.
Pengumuman: kepada mereka yang telah berjaya mendaftar syarikat pada 22 Julai atau 31 Julai tempohari (bagi tujuan untung pelaburan), saya mencadangkan anda membeli unit amanah saham 1 Malaysia pada 5 Ogos ini (pastikan bermalam di pintu pagar pejabat :) jika boleh atas nama syarikat anda yang telah didaftarkan itu. Jika tidak pun, beli atas nama sendiri dahulu. Unit Amanah Saham 1 Malaysia dijangka turut "untung besar" pada 2011 nanti.
.SEMINAR 15 OGOS DI KOTA KEMUNING SHAH ALAM
hanya RM50 sahaja.
.
(klik pada flyer di bawah untuk bacaan lebih jelas)
.
Tempahan tempat dan pembelian tiket: Hubungi Cik Hajar 0132029010
.
Sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada yang baru berminat untuk kenali potensi diri dari aspek kewangan, kasih sayang dan kesihatan menggunakan parameter tarikh dan jam lahir anda, atau peminat kaedah potensi dinamik / sains metafizik yang lama juga dari mana-mana guru boleh turut serta untuk menyegarkan (refresh) atau menambahkan lagi pengetahuan anda. Julung kali program ini dibuat di Malaysia! Rebutlah peluang untuk hadir.
.
"Wang tidak dapat membeli sebatang tubuh yang sihat dan seketul kasih sayang, tetapi tanpa wang maka kasih sayang dan kesihatan boleh terjejas kerana wang adalah sebentuk cara untuk mengekalkan kesihatan dan kasih sayang, begitu juga kesihatan dan kasih sayang yang kuat membantu anda mendapatkan wang dengan berkesan" - Eddy Rosyadie
"Money could not buy a healthy body or a piece of love but without wealth then love and health would be affected because money is a way to maintain health and love. Likewise, a strong health and love assists you to get money effectively" - Eddy Rosyadie
.
"You cannot control what the world economy is doing on you, but you can have a strong attitude to manage what the world economy is doing on you. When you can control what you can do to the world economy then you are much stronger and you become the master of your own world's economy" - Eddy Rosyadie
"Anda tidak mampu mengawal apa yang ekonomi dunia lakukan ke atas diri anda, tetapi anda mampu ada sifat yang kuat untuk menguruskan apa yang ekonomi dunia lakukan ke atas anda. Apabila anda mampu mengawal apa yang anda boleh lakukan kepada ekonomi dunia maka anda akan kuat dan menjadi tuan kepada dunia ekonomi anda"- Eddy Rosyadie
.SEMINAR POLA 336 UNTUNG PELABURAN, MENANG PERADUAN DAN MULA JADI JUTAWAN.
.
Ahad, 23 Ogos 2009
Bilik Al-Burj, Hotel Carlton Holiday, Shah Alam
RM100
Daftar jam 9.45 pagi bawa maklumat jam lahir.
Untuk hadir sila SMS taip MP (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Terkini: Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) sebagai satu institusi pelaburan dengan modal permulaan RM500 juta yang mana ianya akan diperbesarkan menjadi RM10 billion. Daripada kajian saya yang mendapati tahun 2011 adalah tahun pelaburan, mungkin ini satu petanda / peluang untuk anda juga patut berada di dalam dunia pelaburan. Anda juga boleh membina "Ekuinas" (kepunyaan kerajaan Malaysia) atau "Cascade Investment Ltd" (kepunyaan Bill Gates) yang anda sendiri miliki. Inilah masanya anda berubah membina kekayaan pelaburan sepertimana Bill Gates, Warren Buffet, Dr. Irfan Khairi dsbnya. Mereka ini semua ada pola 336 pola pelaburan. Pola pelaburan ini juga didapati pada situasi individu mendapat untung besar dari jualan atau menang sesuatu peraduan. Marilah kenali pola ini dan ketahui bagaimana untuk anda menggunakannya, sama ada anda memang adalah pola 336 (memang sepatutnya anda hadir kursus ini) ataupun jika tiada pola 336 pun harus hadir kursus untuk anda juga ambil peluang apabila pola itu muncul secara sukarela untuk anda pada tahun 2011. Mahu kaya? Kena tahu cara bagaimana dan tentunya BILA boleh jadi kaya.
.
TAHUKAH ANDA BAHAWA DATO SERI NAJIB TUN RAZAK ADALAH POLA 336? maka, salah seorang yang patut anda "bergabung" dalam teknik pola 336 gabungan pelaburan ialah dengan Dato Seri Najib (kalau tak bergabung secara langsung, masuk AS 1 Malaysia atau Ekuinas pun boleh juga). Beliau memiliki sarjana dalam Industrial Economics (orang pola 336 selalunya berada dalam dunia ekonomi termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim juga pola 336 pemegang Master in Economics, juga Dr. Irfan Khairi adalah pola 336). Tidak hairanlah kenapa munculnya beberapa pelaburan baru seperti Amanah Saham 1 Malaysia dan Ekuinas! Anda yang ada pola 336 masih lagi tak nak tahu betapa hebatnya pola 336 yang anda miliki itu? Kami boleh bimbing anda untuk gunakan pola 336 tepat pada TAHUN, BULAN dan HARI serta ARAH (dan bonus tambahan: Gabungan) yang sesuai untuk anda jadi lebih kaya dari sekarang!
.
Contoh: Pada tahun depan 2010, pola Dato Seri Najib mencukupi 4 syarat untuk "pelaburan meletup-letup", tambahan pula dengan adanya fasiliti pelaburan terbaru ini, tidak hairan jika beliau boleh "kaya dan jutawan berbilion" pada tahun depan jika beliau mahu. Apakah syarat-syarat tersebut? Anda nak tahu? Anda nakkan juga syarat-syarat tu untuk anda miliki supaya anda juga boleh "meletup-letup" seperti beliau, Bill Gates, dll? Mungkin anda juga ada syarat-syarat itu pada tahun depan atau 2011 nanti? Tentu saja datang kursus 23 Ogos!
.
Tak perlulah nak berdemonstrasi haram tak puas hati dengan kerajaan, itu semua buang masa anda sahaja padahal orang-orang berjaya seperti Dato Seri dan ramai lagi sudah bersedia menanti masa dan strategi untuk kaya dan anda yang sibuk mengutuk bagi pihak orang akhirnya terpaksa makan pasir lah tahun depan (tahun masalah kewangan untuk majoriti orang ramai - pada masa itu orang yang anda tolong itu akan bantu anda? bantulah diri anda sendiri dari sekarang). Nak salahkan kerajaan pulak lepas tu? Tahun depan, bila sendiri tak ada duit dan Dato Seri dah kaya, mulalah cemburu nak tabur fitnah pulak dan terpaksa mengemis di pejabat DS Sharizat, sendiri yang silap! Tuhan dah beri petunjuk macam kaedah seperti ini tak nak pulak diterima! Dah diberi peluang ambil AS 1 Malaysia pada 5 Ogos ini (hari yang sangat "ONG" untuk mula jadi kaya) tapi tak nak ambil sebab tak sokong kerajaan katakan. Alah, peduli apa parti apa yang anda sokong, ambil je peluang ini, nanti pada tahun 2011 tahun pola 336 pelaburan, AS 1 Malaysia juga ada pola 336 juga! Jadi, mari kita sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah yang mendatangkan duit seperti belajar kursus 23 Ogos ini dan mulakan aktiviti pelaburan. Jalan untuk anda jadi jutawan semakin cerah tanpa jerebu pemikiran!
.
Anda sudah tahu bagaimana nak kaya/ jadi jutawan dengan pelaburan, forex, perniagaan, hartanah, dll tapi anda belum tahu BILA (tahun, bulan dan hari serta usia) anda boleh untung dan mula jadi jutawan, menang peraduan (jutawan power root?) dan untung pelaburan (apa jua termasuk unit trust, wang pos, saham dll) serta untung dalam forex. Kajian saya mendapati pola 336 memainkan peranan penting dalam keuntungan dan kemenangan. Kenalilah tahun/ bulan/ hari anda boleh untung dan menang serta arah kejayaan untuk untung serta kenali pola individu yang boleh bantu anda menang atau untung dalam pelaburan atau kekayaan sentiasa. Ketahui masa yang sebenarnya untuk anda boleh mula jadi jutawan. Pelajarilah kaedah sebegini untuk mengelakkan dari anda terpaksa bersusah payah bertahun-tahun tanpa hasil dengan mengetahui MASA yang sebenarnya anda boleh menang/untung sesuatu. Inilah seminar yang julung kali di dunia yang membimbing anda tentang persoalan masa dan tempat serta cara serta individu yang boleh anda gunakan untuk menang peraduan, untung pelaburan dan mula jadi jutawan.
.
.
Saya sendiri telah menggunakan teknik pola 336 dan untung pelaburan BSKL sebanyak dua kali berjumlah RM150K pada tahun ini. Lihat juga pola 336 yang ada pada Bill Gates (Richest Person in World) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (bekas CEO Guthrie terkenal dengan sejarah "London Raid" iaitu mengambil alih Guthrie dari kerajaan British hanya dalam masa 2 jam) kedua-duanya ada pola 336 dan menggunakan teknik yang dikaitkan dengan pola 336. Tahun 2011 nanti, semua orang ada pola 336, apakah anda buat persediaan untuk ambil peluang itu nanti untuk jadi kaya (bulan dan hari yang sesuai? mengikut tarikh lahir anda).
.
(walaupun berpuasa, belajar nak jadi kaya mesti diteruskan. Kita bermula jam 10.00 pagi supaya jam 9.45 pagi anda boleh tinggalkan isteri/suami/anak anda di SACC Mall/ Kompleks PKNS/ Plaza Alam Sentral/ Anggerik Mall/ Giant/ Tesco, biar mereka boleh bershopping untuk raya sementara anda belajar di kelas. Mungkin kelas tamat jam sekitar 4.30 petang untuk anda sekeluarga bersiap untuk berbuka puasa).
.
.
Seminar/ Aktiviti yang dirancangkan seterusnya;
.
Oktober - Disember: Cadangan Road Tour di Kuala Terengganu & Kuantan.
.
20 dan 21 Oktober 2009 - seminar dua hari 3 dalam 1 - Rahsia Kehebatan Diri bersama UTM-Space, Airborne (analisa potensi dari cap jari) dan Eddy Rosyadie (analisa potensi dari tarikh dan jam lahir) di KL - belum tahu tempat. Mgkn sekitar RM400 untuk seminar 2 hari. Dapatkan laporan analisa cap jari percuma serta graf hayat percuma. Nantikan pengumuman dan flyer seminar ini nanti.
.
Januari 2010: Kursus PERCUMA untuk 1,000 orang di JB
(tiada bayaran sesen pun untuk belajar tapi bawalah duit sedikit untuk tambang balik rumah :) atau untuk beli graf hayat ahli keluarga, makanan ringan, CD, buku, poster, susu kambing, wang pos, premium insuran dan sebagainya).
.Tajuk: Menyusun Strategi Hidup Untuk Kehidupan dan Perniagaan yang Lebih Bermakna (daripada kaedah Graf Hayat dan Kitaran Tahunan yang lebih mendalam).
.9 pagi - 5 petang. Daftar jam 8.30 pagi.
Sila bawa graf hayat anda (jika belum ada graf hayat, boleh dapatkan di sana nanti)
Daftar dengan SMS taip EDDY JB dan hantarkan ke 36553.
.
Dijemput semua bekas peserta kursus saya atau individu yang baru dari seluruh Johor, Singapura dan Batam serta peserta dari mana-mana guru / motivator yang lain. Juga, dijemput anda dari seluruh Malaysia atau Brunei juga. Tambahkan pengetahuan anda dari perkongsian ilmu kami. Sokonglah bersama kami dalam aktiviti amal jariah kami ini untuk pembangunan produktiviti negara.
.
Semoga berjaya sentiasa.
.Eddy Rosyadie