AL-QURAN KOD PENYEMBUH
Firman Allah dalam Surah 2 ayat 269,
"Allah SWT memberikan al Hikmah (kebijaksanaan) kepada orang yang dikehendaki. Barangsiapa yang diberinya al Hikmah maka ia mendapat banyak kebaikan. Hanya orang-orang yang mahu berfikir yang dapat mengambil pelajaran / manfaat ".
Al Quran adalah vaksin terhebat untuk kita.
Juz Diri itu sendiri adalah vaksin terhebat untuk kita.
Ia umpama software kod-kod program yang memperbetulkan kembali aturan sebuah sistem sepertimana sepatutnya sistem ini bekerja.
Ketika sistem di tubuh badan bekerja tanpa henti,
sistem ini juga akan mengalami beberapa kerosakan.
Sistem menjadi celaru kerana tanpa henti bekerja.
Kod-kod fitrah (ayat-ayat Al Quran) untuk tubuh badan yakni jasad mampu mengaturkan kembali sistem yang ada kepada level yang efektif.
Banyak kajian sains membuktikan bagaimana sel-sel tubuh bertindak balas ketika didengarkan dengan ayat-ayat Allah. Didengarkan pun sudah ada tindak balas positif, apatah lagi dibaca.
Ketika sistem kembali ke aturan yang betul,
sistem berjalan lancar kembali.
Sejauh mana dan lama mana sekali kita mengembalikan sistem tubuh badan ini ke aturan yang betul?