Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud 2x
Solat Sunat Fajar 2x
Solat Sunat Dhuha 2x
Istighfar 100x
Zikir subhanallah wabihamdihi 100x
Surah Al-Waqiah 1x
Surah Yassin 1x
Surah Al-Kahfi 10 ayat
#769SAFT
#gengtahajjud
#gengdhuha
At-Kahfi ayat 10 (18:10)
(Ingatlah tatkala pemuda-pemuda mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa : "Ya Tuhan kami! Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.)
Aku bersyukur pagi ini dipermudahkan untuk bangun mengerjakan Solat Sunat Tahajjud walaupun hanya sempat 2 rakaat sahaja sebelum azan Subuh. Moga Allah memberikan kekuatan untuk aku terus istiqamah.
Aku bersyukur pagi ini dapat menghabiskan bacaan al-Mathurat pagi selepas Subuh dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Aku bersyukur pagi ini berkongsi rezeki dengan penjual nasi lemak di tepi jalan dengan membeli makanan yang disediakannya sebagai rezeki sarapan pagi aku dan suami.
Aku bersyukur semalam dapat menyelesaikan bayaran bil telefon rumah di kampung sebagaimana yang telah diamanahkan oleh mak walaupun duit asal telah aku gunakan dahulu sebelum ini.
Aku bersyukur semalam dapat membantu memudahkan urusan suami menghantar dan menjemputnya untuk urusan servis kereta Proton Saga di bengkel.
Aku bersyukur semalam rasa seronok dan gembira dapat menyelesaikan urusan di luar rumah walaupun agak kepenatan.
Aku bersyukur semalam dapat menikmati makan malam yang enak di restoran berdekatan dan dikurniakan nikmat rasa kenyang dari Allah yang begitu lama sehingga tertidur lena.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
29/12/2017
Shah Alam, 9.30pagi