Asas Pemasaran : Tips 29


Tip 29
=====
Sambungan untuk strategi.. beri percuma.. bukan main bagi je.. 

1) Anda kena mahir terhadap produk/servis anda. 

Supaya anda boleh berkongsi ilmu atau apa sahaja lagi yang berkaitan dengan niche produk anda..

Saya bagi contoh la senang ye.. katalah anda ada buka butik baju muslimah.. 

Anda boleh offer percuma buku panduan penjagaan baju muslimah.. anda pasang 10 orang edar buku tu kat akak-akak yang bertudung labuh yang lalu-lalu kat kawasan jalan tar.. 

Mereka pun baca la kat rumah.. banyak betul tips-tips menarik dalam buku tu.. mereka dapat ilmu baru..sambil belek-belek buku anda sambil tu mereka tersenyum-senyum.. 😊 

Kat buku tu pandai-pandai la selit offer ke ape.. 

Lepas ni kalau mereka rasa nak beli baju muslimah.. pasti akan teringat butik anda.. 

NAMPAK? hmmm

Tu baru 1.. 

Jap lagi sambung.. nak bagi makan ikan kat taman…

Jap.. bukan buku yang tebal-tebal tu ye.. πŸ˜…πŸ˜…  agak la.. buku yang simple dan seswaaii..haa.. mini magazine ke.. urgh.. tu kann contoh 😏😏

Perkongsian Ilmu oleh tuan safuan borhan... 

Buat rujukan sy ...  saje bookmark masuk canel ni.. 
πŸ™ˆ .. 


Tips Pemasaran 28


Tengah taip tip yang ke 28 iaitu sambungan tip sebelum ni.. nantikan...  get redi ye uolls..

Tip 28
=====
Maaf lambat.. hujan kat luar.. sejuk sampai perot masuk angin…

ok sambung…

Macam mana nak menjual tapi tak nampak sangat menjual..

Teknik yang palingggg mudah sekali yang boleh digunakan oleh semua orang ialah : 

Beri Sesuatu secara Percuma! kenapa?

Rujuk tip 27 : sebab kita tak mahu prospek kita fikir yang kita penjual

ye lah.. kalau anda dapat sesuatu secara percuma dari seseorang, adakah anda fikir dia sebagai penjual? Mestilah tak kan?

Hmm… tp nak bagi percuma apa? 😁 

Jangan tanya saya… tapi tanyalah diri anda sendiri..
Apa yang aku boleh beri percuma kat bakal pelanggan aku.. 

cuba fikirkan!

Kalau anda bisnes agen pelaburan.. anda boleh beri consultan percuma
Kalau anda bisnes sabun.. anda boleh beri sabun percuma 
Kalau anda jual kek.. anda bagi la kek percuma

Fikir.. fikir! kalau tak boleh bagi produk free bagi la sesuatu yang bernilai juga free.. 

Tapii….

Nak beri percuma.. pun ada strateginya..  

Nantikan tips 29 esok.. tunggu… 😊😊

Rujuk latest wall post sy & tolong tekan butang share boleh tak? πŸ˜‚ 

https://www.facebook.com/zyanfb/posts/10207499071942248


Terima kasih
Saya doakan anda kaya & berjaya!!

Tips Pemasaran 27


Bagaimana cara menjual yang tak nampak menjual? 
Malah buat orang tak sabar nak beli... 

Tak salah pun buat iklan untuk hasilkan jualan...
Tapi.. anda kene tahu orang tak suka iklan.. malah kita sendiri pun tak suka tengok iklan kan 😁 kecuali kalau kita betul-betul nak sangat produk tu.. 

Sebab tu la bila kita sendiri buat iklan yang nampak 1000 orang tapi yang beli kadang cuma 2-3 itupun kalau ada la.. kalo takde nangis.. πŸ˜‚  pastu nak naikkan sale kene bagi nampak pada 5000 - 1,000,000 orang baru sale meningkat... tapi pada masa yang sama.. kos iklan pun meningkat.. hmmm...

Jadi... 

eh belum cukup 2k members.. 

Jap tunggu... rilek lu... πŸ˜‚


Alhamdulillah dah lebih 2k terima kasih banyak yg sudi share.. nanti saya sambung tips.. sambil-sambil tu yang belum baca laporan percuma bagaimana nak elakkan dari terbeli lambakan stok yang tak terjual.. sila download ye πŸ‘‡

Jemput baca...
[ File : laporanpercuma.pdf ]

Bagi yang dah baca.. ini bukti kes 4 yang saya maksudkan dalam laporan  berkenaan.. saya bukan suke-suke tulis .. huhu.. sebagai motivasiπŸ‘‡


Dikala orang lain sibuk guna fb ads..beliau ambil pendekatan lain.. guna mudah.my tambahan pula beliau memang dah biasa dengan kaedah cod.. ini yang saya maksudkan dalam tips sebelum ni cara bersaing dengan betul.. 

Sila rujuk tip 22 pasal persaingan.. 

Ada buat rujukan ke tak ni? 😑

Cara betul rujukan adalah rujukan yang anda dah tulis sendiri setelah anda faham sesuatu info... sebaiknya tulis dengan jari tangan anda... catat segala point penting yang anda rasa penting dalam bisnes anda.. 

Tak perlu copy semua.. tak perlu tulis semua... dapat? 


Tip 27
=====
Sambungan… 

Bagaimana kita nak menjual dengan cara tidak menjual?
Dan bagaimana nak buat prospek tak sabar untuk beli dari anda?

Jawapannya adalah softselling..

Ooo.. Tapi softselling macam mana? 

Anda perlu buat prospek merasa yang anda ni “BUKAN PENJUAL”

Tapi lebih kepada penasihat.. pembeli maklumat.. seorang kawan…

Contoh paling mudah.. siapa perasan dalam channel ni apa yang saya jual?

Jawapan : Peluang perniagaan (Jadi agen back support)

kenapa saya buat laporan percuma di atas? 

Supaya anda anggap saya sebagai penasihat.. pada hujung laporan tu saya ada letak link jika ada yang berminat… 

sama lah juga kenapa channel ni dihasilkan
supaya anda tak nampak sangat saya menjual.. 

cuba kalau dari mulaaa lagi saya bagi tahu saya sedang mencari agen? Pasti nak tekan butang join pun anda menyampah… 

Alhamdulillah memang saya ada menerima agen baru walaupun tak semua saya terima sebab ada yang tak validate dulu.. 😊 

Kalau anda lihat channel sebelah pun ada yang ajak join bisnes kodi2 , haha.. Pastu ada channel yang jual ebook.. ada yang buat group pastu offer coaching..ada yang buat kelas… yang kumpul lead.. 

Masing-masing ada strategi untuk menjual tanpa menjual.. 

Untuk tip 28 saya akan dedahkan bagaimana nak buat teknik ni dengan lebih teliti dan bagaimana anda boleh aplikasikan teknik ini dalam bisnes anda! 

Tunggu 2.3k member jap…  😘 

Anak itik menumpang mandi
Tapi terlupa nak bawa baldi
Kalau anda rasa happy
Harap sudi share channel ini 

😁😁😁   

Terima kasih.

Jika anda tak meremang bulu roma... maka anda kurang faham sepenuhnya... so baca lah tips2 dari awal ye dan jangan lupa salin isi-isi penting yang anda boleh apply dalam bisnes.. 

Oh ye.. ada yang tanya sy buat kelas ke? Maaf.. saya tak boleh bagi komitmen lagi buat masa ni... kalau ada saya inform ..

Pengenalan (Part II)


Pengenalan (Part II) 

FACEBOOK VS INSTAGRAM

Dalam Facebook walaupun ada fungsi Likes pada page, walaupun mereka dah like pada page sesetengah peniagan atau kedai, tetapi iklan iklan yang lain turut sama muncul di newsfeed mereka.

Sama ada iklan berbayar, mahupun yang iklan di group-group tertentu. 

Jadi, mereka seperti serabut lihat banyak produk produk tidak berkaitan. 

Dalam Instagram, mereka Cuma follow kedai atau kaun yang mereka berminat sahaja, dan post dari akaun tersebut sahaja yang muncul di newsfeed mereka. 

Contoh mereka cuma follow akaun-akaun instagram yang menjual tudung, jadi, tidak akan muncul iklan pil kurus, serbuk putihkan kulit, krim hilangkan jerawat, sabun untuk tegangkan kulit, iklan MLM dan lain-lain.

Jika muncul pun dari Instagram Ads, cuma 1 dalam beberapa post.

Tidak seperti facebook yang atas bawah tengah tepi semua iklan. 

Jadi, jangan risau sebab MEMANG boleh berniaga dan buat duit dalam Instagram.

Saya ada beberapa rakan yang langsung tak tahu pasal FB marketing dan lain2, dan 100% bergantung pada IG, dan pendapatan mereka konsisten 4 angka sebulan, dan buat secara part time. Ada tu yang surirumah sambil2 jaga anak. 

Walaupun audience bosan melihat himpunan iklan di Facebook, tetapi tidak beerti mereka tidak ada minat untuk cuci mata melihat produk-produk yang mereka minat. 

Jadi, ada strategi yang membolehkan mereka follow kita kerana mereka memang berminat dengan produk jualan kita. Jadi secara tidak langsung, mereka dengan RELA untuk melihat iklan yang bakal kita sajikan dan adakala mereka tidak kisah kerana itu memang apa yang mereka minat.

Dapat sesuatu?

Pengenalan (Part I)

Pengenalan (Part I)

Saja nak bagi refresh bagi rakan-rakan yang masih baru nk guna IG.

Baru baru ini saya dijemput untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar universiti di salah sebuah universiti tempatan berkenaan pemasaran internet.

Saya lakukan sedikit survey. Antara Facebook dan Instagram, mana yang mereka lebih suka dan selalu masuk.

Jawapan mereka.. Instagram.

Jadi, kenapa fenomena ini terjadi, apa sudah jadi dengan Facebook? Bukan Facebook lagi best ke?

Salah satu jawapan yang saya terima dari mereka, mereka semua bosan dengan Facebook kerana terlalu banyak iklan. Atas bawah tengah tepi semua iklan. 

Dan mereka lebih gemar cuci mata melihat gambar rakan-rakan berbanding melihat status kosong. 

Nampak gaya, ramai yang mula keluar dari habiskan masa di Facebook dan beralih ke Instagram. 

Ini sebenarnya satu peluang bagus untuk para usahawan, kerana kita sudah tahu di mana tempat lepak baru golongan-golongan ini. 

Tetapi, kita kena faham satu perkara.

Saya ulang.  

Mereka semua bosan dengan Facebook kerana terlalu banyak IKLAN. Atas bawah tengah tepi semua iklan. 

Mudah kata, orang LARI dari Facebook sebab tak mahu lihat IKLAN. 

So, Kesimpulan utk Tips hari ini :

- ada cara terbaik untuk post dalam IG supaya tak nampak macam iklan
- ada cara walaupun kita post iklan, orang tetap suka
- kena faham sekali lagi..orang lagi dari Facebook sebab nak LARI dari iklan yang terlalu banyak.. jadi jika anda masih lagi beriklan sana sini dalam Instagram, potensi untuk pelanggan lari tu pun tinggi (pelanggan unfollow)
- guna cara softsale dalam beriklan dalam IG

Dapat sesuatu?

😍

Tips Pemasaran 25-26


Tip 25
======
Iklan dah jalan
Contact prospek dah masuk
Proses jualan pun berlaku
Duit pun dah banyak masuk

Tapi.... lepas kira2.. 

Dari kos iklan RM1k untung bersih tinggal RM100 je..

Tepuk dahi πŸ™ˆπŸ™ˆ

**** krik2~ 

Pernah berlaku?  

Kalau ada untung RM100 tu kira ok lagi.. kalau rugi .. menangis la dulu.. tak salah pun menangis ni.. πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi rilek lah.. tengok lah contact yang masuk tu...

Yang dah beli tu boleh beli lagi...
Yang belum beli tu boleh beli..

Jawapannya tak lain tak bukan..

πŸ‘‰πŸ‘‰ Follow up lerrr..

Macam mana follow up yang betul? 

Nanti saya sambung pada tip seterusnya...

Yang pasti sekarang jangan takut untuk follow up.. prospek takkan berubah jadi buaya & makan anda bila anda buat follow up.. 😏😏😏

===========================================
Saya ada menerima soalan berkaitan email, blog, google dan lain2 .. 

Buat masa ni saya kongsi mana yang paling mudah nak apply dulu..

Tu semua mungkin tip yang ke 600 atau 700 nanti.. rilek luu... errmmmm...

Anda juga digalakkan menapis maklumat yang diperoleh dalam canel ni.. cuba sesuaikan dengan situasi anda sekarang..

======================================

Tip 26
======
CARA FOLLOW UP 

Sebelum tu anda kena tahu kenapa nak follow up antaranya: 

1) Nak tingkatkan sale
2) Nak cover kerugian
3) Nak menjalin hubungan yang panjang.. ❤️❤️

Setiap tujuan follow up adalah berbeza.. pastikan anda jangan salah skrip.. 

Apakah skrip utk no 1?

Mat salleh panggil upsale.. paling femes orang dok bagi contoh mekdi lepas order dia tanya nak fries ke atau apa2 lagi.. 

Anda boleh buat perkara yang sama.. katakan anda jual baju back support anda boleh upsale dengan produk lain contohnya gel amani ke.. prokas ke.. minyak lintah ke.. 

Buat sebelum cust nak bayar atau selepas bayar.. terpulang.. anda kena test sendiri.. 

Tanya je.. encik berminat tak nak tambah minyak sakit badan? Hanya tambah RM1juta je cik.. harga asal RM10juta.. tapi disebabkan encik pelanggan kami...tu yang kami bagi murah.. haa.. pandai-pandai la goreng ayat lagi.. 

Bagaimana pula dengan no 2? 

Kita nak cover kerugian ni.. simple..

Tanya je atau offer diskaun, offer free gift... atau kita boleh mintak dia tanyakan kawan2-kawan dia dan kita bagi produk tu free atau komisen sebagai ganjaran.. letak la syarat ketat sikit.. nak bagi free minimum 5 orang.. haa.. dapat idea?

No 3 membina hubungan dengan pelanggan sedia ada..

Tanya je apa perkembangan.. buat jadi kawan...pastu mintak rekemenkan ke.. macam-macam lah yang anda boleh fikirkan...  

======

Percaya tak kalau saya kata hanya dengan follow up sahaja anda dah boleh lupakan fb ads? Atau iklan2 berbayar yang lain? 

Tak caye? buat dulu....😎😎

Tujuan utama follow up tu kalau pusing macam mana pun sebenarnya untuk naikkan lagi profit juga.. sengaja saya asingkan jadi 3 kategori agar nampak lebih tersusun senang nak explain πŸ˜‚


Ni skrip yg saya guna kalau pelanggan senyap:

Salam cik, maaf mengganggu.. dalam rekod kami cik pernah berminat nak dapatkan produk kami. Boleh saya tau cik masih berminat atau ada apa-apa soalan nak tanya lagi? Saya sedia membantu. Terima kasih


Ini pula skrip kalau pelanggan nak bayar tapi x bayar2 lagi.. haha.. :

Maaf cik. Dah buat pembayaran? Takut terlepas pandang.. sebab stok produk tak banyak.. kalau sudah bagi tahu kami ye..


Sekadar pesanan...

Jika anda ingin membeli page yang sudah ada likers.. 

Pastikan anda tahu:

1) Dari mana datangnya likers
2) Apakah nama page sebelum ditukar nama
3) Siapakah likers page

Anda dah tahu semua tu baru lah anda proceed payment untuk beli page tersebut.. 

Bukan ape.. 

Kalau likers anda ada sejuta pun tapi yang like bot atau fake profile pun tak guna juga.. 

Cara terbaik.. buat page dari mula.. buat iklan like.. makan kos tapi puas hati.. 

Sekian.. sekadar pesanan di malam jumaat... 😊😊😊

Tengah tunggu 2k members channel ni tak sabar nak sambung lagi tips.. 

Sebenarnya memang saya nak anda rujuk balik tips-tips kat atas tu.. mana la tau ada yang terlupa & terlepas pandang kan.. πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ


Tips Pemasaran 22-23


Selamat pagi uols... πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Sape kat sini dah bangun?

Tip 22
====
Bagaimana nak bersaing dengan pengiklan yang lain?

Walaupun kita menggunakan channel marketing yang sama dengan orang lain.. Tak semestinya kita menggunakan kaedah penyampaian yang sama juga..

Paham ke?

Ok katalah kebanyakan pengiklan atau pesaing kita banyak menggunakan iklan gambar produk, kita gunalah gambar yang orang sedang guna produk tu ke.. gambar muka orang terkejut sebab guna ke.. gambar awek comel ke.. gambar ada orang utan tengah sengih2 ke.. cuba cari apa kelainan yang anda boleh sampaikan...

Itu lah cara sebenar untuk anda bersaing.. kalau orang buat A anda pun bulat-bulat buat A itu bukan bersaing tapi lebih kepada berlumba.. 

Cara terbaik ialah kita “mengasingkan” diri kita dari kelompok-kelompok merketer yang menggunakan kaedah yang sama penyampaian yang sama.. 

Yang banyak merungut kenapa iklan dah banyak habis tapi takde sambutan…boleh jadi ini antara faktornya.. audience dah bosan dengan iklan yang sama walaupun dari penjual yang berbeza.. 

Contoh iklan video yg unik dari biasa.. pandai dia masukkan unsur jenaka dalam iklan… mudah.my pun ada tiru… tgk video ni..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

https://youtu.be/u9vbXpMKz6I

Mahu belajar lebih mendalam pasal fb ads ni saya cadangkan datang kelas anjuran virus marketing.. 

https://www.facebook.com/safuanborhan/posts/10206354232987713?pnref=story

Saya takde dapat komisen apa-apa bagitau pasal kelas Encik Safuan Borhan ni.. yang saya tau dia memang betul-betul terer pasal fb marketing.. dia ada jual produk kampeni dia sendiri..ada team.. ada run iklan untuk klien.. klien pun ramai berpuas hati dengan die.. dan sekarang dia buat kelas.. itu lebih baik dari belajar dengan orang yang anda tak tahu pun apa yang dia jual...

Tip 23
=====
FOKUS FOKUS FOKUS!!! Buat apa sahaja kene fokus.. kalau tak boleh fokus 100% pun at least PEKA dengan apa yang berlaku.. Dalam pemasaran juga anda kena FOKUSSS... pastikan anda berada di track yang betul.. ikut PLANNING.. 

Berapa ramai kat sini yang tak perasan tip fokus ni sebenarnya tip yang ke 24.. kerana tip sebelum ini adalah 23 tapi saya taip tip 22 .



Saya pernah berada dalam situasi brader ni.. stok saya tak terjual.. modal dah keluar lebih 4 angka. Saya pun tak nak agen saya jadi macam saya dulu..saya tahu bagaimana perasan bila dah keluar modal tapi stok tak terjual.. di kalangan anda pun pasti PERNAH. KAN?? 

I feel you bro 😭😭😭


Kes yg sama... insyaAllah petang atau malam saya share pasal produk validation... hari ni sibuk handel stok utk agen.. maaf..

[ File : laporanpercuma.pdf ]

Saya share dalam bentuk PDF, sb panjang sangat nak taip kat sini tak muat pula... lagipun anda boleh buat rujukan di kemudian hari... 😊 harap baca ye.. penat kot saya taip dekat 3 jam juga tu.. 😰

Agak penat hari ini..maaf tak dapat kongsi banyak tips..

Tips Pemasaran 20-22


Tip 20 : Ada orang kata buat iklan kt FB masyuk.. 
Iklan kat email masyuk.. iklan kat adword masyuk.. 

Walaupun yang kata tu.. 
otai tahap dewa putra gunung semanggol sekalipun

Hakikatnya…

“Selagi anda tak buat anda takkan tahu.. anda kena buat.. tapi buat lah dengan ILMU.. ”

Setiap channel marketing tidak sama.. Ada produk yang boleh dijual di FB tidak sesuai di jual menggunakan email.. 

Ada yang bila jual kat FB tak laku tapi bila guna Adword laku pula.. 

Sebab itu Tuan Bukhari Ramli dan Tuan Faisal Abdullah sangat tekankan kita kena KENAL pelanggan kita... di mana mereka berada.. lingkungan umur.. jantina.. etc..

Jelas?

Berkenaan video yang saya tunjuk mengenai data location by state/city di keyword planner tu pun tidak menjamin jualan anda akan meningkat jika anda guna pada fb ads…. 

Kalau setakat nak jadikan sebagai petunjuk boleh la.. yang data kat keyword planner tu yang orang taip di google.. 

Manakala yang beli di FB pula boleh jadi tak pernah buat carian pun.. tak pernah rasa nak beli produk.. ada yang nampak iklan kita baru terfikir nak beli..

Nampak?

Sebab itu saya kata.. nak jadikan petunjuk bole la atau untuk melihat ada permintaan atau tidak.. 

Hmm.. kalau ada yang buat kelas berbayar ajar pasal google data guna kat fb ads sile tarik telinga die..  πŸ˜‚πŸ˜‚
πŸ‘†contoh gambar iklan text tak lebih 20% yang menarik

Tip 21
=====
Jangan suka hati naikkan bajet iklan anda.. adoii...

Kalau iklan dah jalan... lepastu takde ape respon...takde komen like pm wasap  .. jangan lah naikkan bajet..  

Dah tau iklan tu takde sambutan pegi naikkan bajet dah kenape?? πŸ˜‚πŸ˜‚

Bila waktu paling afdzal naikkan bajet? 

1) Jika iklan langsung tak gerak
2) Bila iklan tu dah mula nampak respon positif dari audience.. 
3) Bila anda "yakin" iklan anda boleh bagi roi berganda

Bab "yakin" ni hanya anda sahaja yang boleh tentukan sebab anda yang jual.. anda yang tahu apa yang sedang berlaku.. sebab anda yang buat iklan.. anda yang tahu sambutan iklan anda.. 

Let say.. anda run RM30 sehari.. jualan takde tapi yang wasap 3 orang.. dalam kes ni saya akan naikkan RM60 untuk lihat bagaimana resultnya.. 

Kalau jumlah wasap meningkat lepas tu mula ada sale.. saya naikkan bajet kepada RM200 sehari dan seterusnya..

Tip 22
=====
Ada kalanya.. anda dah buat macam-macam pun tapi iklan tak jalan..
Respon takde.. petunjuk apa pun takde.. 

Nasihat sy : TUKAR PRODUK 

Tak payah buang masa.. 
Sebab itu pemilihan produk sangat-sangat penting.. 

Saya yang mencari agen untuk baju back support pun saya akan tanya dulu dia ada buat validation atau tak.. kalau dia tak buat lagi saya takkan terima.. walaupun dia ada duit untuk bayar saya sampai 100 pcs sekalipun..


Tips Pemasaran 18 - 19


Tip 18 : Hati-hati dalam penggunaan skrip close sale.. jangan main hantar je tanpa baca apa yang mereka taip.

Mereka juga manusia.. ada emosi.. jangan nampak sangat skrip tu copy paste.. kene edit juga supaya nampak lebih ngam dengan situasi.

Contohnya bila kita tanya nama. dia jawab Nama saya safuan borhan,

Then kita reply la.. Hye cik Safuan salam kenal ye...

Kalau kita just reply.. Ok cik, terima kasih ye.. produk ini bla bla..

Abis tu apa guna dia bagi tahu nama kan? 

Skrip juga mestilah sentiasa diperbaiki...setiap perkataan yang kita sampaikan sangat2 memberi kesan ketika proses menjual sedang berlaku..  

Namun sebaik macam mana pun skrip anda pasti ada yang tak suka.. misalnya pagi ni saya dpt mesej ni..padahal saya cuma tanya sering sakit belakang ke? Dituduh pegawai siasatan pula.. lepastu acah-acah konon-konon ramai yang berminat.. pastu kene blok.. kah kah kah..  πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Tip 19 : Jika anda menjual dalam team, ada company.. ada office.. tunjuk lah semua tu kat prospek.. supaya dia lebih percaya... nak mudah bagi link website... dalam web tu.. ada gamba team yang terlibat... produk yang dipos.. gambar office yang menarik.. gamba tengah buat kelas ke ape ke...  make it simple & mobile friendly.. cukup dah.. 

Contoh:

Terima kasih kerana berminat... saya Safuan borhan dari Sado Enterprise, ini website kami www.besado.com ..  sekian sekian..  

Kan nampak lebih umphhh... 

Strategi pengenalan simple macam ni je pun dah bole buat prospek rasa tak sabar nak berurusan...

Tengok ni...

Unik kan?? Sape suka tips ni? Say I...

Krik~ krik~


Saya jawab malam ni ye.. soalan yang dia tanya tu sebab dia nampak web saya yang ni : www.zyan.my/peluang 

Dia tanya mana saya dapat data pasal sakit pinggang tu..

Sekarang saya kat luar.. tak dapat nak fokus..

Salam hormat.. maaf malam ni saya tak sempat tulis jawapan untuk Tuan Azlan yang bertanya petang tadi.. πŸ˜”πŸ˜”

Tapi sy sempat buat video.. 😊
https://vimeo.com/143524908

Boleh play dalam ni terus atau bukak kt browser...terima kasih 😊

Tips Pemasaran 14-17


Tip 14 : Headline yang paling power ialah headline yang kene kat batang idung kita punya audience... 

Headline ada beberapa jenis tapi yang sy tau dan selalu guna ialah:

1) BERITA
2) PERTANYAAN

Dan headline boleh jadi umum dan lebih spesifik..

Pertanyaan biasa : SERING SAKIT BELAKANG?  BIAR KAMI BANTU MASALAH ANDA..

Kami mempunyai baju....... 

Lebih spesifik : BRO, KERJA MEKANIK MESTI KERAP SAKIT PINGGANG KAN? NI GUA NAK TUNJUK SUMTING.. 

Dah nak dekat umur 30 ni mesti rasa kerap sakit kan bro? Tambah2 lagi kerja mekanik ni.........................

Yang lebih spesifik tu selepas kita bertanya pada pelanggan, apa pekerjaan umur dan lain-lain.. tu yang kita guna untuk split test...

Share & tag nama saya..sebagai hadiah,  saya akan pm anda ayat close sale untuk produk fizikal yang saya jual iaitu produk baju tulang belakang πŸ˜„

Dari 10 orang wasap 8 orang bank in.. itu rekod terbaik setakat ini untuk target audience saya..

Terima kasih.. kepada yang saya sudah PM skrip close sale saya.. mohon jangan sebarkan.. saya dah banyak habis duit untuk test pelbagai skrip..


Tip 15 : Sentiasa "alert" dengan iklan orang lain.. bagaimana iklan mereka boleh menarik perhatian kita.. 

Gunakan pancaindera kita sebaik mungkin... iaitu MATA.. πŸ‘€ 

Lihat bagaimana gambar yang dihasilkan.. ayat serta offer yang diberikan.. 

Ini salah satu contoh iklan yang saya nampak sebentar tadi...


Kenapa iklan ini muncul di newsfeed saya? Klik kanan atas dan pilih > why i am seing this ads

Tip 16 : Adakalanya gambar iklan anda direjek walaupun text tidak melebihi 20%. Biarkannya seketika atau hubungi pihak facebook jika anda yakin gambar anda tidak lebih 20% text ... kadang kala fesbuk tidak sengaja disapprove iklan anda..

Mungkin ada yang perasan iklan saya  text lebih 20% .. ya memang lebih.. dan saya sendiri pun tak pasti macam mana bole lepas.. sebad bila kami buat iklan guna gambar sama lepas.. ada yang tak lepas.. 

Tapi sebaiknya ikutlah peraturan fb.. text jgn lebih 20% .. 😊😊😊

Tip 17 :  Tahukah anda penggunaan smiley sangat sangat penting..  ☺️☺️☺️

Gunakannya semasa deal dengan bakal pelanggan... 😘😘

Tapi jangan la over sangat.. meluat pulak die nanti.. πŸ˜‘

Manusia kan melakukan tindakan disebabkan emosi...

Melakukan pembelian juga adalah disebabkan emosi.. 

Emosi : smiley 😚😚

Tak payah lah nak seriuss sangat.... hmmm

Popular Posts