Assalamualaikum & Selamat sejahtera
Tahniah Perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke-6 dan Terima Kasih Pak Lah PM ke-5
Malaysia menerima PM yang baru pada April 3, 2009. Tarikh tersebut mengandungi pola 729 iaitu tarikan perhatian penyokong dan arah tengah mata angin pula 6 (melambangkan rezeki yang banyak). Jika disusun dalam petak Digit (ciptaan saya), tarikh April 3 mempunyai susunan pola 6,6,9,9 iaitu satu tarikh yang sangat berkesan dalam kejayaan dan kekayaan. Kebetulan pula beliau adalah PM ke 6, iaitu angka 6 melambangkan wang, mudah-mudahan dengan pengalaman beliau dalam dunia pentadbiran negara dan politik dapat membantu menaikkan dan memartabatkan ekonomi negara. Beliau ada pola 336 iaitu pola ekonomi dan memang beliau mengambil jurusan ekonomi semasa di UK dulu. Arah beliau dari Malaysia ke UK adalah arah 6, sekali lagi, arah yang sangat bagus dari segi rezeki. Mungkin dengan pola-pola 6,9 dsbnya ini membolehkan beliau menjadi Bapa Ekonomi nanti. Pada tahun ini, beliau adalah Kitaran 5 iaitu kitaran Perubahan (Turning Point)
23 7 20 09
5 7 2 9
3 29 8 1 5 4 2 6
7 6 8
Jika dilihat pada pola beliau ada pola 573 sebanyak 2 kali iaitu pola Orang Kenamaan yang banyak (beliau memang pun ada pola 573 iaitu orang kenamaan - tarikh lahir 23-7-1953) dan kemudian pola 768 iaitu ketua dan root number kitaran adalah 5 iaitu berkaitan pentadbiran dan politik. Memang sudah sampai masanya. Pola 456 iaitu dunia kewangan, dan memang sekarang beliau masih Menteri Kewangan. Tarikh 3 April 2009 yang mendorong banyak pengikut dan tarikan (pelaris) lihatlah beberapa tindakan beliau sebaik sahaja menjadi PM memberi impak sangat bagus menarik perhatian ramai penyokong. Sesuai dengan UMNO kitaran 9 dan BN kitaran 6 tahun ini, kemungkinan besar boleh menang ketiga-tiga pilihanraya kecil (itupun jika calon yang diletakkan mempunyai kitaran yang bagus - tak nak jadi macam kes pilihanraya KT dulu). PKR, PAS dll perlu letak calon kitaran 9 jika nak berentap dengan baik.
Kepada semua anak murid, maksud Kitaran 5 kini bukan lagi bermaksud halangan, ianya sebenarnya bermaksud PERUBAHAN. Jika anda berada di dalam kitaran 5 dan masih mengamalkan tabiat lama, maka kitaran 5 akan menjadi halangan. Apabila masuk Kitaran 5, seolah-olah tembok-tembok dan pagar-pagar mula muncul dalam hidup kita, jadi sama ada anda rempuh, lompat atau cari jalan susur alternatif. Oleh itu, untuk DS Najib, kitaran 5 adalah "Turning Point" yang sangat bagus untuk karier beliau dan juga untuk negara serta organisasi yang diterajuinya. Berikut adalah maksud baru kitaran;
Kitaran
1 - Rehat, redha dan kumpul strategi, jangan terlalu mendesak atau tamak
2 - Sangat sesuai networking
3 - keliru, maka cari maklumat, pandangan, ilmu sebelum buat keputusan. Kitaran 3 mengajar kita untuk cari maklumat sebelum buat keputusan.
4 - Ilmu; tambahkan ilmu
5 - Buat perubahan dalam hidup. Setelah ada ilmu (4) dan kemahiran membuat keputusan (3)serta kawan-kawan (2) dan tidak tamak (1), maka kitaran 5 buatlah perubahan jalan baru.
6 - Raihlah hasil. Ini masanya menuai hasil setelah buat perubahan (5).
7 - Masa untuk penyucian. Pangkat dan harta mungkin ditarik balik pada masa ini untuk menyedarkan anda supaya rapat dengan tuhan.
8 - tertekan; ini masanya untuk menahan dan kawal diri (umpama berpuasa bulan Ramadan), jangan tamak atau mendesak.9
- umpama hari raya - bergembiralah !tapi ingat selepas tu kitaran 1 balik iaitu, rehat dan redha, kumpul tenaga utk perjalanan hidup baru.
Kursus Potensi Kewangan Pola Kekayaan - 18 April 2009 LARKIN
dipindahkan dari Batu Pahat ke Larkin.
RM 200 sahaja, 9 pagi - 5 petang.Daftar sana jam 830 pagi bawa maklumat jam lahir
Caliph Management berdepan Balai Bomba Larkin sebelah Jabatan Parit dan Saliran.
Berminat SMS taip LK (nama) dan hantarkan ke 016 2379856
Saya menjangkakan tahun 2010 ramai orang dan organisasi akan mengalami situasi ribut atau gersang kewangan iaitu ramai dan banyak organisasi akan bankrap, muflis, bertambah hutang dan seumpamanya. Mereka yang lahir 30 Oktober dan seumpama bakal melihat dompet kosong sepanjang tahun, begitu juga ada sebuah syarikat gergasi MLM melayu yang dijangka mengalami masalah ini tahun depan. Oleh itu, kursus Pola Kekayaan dianjurkan untuk membuat persediaan menghadapi ribut kewangan tahun 2010.
Malangnya, setakat ini masih tiada orang yang mendaftar kursus tersebut, mungkin menganggap kursus ini tidak berbaloi dan masih memandang rendah kaedah ini atau melabelkan kursus ini mahal (padahal ada yang lebih mahal!), tetapi bila dah terkena nanti tahun 2010, saya dah tak boleh buat apa-apa. Semasa tahun 2007 dulu saya dah berpesan tahun 2008 tidak digalakkan menyimpan stok dan membuat pelaburan jangka panjang - lihatlah apa dah jadi dengan situasi gawat sekarang? Stok kereta dan barang-barang berlambak tak dapat dijual dan pelaburan banyak yang sangkut. Jadi, tahun 2010 jangan lagi ambil tak peduli, buat alasan lambat lagi, kaedah ini mengarut, Larkin tu jauh lah, tak ada duit lah (nanti tahun 2010 tak ada duit betul-betul kan naya!) dan sebagainya.
Bibit-bibit gersang kewangan dah mula nampak iaitu sebuah bank besar nak bagi cuti tanpa gaji 6 bulan, syarikat kapalterbang negara jiran bagi cuti tanpa gaji, harga minyak dunia dah mula naik. Walaupun negara dah buat stimulus kewangan, tapi nilainya adalah RM67 bilion, ingat angka 67 bermaksud duit itu tidak bertahan lama (sama kes Bank of Barclays beberapa minggu sebelum kejatuhan ekonomi tawarkan kadar pinjaman 6.7% - angka 67). Sebuah kitab lama tepat menjelaskan tahun 2009 harga minyak murah dan kitab itu juga menyatakan tahun 2010 berlakunya sebentuk ketidaktentuan seperti kesengsaraan, huru hara rakyat akan berlaku (mungkin duit dah tak ada!).
Oleh itu, marilah kita bersedia mulai sekarang - hadirlah kursus ini untuk kebaikan anda dan keluarga anda juga. Janganlah nanti poket dah kosong datang jumpa saya minta duit dengan saya (saya bukan jutawan sebab harga kursus pun sekadar RM200 sahaja)! Padahal amaran awal dah diberitahu (tahun 2007 saya jangkakan banjir di Johor dan ianya berlaku). Marilah belajar, itu sahaja yang saya boleh sumbangkan - ilmu, lagipun harga RM200 ini sangatlah berbaloi, ramai usahawan mengatakan harga kursus saya tersangat murah berbanding anak murid sendiri yang dah dapat gelaran Dr. dan lain-lain guru metafizik numerologi, namun itulah perjuangan saya untuk membantu masyarakat, tapi kalau diri sendiri tidak mahu bantu diri sendiri apalah yang boleh saya buat. Saya rela memandu kereta lama sebab harga kursus yang murah daripada lihat anak-anak bangsa berbaris minta sedekah depan masjid nanti!
Pada 25 Febuari 2009 lalu, saya dah berpesan awal supaya buka syarikat atau perniagaan hari tersebut, malangnya pada hari itu yang saya lihat ramai kaum Cina ramai yang berbaris mendaftar, sangat kurang kaum melayu dan India, kebetulan itu adalah hari terakhir untuk para konsultan insuran mendaftarkan diri mereka sebelum tarikh tutup 28 Febuari 2009. Tahukah anda bahawa tarikh 25 Febuari lalu adalah tarikh yang sangat-sangat "ong" dari segi kekayaan dan networking. Oleh itu, kebetulan ramai pula kaum Cina mendaftar hari itu bermakna kaum Cina akan terus maju. Saya rasa kaum Cinta yang datar hari tu pun tak tahu perkara ini, tetapi nak dijadikan cerita, mereka kena daftar, seolah takdir memberikan jalan yang mudah untuk mereka berjaya nanti. Takdir memberikan jalan kepada mereka yang berusaha dan positif, orang kita pula asyik salahkan takdir.
Jadi, janganlah asyik salahkan orang Cina sahaja tetapi diri sendiri/ bangsa sendiri tidak mahu ambil insiatif. Apabila tahun 2010 gersang kewangan dan syarikat melayu/ india jatuh, kaum Cina yang ada kekuatan 25 Febuari akan naik pada tahun 2010. Dan berterusanlah kisah anak-anak bangsa yang ada tanah perlu mengemis dan tanah dirampas dimiliki bangsa lain. Tergamakkah anda mahu biarkan anak-anak cucu anda menjadi pengemis di negara sendiri? Semata-mata tidak mahu belanja RM200 untuk belajar kaedah yang boleh dijadikan ikhtiar untuk berubah? Ingat! Tahun ini Malaysia adalah kitaran 5, angin perubahan dah bermula dan hanya mereka yang tahu strategi boleh berjaya.
Baru-baru ini, isteri saya yang terlibat dalam dunia takaful/investment link takaful/medical card (MAA Takaful yang menawarkan banyak kelebihan dengan premium yang patut - hubungi beliau di 014 9629729) menceritakan seorang wanita yang mempunyai 5 orang anak dan sakit tidak mampu bekerja kematian suami mengejut akibat sesak nafas. Sebelum ini group isteri saya sudah 2 kali memujuk si suami itu ambil takaful tapi suami itu berdolak dalik. Nah lihat apa dah terjadi - kerana alasan dan penangguhan, maka tinggallah isteri yang sakit dan 5 orang anak bakal merempat di bawah jambatan nanti. Salah siapa? Dengar cerita si isteri ada masalah untuk memohon bantuan kebajikan kerana ada masalah dokumen. Salah siapa? Siapa orang itu - melayu dan islam. Padahal kaum Cina dan India sangat serius tentang takaful dan insuran, apabila mereka meninggal dunia, keluarga mendapat bantuan sewajarnya tak perlu nak mengemis di pejabat kebajikan.
Tahun 2010 nanti apabila masalah gersang wang berlaku, janganlah nanti beraturlah orang melayu islam di depan pejabat kebajikan. Jadi, ambillah peluang ini untuk beratur untuk belajar Pola Kekayaan ini. Masa depan anda terletak di tangan anda sendiri, bukan pada PM seorang!
Kursus Pola kekayaan akan menjelaskan;
1. Status kekayaan anda (terdapat 9 tahap - tahap ke 9 sangat teruk!).
2. Kaji pola-pola orang kaya untuk kita jadikan strategi seperti gabungan untung selamanya, kenali masa/tahun untung dan rugi dan sebagainya.
3. Ketahui cara rezeki masuk, diuruskan dan keluar, supaya kita dapat kuasai perjalanan duit. Duit berjuta-juta pun tapi tidak tahu pola ini duit akan habis jua, tapi jika tahu pola ini, duit seringgit boleh jadi beribu ringgit.
Sila daftar SEKARANG untuk kursus Pola Kekayaan: SMS taip LK (nama) dan hantarkan ke 016 2379856
Jika ada kumpulan atau organisasi di Utara atau Pantai Timur, Brunei, Singapura atau Indonesia atau mana-mana bandar utama yang mahu menganjurkan kursus (sabtu atau ahad atau cuti umum sahaja) di tempat anda (minima 10 orang - maksima 20 orang), sila emailkan kepada saya qmas304@streamyx.com
Ada seseorang yang bakal kerugian RM600,000 menelefon saya dari Kulim, Kedah akibat salah strategi dalam pola kekayaan dan pola usahawan !
Sebarang komen atau cadangan: SMS taip EDDY KOMEN (nyatakan cadangan/komen) dan hantarkan ke 36553.
Jadual kursus terkini: SMS taip EDDY JKUR dan hantarkan ke 36553
Tempahan buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan masih dibuka.
JUGA, KURSUS PERLAKUAN HARIAN PADA 19 APRIL DI LARKIN
RM350 sahaja. 9 pagi - 5 petang.
Berminat SMS: Taip LH (nama) ke 016 2379856,
Salam Kejayaan
Eddy Rosyadie
Popular Posts
-
Selawat ini merupakan salah satu wirid dari aurad bagi Tarekat Ahmadiah Idrisiyyah. Selawat Azimiah ini sangat besar fadhilatnya. Kelebihan ...
-
ANALISA KARAKTER JUZ DIRI Temukan Juz Diri Anda Untuk mengetahui juz diri Anda, silakan download link ini. Caranya: 1. Masukkan lahir Anda ...
-
*TIPS MEMBINA NAMA PERNIAGAAN BERAURA LAGI BERPENGARUH* Khas to *Usahawan* yang ingin membina nama perniagaan yg meletop dan hebat. Harap po...
-
Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhu...
-
Pakai cincin perak adalah sunnah Nabi Saw. Siapa pakai cincin perak ikut sunnah dapat pahala! Nak pahala lebih lagi, pakai akik berwarna h...
-
Nombor Siri Ibu Duit : Metafizik Ibu Duit Sebenarnya tiada istilah ibu duit yang di anggap menarik duit lain dalam metafizik, ia cuma trick ...
-
Di dalam kajian PAKAR METAFIZIK mendapati 4 digit terakhir dalam KAD PENGENALAN anda (untuk penduduk Malaysia) mempunyai petunjuk tertentu ...
-
#Metafizik Kenderaan Seperti yang kita sedia maklum, kenderaan merupakan sebuah keperluan bagi kehidupan. Maka ia juga mengandungi unsur-uns...
-
Angka 7 sering dikaitkan dengan tarikan, pengaruh dan penyokong. Angka 6 pula memberi maksud rezeki dan kekayaan. Manakala angka 9 dikai...
-
Assalamualaikum dan Selamat Pagi, semua sihat ka pagi ini? sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, mudah-mudah dan s...