TIPS BISNES HARI INI
Tentang memilih nama brand.
Pilih nama yang simple yang tak terlalu panjang, mudah disebut, mudah diingat & orang tak kerutkan dahi ketika kita beritahu nama brand kita kepada mereka.
Lihat saja contoh brand-brand besar yang ada; Coach, H&M, Zara, TopMan, Sephora, Fareeda, Naelofar, Aidijuma dan sebagainya. Kebanyakan brand-brand besar ini cenderung memilih nama yang tidak terlalu panjang dan mudah untuk diingat.
Satu perkara penting yang perlu anda pertimbangkan ialah, jangan memilih nama yang mengkhususkan satu barang sahaja meskipun anda bermula dengan menjual satu jenis barang.
Sebagai contoh, pada awalnya EL SAJIDA dikenali sebagai SAJIDA HIJAB 60, kerana pada ketika itu kami menjual tudung bidang 60 sahaja. Namun kami cepat menyedari bahawa kami perlu segera menukar nama sebelum brand ini lebih dikenali. Kerana kami merancang untuk menjual selain tudung bidang 60. Jadi nama hijab60 sudah tidak relevan & tidak memberi makna yang tepat kepada bisnes kami yang pada waktu itu sudah mula menjual tudung bidang 50 & jubah. Selain itu, kami juga merasakan nama Sajida Hijab 60 itu terlalu panjang & tidak komersial (jika dibandingkan dengan nama-nama brand besar lain).
Percayalah, sekali anda masuk ke dunia bisnes, anda akan sentiasa berkembang dan berkembang, dan biasanya sesuatu bisnes itu tidak akan bertumpu selamanya kepada satu jenis produk sahaja.
Boleh share jika bermanfaat. :)
#elsajidashare