.
Terbaru: Kursus 7 Febuari di KUALA LUMPUR/ SHAH ALAM (akan diberitahu): Pola 696 Potensi Usahawan Asas + Pola 6 Potensi Kekayaan. Pendaftaran: Puan Aisyah 016 626 1696. Yuran RM250. Jam 9.30 pagi - 5.00 petang
Kursus 15 Januari di KEMAMAN (Bangunan MPK): POTENSI PILIHAN KERJAYA DAN HALATUJU PELAJAR.
Yuran RM60. Pendaftaran: Puan Nori 013 944 1887.
.
KURSUS 16 JANUARI (JUARA JUALAN) DI KUANTAN PAHANG
Tempat: Dirancang di Kompleks Dagangan Mahkota
Yuran:
RM99 seorang
RM89 seorang jika datang dengan 1 kawan
RM79 seorang jika datang dengan 1 kawan dan daftar juga untuk 17 Jan
sila bank in deposit RM50 ke CIMB 1290000610522 (Eddy Rosyadie) & selepas itu SMS taip KK1 (nama) ke 016 2379856. Jika hadir kedua-dua hari 16 dan 17 Jan, SMS taip KKP (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
untuk flyer yang jelas, email ke qmas304@streamyx.com
KURSUS 17 JANUARI - POLA 6 POTENSI KEKAYAAN - KUANTAN
dirancang di Kompleks Dagangan Mahkota
BONUS dapatkan teknik terbaru: Mengira jam - pukul berapa untung / rugi.
Yuran:
RM99 seorang
RM89 seorang jika datang bersama 1 kawan
RM79 seorang jika datang bersama 1 kawan dan datang untuk 16 Januari juga.
Sila bank in deposit RM50 CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) & selepas itu SMS taip KK2 (nama) dan hantarkan ke 016 2379856. Jika hadir kedua-dua hari 16 dan 17 Jan, SMS taip KKP (nama) dan hantarkan ke 06 2379856
Flyer untuk lebih jelas, email ke qmas304@streamyx.com
Saya baru sahaja konsultansi bersama puan Siti Solehah di pejabat saya Meru, Klang. Sungguh tidak disangka dapat bertemu lagi dengan beliau, pelajar saya tahun 2006, seorang penjual nasi lemak yang memperolehi RM50ribu dalam masa sebulan membuat bisnes ICT, selepas dicungkil potensi diri dan arah kejayaan. Kali ini beliau mahu buat bisnes HPA pula kerana bisnes lama ada masalah (biasalah masalah 67 dan semasa beliau belajar dengan saya tahun 2006 lalu, tidak silap saya Dr. Azizan juga ada ketika itu belajar dengan saya, belum lagi ada tafsiran mendalam tentang pola 67, 459, 83 dan Graf Prestasi Bulanan). Bila diperiksa, memang pola 67 banyak sangat dalam hidup beliau termasuk beberapa akaun bank yang sering kering, penangan pola 67. Jadi, perubahan strategi dilakukan dan kini beliau lebih yakin untuk memulakan bisnes baru. Kepada individu berminat untuk sertai beliau dalam HPA sila hubungi Puan Siti Solehah 012 2068516. Walaupun masih menjual nasi lemak seperti biasa tetapi hidup bebas hutang dan sudah menunaikan ibadah haji! Beliau ada pola 456 iaitu rapat dengan dunia perbankan dan kebetulan gerai nasi lemak beliau berada betul-betul berhadapan Alliance Bank di Taman Seri Muda, Shah Alam!
.
Marilah belajar dengan saya dalam kursus/seminar Pola 696 Potensi Usahawan Asas (sila lihat jadual dibawah) dan anda dibimbing untuk berjaya seperti Puan Siti Solehah, serta seperti sdra Nor Edie dari Batu Pahat (jualan RM500ribu dalam 6 bulan) yang telah mempelajari kaedah ini.
.
Pengumuman: Mulai 1 Januari 2010, nama kaedah metafizik saya kini dikenali sebagai Kaedah Sains Metafizik Pernomboran, Astronomi dan Geografi: Strategi Potensi dan Prestasi Dinamik. Ini bersesuaian dengan penggunaan meluas kaedah ini bukan sekadar tarikh lahir semata-mata, tetapi jam lahir, abjad, angka-angka serta termasuk fenomena kosmologi angkasa lepas juga posisi atau lokasi mukabumi. Ini membezakan kaedah ini daripada kaedah tarikh lahir yang biasa dan banyak di pasaran yang sekadar menceritakan kelakuan manusia dan bukannya strategi kehidupan. Juga menunjukkan bahawa untuk menjadi konsultan kaedah ini anda perlu mahir dalam bidang berkaitan astronomi, geografi dan sains-sains yang lain.
.
Pengumuman: Buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan sebanyak 3,000 naskah sudah habis stok langsung di penerbit. Cetakan kedua sedang dalam proses. Sila tunggu pemberitahuan nanti untuk stok terbaru, yang telah ditambah dengan sedikit maklumat mengenai "married star" serta beberapa editing.
.
Apakah tahun 2009 yang lalu memberikan kesan yang indah kepada anda? Tidak indah? Kalau indah, mari kita teruskan tingkatkan keindahan itu. Jika tidak indah, maka inilah masanya untuk anda menjadikan perjalanan hidup anda dan keluarga anda indah.
.
Kepada peserta kursus 1 Jan 2010 di Meru "Strategi Melangkah dan Menghadapi Tahun 2010" jangan lupa pesan saya untuk kaedah Gerhana Matahari pada 15 Januari ini ye! Gerhana Matahari itu dijangka pada JUMAAT 15 Jan petang, di Malaysia mungkin sekitar jam 4 petang (tak pasti, nanti kita periksa)! Subhanallah, banyak betul khasiat hari Jumaat untuk tahun 2010 ini... kepada mereka yang memahami dan telah mempelajarinya.
.
MISI ANAK JUTAWAN!
Seorang peserta kursus 2 Jan di Brisdale Hotel, KL lalu bertanyakan tarikh sesuai untuk lahirkan anak. Pada saya alang-alang tahun 2011 tahun kekayaan dan tahun 2010 ada pola 235 yang kurang baik sikit, apakata anda buat anak pada bulan Mei 2010 ini supaya anak anda lahir pada 2, 11 atau 20 Febuari 2011. Cubalah kira, tengok ada 4 angka 6, serta ianya petak cermin! Juga pola 83 yang berkuasa! Kalau tak sempat Mei tahun ini, boleh juga buat anak pada Febuari 2011 dan lahir November 2011 nanti. Jadi, jika anda tidak dilahirkan jutawan, kini anda boleh cuba cipta satu anak jutawan! nanti masa mengandung, sangat-sangat digalakkan membaca buku-buku kekayaan disamping surah atau doa berkaitan. Walau bagaimanapun, sebenarnya individu pola sedemikian sudahpun ada di dunia ini kini - iaitu individu yang lahir pada 2, 11 atau 20 Febuari atau November 2002 - anda ada kenal anak sesiapa lahir tarikh sedemikian? Tahun ini 2010 memasuki Darjah 2 persekolahan.
Seminar seterusnya;
.
9 Januari - Seminar Pola 696 Potensi Usahawan Asas
10 Januari - Seminar Pola 6 Potensi Kekayaan Asas
Jemputan: Prof Dato Dr Ibrahim - tips Mindset Jutawan
DEWAN MPJBT, SKUDAI, JOHOR
9 pagi - 5 petang
Pendaftaran: Linjb 019 7556102
Yuran: RM199 sehari (ada diskaun jika datang 1 kawan dan dapatkan percuma buku pola 336 dan sebotol Aura Seri).
.
15 Januari - Seminar Pola 444 Potensi Kecemerlangan Akademik
sesuai untuk para pelajar memahami potensi dalam kecemerlangan akademik dan cara-cara tingkatkan kecemerlangan akademik menggunakan ilmu pernomboran.
MPK, KEMAMAN
Yuran: RM60
Pendaftaran: Puan Nori 013 944 1887
.
16 Januari - Seminar Pola 279 Potensi Juara Jualan Asas
17 Januari - Seminar Pola 6 Potensi Kekayaan Asas
KUANTAN - tempat akan diberitahu
Yuran: RM99 sehari
ada diskaun RM89 sehari jika daftar kedua-dua hari
atau diskaun RM89 sehari jika daftar untuk salah satu hari bersama 1 kawan.
atau diskaun RM79 sehari jika daftar kedua-dua hari bersama 1 kawan.
Pendaftaran: SMS taip KK dan hantarkan ke 016 2379856. Sila deposit RM50 ke akaun CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan bawa slip deposit.
9.30 pagi - 5 petang.
.
23 Januari - Seminar Pengurusan Hidup Secara Graf Hayat
Jemputan: Prof Dato Dr Ibrahim dan beberapa Dato lain sdg dirunding
Skudai - mungkin di UTM
9.30 pagi - 5 petang
Yuran: bukan RM250 bukan juga RM30 tetapi PERCUMA TANPA BAYARAN
Walk in tetapi hantarkanlah SMS taip JB hantarkan ke 016 2379856
Sila bawa graf hayat anda atau boleh dapatkan graf hayat anda di sana nanti pada harga RM10.
Kaedah Kenali Potensi Diri secara tarikh lahir tidak lengkap tanpa pengetahuan dari Graf Hayat - ketahuilah turun naik dalam hidup anda untuk dibuat pembetulan serta tahu usia bila Vacuum Star dan usia bila Awarding Star serta lain-lain konflik seperti Widowed Star, Ministerial Star dan lain-lain. Walaupun anda belum pernah hadir kursus asas, anda masih boleh hadir kursus ini.
.
31 Januari - Kursus Pola 279 Potensi Juara Jualan Asas
IPOH - tempat akan diberitahu
Yuran: RM99 seorang
Pendaftaran: Linjb 019 7556102.
.
6 Febuari - Seminar Pengurusan Graf Hayat Percuma KEMAMAN - ditangguhkan
.
7 Febuari - Kursus 2PK (2 in 1) - Pola 696 Potensi Usahawan Asas + Pola 6 Potensi Kekayaan
KUALA LUMPUR/ SHAH ALAM - akan diberitahu
Yuran: RM250
Pendaftaran: Puan Aisyah 016 626 1696
13 dan 14 Febuari - Seminar di Batu Pahat (tertutup)
.
15 Febuari - Seminar Pola 696 Potensi Usahawan Asas + Pola 6 Kekayaan
Muar - tempat akan diberitahu.
Yuran: RM250 seorang.
.
20 Febuari - Seminar Pola 696 Potensi Usahawan Asas
21 Febuari - Seminar Pola 6 Potensi Kekayaan Asas
Jemputan: Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad - tips Mindset Jutawan
Seberang Prai, Pulau Pinang - tempat akan diberitahu
Yuran: RM199 (ada diskaun jika datang 1 kawan)
Pendaftaran: Linjb 019 7556102
.
27 Febuari - Seminar Pola 279 Potensi Juara Jualan Asas
28 Febuari - Seminar Pola 6 Potensi Kekayaan Asas
Jemputan: Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad - tips Mindset Jutawan
Tawau, Sabah
Yuran: RM99 sehari (ada diskaun jika datang 1 kawan)
Pendaftaran: Puan Harmawati: 013 881 9672
.
Pengumuman: Oleh kerana sejak akhir-akhir ini jadual saya sangat ketat, mohon maaf permintaan untuk menyediakan report/ laporan potensi diri tidak dapat dibuat untuk sementara waktu. Juga, untuk tempahan sesi konsultansi, anda akan diminta menunggu 3-4 minggu oleh kerana giliran panjang - sila tempah awal untuk mengelakkan anda dari menunggu terlalu lama. Juga, soalan SMS atau email anda mungkin akan lewat dijawab - sila ingatkan diri saya ya! Namun, SMS atau email bekas peserta kursus akan dijawab terlebih dahulu.
.
Sinopsis Tahun 2009:
.
Tahun 2009 adalah tahun cermin untuk saya - cermin pendidikan 426 dan pelaburan 336. Syukur saya dapat sambutan yang baik dalam pendidikan dan pelaburan
.
Yang manis 2009:
1. Rakaman TV dan Radio
Masuk tahun 2009 saya dipanggil untuk rakaman TV untuk 4 siri motivasi terbitan MEP JAKIM untuk rancangan Dian Iman. Juga, dipanggil sekali lagi untuk 30 rakaman siri mini motivasi terbitan MEP JAKIM untuk radio AsyikFM di RTM. Juga, jemputan ke TV9 rancangan "Nasi Lemak Kopi O" untuk promosi buku Cinta, Jodoh & Perkahwinan serta 4 siri rancangan temuramah pagi di Astro Awani.
.
2. Pelaburan
Menggunakan teknik pola 336, saya membantu seorang rakan pelabur untuk mendapatkan keuntungan dalam Bursa Saham;
pada Jun 2009 sebanyak RM75ribu,
Julai 2009 sebanyak RM83ribu
dan Disember 2009 sebanyak RM98ribu.
Kalau sudah tiga kali berturut-turut dan meningkat pula tu, bermakna teknik pola 336 jika digunakan dengan betul, kita boleh mendapatkan hasil sebaiknya. INGAT! SEMUA ORANG mempunyai pola 336 pada tahun 2011! Kerana itulah, kami tidak sabar-sabar nak habiskan tahun 2010 ini dan bersiap sedia segala mungkin dalam tahun 2010 untuk melangkah tahun kekayaan dan pelaburan pada 2011 nanti. Juga "pelaburan" dalam bentuk program sumbangan secara wang pos menjadikan modal permulaan RM500 menjadi RM7000 dalam masa 5 bulan.
.
Oleh itu, untuk menjadi kaya ialah dari cara yang mustahil. Jika dulu saya berfikir mustahil saya boleh jadi buat duit dengan main saham dsbnya, kini ianya tidak lagi mustahil, ianya boleh dibuat! Tuhan Maha Kaya, semua orang diberi peluang dan diberikan akses kepada ilmu-ilmu-Nya. Mahukah anda berjaya dan kaya pada tahun 2011 ini? Kalau tak nak kaya sekarang, tunggulah nanti pada tahun 2020 pula nanti ya!
.
3. Penemuan-penemuan Terbaru
Mungkin disebabkan tahun 2009 ini tahun kitaran 4 untuk saya, maka banyak penemuan terbaru untuk kaedah pernomboran yang pertama di dunia. Antaranya, kaedah pengiraan prestasi bulanan, mingguan, harian dan jam. Serta kaedah Graf Hayat Pendua, Petak Digit Pendua dan Pentiga, Kenali Orang dari nombor handphone, nama, plet kereta dan nombor rumah secara Petak Digit. Semua ini yang pertama di dunia, hanya di sini! Juga, saya perkenalkan Petak Digit menggantikan Rajah Segitiga dan kini Petak Digit sudah mula digunakan oleh ramai orang pula! Jika anda menjumpai Petak Digit di tempat lain selain dari sini, maka individu tersebut sudah langgar pantang yang saya tetapkan - jangan gunakan petak digit untuk latihan atau konsultansi di khalayak umum/ internet - padah jika langgar pantang!. Juga banyak penemuan terbaru dari segi maksud pola-pola dan sebagainya seperti pola 459 sebagai penyerap tenaga serta yang utama ialah teknik pola 336 teknik untung pelaburan!
.
Juga, telah diperkenalkan kaedah teknik Energy Enhancing menggunakan batu gem/ kristal. Serta Kaedah Nombor Wang Siri diperkenalkan.
.
Pada tahun 2009 ini, saya menyertai beberapa jenis program untuk menambahkan sumber wang masuk serta pelajari pelbagai kaedah kewangan;
a. Wang Pos (kaedah sumbangan mahabbah) - hubungi Linjb 019 7556102.
b. Ejen EPP Kad Kredit (kaedah pembayaran kad kredit secara fleksibel)
c. Ejen Goldlabel (kaedah jualbeli blok emas untuk rebate 2.5% sebulan)
d. Ejen AMKEY (produk kesihatan dan pelan pemasaran)
e. Ejen janaduit.com (http://janaduit.com/?ref=812)
.
4. Buku-buku.
Buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan diterbitkan pada Febuari 2009 dan cetakan pertama sebanyak 3 ribu naskah sudah habis! Sebanyak 1 ribu naskah ditempah oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Terima kasih kepada team Buku Prima serta Alaf21.
Buku Teknik Pola 336 Versi English juga telah mula dijual secara kecil-kecilan tetapi tidak akan dijual secara terbuka. Buku tersebut akan masuk versi 4 nanti.
.
Kesimpulan: walaupun saya kitaran 4 pada tahun 2009 dengan 3 di bawah petak iaitu kurang wang, tetapi rezeki banyak masuk sebab nombor tengah mata angin saya ialah 6! Dengan kitaran 4 ini, banyak pula penemuan terbaru dijumpai.
.
5. Testimoni Kejayaan.
Pada tahun 2009, saya berjaya membantu Saudara Nor Edie dari Batu Pahat di dalam memberikan pengetahuan untuk beliau gunakan dalam bisnes beliau kini mendapat jualan RM500ribu dalam masa 6 bulan dan beliau muncul dalam Majalah Mingguan Wanita, khabarnya pendapatan sebulan beliau kini RM18ribu. Beliau belajar dengan saya pada Disember 2008 dan kemudian April 2009 seterusnya Ogos 2009 dan yang terakhir 6 Disember 2009. Kata Dato Ibrahim, jika anda mahu kaya anda perlu sentiasa tambah ilmu pengetahuan!.
.
Juga, kenangan manis membantu puan Siti Roslina dikenali sebagai Linjb. Saya berjumpa beliau sekitar Januari 2009 di Mc Donald Tol Sg Besi untuk sesi konsultansi. Beliau ada masalah dalam perniagaan dan kewangan. Beliau seterusnya mahu masuk kursus potensi usahawan di Skudai pada Febuari 2009 tapi ingat lagi beliau beritahu yang beliau tiada duit langsung dan terpaksa merayu kepada suami untuk menggunakan duit dapur RM200 yang terakhir untuk masuk kursus. Syukur, setelah menggunakan petak digit, barulah diketahui potensi sebenar beliau ialah pola 573 orang kenamaan, 456 iaitu dunia kewangan dan sebagainya dan bermulalah perjuangan beliau dalam program wang pos yang kini menjana hampir RM10ribu sebulan kepadanya (sila hubungi beliau 019 7556102 untuk maklumat lanjut - sila beritahu beliau nama saya ok!). Kini, beliau mempromosikan beberapa lagi jenis-jenis perniagaan termasuk menguruskan kursus saya di Johor. Tq Linjb, you're the best! Tq juga abang Soani yang supportive!
.
Juga ramai individu-individu lain yang telah dapat dibantu - walaupun tidak dapat diceritakan di sini tetapi anda tetap di ingatan saya. Kepada para pelajar yang sudah mendapat bimbingan saya tetapi masih belum berjaya, itu adalah kerana ada beberapa perkara lagi yang perlu anda dalami dan anda perlu juga tunggu masa yang sesuai yang bakal datang untuk anda mendapatkan perubahan. Teruskan bersama saya untuk kenali dan cungkil potensi anda yang lebih berkesan.
Yang Kurang Baik 2009:
1. Disabotaj
Pada bulan April 2009, saya melanggar satu petunjuk yang memang saya sudah ketahui dan saya terkena sabotaj itu, mungkin kerana saya terlalu ikut sangat dengan tawaran oleh seorang wanita, bekas pelajar saya, yang mahu membina satu konsortium latihan menggabungkan saya dan beberapa motivator terkenal. Walaupun sebelum ini beliau pernah buat hal dengan saya, namun sebagai pejuang, saya teruskan dengan beliau atas dasar ihsan. Pada mulanya, ianya berjalan lancar namun menjadi keruh pada pertemuan mesyuarat pertama kali yang beliau temukan saya dan Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad di pejabat Dato'.
.
Ingat lagi saya teruja dapat dipertemukan dengan Dato yang terkenal itu, menyangkakan perjuangan saya ini diterima di peringkat atasan, namun di dalam mesyuarat itu, saya pula dihentam dengan pelbagai tuduhan oleh wanita tersebut dimalukan di depan Dato - saya tidak buat apa salah tapi salah saya juga percayakan beliau sangat. Kemudian Prof Dato Ibrahim mengatakan beliau tidak mahu bekerjasama dengan saya kerana saya tidak ada pangkat Dr dan bukan ada pangkat Dato, nanti apa pula pandangan orang jika seorang Dato digandingkan dengan orang biasa macam saya. Memang sedih dihentam ketika itu seorang diri tapi saya cool sebab saya pernah lalui situasi ini dengan Dato Dr Syed ketika beliau dihentam oleh anak-anak muridnya. Saya balik rumah dengan rasa kecewa kerana adanya pandangan masyarakat bahawa jika nak berjuang perlu ada pangkat Dr dan Dato. Seminggu rasanya emosi saya terganggu dan rasa nak tinggalkan sahaja industri ini. Namun, saya pujuk hati teruskan perjuangan... pedulikanlah apa yang orang nak cakap, saya boleh diperlukan oleh orang lain yang memerlukan perjuangan saya.
.
Seminggu selepas itu, saya dapat panggilan telefon dari Prof Dato yang memohon maaf kerana kata-kata beliau - sebenarnya beliau sengaja berkata sedemikian untuk menghentikan mesyuarat itu dengan baik dengan mengecewakan wanita itu. Buat permulaan, memang sukar untuk memaafkan walaupun apa jua alasan. Akhirnya, pada 22 Oktober 2009, kami berjumpa di pejabat Dato dan seterusnya kerjasama dibuat untuk beliau menyokong perjuangan saya dengan menghadiri seminar yang saya buat dan berikan tips dan pengetahuan tambahan kepada pelajar-pelajar saya. Saya tidak dapat sebarang bayaran komisen namun saya tidak perlu bayar Dato untuk jemput beliau dalam seminar saya! Itulah cantiknya susunan Yang Maha Kuasa, untuk kebaikan anda jua!
.
Walaupun Dato Ibrahim dikatakan mempunyai beberapa dakwaan kontroversi oleh beberapa individu, setakat ini saya tidak mengalami apa-apa pengalaman kurang baik dengan Dato (kecuali peristiwa yang diceritakan di atas, tapi saya faham situasi itu). Pada saya kita belajarlah dengan sesiapa, lagipun ilmu dan pengalaman beliau bagus untuk kita pelajari, ambil mana yang baik. Dalam pada itu anda belajar dengan sesiapa pun dan kemudian tidak perlu taksub dengan sesiapa pun jua kecuali Yang Maha Esa. Yang penting ialah ANDA YANG PERLU KUASAI DIRI ANDA. Janganlah berharap sangat orang lain boleh ubah hidup anda - mereka memberikan anda jalan dan pengetahuan dan ANDALAH yang perlu ubah hidup anda sendiri dengan keputusan anda sendiri.
.
Saya juga menerima SMS dari seorang UT (unit trust) consultan dari JB yang marah-marahkan saya kerana katanya saya memburukkan Public Mutual. Saya pelik, kerana saya juga melabur dalam Public Mutual malah isteri saya adalah ejen Public Mutual juga, jadi kenapa beliau kata sedemikian! Kalau sendiri tidak perform dalam industri janganlah marahkan saya; atau jika tersalah dengar, kalau ya pun tanyalah dulu.
.
Juga seperti biasa, saya masih menerima banyak maklumbalas kaedah pernomboran ini ditolak ramai dengan alasan kaedah ini tidak berguna, khurafat dan lain-lain. Terpulanglah apa kata anda... yang penting saya sudah berjaya dengan pola 336 saya! Yang anda masih rugi tu atau masih sanggup bayar ribuan atau jutaan ringgit kepada orang tetapi bukan kepada kami, jadi apa gunanya tu? Baik anda pelajari kaedah ini untuk jadikan hidup anda lebih bahagia, lebih kaya dan lebih berjaya.
.
Sejak akhir-akhir ini, ramai pula yang memanggil saya "Master Eddy" serta masih juga yang panggil cikgu Eddy. Terpulanglah, ini kerana Prof Dato Ibrahim meletakkan saya di tahap itu bukan saya minta. Memang dalam graf hayat saya di usia sekarang ini saya ada Honourable Star iaitu mendapat pangkat. Tahun ini saya ada pola 573 iaitu pola orang kenamaan, memang saya rapat dengan beberapa Dato - mana tahu mudah-mudahan saya dapat pangkat Dato pulak!
.
Semenjak mempelajari kaedah Gerhana Bulan, semangat saya berkobar-kobar, rasanya saya nak sangat tak sabar-sabar mencapai angka RM10 juta dalam masa terdekat. Itulah nikmat apabila anda kenal diri dan minda anda, rasa tak puas untuk lebih berjaya. Kalau dulu saya sering berdoa kepada Tuhan ambil nyawa saya kerana masalah duit hutang, kini saya berdoa agar belum lagi ambil nyawa saya kerana saya ada misi jutawan! Mari kita sama-sama menuju kejayaan dengan azam yang baru serta teknik pernomboran yang baru!
.
$alam Perjuangan.
Eddy Rosyadie
Rakan Konsultan Strategi Perniagaan dan Hidup Anda
.