Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Dhuha 2x
Istighfar 100x
Zikir subhanallah wabihamdihi 100x
#769SAFT
#gengtahajjud
#gengdhuha
At-Tawba ayat 4 (9:4)
(Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia dengannya dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga habis tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.)
Aku bersyukur pagi ini dapat membantu mak mertua menyiapkan sarapan pagi Nasi Lemak.
Aku bersyukur pagi ini dapat terus istiqamah menunaikan Solat Sunat Dhuha 2 rakaat dan membaca zikir SOP 9 seperti dalam buku 555.
Aku bersyukur semalam dapat dipermudahkan urusan membeli juadah sate Kajang di PKNS untuk dibawa pulang ke kampung (rumah mertua) walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Aku bersyukur semalam perjalanan pulang ke kampung bersama suami lancar sepanjang perjalanan dan kami selamat sampai ke destinasi.
Aku bersyukur semalam dapat berkumpul bersama keluarga mertua dan menikmati juadah makan malam bersama-sama.
Aku bersyukur semalam dapat melihat kegembiraan di wajah suamiku saat berkumpul bersama keluarganya di kampung.
Aku bersyukur semalam diberi nikmat tidur lena di kampung halaman.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
30/12/2017
Kg. Bangau Tanjong, Temerloh, Pahang 3.49petang