang like bot atau fake profile pun tak guna juga.. 

Cara terbaik.. buat page dari mula.. buat iklan like.. makan kos tapi puas hati.. 

Sekian.. sekadar pesanan di malam jumaat... 😊😊😊

Tengah tunggu 2k members channel ni tak sabar nak sambung lagi tips.. 

Sebenarnya memang saya nak anda rujuk balik tips-tips kat atas tu.. mana la tau ada yang terlupa & terlepas pandang kan.. 🙈🙈🙈


Popular Posts