UPDATE April - Bahagian 3


Di Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama
Rancangan "Nasi Lemak Kopi O" 8.15 pagi
12 April 2009

Memang dihidangkan nasi lemak berbungkus daun pisang dan kopi O di situ.

Dapat berjumpa ramai selebriti seperti penyanyi Jatt dan terserempak dengan Fitri - memang tak disangka pengalaman ini.



Emak dan isteri kata saya di TV nampak macam DDH Fazilah Hj Kamsah, masakan tidak sama, sebagai cucu saudara beliau dan satu keturunan Jawa mungkin ada persamaan di situ!


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Dengar & lihat saya di TV!
12 April Ahad - TV9 Nasi Lemak Kopi O(antara 8 -10 pagi)
17 April Jumaat - Astro Awani (dalam 8.15 pagi)

Gambar sebelah: Ketika di luar studio. Gambar dalam studio sedang diproses oleh rakan jurukamera.






Terima kasih kepada Sdra Arie yang membantu menukar suasana blog di sini. Ramai yang menyukai perubahan ini. Kebetulan perubahan ini juga menandakan satu permulaan untuk program baru saya dan rakan-rakan bermula Mei nanti. Program yang menggabungkan kaedah Potensi Diri Dinamik dengan pelbagai program latihan dan bimbingan serta pemantauan untuk menjadikan peserta program berjaya mencapai potensi ke tahap yang terbaik dan . . . kaya.



Berbalik kepada komen kritikan yang menyatakan kenapa mahu belajar dengan saya padahal saya bukannya orang berjaya dan tidak punyai kemewahan seperti orang berjaya, ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa saya sebagai kod Virgo, Wealth Great Marshal, pola 123459 adalah "energy" sebagai seorang konsultan pembimbing yang membantu individu untuk berjaya. Pesan guru saya yang saya pegang iaitu "jika kamu nak kaya, kamu mestilah jadikan orang lain jadi kaya dahulu" menjadi teras perjuangan saya. Walaupun saya ini nampak tidak berjaya sebenarnya saya berjaya menjadikan anak-anak murid dan pelanggan menjadi berjaya. Di antaranya adalah;



1. Pengasas Produk Nanibeauty - hampir kerugian RM200,000 namun setelah mendapatkan strategi metafizik, perniagaan beliau makin berjaya dan kini dikenali seluruh negara.



2. Pengarah Urusan sebuah syarikat cenderamata - daripada jualan tahunan sekitar RM40,000 ditingkatkan menjadi RM2 juta dalam masa 2 tahun. Itupun masih banyak projek mega ditawarkan kepada beliau tetapi beliau tidak sanggup kerana kekurangan dana.



3. Yang diingati sekali, seorang penjual nasi lemak pendapatan RM1,000 mendapat RM78,000 dalam masa sebulan.



4. Saya pernah mendapat satu projek besar dan memegang tunai RM200,000 duit projek tersebut.



Kini saya sedang membantu seorang usahawan yang di ambang kerugian RM500,000 untuk betulkan balik perniagaan, alhamdulillah sikit demi sikit sudah ada perubahan. Ada seorang pelanggan bergegas tak sabar-sabar mencari saya untuk mendapatkan sesi konsultansi kerana katanya kawan dia dah tukar kereta Kancil kepada Audi dalam masa 6 bulan setelah menggunakan teknik-teknik yang diberikan saya kepada rakannya itu seperti teknik arah kejayaan, potensi interaksi dan sebagainya.



Untuk makluman, saya adalah seorang pengurus di sebuah firma terbesar di dunia dalam industrinya. Perjuangan saya di dalam kaedah Potensi Dinamik adalah kerja sampingan saya sebagai usaha menyumbang kepada masyarakat dan negara. Semenjak saya masuk firma ini tidak pernah rugi selama 12 tahun berturut-turut - gawat 1998 dan 2009 ini tidak terasa dan kini firma ini memiliki tunai melebihi RM100 juta. Sebagai pengurus, saya bertanggungjawab dalam operasi dan projek terkini adalah projek penjimatan kos operasi sebanyak RM17,000 setahun dan bos saya adalah salah seorang terkaya di Malaysia.



Nah, nampakkan bagaimana saya membantu orang lain kaya dan berjaya? Memang penat dan irihati serta diri sendiri tidak nampak macam orang berjaya tapi itulah anugerah dan amanah yang diberikan oleh Tuhan kepada saya iaitu menjadikan masyarakat (mungkin anda juga) menjadi kaya. Itu belum lagi cerita seorang anak murid saya yang kini menjadi motivator terkenal negara dan kaya hasil dari kegunaan potensi dinamik ini juga (tapi malangnya saya pula dituduh tidak berjaya olehnya).



Mulai Mei depan, satu program untuk mengkayakan masyarakat akan dilancarkan oleh sinergi kumpulan rakan saya. Tujuannya untuk menangani masalah gawat gersang kewangan tahun 2010. Saya menjangkakan tahun 2010 banyak organisasi dan ramai orang akan muflis, bankrap dan tiada duit! Apakah anda telah bersedia dengan situasi ini? Jika anda belum bersedia dan mahu bersedia, mulakanlah langkah dengan menghadiri Kursus Pola Kekayaan pada 18 April ini di Larkin. Cuma RM200 sahaja dan ianya telah selama ini membantu ramai individu menjadi lebih berjaya. Masuk Mei nanti, program ini akan ditukar menjadi program versi terbaru yang akan membawakan banyak bimbingan dan pemantauan supaya peserta program benar-benar kaya.



Tahun 2010 apabila orang lain & orang kaya muflis, inilah masanya untuk anda naik menjadi jutawan itupun jika tahu tekniknya dari saya (sebab selama ini wang dimonopoli oleh sesetengah orang yang hidupnya diberkati dengan wang melimpah) tapi inilah peluang apabila sang pemonopoli itu jatuh, anda mendapat bahagian kekayaannya itu!



Oleh itu, janganlah dilihat atau diukur pada kejayaan material saya semata-mata, jika kereta mewah dibandingkan sebagai ukuran berjaya memang sukar sebab saya sekarang membayar 3 buah rumah nilainya sama dengan kereta mewah tetapi tujuan saya membeli rumah untuk anak-anak dahulu (kereta boleh datang kemudian, harga rumah semakin naik di kawasan ini). Hasil usaha dan perkongsian ilmu telah dapat menjadikan peminat, peserta dan pelanggan kaedah ini menjadi berjaya -itu lebih bermakna sebab saya bukan sekadar dapat jadi kaya seorang tetapi dapat menjadikan ramai orang menjadi kaya. Salah seorang anak murid saya di Johor kini giat mempromosikan program jutawan bersama seorang suami-isteri jutawan dengan harapan tempias jutawan boleh juga dirasainya dan dikongsi dengan semua.



Apakah anda sudi untuk saya bantu anda menjadi kaya? Jika ya sudi, marilah bersama saya untuk saya bimbing anda ke jalan kekayaan! Jika tidak sudi, anda terlepas peluang untuk menjadi kaya dengan cara yang lebih mantap kerana ianya berkaitan dengan halatuju perjalanan hidup anda. Change Your Wealth Destiny!



Jom Jadi Kaya! Kekayaan Asli Yang Abadi

Modul Potensi Sukses Jutawan bermula Mei 2009
- Sukses Bisnes
- Sukses Karier
- Sukses Perkahwinan
- Sukses Jutawan / Kekayaan
Ejen-ejen sinergi seluruh negara diperlukan (30 orang), sila email ke qmas304@streamyx.com.


Kursus 18 April di Larkin, JB
Potensi Kewangan Pola Kekayaan RM200

Caliph Management (berdepan Balai Bomba Larkin sebelah Jabatan Parit dan Saliran).
Jam 9 pagi - 5 petang. Daftar jam 8.30 pagi sila bawa maklumat jam lahir.
Berminat SMS taip LK (nama) ke 016 2379856

Memberi pendedahan tentang cara-cara untuk mendapat kekayaan dengan lebih berkesan - ketahui tahap kekayaan dan cara-cara jalan pintas untuk kekayaan spt teknik gabungan untung, teknik memilih 6, dan sebagainya serta ketahui cara-cara menambahkan kekayaan dan tahu masa untung dan rugi. Menggunakan teknik tarikh, jam lahir dan nama anda! Dapatkan perisian komputer dan e-book tentang perihal kewangan dan jutawan.

Kursus 19 April di Larkin, JB
Kursus Perlakuan Kitaran Harian RM350
Caliph Management
Jam 9 pagi - 5 petang
Berminat SMS taip LH (nama) ke 016 2379856

Ketahui teknik untuk "mengira" apa yang akan berlaku pada anda atau orang lain pada hari esok atau pada jam / hari / bulan akan datang sama ada demam (pola 347) atau pasangan sedang makan di restoran (pola 944) atau sedang bercumbuan ! (pola 1234) atau anda dapat keuntungan (pola 696) atau rugi esok hari atau kena tipu (pla 459) untuk dielakkan. Satu-satunya kaedah ini di dunia!

Kursus 9 Mei di Kemaman, Terengganu
Potensi Diri Modul 1 + Pola Kekayaan
RM250
Jam 9 pagi - 5 petang
Berminat SMS taip KT (nama) ke 016 2379856
Kursus tentang teknik-teknik daripada tarikh dan jam lahir tentang pola kekayaan, kerjaya sesuai, kitaran tahunan, arah kejayaan, usia kejayaan dan sebagainya. juga kaedah Petak Pendua dan ketahui pendekatan sebenar dalam hidup anda. BONUS: Pengiraan nombor handphone untuk kenali sifat seseorang!


Lain-lain Kursus

Kursus "Sukses Jutawan" @ Jom Jadi Kaya! bermula 16 Mei... nantikan pengumumannya di sini. Program Jom Jadi Usahawan! dan sebagainya akan menyusul juga.


Tempahan buku CINTA, JODOH, PERKAHWINAN boleh dibuat terus dengan saya. Sila email ke qmas304@streamyx.com

Salam Kejayaan - Saya Berjaya apabila Anda Kaya !
Eddy Rosyadie



Popular Posts