Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Fajar 2x
Solat Sunat Dhuha 2x
Zikir subhanallah wabihamdihi 100x
Surah Al-Waqiah 1x
Surah Yassin 1x
#769SAFT
#gengtahajjud
#gengdhuha
At-Taghabun ayat 3 (64:3)
(Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, Dia membentuk rupamu, lalu memperelokkan rupamu dan kepadaNya tempat kembali.)
Aku bersyukur pagi ini dapat sarapan bersama-sama suami sebelum dia berangkat ke tempat kerjanya.
Aku bersyukur pagi ini diberi kekuatan untuk istiqamah mengerjakan Solat Sunat Dhuha dan mengaji walaupun terlewat bangun dan tidak dapat mengerjalan qiamullail.
Aku bersyukur pagi ini dapat menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 untuk menambah pengetahuan agama dan menambah rasa keimanan dalam jiwa.
Aku bersyukur semalam dapat menghantar power bank kepada abangku untuk kegunaannya sebelum dia bermusafir ke Perak.
Aku bersyukur semalam dapat ziarah dan berjumpa dengan mak, abang dan kakakku setelah mereka pulang dari kampung halaman di Temerloh.
Aku bersyukur semalam rasa gembira dan seronok selepas pulang dari berjumpa keluarga, perasaan jadi lapang dan bagaikan mendapat suntikan semangat baru.
Aku bersyukur semalam dapat pulang ke rumah dengan selamat walaupun memandu pada lewat malam (jam 12) dan agak mengantuk.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
28/12/2017
Shah Alam, 9.50pagi