Metafizik No Plat Kereta

*METAFIZIK NO PLAT KERETA*

Seperti yang kita sedia maklum, kenderaan merupakan sebuah keperluan bagi kehidupan. Maka ia juga mengandungi unsur2 metafizik kerana nombor. Ia mempengaruhi pemilik/pembawanya.

Jom kita kaji dan lihat 😁

Ada 2 kaedah dalam pengkajian aura sesebuah kenderaan.

1) Perihal no asasnya
2) Perihal polanya

Seperti biasa, sila campurkan kesemua no yang tertera di no plat anda.

Contoh:  *BKA 119*

1+1+9= 11
1+1= 2,     *Asasnya 2*

Maksud No Asas Kenderaan:

🚘 *ASAS 1*
---------------------

Kereta yang dipandu secara bersendirian dan dimiliki oleh seseorang lelaki, dipandu lelaki yg jarang membenarkan orang lain memandunya.

Dalam kereta itu banyak aktiviti pengarahan , agak sedikit keras, ad sedikit pertengkaran dan banyak yg tersentap dek percakapan yang mengguriskan perasaan.

Masalahnya, kenderaan ini selalu mengalami kerosakan seperti kemalangan, body, engin dan peralatan2 besi yang sering berganti.

Sesuai warna hijau, kuning, coklat

🚘 *ASAS 2*
--------------------

Kereta ini biasanya dipandu dan dinaiki 2 orang dan lebih biasanya ia di pandu wanita dan kebanyakannya ia perlu ada wanita yang menaikinya.

Sekiranya tiada wanita, pastinya radio dan aktiviti nyanyian akan memenuhi ruangan kereta tersebut.

Dalam aktiviti pemanduannya, biasanya para penunggangnya menghabiskan masa dengan aktiviti suara, nyanyian, nasihat, luahan perasaan dan syarahan.

Masalah yang sering dialami kenderaan ini adalah masalah aircond, tayar, dan temperature yang melibatkan air.

Bagi mengurangi masalah,  kenderaan ini harus selalu ada air didalamnya.

Biasanya pemilik kenderaan secara auto menyediakan air untuk dirinya atau memang ada air didalam kenderaan ini.

Kenderaan ini juga kerap dibasuh, dan harus dibasuh.

Sesuai warna merah ungu oren

🚘 *ASAS 3*
--------------------

Kereta ini sering digunakan untuk program2 runner, race dan travel. Gerak sana cini. Juga bertindak sebgai caravan, punggah barang2 masakan dan besi.

Banyak aktiviti pergaduhan dan bertegang lidah didalamnya

Banyak bergerak dan sering dihiasi cantik dan sering dimodified. Banyak habis duit untuk kereta ini.

Masalah kereta ini biasanya masalah kerosakan pendawaian, wayaring, electrical dan bahan api seperti fius, lampu xbernyala, dan sebagainya.

Kesesuaian warna adalah warna putih emas dan silver

🚘 *ASAS 4*
---------------------

Kereta ini adalah tempat pendidikan dan tempat leteran. Biasanya radio dan CD akan sering terpasang. Namun bukan bertujuan untuk dengar lagu tetapi untuk dengar tazkirah, syarahan, ceramah dan pengajaran.

Kereta ini biasanya dipandu seorang pendidik dan penunggangnya meminati bahan bacaan dan suka membaca didalam kereta.

Masalah kenderaan ini biasanya bahagian cat yang sering terkupil, body , banyak ranting dan kayu pokok selalu dirembatnya.

Sesuai di cat kuning, coklat, beige.

🚘 *ASAS 5*
--------------------

Kenderaan asas ini biasanya kereta yang sering bertukar2 pemandunya, kereta yang paling banyak problem dan kerosakan.

Aktiviti pergaduhan sering direkodkan dalam kenderaan ini.

Banyak perkara sering diubah oleh pemiliknya seperti modified body dan sebagainya dan kenderaan yang paling banyak bertukar pemilik dan pemandunya.

Kejap tayar, kejap lampu, kejap fius.

Ade je keje die😭😭

Kenderaan ini akan sering comot dengan debu, masuk tanah dan pasir termasuk lumpur.

Warna yang sesuai adalah warna biru dan hitam

🚘 *ASAS 6*
-------------------

Kenderaan yang banyak digunakan untuk aktiviti kewangan dan bisnes dan sering digunakan lelaki dan juga wanita dan dikenali sebagai kereta scandal , memikat perempuan, aktiviti kurang senonoh dan aktiviti maksiat jika tidak dibendung iman pemandunya.

Kereta yang banyak dipasang lagu2, tontonan video dan aktiviti keseronokan,entertainment dan sebagainya.

Biasanya ia adalah kereta yg cantik, kemas dan teratur.

Banyak barang2 besi dan kerosakannya adalah melibatkan cat; sparepart dan apa sahaja yang berkaitan besi.

Ia juga sering terlibat dalam kes kemalangan kecil kecilan.😆

Warna yang sesuai adalah hijau kuning coklat.

🚘 *ASAS 7*
---------------------

Kereta ini adalah kereta kemasyarakatan dan social.
Kereta yang sering memunggah orang dan sesuai sebagai kenderaan awan seperti taxi, uber dan grab car.

Pemandu dan penunggangnya biasanya lebih dari 2 org pada setiap masa.

Kereta yang sering digunakan untuk aktiviti kekeluargaan dan sebagai kereta charity.

Biasanya kereta ini suka diperdengarkan lagu2 retro dan bagus digunakan untuk program networking dan close deal.

Masalah yg sering dialami adalah kebocoran air, coolant, aircond, kipas, wiper dan banjir.

Warna yang bagus untuk kenderaan ini adalah merah ungu dan oren.

🚘 *ASAS 8*
---------------------

Kenderaan ini banyak melakukan aktiviti perniagaan dan bisnes. Dimiliki orang kaya terutamanya cina.

Kenderaan yang sering memunggah barang2 besar, bahan2 kimpalan dan bahan2 electrical, engin , bertindak sebagai jumper, towin dan sebgainya.

Banyak aktiviti bisnes, pergaduhan, tekanan dan stress dalam kenderaan ini.

Masalah yang sering dihadapi kereta ini adalah masalah fius, wayaring, meter, lampu dan juga engin.

Warna yang sesuai adalh putih emas silver.

🚘 *ASAS 9*
---------------------

Kenderaan yang sering dinaiki orang2 tua, pemimpin, orang2 masjid, lelaki tua dan ketua masyarakat.

Aktiviti kebiasaan kenderaan ini adalah mendengar, menonton dan bercakap benda2 yang kelakar.

Baisanya kenderaan ini digunakan untuk shopping, memborong dan kenderaan ini selalu akan ada barang didalamnya. Kenderaan punggah barang, isi barang.

Mostly banyak barang dan sampah yang tidak dibuang dan sukar untuk kemas.

Masalah kebiasaannya adalah berkaitan kerosakan body n cat, banyak langgar dan seret kayu dan pokok.

Sering di letakkan berhampiran pokok2 dan banyak tanah dan debu didalmnya.

Warna yang sesuai adalah kuning..coklat..hijau.

*NOTA TAMBAHAN*

Warna yang sesuai dengan asas kenderaan akan mengurangkan kerosakan kenderaan terbabit.

Apatah lagi jika warna aura pemilik, warna asas kenderaan dan platnya adalah sama. InsyaAllah, kerosakannya akan minimum

Susunan no plat mestilah bermula by angka kecil depan dan angka besar belakang as contoh:

TV 2369

* Hujung kita nak 9

* Elakkan hujung angka :

00, 88, 68, 55,75, 750, 570, 1,2,3,4,5.

Semoga perkongsian ini memberikan input berguna kepada dalam pemilihan warna kenderaan.

#xifuihsan

Popular Posts