Tips Pemasaran 20-22


Tip 20 : Ada orang kata buat iklan kt FB masyuk.. 
Iklan kat email masyuk.. iklan kat adword masyuk.. 

Walaupun yang kata tu.. 
otai tahap dewa putra gunung semanggol sekalipun

Hakikatnya…

“Selagi anda tak buat anda takkan tahu.. anda kena buat.. tapi buat lah dengan ILMU.. ”

Setiap channel marketing tidak sama.. Ada produk yang boleh dijual di FB tidak sesuai di jual menggunakan email.. 

Ada yang bila jual kat FB tak laku tapi bila guna Adword laku pula.. 

Sebab itu Tuan Bukhari Ramli dan Tuan Faisal Abdullah sangat tekankan kita kena KENAL pelanggan kita... di mana mereka berada.. lingkungan umur.. jantina.. etc..

Jelas?

Berkenaan video yang saya tunjuk mengenai data location by state/city di keyword planner tu pun tidak menjamin jualan anda akan meningkat jika anda guna pada fb ads…. 

Kalau setakat nak jadikan sebagai petunjuk boleh la.. yang data kat keyword planner tu yang orang taip di google.. 

Manakala yang beli di FB pula boleh jadi tak pernah buat carian pun.. tak pernah rasa nak beli produk.. ada yang nampak iklan kita baru terfikir nak beli..

Nampak?

Sebab itu saya kata.. nak jadikan petunjuk bole la atau untuk melihat ada permintaan atau tidak.. 

Hmm.. kalau ada yang buat kelas berbayar ajar pasal google data guna kat fb ads sile tarik telinga die..  πŸ˜‚πŸ˜‚
πŸ‘†contoh gambar iklan text tak lebih 20% yang menarik

Tip 21
=====
Jangan suka hati naikkan bajet iklan anda.. adoii...

Kalau iklan dah jalan... lepastu takde ape respon...takde komen like pm wasap  .. jangan lah naikkan bajet..  

Dah tau iklan tu takde sambutan pegi naikkan bajet dah kenape?? πŸ˜‚πŸ˜‚

Bila waktu paling afdzal naikkan bajet? 

1) Jika iklan langsung tak gerak
2) Bila iklan tu dah mula nampak respon positif dari audience.. 
3) Bila anda "yakin" iklan anda boleh bagi roi berganda

Bab "yakin" ni hanya anda sahaja yang boleh tentukan sebab anda yang jual.. anda yang tahu apa yang sedang berlaku.. sebab anda yang buat iklan.. anda yang tahu sambutan iklan anda.. 

Let say.. anda run RM30 sehari.. jualan takde tapi yang wasap 3 orang.. dalam kes ni saya akan naikkan RM60 untuk lihat bagaimana resultnya.. 

Kalau jumlah wasap meningkat lepas tu mula ada sale.. saya naikkan bajet kepada RM200 sehari dan seterusnya..

Tip 22
=====
Ada kalanya.. anda dah buat macam-macam pun tapi iklan tak jalan..
Respon takde.. petunjuk apa pun takde.. 

Nasihat sy : TUKAR PRODUK 

Tak payah buang masa.. 
Sebab itu pemilihan produk sangat-sangat penting.. 

Saya yang mencari agen untuk baju back support pun saya akan tanya dulu dia ada buat validation atau tak.. kalau dia tak buat lagi saya takkan terima.. walaupun dia ada duit untuk bayar saya sampai 100 pcs sekalipun..


Popular Posts