.
Pengumuman: Nama baru
Mulai 6 Oktober 2009, nama kaedah Potensi Diri Dinamik Astronumerologi hasil gubahan saya kini akan dikenali sebagai Kaedah Potensi dan Prestasi Dinamik Astronumerologi.
.
Ini disebabkan kerana kaedah saya ini tidak hanya melihat potensi secara statik tetapi jauh ke hadapan secara dinamik dan kini ianya bukan sahaja menentukan potensi tetapi juga mampu digunakan untuk meningkatkan dan memantau prestasi seseorang supaya apabila diketahui potensi yang dimiliki atau bakal ditempohi maka bolehlah perjalanan hidup seseorang itu dipertingkatkan atau diperbetulkan mengikut landasan yang betul atau mengikut impian seseorang dan seterusnya prestasinya itu dapat dipantau untuk membuat strategi yang lebih berkesan.
.
Nama astronumerologi masih dikekalkan kerana kaedah ini ada kaitan dengan perihal astronomi / astrologi dan kajian pernomboran numerologi yang digunakan sebagai titik rujukan kajian; bukannya untuk menilik nasib.
.
PENEMUAN TERBARU: Graf Prestasi Harian dan Jam - yang pertama di dunia.
Research Number: 06/09
.
Lanjutan daripada Graf Prestasi Bulanan, kini daripada Graf Prestasi Bulanan, anda boleh membuat atau melakarkan Graf Prestasi Harian dan seterunya Graf Prestasi Jam. Ini membolehkan anda mengetahui potensi dan prestasi anda pada sesuatu tahun, bulan, hari dan jam.
.
Nota: kaedah ini adalah hasil ciptaan saya dan tidak terdapat di mana-mana di dunia ini setakat ini. Anda dibenarkan menggunakan kaedah ini secara tertutup persendirian dan tidak boleh dibuat latihan di khalayak umum atau di Internet tanpa kebenaran saya. Kaedah ini berbeza dengan Kaedah Perlakuan Harian oleh Encik Yusman, namun anda digalakkan belajar juga kerana jika anda dapat mahir dalam kedua-dua kaedah ini, ianya banyak membantu anda di dalam kehidupan dan perniagaan anda.
.
Contoh pengiraan Graf Prestasi Harian & Jam:
.
Untuk tahun 2009 ini, Graf Prestasi Bulanan saya untuk Oktober adalah kod 2-2-2-8. Maka Pendua adalah 7-7-7-3. Kemudian, kirakan dari 7-7-7-3 mengikut kaedah yang sama dengan Graf Prestasi Bulanan untuk 30 atau 31 hari. Untuk setiap hari pula, Pentiga adalah kod harian + Kod Pendua Bulanan. Contohnya, untuk 6 Oktober 2009 adalah kod 7-4-1-2 di tambah dengan kod 7-7-7-3 dan bina kod-kod mengikut formula Graf Prestasi Bulanan dalam bilangan 24 kod iaitu 24 jam. Contohnya, pada jam 11 pagi 6 Oktober 2009, kod saya adalah 5-3-8-2. Apabila dibina Petak Digit Pendua didapati pola 456 dan 696 - memang pada jam 11 pagi saya tanpa dirancang sebenarnya saya telah ke pejabat pos dan bank untuk membuat pembayaran bil telekom dan ansuran rumah. Angka bawah status duit adalah 3 iaitu duit menjadi kurang akhirnya.
.
Kaedah ini membolehkan anda membuat Petak Digit dan Graf secara manual iaitu tanpa menggunakan komputer. Ianya membolehkan anda mengira pada bila-bila waktu di mana sahaja - mudah dan efektif.
.
Pembentangan kaedah ini dirancang dibuat semasa Konvensyen Kebangsaan Bhgn 1 di Skudai, Johor pada 23 Januari 2010 nanti. Namun, jika anda berminat untuk mahir di dalam kaedah Graf Prestasi ini (tahunan, bulanan, harian dan jam), anda boleh ajukan permohonan untuk bersama saya sama ada secara kursus di tempat anda atau kursus ala tuisyen di pejabat saya di Meru, Klang atau untuk sesi konsultansi. Sila sms ke 016 2379856 atau email di qmas304@streamyx.com.
.
Modul kursus terbaru: Kaedah Graf Prestasi Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam
.
Semoga berjaya sentiasa!
Eddy Rosyadie
Rakan Konsultan Anda.