Tips Pemasaran 22-23


Selamat pagi uols... 😂😂 

Sape kat sini dah bangun?

Tip 22
====
Bagaimana nak bersaing dengan pengiklan yang lain?

Walaupun kita menggunakan channel marketing yang sama dengan orang lain.. Tak semestinya kita menggunakan kaedah penyampaian yang sama juga..

Paham ke?

Ok katalah kebanyakan pengiklan atau pesaing kita banyak menggunakan iklan gambar produk, kita gunalah gambar yang orang sedang guna produk tu ke.. gambar muka orang terkejut sebab guna ke.. gambar awek comel ke.. gambar ada orang utan tengah sengih2 ke.. cuba cari apa kelainan yang anda boleh sampaikan...

Itu lah cara sebenar untuk anda bersaing.. kalau orang buat A anda pun bulat-bulat buat A itu bukan bersaing tapi lebih kepada berlumba.. 

Cara terbaik ialah kita “mengasingkan” diri kita dari kelompok-kelompok merketer yang menggunakan kaedah yang sama penyampaian yang sama.. 

Yang banyak merungut kenapa iklan dah banyak habis tapi takde sambutan…boleh jadi ini antara faktornya.. audience dah bosan dengan iklan yang sama walaupun dari penjual yang berbeza.. 

Contoh iklan video yg unik dari biasa.. pandai dia masukkan unsur jenaka dalam iklan… mudah.my pun ada tiru… tgk video ni..😂😂😂

https://youtu.be/u9vbXpMKz6I

Mahu belajar lebih mendalam pasal fb ads ni saya cadangkan datang kelas anjuran virus marketing.. 

https://www.facebook.com/safuanborhan/posts/10206354232987713?pnref=story

Saya takde dapat komisen apa-apa bagitau pasal kelas Encik Safuan Borhan ni.. yang saya tau dia memang betul-betul terer pasal fb marketing.. dia ada jual produk kampeni dia sendiri..ada team.. ada run iklan untuk klien.. klien pun ramai berpuas hati dengan die.. dan sekarang dia buat kelas.. itu lebih baik dari belajar dengan orang yang anda tak tahu pun apa yang dia jual...

Tip 23
=====
FOKUS FOKUS FOKUS!!! Buat apa sahaja kene fokus.. kalau tak boleh fokus 100% pun at least PEKA dengan apa yang berlaku.. Dalam pemasaran juga anda kena FOKUSSS... pastikan anda berada di track yang betul.. ikut PLANNING.. 

Berapa ramai kat sini yang tak perasan tip fokus ni sebenarnya tip yang ke 24.. kerana tip sebelum ini adalah 23 tapi saya taip tip 22 .



Saya pernah berada dalam situasi brader ni.. stok saya tak terjual.. modal dah keluar lebih 4 angka. Saya pun tak nak agen saya jadi macam saya dulu..saya tahu bagaimana perasan bila dah keluar modal tapi stok tak terjual.. di kalangan anda pun pasti PERNAH. KAN?? 

I feel you bro 😭😭😭


Kes yg sama... insyaAllah petang atau malam saya share pasal produk validation... hari ni sibuk handel stok utk agen.. maaf..

[ File : laporanpercuma.pdf ]

Saya share dalam bentuk PDF, sb panjang sangat nak taip kat sini tak muat pula... lagipun anda boleh buat rujukan di kemudian hari... 😊 harap baca ye.. penat kot saya taip dekat 3 jam juga tu.. 😰

Agak penat hari ini..maaf tak dapat kongsi banyak tips..

Popular Posts