Rahsia Strategi Kebahagiaan dan Kekayaan

.
Pengumuman penting: tahun 2011 dijangka tahun pelaburan untuk semua orang, jadi ambil peluang dari sekarang. Individu yang berminat untuk kaya/ berjaya pada tahun 2011 dengan dunia pelaburan atau perniagaan, sila buat pendaftaran untuk satu syarikat anda sendiri pada Rabu ini 22 Julai 2009 di antara jam 11 pagi - 12.59 tghari (tidak kisah lelaki atau wanita yang daftarkan, kalau ada suami isteri dan kawan, buatlah untuk masing-masing. Pastikan Sijil SSM syarikat anda itu mempunyai tulisan cetakan tarikh dan waktu tersebut). Tarikh dan jam "lahir" itu sangat berpotensi besar untuk kaya pelaburan tahun 2011 nanti. Jangan lepaskan peluang sebab selepas ini kena tunggu tahun 2o11 pula untuk daftar syarikat mungkin dah terlewat. Sebab apa tarikh dan waktu ini dipilih, nantikan kursus 23 Ogos akan didedahkan rahsia dan tekniknya. Semoga berbaloi usaha anda itu (kursus RM100 + daftar syarikat RM60 = modal lebih kurang RM200 untuk anda untung RM2 juta atau lebih nanti tahun 2011)

.


.


Gambar peserta kursus Pemulihan Secara Pola Angka 19 Julai di Hotel Carlton Holiday. Seramai 16 orang telah hadir. Walaupun kelas peserta kecil namun suasana santai, penuh ilmiah serta gelak ketawa. Siap dengan haruman spa, makan kek pisang dan air mascotek & susu dihidangkan oleh kakitangan Anggun Timoer yang manis-manis macam pramugari dalam pesawat Business Class. Kelas gitu! Baru seronok belajar . . .
.


.

Gambar Puan Norhafizah pengasas dan pemilik Anggun Timoer Sanctuary, Bukit Jelutong, Shah Alam, seorang personaliti TV spt Astro dll sedang memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara mudah untuk tingkatkan tenaga dalaman serta luahkan stres seperti teknik bernafas dan urutan dan sebagainya. Siap ada demo cara berbaring dengan betul. Siapa model tu, rahsia...Barulah tahu cara yang betul!


.



.

Gambar selingan motivasi oleh guru saya Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin As-Sagoff. Memang gelak sakan dengan gaya dan persembahan beliau tapi pengisian yang bermakna. Beliaulah yang mengajar saya seni berpidato dan beliaulah yang mencungkil potensi saya untuk jadi terkenal sekarang ini. Dalam sesi tersebut, beliau mengumumkan perlantikan saya untuk bersama dalam bahagian Sumber Manusia bagi Akademi Nusantara (http://www.akademinusantara.org/). Perjuangan kami berdua sangat mendalam, walaupun orang nampak kami tidak rapat tetapi ada satu sejarah yang telah kami lalui bersama semasa perjuangan Akademi Pidato Malaysia dahulu hingga ke tahap Pertandingan Piala Pidato Merdeka di PWTC yang dirasmikan oleh Perdana Menteri dahulu.

.

Puisi Perjuangan - nukilan Eddy Rosyadie.

Anak bangsa,

Akan ku pimpin tanganmu ke puncak jaya,

bersama ilmu penuh di dada,

bersama keringat dan semangat waja.

Teruskan usaha hingga berjaya,

kalaupun gagal akan sampai akhirnya jua.

Akan ku berikanmu keris dan pedang saktiku,

sebagai permainan dan alat perjuanganmu,

untuk kau hunus ke musuhmu,

dengan kalis ilmu di dadamu,

teruskan berjuang,

kalaupun gagal pasti bertemu,

kejayaan yang unggul tetap ditunggu.

Anak bangsa,

di manakah airmatamu,

di manakan sinar keikhlasanmu,

apakah kau hancur jika tidak disemai,

kan ku tanam potensimu hingga tumbuh dan dituai,

kejayaan abadi akan ku ingat,

supaya anakku... kau hidup bebas berdaulat.

.
SEMINAR PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

Ahad, 2 Ogos 2009.

Bilik Al-Burj, Hotel Carlton Holiday, Shah Alam.
9 pagi - 5 petang.
RM200 (diskaun RM50 untuk pemilik buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan)

sila bawa buku CJP untuk pengesahan serta untuk tujuan huraian buku pada hari tersebut. Individu yang belum memiliki buku CJP boleh mendapatkannya pada pagi seminar dan seterusnya menikmati diskaun RM50.

Daftar sana 8.30 pagi bawa maklumat jam lahir.
Untuk hadir, sila SMS taip PKC (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Kenali aspek perkahwinan dan perceraian dari perspektif sains metafizik menggunakan kajian tarikh dan jam lahir. Huraian buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan. Walaupun tajuk di sini agak serius tetapi pengetahuan tentangnya sangat perlu diketahui untuk anda hadapi dan layari liku-liku alam rumahtangga dengan baik. Kenalilah usia jodoh dan cara untuk mengatasi Widowed Star, Lonely Star malah Married Star dalam perkahwinan anda serta pelbagai pengetahuan dari sudut sains metafizik seperti kenali faktor cerai, orang ketiga dan sebagainya termasuk masalah zuriat lambat. Inilah seminar yang julung kali di adakan di dunia yang membicarakan perihal perkahwinan dan perceraian dari perspektif sains metafizik berasaskan tarikh dan jam lahir. Dapatkan buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan di sini pada harga diskaun. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada sudah, pernah atau belum berkahwin atau yang akan / sedang bermadu untuk pengetahuan diri anda atau anak cucu anda. Juga sesuai untuk para kaunselor atau seumpamanya untuk tambahan kemahiran anda.
.
Berkongsi pengalaman saya yang berkahwin selama 16 tahun, syukur bahagia sehingga kini walau pola 11, 72 dan Widowed Star banyak menganggu dan pernah hampir merosakkan hubungan kami. Perjalanan alam perkahwinan kami masih jauh dengan bakal menghadapi Married Star, Graf Hayat turun dsbnya tidak lama lagi. Mudah-mudahan dengan ilmu kaedah ini, dapatlah kami bahagia hingga akhir hayat. Begitu juga dengan anda dan pasangan/ bakal pasangan dapatkanlah pengetahuan berguna ini.
.
"Isteriku sayang, terima kasih kerana menjadi isteri yang solehah, rakan yang memahami dan menyokong, kekasih yang manja, ibu yang penyayang, menantu yang bersopan dan pejuang bangsa, agama dan negara yang produktif" - eddy rosyadie.
.
"Dearest my loving wife, thank you for being a solehah wife, a supportive and understanding friend, a romantic lover, a passionate mother, a charming in-law and a productive fighter for community and country" - eddy rosyadie.
.
"Love never cold, Love never dies, Love that fill our souls, Together as one, we stand as one for the world to see, together as one we shine to eternity. All the dreams we dreamed for are now reality, now the dreams of a perfect love will always be... you and I in a perfect love faithfully" - song by US band Stryper "Together As One", my all time favorite song (see it in YouTube).
.
"Cintaku sayang, hanya senyumanmu yang ku mahukan, sinar ikhlas senyumanmu itu menaikkan semangat perjuanganku menghadapi cabaran dengan kuat dan senyumanmu itu sentiasa menyejukkan hatiku yang resah. Aku sanggup mati untuk senyummu itu" - eddy rosyadie.
.
"My love, your precious smile is all I wanted. Your genuine smile makes me fight better and your smile always cools me down. I rather die for your smile" - eddy rosyadie.
.
Senyum-senyumlah selalu ! :)
.
SEMINAR POLA 336 UNTUNG PELABURAN, MENANG PERADUAN DAN MULA JADI JUTAWAN.
Ahad, 23 Ogos 2009
Bilik Al-Burj, Hotel Carlton Holiday, Shah Alam
RM100 (Offer Hari Raya - biasa RM200)
Daftar jam 10.00 pagi bawa maklumat jam lahir.
Untuk hadir sila SMS taip MP (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Anda sudah tahu bagaimana nak kaya/ jadi jutawan dengan pelaburan, forex, perniagaan, hartanah, dll tapi anda belum tahu BILA (tahun, bulan dan hari serta usia) anda boleh untung dan mula jadi jutawan, menang peraduan (jutawan power root?) dan untung pelaburan (apa jua termasuk unit trust, wang pos, saham dll) serta untung dalam forex. Kajian saya mendapati pola 336 memainkan peranan penting dalam keuntungan dan kemenangan. Kenalilah tahun/ bulan/ hari anda boleh untung dan menang serta arah kejayaan untuk untung serta kenali pola individu yang boleh bantu anda menang atau untung dalam pelaburan atau kekayaan sentiasa. Ketahui masa yang sebenarnya untuk anda boleh mula jadi jutawan. Pelajarilah kaedah sebegini untuk mengelakkan dari anda terpaksa bersusah payah bertahun-tahun tanpa hasil dengan mengetahui MASA yang sebenarnya anda boleh menang/untung sesuatu. Inilah seminar yang julung kali di dunia yang membimbing anda tentang persoalan masa dan tempat serta cara serta individu yang boleh anda gunakan untuk menang peraduan, untung pelaburan dan mula jadi jutawan.
.
Saya sendiri telah menggunakan teknik pola 336 dan untung pelaburan BSKL sebanyak dua kali berjumlah RM150K pada tahun ini. Lihat juga pola 336 yang ada pada Bill Gates (Richest Person in World) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (bekas CEO Guthrie terkenal dengan sejarah "London Raid" iaitu mengambil alih Guthrie dari kerajaan British hanya dalam masa 2 jam) kedua-duanya ada pola 336 dan menggunakan teknik yang dikaitkan dengan pola 336. Tahun 2011 nanti, semua orang ada pola 336, apakah anda buat persediaan untuk ambil peluang itu nanti untuk jadi kaya (bulan dan hari yang sesuai? mengikut tarikh lahir anda).
.
(walaupun berpuasa, belajar nak jadi kaya mesti diteruskan. Kita bermula jam 10.00 pagi supaya jam 9.45 pagi anda boleh tinggalkan isteri/suami/anak anda di SACC Mall/ Kompleks PKNS/ Plaza Alam Sentral/ Anggerik Mall/ Giant/ Tesco, biar mereka boleh bershopping untuk raya sementara anda belajar di kelas. Mungkin kelas tamat jam sekitar 4.30 petang untuk anda sekeluarga bersiap untuk berbuka puasa).
.
"Ramai orang berimpian untuk jadi kaya dan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi kaya namun mereka masih belum ada impian untuk BILA boleh jadi kaya dan mereka belum berusaha bersungguh-sungguh untuk mula BILA boleh jadi kaya" - eddy rosyadie
.
"There are many people who desire to become rich and they work hard to become rich but yet they not desire WHEN to become rich and not yet work hard for WHEN become rich" - eddy rosyadie
.
Seminar/ Aktiviti yang dirancangkan seterusnya;
.
Oktober - Disember: Cadangan Road Tour di Kuala Terengganu & Kuantan.
.
Juga beberapa seminar jemputan di Shah Alam, Muar dan Ipoh.
.
20 dan 21 Oktober 2009 - seminar dua hari 3 dalam 1 - Rahsia Kehebatan Diri bersama UTM-Space, Airborne (analisa potensi dari cap jari) dan Eddy Rosyadie (analisa potensi dari tarikh dan jam lahir) di KL - belum tahu tempat. Mgkn sekitar RM400 untuk seminar 2 hari. Dapatkan laporan analisa cap jari percuma serta graf hayat percuma. Nantikan pengumuman dan flyer seminar ini nanti.
.
Januari 2010: Kursus PERCUMA untuk 1,000 orang di JB
(tiada bayaran sesen pun untuk belajar tapi bawalah duit sedikit untuk tambang balik rumah :) atau untuk beli graf hayat ahli keluarga, makanan ringan, CD, buku, poster, susu kambing, wang pos, premium insuran dan sebagainya).
Tajuk: Menyusun Strategi Hidup Untuk Kehidupan dan Perniagaan yang Lebih Bermakna (daripada kaedah Graf Hayat dan Kitaran Tahunan yang lebih mendalam).
9 pagi - 5 petang. Daftar jam 8.30 pagi.
Sila bawa graf hayat anda (jika belum ada graf hayat, boleh dapatkan di sana nanti)
Daftar dengan SMS taip EDDY JB dan hantarkan ke 36553.
Dijemput semua bekas peserta kursus saya atau individu yang baru dari seluruh Johor, Singapura dan Batam serta peserta dari mana-mana guru / motivator yang lain. Juga, dijemput anda dari seluruh Malaysia atau Brunei juga. Tambahkan pengetahuan anda dari perkongsian ilmu kami. Sokonglah bersama kami dalam aktiviti amal jariah kami ini untuk pembangunan produktiviti negara.
.
Semoga berjaya sentiasa.
Eddy Rosyadie

Popular Posts