Satu Malaysia Satu Matlamat: JUTAWAN

A$$ALAMUALAIKUM & $ELAMAT $EJAHTERA, $ALAM 1 MALAY$IA
.
Kursus RM50 yang dijadualkan pada 7 Mac ditunda ke 28 Mac 2010 atas banyak permintaan peserta kesibukan pada 7 Mac tersebut. Masih ada ruang kosong (daftar: Lynjb 019 7556102). Kursus ini ada kelainan sedikit iaitu tajuk kursus adalah bebas - anda boleh tanya apa yang anda nak belajar. Antara perkara yang telah dipinta ialah pengiraan waktu untung, teknik mengira nama, cara gabungkan pola-pola tafsiran dan interaksi elemen. Jika ada ada apa-apa perkara lain yang anda nak belajar, bolehlah bertanya terus pada hari itu atau boleh kemukakan dahulu soalan-soalan anda ke qmas304@streamyx.com.
.
Cadangan untuk mengadakan kelas mini setiap Isnin jam 9 malam - 11 malam di pejabat saya di Meru, Klang. Kelas mini Batch 2 ini akan dimulakan dengan Modul Asas Tahap 1 sehinggalah tamat Tahap 4, mungkin mengambil masa beberapa bulan (4x sebulan). Setiap kelas caj RM25 seorang (jika suami isteri adalah RM25 sahaja) termasuk nota (harga agak tinggi kerana ini modul Asas). Jika berminat, sila email ke qmas304@streamyx.com. Kelas mungkin bermula Mac 2010 nanti. Kelebihan teknik kelas cara sebegini ialah anda belajar secara berperingkat walaupun perlahan tetapi lebih praktikal untuk kesemua teknik-teknik metafizik pernomboran.
.
FIFA WORLD CUP 2010 SOUTH AFRICA: bakal berlangsung Jun dan Julai 2010 ini. 2 juta tiket sudah habis ditempah dan tentunya berjuta orang di dunia akan mengikutinya. Mungkin anda boleh ambil peluang dari bisnes untuk sesi World Cup ini, tentunya jualan TV plasma/ LCD besar dijangka laris, kedai-kedai makan juga dah mula menempah screen projector dan alat projector serta set amplifier, jadi bolehlah anda promotekan barangan elektrik anda. Anda ada apa-apa yang anda nak bisnes untuk World Cup ni? Kopi tahan mengantuk untuk peminat World Cup atau bisnes SMS keputusan World Cup atau poster team World Cup...
.
Nombor boleh berubah pengalaman setiap tahun. Orang kata angka 6 angka ong tapi untuk tahun 2009 angka 6 memang tertekan (rumah atau kereta angka 6 termasuk 24, 213 dan seumpamanya), tapi tahun 2010 ianya bagus. Untuk tahun 2010 ini, angka yang membawa kekayaan adalah 3, untung networking adalah 8 dan peluang-peluang adalah 6. Manakala angka 4 ada kehilangan tahun ini, angka 5 tertekan dan angka 2 halangan. Contohnya, rumah bernombor 4 atau 67 atau 4954 dijangka ada kehilangan sesuatu tahun ini, jadi berhati-hatilah ye! Sama ada anda tukar nombor (kalau ada dua rumah, bolehlah pindah ke rumah satu lagi buat sementara) atau hadapinya dengan kuat, tabah, tenang dan positif.
.
GRAF HAYAT UNTUK JODOH: kegunaan graf hayat juga boleh untuk mengenalpasti usia jodoh. Konsep jodoh juga sama juga dengan fenomena lain iaitu FAKTOR MASA. Jika masa jodoh belum sampai, kisah cinta anda sukar untuk dibawa ke jinjang pelamin, mandi air bunga bergelen-gelen pun masih sukar jodoh, tapi kita ikhtiarlah mudah-mudahan dengan izin Nya dapat kita peluang itu. Dan apabila usia jodoh dah sampai, perkahwinan mudah pula berlaku walaupun anda hanya naik motor kapcai, bila miang dah sampai, jodoh boleh berlaku walaupun yang lalu depan anda adalah seseorang yang anda tidak suka pun jika orang itu juga dah sampai waktu jodohnya (itu yang terjadi kepada saya suami isteri jodoh kami sama-sama pada umur 21 tahun, walaupun 3 bulan perkenalan terus menjadi, padahal sebelum itu dah pasang beribu boyfriend/girlfriend). Jadi, jika anda bercinta cintun tapi masih belum dapat jejak jinjang pelamin, kemungkinan besar masa jodoh (sama ada anda atau pasangan) belum sampai. Jadi, tunggulah untuk usia jodoh sampai (itupun kalau sama-sama sampai). Jika tidak, perlulah cari alternatif ikhtiar seperti rawatan, doa dan sebagainya, juga perlu keras hati untuk terus berkahwin.
.
Sebenarnya apabila usia jodoh belum sampai, memang di mulut kata nak kahwin tapi dalam hati bergelora belum bersedia. Itu yang terjadi kepada seorang client saya yang usia jodohnya adalah sekitar 60 tahun (kini berumur 30 tahun) berdasarkan dari graf hayat. Walaupun dah ada steady boyfriend dan mereka memang bahagia bersama tapi masih tak kahwin-kahwin lagi walaupun bercinta dah 6 tahun. Bila diperiksa, rupanya si wanita ini ada tanggungjawab kepada adik-adik (grafnya jodoh lambat biasanya menunjukkan ada tanggungjawab besar perlu dipikul dulu). Si wanita itu mengakui memang berhajat nak kahwin tapi tak sampai hati nak kahwin dulu mengenangkan adik-adiknya masih memerlukan beliau, lagipun apabila diajukan perkara ini kepada boyfriendnya, jawapan adalah mengelirukannya: boyfriend tak mahu si wanita ini terus menanggung adik-adik dan mahu berpindah ke bandar lain selepas berkahwin kerana boyfriend mahu tinggal di kampung rumah pusaka jimat kos. Diluah mati mak, ditelan mati ayah, memang dilema besar! Jalan penyelesaiannya sebenarnya mudah - keras je hati kahwin tinggalkan adik-adik, tapi bukan semudah itu rupanya...
.
Majoriti orang ada kemiangan untuk kahwin lagi jika dalam graf hayat ada dua atau tiga waktu jodoh! Itu hanya perasaan dan dorongan sahaja apabila tiba waktunya, bertahanlah setia, tapi kalau tak tahu nak tahan memanglah terjadi nasi minyak kali kedua atau ketiga. Hidup anda telah diprogramkan sebegitu tapi anda yang memilihnya dan Yang Maha Kuasa menentukannya.
.
Saya kurang setuju dengan pandangan orang yang mengatakan "dah takdir, biarkan.." atau "biar Tuhan yang menentukan". Hidup kita masih ada ruang untuk memilih dan berikhtiar, tak perlu semuanya perlu tuhan yang menentukan. kalau kita biarkan Tuhan tentukan yang susah untuk kita, apakah kita lalui sahaja tanpa ada usaha ikhtiar dan perancangan awal? Contohnya, jika anda atau pasangan anda melalui fasa Widowed Star dalam usia tertentu iaitu fenomena "ingin menjanda/ menduda", apakah anda biarkan sahaja anda menjadi janda/ duda? Bolehkah kita memilih untuk tidak mengikut dorongan fenomena itu dan berikhtiar mengatasinya? Atau anda perlu melalui gaung atau Vacuum Star iaitu ujian kegagalan demi kegagalan, apakah kita boleh memilih untuk berjaya dan ikhtiar supaya berjaya? Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang memberikan kita ruang pilihan dan ikhtiar serta petunjuk-petunjuk untuk kita bersedia menghadapi ujian-ujian yang bakal datang.
.
Contohnya, terdapat satu teori di mana hidup makhluk-makhluk di dunia ini telah ditentukan kepupusannya daripada genetik DNA. Cuba lihat kenapa dinosaur pupus, begitu juga dengan kes manusia purba yang pupus. Cuma asbab atau penyebabnya perlu ada untuk menjadikannya pupus. Begitu juga dengan kaum manusia ada yang dah pupus. Antara kaum yang dijangka pupus adalah penduduk Palestin. Apakah kita membiarkan sahaja kaum ini pupus - bolehkah kita memilih dan berikhtiar untuk menjadikan kelangsungan kaum ini berterusan dengan baik, mudah-mudahan Yang Maha Kuasa membantu kita semua dalam hal ini.
.
Baru tadi berjumpa dengan client suami isteri yang kini sudah ada peningkatan dalam kewangan setelah beberapa bulan yang lalu mengalami kesempitan kewangan. Cadangan saya untuk suami memakai batu Blue Sapphire sedikit sebanyak membantu memberi anjakan positif. Tentunya, ilmu metafizik dan doa-doa serta tawakal kepada Nya juga, atas izin-Nya jua, membantu mereka untuk terus berjaya. Namun batu Blue Sapphire memang mahal - ianya batu kedua keras selepas berlian. Seketul sebesar kuku boleh mencecah ratusan ringgit. Tapi bak kata Prof Dato Dr Ibrahim, kalau nak kaya kenalah bernafsu besar untuk kaya dan sanggup berkorban untuk kaya berjaya!
.
Majlis Makan Malam 6 Febuari 2010 - Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa - RM60 seorang. Aturcara penting: networking & jana tenaga positif secara berkumpulan dan bacaan doa Main Structure Sun+Great Marshal (menjadi pemimpin hebat). Daftar: Pn Effa sblm 2 Febuari 019 696 2696
.
Seorang wanita lahir 3 Ogos 1989 mengadu sering kesempitan wang. Jika anda lakarkan Rajah Segitiga atau Petak Digit Tarikh Lahir memang ada angka 6 yang baik, jadi apa masalahnya? Apabila dilakarkan graf hayat, barulah nampak petunjuk beliau adalah Zon Wealth Great Logician_AF, sebentuk kerugian akibat kurang mahir mengendalikan bajet perbelanjaan. Oleh itu, kaedah Graf Hayat sangatlah perlu digunakan di dalam proses kenali potensi diri. Sekadar Rajah Segitiga atau Petak Digit sahaja tidak memadai. Setakat ini ada permintaan untuk Seminar Graf Hayat Percuma di KL dan Kuantan, insyallah kami cuba anjurkan nanti.
.
$elamat Hari Jadi ! Happy Birthday kepada Puan Effa KL! pada 27 hb jan lalu. Kenangan manis untuk beliau kerana pada harijadi beliau, bos beliau telah membelikan sebentuk batu cincin yang mahal untuknya! Beberapa hari sebelum itu, bos beliau ada berjumpa beliau dan bos hairan kenapa Puan Effa sejak akhir-akhir ini nampak selalu tersenyum, ceria dan bertenaga serta sales pun bagus. Apalagi, puan Effa buka cerita dia gunakan kaedah batu sungai serta beliau memakai 2 jenis batu cincin. Bos pun nak juga dan belikan untuk dirinya sebentuk batu berharga RM3ribu manakala bos hadiahkan Puan Effa sebentuk batu cincin berharga RM800. Memang tak sia-sia belajar Metafizik+Mindpower! Kelmarin, Puan Effa tersilap parkir dan hampir kena saman, tapi bila Puan Effa bercakap sepatah dua kata dengan pegawai penguatkuasa, terus sahaja saman itu dibatalkan. Kawan-kawan Puan Effa katanya mensyaki Puan Effa memakai susuk - tapi mereka tak tahu, Puan Effa menggunakan kaedah batu serta tentunya ada kefahaman tentang pernomboran metafizik serta ada mindpower yang baik. Apakah anda ingin berjaya dan cemerlang dalam hidup anda seperti Puan Effa, Puan Lynjb dan ramai lagi? Ada caranya...di sini... jom belajar kaedah metafizik dengan saya yang sangat mudah, praktikal dan murah, malah percuma pun ada! Ini adalah sebentuk ikhtiar, tentunya disamping kita berdoa dan bertawakkal kepada Nya jua.
.
Bagaimana anda nak berjaya bersaing dalam perniagaan atau tender? Jika pesaing-pesaing anda ada menggunakan kaedah seperti metafizik, mindpower dll tapi anda satu pun tak tahu apa-apa, jadi memang anda ketinggalan dibelakang pesaing-pesaing. Disamping menambahkan ilmu pengetahuan serta berdoa, ikhtiarlah menggunakan metafizik + mindpower untuk anda bersedia menyaingi pesaing anda.
.
Ramai orang bertanya tentang teknik warna dan seumpamanya. Sebenarnya, teknik warna tidak boleh main-main ikut root number sahaja. Salah pakai nanti salah kesannya! Contohnya, walaupun anda root number 3, tapi anda tidak semestinya kena pakai merah atau hijau - ada kes-kes tertentu yang perlu diperiksa, kerana itulah ada kes kajian orang root number 3 atau 8 nampak hantu bila pakai merah atau kuning! Begitu juga individu root number 1 atau 6 makin bertambah sakit kepala atau bertambah kemalangan jika pakai warna emas, terutamanya jika rumah beliau berdekatan pencawang elektrik spt di Bukit Beruntung. Oleh itu, anda perlu tahu situasi dan cara menggunakan teknik warna yang sesuai dengan situasi dan kes anda. Hadirlah Seminar 30 Mei di Meru, Klang nanti untuk penjelasan tentang teknik warna dalam rumah/ pejabat. Begitu juga akan dijelaskan nanti dalam Seminar Elemen Alam dengan Pernomboran di Pulau Tioman pada Mac.
.
Ramai orang juga bertanya tentang kaedah-kaedah lain untuk jadi cemerlang. Sebenarnya, jika anda sudah tiba masanya untuk berjaya, kalau anda pakai selipar jepun lain sebelah masuk ke dewan bursa saham, memang anda untung pelaburan. Jika anda sudah tiba masanya untuk diuji gagal, memang anda gagal walaupun pakai tangkal apa pun! Cuma kaedah-kaedah lain bolehlah membantu mengurangkan tekanan ujian itu. Kaedah seperti Feng Shui serta minda bawah sedar dan seumpamanya adalah tahap 3, manakala kaedah pernomboran metafizik adalah tahap 2. Di dalam kepercayaan orang Cina, kejayaan manusia ada 5 tahap iaitu;
Tahap 1: Ming atau Takdir; sesuatu yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah.
Tahap 2: Tuah; jika anda ditakdirkan hidup susah, maka anda perlu mencari tuah untuk anda berjaya. Maksud tuah ialah berada pada tempat yang betul, hari yang betul, arah yang betul dan seumpamanya betul. Inilah matlamat kaedah Metafizik yang saya perjuangkan iaitu mengira tuah anda (contohnya, teknik pola 336 untuk pelaburan atau pertandingan).
Tahap 3: Feng Shui - jika anda ditakdirkan hidup susah dan tuah pun tiada, maka gunakan kaedah Feng Shui seperti mencari posisi rumah yang sesuai, warna yang sesuai, haruman yang sesuai termasuk juga kaedah seperti mindpower, minda separa sedar, dan seumpamanya.
Tahap 4: kebajikan (Charity) - Jika Feng shui pun tak menjadi, maka anda perlu buat amalan jariah kebajikan dikatakan boleh bantu anda cemerlang dalam hidup.
Tahap 5: pendidikan (education) - jika kebajikan pun tidak boleh membantu anda, maka anda perlulah belajar! Tentu sekali! Belajar ilmu-ilmu pengetahuan untuk anda buat perubahan nanti.
Di dalam kaedah metafizik, tahap 2 diutamakan manakala tentunya tahap 3, 4 dan 5 juga dimasukkan juga dalam silibus pembelajaran supaya metafizik anda mencapai tahap yang lebih berkesan. Apabila anda sudah capai tahap 2, anda tidak perlu bergantung sepenuhnya lagi tahap 3, 4 dan 5, sekadar diamalkan juga tahap 3, 4 dan 5 untuk tambah keceriaan.
.
Dijemput untuk hadir Seminar Master Reiki bersama Prof Dato Dr Ibrahim pada 30 Jan dan dapat percutian percuma di Tioman pada 13 - 16 Mac 2010. Di sana nanti anda akan dapat seminar percuma tentang "Pernomboran dan Elemen Alam" (Eddy Rosyadie) dan "Teknik Gabungan Energi Alam Universal" (Prof Dato Dr Ibrahim). Daftar: AJ 019 218 1886
Serta hadirilah Majlis Minum Petang Peluang Perniagaan bersama Prof Dato Dr Ibrahim di pejabat beliau di Medan Idaman Business Park, Gombak - PERCUMA. Jika nak jadi stokis bawalah wang RM500 atau RM1000 untuk 2 pakej atau boleh hadir percuma untuk berkenalan dengan Dato dan bisnesnya. Hubungi AJ untuk daftar percuma.
.
Tawaran Seminar Percuma: bagi merealisasikan program perjuangan ilmu berkebajikan, anda dipelawa untuk hadir ke seminar yang biasanya berharga RM199 secara percuma pada 7 Mac 2010 nanti di Skudai (Daftar: Lyn 019 7556102). Caranya ialah anda promote dan bawa 10 orang untuk hadir ke kursus tersebut (RM50 seorang untuk tajuk khas "Penyelesaian Secara Pernomboran" iaitu satu seminar untuk anda tanya apa saja dan kami jawab persoalan-persoalan yang selama ini anda cari seperti bagaimana mengira waktu untung, penjelasan tentang kitaran elemen dsbnya). Dengan bawa 10 orang, anda boleh hadir serminar itu percuma.
.
Pengalaman dari Seminar Graf Hayat Tahap 1: Saya menerima maklumbalas positif tentang seminar 23 Jan lalu. Lynjb menceritakan ada satu keluarga datang ke seminar tersebut dan mereka semua mendapati graf mereka rendah dan dalam gaung menunjukkan kehidupan mereka sukar berjaya. Selepas seminar mereka berjumpa dengan ayah mereka dan menceritakan fenomena itu. Tidak disangka ayah mereka yang selama ini seorang yang garang dan tegas tiba-tiba menangis; mereka tidak pernah melihat ayah mereka menangis. Beliau berkata semasa mereka kecil dulu beliau selalu tengking dan marah-marahkan mereka, dan beliau tidak tahu perlakuan beliau itu boleh menyebabkan mereka hidup susah sekarang. Kini, mereka semua sedar dengan fenomena itu. Begitulah kesan positif daripada kaedah graf hayat. Sepertimana yang saya jelaskan di dalam seminar graf hayat, ayah dan ibu adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada kesihatan tenaga graf hayat kerana itulah semasa ibu mengandung, kedua-dua ibu dan ayah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI bersikap negatif, ianya boleh menyumbang kepada tenaga negatif yang akan dibawa oleh anak itu sehingga dewasa kelak.
.
Jika ada rezeki dan masa nanti, kami akan anjurkan sekali lagi Seminar percuma Pengurusan Graf Hayat Tahap 1 Bahagian 2 iaitu lanjutan dari seminar 23 Jan lalu. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dikongsikan lagi terutamanya tentang perihal pergerakan graf hayat. Insyallah, jika tiada halangan, mungkin Julai nanti.
.
Baru-baru ini seorang client berjumpa saya kerana masalah suami ada hubungan sulit yang berumur 41 tahun. Daripada graf hayat suami, memang jelas dan tepat sehinggakan ke usia yang sama apabila dibandingkan graf hayat suami dengan ayahnya yang pernah berkahwin 4 kali. Contohnya, ayahnya berkahwin kali keempat pada umur 41 tahun dan graf suami menunjukkan potensi itu ada pada umur 41 tahun. Yang paling menariknya ialah kedua-dua anak lelaki suami itu mempunyai potensi yang sama pada umur sekitar 41 tahun! Uniknya lagi, si isteri juga ada potensi masalah sekitar umur 41 tahun! Ini menguatkan teori bahawa kebanyakkan peristiwa dalam hidup anda boleh berulang dan andalah yang patut belajar dari kejayaan/kegagalan ayah/ibu anda untuk anda dan generasi seterusnya dapat jalani kehidupan yang anda mahukan lebih baik bukannya didorong oleh tenaga keturunan (faktor genetik).
.



SEMINAR PENGURUSAN DIRI GRAF HAYAT TAHAP 1

berlangsung di Dewan Kuliah 5, Blok P19, UTM Skudai, Johor.


Terima kasih kepada anda yang sudi hadir dan sudi mendapatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dari saya. Dihadiri lebih 250 orang, mohon maaf jika ada salah silap dalam penganjuran majlis tersebut.








Seminar percuma RM0 itu diharap dapat beri kesedaran kepada anda bahawa hidup manusia ini ada tempoh masa diuji dengan pelbagai jenis fenomena seperti diuji duit (Vacuum Star), diuji perkahwinan (Widowed Star) dan sebagainya. Dengan menggunakan kaedah ini, anda sudah boleh bersedia lebih awal serta memahami kenapa anda mengalami situasi yang pelik dalam hidup anda. Kadang kala bukannya anda salah potensi tetapi kerana anda (atau pasangan) sedang diuji pada tempoh masa itu. Dengan itu, anda boleh redha dan tenang serta tabah dan membuat strategi untuk pembetulan, pembaikian atau pencegahan.

Sambutan seminar sangat menggalakkan, kalau boleh rasanya lain kali Graf Hayat Tahap 1 ini dikembangkan modulnya lagi dengan beberapa tambahan perincian seperti asal usul kaedah ini dsbnya. Kami akan kembali ke Johor lagi nanti, jika ada sambutan untuk Graf Hayat Tahap 1 Bahagian Kedua (PERCUMA RM0) jika ada permintaan! Sementara itu, jika anda yang berada di Pulau Pinang, Kuantan, Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur malah di Jakarta, Brunei atau Singapura yang berminat untuk menganjurkan seminar ini secara PERCUMA di tempat anda (minima 300 orang), sila beritahu kami cuba cari jalannya (email di qmas304@streamyx.com).
.
Testimoni peserta Seminar Graf Hayat
"sy student en eddy dari jb. Terima kasih kerana memberi ilmu tentang graf hayat..selepas mengetahui graf hayat sy sendiri, barulah saya mengerti dan faham mengapa perjalanan hidup sy selama ni penuh dgn halangan dan cubaan"
.
Insyallah, saya akan berada di UiTM Dungun pada 11 March 2010 untuk seminar pengurusan pembangunan pelajar untuk kira-kira 200 pelajar UiTM di sana.
.
28 Januari 2010 - saya akan berada di Damansara Damai, KL untuk kursus Pola 279 Potensi Juara Jualan untuk 10 orang di sana, jika berminat nak turut serta, hubungi 0132099676. Yuran RM150 termasuk makan dan nota.
.
PENDAFTARAN SYARIKAT PADA 29 JANUARI 2010: tarikh cermin atas bawah kiri kanan. Waktu yang mana tenaganya kuat berpanjangan pada permulaan kehidupannya adalah;
Lelaki : antara jam 9 pagi - 10.59 pagi
Wanita: antara jam 3 petang - 4.59 petang
walau bagaimanapun, jenis tenaga adalah biasa-biasa sahaja.
.
SEKSOLOGI DALAM ILMU PERNOMBORAN
Satu subjek yang unik dalan pernomboran menjadi tarikan ramai ialah seksualiti/ seksologi (hubungan intim lelaki dan wanita). Memang ada dalam metafizik perihal seksologi. Salah satunya ialah dari kitab Kamasutra (India) serta The Perfumed Garden (Arab), juga kitab Ananda Ranga dan Tao. Teknik seksologi juga boleh dikenalpasti daripada tarikh lahir seseorang secara astrologi. Untuk hubungan seks yang baik, berikut adalah beberapa cara secara metafizik;
1. Pihak lelaki perlu mengira berapa kali anda membuat "kemasukan" - di dalam Tao, dicadangkan anda buat 6 atau 7 atau 9 kali setiap satu pusingan di mana anda rehat seketika sebelum menyambung pusingan seterusnya.
2. Terdapat titik ghairah pada bahagian tubuh wanita seperti dibawah paha.
3. Individu yang punyai pola 123 dikatakan nak cepat habis je! Dalam seks, yang diutamakan ialah sensualiti iaitu sentuhan manja yang mana sekurangnya 30 minit adalah masa yang biasa untuk sesuatu hubungan.
4. Secara teori numerologi, individu yang lahir pada 4 Jun 1977 dikatakan tinggi keinginan untuk seks yang kerap.
5. Individu Gemini dikatakan sukakan aktiviti seks yang "banyak cakap" iaitu melibatkan pertukaran suara antara suami dan isteri.
6. Tahukah anda budaya Islam tidak menggalakkan hubungan seks pada 13hb, 14hb dan 15hb setiap bulan? Begitu juga waktu selepas maghrib sebelum isyak dan beberapa waktu lain lagi.
7. Individu pola besi 11566 sering sukar mendapat zuriat, salah satu sebabnya ialah suka sangat/ kerap ambil makanan laut yang tinggi zat besi seperti sotong dan udang.
8. Warna cadar atau langsir bilik berwarna merah sesuai untuk individu root number 3 atau 8 beraksi lebih mantap dalam hubungan seks.
9. Wanita boleh menggunakan teknik Latihan Kegel yang diperkenalkan oleh Dr Kegel untuk menguatkan otot bahagian sulit anda, terutamanya wanita yang banyak angka 4 atau pola 459459 supaya lebih kuat.
.
Untuk ketahui banyak lagi perkara tentang seksologi secara metafizik supaya hubungan anda suami isteri intim serta menghasilkan anak yang baik secara berkesan, nantikan kursus seksologi secara metafizik! Selamat mengadakan hubungan seks yang halal dan sihat!
.

AKTIVITI SETERUSNYA;
.
Aktiviti Prof Dato Dr Ibrahim
30 Januari - Kursus Reiki Master bersama Prof Dato Dr Ibrahim (RM3,888) percuma percutian 3 hari 2 malam di Tioman pada March 2010 dan sepasang jaket Millionaire Mindpower.
1 Febuari - Majlis Minum Petang Peluang Perniagaan bersama Prof Dato Dr Ibrahim
peluang menjadi stokis eksklusif produk Aura Seri dan garam kristal (pakej RM500 atau RM1000 percuma kursus percuma).
Hubungi: AJ 019 218 1886
.
6 FEBUARI 2010 - MAJLIS MAKAN MALAM "MENGGAPAI CITRA JUTAWAN"
8 malam - 12 tghmalam
RESTORAN NELAYAN, TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR
bersama Prof Dato Dr Ibrahim & Eddy Rosyadie
Bayaran: RM60
Daftar: Effa 019 696 2696
Bank in RM60 ke CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan hubungi Pn Effa sebelum 2 Febuari 2010.
.
Aturacara:
7.00 malam - 8.00 malam: Ketibaan tetamu dan solat Maghrib
8.00 malam: Majlis bermula
Ucapan Alu-aluan
Amanat Guru
Makan Malam - buffet style nasi + lauk campur
Aktiviti Keceriaan
Majlis Doa Main Structure Sun.
12 tengahmalam: bersurai dan solat isyak.
.
Majlis makan malam ini julung kali gabungan peserta Metafizik, Metafizik+Mindpower dan Mindpower untuk tujuan networking dan bergabung tenaga untuk berdoa secara berjemaah yang lebih berkesan pada waktu Main Structure Sun+Great Marshal untuk menjadi Pemimpin Hebat. Ini satu ikhtiar mudah-mudahan anda diizinkan Nya menjadi seorang Main Structure Sun walaupun anda bukan dilahirkan Main Structure Sun. Untuk pengetahuan anda, pada 25 Febuari 2009 pada satu waktu tertentu, saya telah berdoa yang mana waktu itu adalah untuk mendapat sokongan dari orang kenamaan. Syukur doa dimakbulkan Nya, anda boleh lihat sekarang Prof Dato Dr Ibrahim yang menyokong saya kini. Mahukah anda menjadi pemimpin hebat? Hadirlah majlis makan malam itu nanti.
.
7 Febuari 2010 - SEMINAR POLA 696 POTENSI USAHAWAN TAHAP 1
KL International Hotel, KL
RM250
Daftar: Pn Aisyah - 016 626 1696
9.30 pagi - 5 petang.
.
Pelajarilah teknik dan pola-pola berkaitan membina perniagaan yang berkesan seperti tarikh daftar syarikat sesuai, jenis perniagaan sesuai dan pilihannya, cara memilih nama syarikat, arah kejayaan syarikat serta kitaran tahunan dan prestasi bulanan syarikat. Teknik ini pernah dipelajari oleh sdra Nor Edie (Batu Pahat) yang kini meraih jualan RM500ribu dalam masa 6 bulan setelah dibuat pembetulan secara metafizik. Kata seorang jutawan bisnes, 9/10 usahawan gagal semasa mula berniaga, oleh itu janganlah jadikan diri anda tergolong dalam golongan itu dan elak dengan pelajari secara metafizik. Jika saya dapat membantu pihak Dato Ibrahim naik semula bisnes beliau tahun ini, mestilah juga saya boleh membantu anda untuk menjadi usahawan yang berjaya nanti.
.
13 dan 14 Febuari - Batu Pahat, Johor
13 Febuari - Kursus Pola 696 Potensi Usahawan Tahap 1
14 Febuari - Kursus Pola 6 Angka Kekayaan Tahap 1
RM250 seorang sehari
Daftar: Pn Azima 019 783 1950
.
20 dan 21 Febuari - Pulau Pinang
20 Febuari - Kursus Pola 279 Potensi Juara Jualan Tahap 1
21 Febuari - Kursus Pola 6 Angka Kekayaan
Pulau Pinang - tempat akan diberitahu
RM199 seorang sehari - ada diskaun jika datang bersama kawan / daftar 2 hari.
Daftar: Lyn 019 7556102.
.
Individu yang mendaftar untuk kedua-dua kursus di Pulau Pinang layak hadir kursus Graf Hayat Tahap 1 pada RM50 sahaja (biasa: RM199).
.
27 dan 28 Febuari - Tawau, Sabah
27 Febuari - Kursus Pola 279 Potensi Juara Jualan Tahap 1
28 Febuari - Kursus Pola 6 Angka Kekayaan & Millionaire Mindpower
(Bersama Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad)
RM99 sehari seorang - ada diskaun datang bersama kawan / daftar 2 hari.
Daftar: Pn Hermawati 013 88 19672
.
6 Mac 2010 - Temerloh, Pahang
Kursus Pola 279 Potensi Juara Jualan Tahap 1
Daftar: 017 968 6558
.
28 Mac 2010 - Skudai, Johor
Sama ada di UTM atau MPJBT, Skudai
RM50 termasuk nota percuma
Daftar: Lyn 019 755 6102
9 pagi - 5 petang.
Atas permintaan ramai, kursus Gabungan Pola ditawarkan pada harga RM50 sahaja. Kursus ini unik kerana ini pertama kali dibuat; biasanya saya mengajar apa yang saya rasa anda perlu tahu tapi kali ini saya mengajar apa yang anda nak tahu.
.
Pagi:
Teknik Kiraan Waktu Untung
Teknik Gabungkan Tafsiran Pola.
Penjelasan Teknik Pilihan Elemen
Terbaru: Teknik kenali orang dari nama (2 teknik terbaru).
Petang:
Tanyalah apa sahaja yang anda nak belajar! Kita berkongsi ilmu bersama-sama semua peserta kursus.
.
Tambahan bayaran RM15 untuk pakej makan 3X (pagi Mee Goreng, tghari Nasi Briyani, Petang kuih).
.
3 April 2010 - Kuantan, Pahang
Kursus Pola 459 Pemulihan dan Kesihatan Tahap 1
Kompleks Dagangan Mahkota
RM50 termasuk nota percuma.
Daftar: Alin 019 790 7972
hari sabtu - dijemput penduduk Kemaman, Kuantan, Rompin, Jengka, Temerloh.
Kenali teknik kenalpasti masalah kesihatan dari tarikh lahir; sesuai untuk semua individu yang perlu jaga kesihatan serta pengamal perubatan yang mahu tambah pengetahuan serta sales produk kesihatan untuk memudahkan anda menjual produk sesuai dengan kesihatan pelanggan. Salah seorang pelajar kursus ini adalah Prof Dr Sabri (pengasas produk Sabjack) pakar Iridologi.
.
11 April 2010 - Melaka
Kursus Pola 696 Potensi Usahawan Tahap 1
.
1 & 2 Mei 2010 - Meru, Klang atau Shah Alam
Kursus Asas Potensi Diri Tahap 1 dan 2.
RM400 sehari jika di pejabat saya atau RM500 di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam.
Daftar: email ke qmas304@streamyx.com
.
30 Mei - Meru, Klang
Kursus Teknik Arah Sekeliling Tenaga Rumah & Pejabat Tahap 1
RM200 termasuk nota dan makan.
9.30 pagi - 5 petang.
Daftar: email ke qmas304@streamyx.com
.
Kursus julung-julung kali di adakan - modul terbaru 2010! Belum pernah diajar selama ini. Harga ini promosi seblum kursus ini menjadi modul seterusnya pada RM369 (kerana ada nilai eksklusif di dalamnya yang boleh dibuat duit pendapatan tambahan!).
.
Perhatian: Kursus ini ada sedikit elemen Feng Shui seperti teknik warna dan batu kristal untuk energize rumah/pejabat anda menjadi penjana kekayaan dan kebahagian, oleh itu kursus ini hanya untuk individu yang terbuka dengan pengetahuan sedemikian sahaja. Juga kenalipasti sama ada rumah atau pejabat anda mudah dimasuki makhluk halus atau tidak serta cara mengatasinya.
Sesuai untuk semua orang, termasuk anda yang mahukan bisnes atau rumahtangga anda punyai tenaga yang bagus. Juga sesuai untuk pengamal/peminat feng shui / konsultan untuk anda membantu pelanggan anda.
Percuma: 1 batu sungai - untuk tenaga rumah anda.
.
Teruskan berjuang, $alam Perjuangan
Eddy Ro$yadie
Rakan konsultan Hidup & Perniagaan Anda.

Popular Posts