Untuk menebus diri kita daripada api neraka, ini adalah amalan yang sangat dituntut, iaitu menghadiahkan surah Al Ikhlas 70,000X untuk diri kita. (Sebaiknya dibaca selepas amalan Al Fatihah setiap hari). Tetapi haruslah diingat, tiada jaminan yang aqidah kita tidak boleh/akan terpesong setelah mengamalkannya.
Dan hendaklah juga dihindari dari merasa 'ujub (bangga diri) yang kita telah melaksanakannya, berbanding dengan orang lain. Selama masa untuk menghabiskan amalan ini, tidak diharuskan untuk kita menghadiahkan Al Ikhlas ini kepada orang lain.
Jika ingin bersedekah, maka memadailah bersedekah hanya dengan Al Fatihah dan/atau Yaasin dahulu. Jika telah selesai, bolehlah pula kita melakukannya/menghadiahkan Al Ikhlas 70,000X ini untuk ibu dan ayah kita.
Juga baca dalam seumur hidup akan Tahlil Mutlak iaitu Laailaaha illallooh sebanyak 100,000X. Ada hadis memperkatakan kaifiat/cara Tahlil ini.