.
Selamat Menyambut Perayaan Deepavali:
Ucapan Selamat Menyambut Perayaan Cahaya Deepavali kepada pelanggan/ peserta kursus yang beragama Hindu pada 17 Oktober ini dari pihak kami di Envision Resources dan Kelab Sains Metafizik Malaysia (untuk Encik Baskaran dari Ipoh, Mr. Jega dari JB, Ms. Devi dari KL dan lain-lain rakan / pelanggan - thanks for your support!) . Semoga kemeriahan perayaan cahaya kali ini memberikan lebih banyak cahaya kejayaan pada masa terdekat ini.
.
Periksa Potensi Kewangan Pelanggan/ Prospek anda:
Saya baru berbincang dengan seorang ejen Insuran yang mengalami masalah kemerosotan jualan di dalam industri/ kerjayanya sejak akhir-akhir ini. Setelah memberikan pelbagai panduan, keesokkannya beliau menghantar SMS mengatakan beliau dapat close RM1000/sebulan hasil dari panduan yang telah saya berikan. Menggunakan kaedah potensi & prestasi dinamik anda dapat meningkatkan prestasi anda (ikutilah kursus Juara Jualan atau boleh temui saya di sesi konsultansi).
.
Salah satu potensi yang anda perlu periksa pelanggan atau prospek anda adalah keupayaan pembayaran iaitu bayaran premium bulanan. Tahun 2010 dijangka ramai orang tiada duit dan ini boleh menyebabkan orang akan lapse bayaran premium mereka dan anda sebagai ejen akan terjejas kerana kekurangan komisen. Oleh yang demikian, di sini saya cadangkan anda sebagai ejen insuran (atau pemberi pinjaman seperti bank atau insititusi pinjaman seperti TEKUN, MARA, PUNB dsbnya) untuk memeriksa potensi kewangan pelanggan atau prospek.
.
Gunakan borang di bawah untuk saya bantu anda periksa potensi kewangan mereka. Pastikan setelah dikenalpasti pelanggan atau prospek yang dijangka bermasalah, memberikan keutamaan kepada mereka dan mencari jalan membantu mereka kerana komisen anda bergantung kepada mereka! Sama ada berbincang dengan Agency Manager anda mahupun berbincang dengan pelanggan sendiri untuk merangka strategi dan membuat persediaan awal.
.
Belajarlah dari kerosakan bencana alam di Filipina, mereka sebenarnya berupaya untuk menjangkakan kedatangan ribut-ribut taufan dengan lebih awal menggunakan teknologi terkini kajicuaca (meteorologi) tetapi mereka tidak ambil inisiatif yang berkesan untuk membangunkan sistem amaran awal kerana pada mereka ribut itu dah "biasa". Kini, janganlah jadi anda terperangkap dalam masalah taufan kewangan tahun depan kerana tempias dari pelanggan anda sendiri. Jika anda sudi, bagi saya peluang untuk membantu anda supaya anda boleh lebih berjaya dari sekarang!
.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir seminar berkaitan kewangan;
- 24 Oktober di Dewan MPJBT, Skudai (RM50) - seminar 3P
Daftar: Lyn 019 755 6102.
9 pagi - 5 petang
- 22 November di Hotel Carlton Shah Alam (RM100) - Kursus Angka 6 Kaya.
Daftar: SMS taip PK (nama) hantar ke 016 2379856
9 pagi - 5 petang
- 6 Disember di Kuantan (RM30) - seminar mini 2K kekayaan dan kewangan.
Daftar: SMS taip KK (nama) hantar ke 016 2379856
9 pagi - 5 petang
.
Jika anda tidak dapat besarkan imej / mencetak borang di bawah ini, anda boleh salin maklumat yang diperlukan dan emailkan ke qmas304@streamyx.com (sila buat bayaran terlebih dahulu). Arahan bayaran ada tertera di dalam borang tersebut.
Salam Perjuangan,
Eddy Rosyadie
Rakan Konsultan Strategik Anda.