Selawat Azimiyyah - Lafaz Dan Kelebihannya Yang Besar


Selawat ini merupakan salah satu wirid dari aurad bagi Tarekat Ahmadiah Idrisiyyah. Selawat Azimiah ini sangat besar fadhilatnya.



Kelebihan Selawat Azimiah


Sheikh Ibrahim ar-Rashid, beliau berkata (mengenai kelebihan membaca Selawat Azimiah sekali): "Ini melebihi (selawat) Dala-il al-Khayrat oleh seribu ribu ribu ribu ribu kali." Dia berkata, "seribu" 20 kali.

1 kali baca Selawat Azimiah adalah bersamaan baca 20,000 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat. Selawat Dala-ilul Khairat ialah satu kitab tebal yang menghimpunkan beratus-ratus jenis selawat yang muktabar.

Kitab Selawat Dala-ilul Khairat, Selawat setebal 225 muka surat. Nak khatamkannya mengambil masa seminggu, baru dapat dikira 1 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat.

Tapi 1 kali baca Selawat Azimiah bersamaan dengan baca 20,000 kali Selawat Dala-ilul Khairat.





Kisah Pengalaman Kesan Amalan Selawat al-Azimiyyah

Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Seorang anak murid asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah meninggal dunia di Makkah al-Mukarramah dan telah dikebumikan di perkuburan al-Ma‘la (yang juga disebut sebagai al-Mu‘alla).

Seorang ahli kasyaf daripada kalangan sahabat-sahabat si mati berada di situ sewaktu si mati sedang dikebumikan, dan telah memerhatikan beberapa perkara yang sedang berlaku di alam ghaib. Dia telah melihat seorang malaikat turun ke bumi membawa satu hamparan indah dari syurga dan satu lampu yang sangat terang benderang. Kubur si mati itu telah diluaskan sejauh mata memandang dan hamparan itu telah diberikan kepada si mati dan lampu yang terang benderang itu pula telah didirikan di sisinya.

Maka si ahli kasyaf itu telah berkata-kata kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya si mati ini mendapat penghormatan yang sebegitu besar sehingga disuruh malaikat ini turun?” Maka telah dikatakan kepada si ahli kasyaf itu, “Sesiapapun di antara engkau sekelian boleh menerima penghormatan seperti ini dengan mengamalkan Selawat al-‘Azimiyyah, yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris.”

Telah berkata asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini:

Hendaklah engkau sekelian menghafalkan selawat yang mulia ini sebagaimana engkau sekelian menghafalkan Surah al-Fatihah. Sesungguhnya, bagi sesiapa yang menghafalkannya, apabila dia mati, akan diluaskan kuburnya seluas jarak di antara langit dan bumi (sejauh perjalanan) 500 tahun. Dan akan dibentangkan di sisinya permaidani-permaidani dari syurga, dan diterangkan kuburnya hingga ke Hari Kiamat.

Telah berkata pula asy-Syaikh Muhammad Thahir ar-Rasyidi al-Ahmadi:

Kelebihan selawat al-‘Azimiyyah yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris ialah, jika ia dibaca sebanyak 12 kali dan dihadiahkan pahalanya kepada mayat yang telah berlebih-lebihan ke atas dirinya, nescaya dia akan dipindahkan oleh Allah ke dalam golongan orang-orang yang menerima nikmat daripada Allah, yakni golongan al-anbiya, as-siddiqin, asy-syuhada dan as-solihin, dan mereka adalah sebaik-baik teman, kerana berkat ketinggian martabat selawat ini.

Kesahihannya telah pun dibuktikan oleh mereka daripada golongan ahli kasyaf dan ahlillah, dengan penyaksian dan penglihatan rohani.

Pahala dan ganjaran selawat al-Azimiyyah akan sentiasa berkekalan di dunia dan di akhirat. Tiadalah akan putus pahalanya, dan andaikata seseorang itu sudah masuk ke dalam syurga sekalipun.

Bahkan pahalanya digandakan dengan penggandaan tanpa hisab, kerana kata-kata di dalam selawat itu, “dengan selawat yang berkekalan dengan kekekalan Allah Yang Maha Agung”. Dan sesungguhnya, kekekalan Allah Yang Maha Agung itu tiadalah ia mempunyai akhirnya. Maka selawat ini pun kekal selama-lamanya. Maka penggandaan pahala bagi selawat ini diberikan di dunia, di alam barzakh, di padang mahsyar, dan juga di dalam syurga. Dan ia tidak akan sekali-kali hilang.

Telah berkata lagi asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini:

Kelebihan selawat ini bagi sesiapa yang banyak membacanya ialah ia membolehkan si pembaca berjumpa dan berkumpul dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (di kala mimpi dan jaga).




Rahsia Selawat Azimiah.

Ilmu dari Sidi Ahmad.
  • Ditarbiah oleh Rasulullah SAW.
  • Disukai oleh ahli keluarga Rasulullah SAW, sehingga nak buat anak angkat dan di izin 'jadi ahli keluarga' Baginda SAW.
  • Rahsia wajmak/berkumpul dengan Nabi SAW.
  • Rahsia nur wajah Allah dan Nur Muhammadiah.
  • Kesan atau natijah Selawat Azimiah, mahabbah Allah dan Rasul SAW.
  • Jin-jin tak boleh nak sebut apabila nak sebut bunyi "grrrrrrrrrrrr grrrrrrrrrrrr". Jika kita berjalan dan ada kumpulan jin dekat kita lalu mereka berkata sesama mereka, "awas dia tu amal Selawat Azimiah".
  • Dapat syafaat Nabi SAW masa hidup, masa nak mati dan di akhirat.
  • Nabi SAW terus hadir siapa-siapa yang baca Selawat Azimiah, sambil berkata: teruskan teruskan aku suka dengar kamu baca selawat anak ku Ibnu Idris.
  • Berhimpun dgn Nabi SAW dengan 4 perhimpunan.
  • Selawat Azimiah boleh dipecahkan kepada 5 bahagian, iaitu Nur, Rahmat, Ta'zim, Berhimpun dan Hakikat Muhammadiah.

Baca 1 kali setiap lepas solat fardu, paling kurang. Boleh juga 100 kali sehari dan maksimanya 2,000 kali sehari.




Ustaz Haji Sa'ari B. Hussein 






Catatan:

Sayyid Habib Al-Haddar Muhammad Al-Haddar mengatakan : "Barang siapa membaca selawat Azhimiyyah 3 kali, maka dia akan mimpi bertemu Nabi SAW".


Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki berkata : " Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali sebelum waktu shubuh, maka ia dapat berguna untuk mimpi bertemu Nabi SAW". (Habib Husin Muhammad Syadad bin Umar, Do'a-do'a bertemu Nabi SAW, hal. 146, Pustaka Hidayah)


Habib Ahmad bin Hasan Ra. berkata: "Aku memberi salah seorang sadah (keturunan ahlul bait) ijazah untuk membaca selawat ini, setelah ia meninggal dunia, aku mimpi bertemu dengannya, ia berkata kepadaku : 'ketika jasadku diletakkan di kubur, datang makhluk yang menakutkan dari alam barzakh. Selawat Agung (Azhimiyyah) ini melindungiku hingga lenyaplah rasa takut dari hatiku".


Ada sebuah peristiwa menakjubkan sehubungan dengan selawat ini.

Al-Arif billah Habib Abu Bakar bin Abdullah 'Atthas memperoleh selawat ini dari sayyid Ahmad bin Idris secara langsung. Beliau lalu menulis selawat ini dan menyimpannya dalam tas pakaian. sewaktu berlayar dilaut, seorang darwis ahli sir batin dan kasyaf melihat cahaya keluar dari tas Habib Abu Bakar hingga ke langit. Ia lalu memberitahukan apa yang dilihatnya kepada Habib Au Bakar. habib abu Bakar berkata kepadanya, " Tas ku ini hanya berisi pakaian dan selawat". Habib Abu Bakar lalu menunjukan selawat itu kepada si Darwisy.

Sayid Ahmad Syarif as-Sanusi Ra. meriwayatkan bahawa Sayid Muhammad bin Ali as-Sanusi Ra. suatu ketika menerangkan keutamaan membaca Selawat ‘Azhimiyyah, bahawa sesungguhnya membaca Selawat ‘Azhimiyyah sekali menandingi bacaan Kitab Selawat Dala-ilul Khairat sebanyak 33.333 kali. Ditanyakan mengapa demikian? Karena keutamaan Selawat ‘Azhimiyyah itu disebabkan keutamaan para Guru-guru Ra. (yang meriwayatkannya).


الصلاة العظيمية 
سيدى احمد بن ادريس رضى الله عنه

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِنُورِ وَجْهِ الله الْعَظِيمِ الَّذِي مَلأَ أَرْكَانَ عَرْشِ الله الْعَظِيمِ وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ الله الْعَظِيمِ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ الله الْعَظِيمِ بِقَدْرِ ذَاتِ الله الْعَظِيمِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَد مَا فِي عِلْمِ الله الْعَظِيمِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ الله الْعَظِيمِ تَعْظِيماً لِحَقِّكَ يَا مَوْلاَنَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِراً وَبَاطِناً يَقَظَةً وَمَنَاماً وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوحاً لِذَاتِي مِنْ جَمِيعِ الْوُجُوهِ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ يَا عَظِيمُ .

Allaahumma innii as ‘aluka bi nuuri wajhillaahil ‘Azhiim. Wa qoomat bihii ‘awaalimullahil ‘azhiim. Antusolliya ‘alaa mawlaanaa Muhammadin dzil qodril ‘Azhiim. Wa ‘alaa aali Nabiyyillahil ‘azhiim. Biqodri ‘azhomati dzaatillahil ‘azhiim. Fii kulli lamhatiw wanafasin ‘adadama fii ‘ilmillahil ‘azhiim. Solaatan daa ‘imatanm bidawaamillaahil ‘azhiim. Ta’zhiimal lihaqqika yaa mawlaanaa yaa Muhammad yaa dzal khuluqil ‘azhiim. Wasallim ‘alayhi wa ‘alaa aalihii mitsla dzaalik. Wajma’ baynii wabaynahuu kamaa jama’ta baynar ruuhi wanafs, zhoohirow wabaathinaa, yaqhzhotaw wamanaamaa. Waj’alhu yaa Robbi ruuhal lidzaatii min jamii’il wujuuhi fid dunyaa qoblal aakhiroti yaa ‘Azhiim. 

Ertinya : 

Yaa Allah sesunggguhnya aku memohon kepadaMu dengan cahaya Wajah Allah Yang Agung. Yang memenuhi tiang-tiang Arasy Allah Yang Agung. Dan dengannya berdirilah alam-alam (ciptaan) Allah Yang Agung. Agar selawat tersampaikan atas pelindung kami, Muhammad SAW, yang memiliki derajat yang Agung. Dan atas keluarga nabi Allah Yang Agung. Dengan ukuran Keagungan Zat Allah yang Agung. Disetiap kedipan dan nafas, sebanyak apa yang termaktub dalam Ilmu Allah Yang Agung. Selawat yang sentosa dengan Kekekalan Allah Yang Agung. (sebagai) pengagungan terhadap Haq (kebenaran) engkau wahai Muhammad, yang memiliki akhlak (perangai) yang Agung. Dan salam atas beliau SAW serta keluarganya, semisal yang demikian itu . dan satukanlah aku dengan Beliau sebagaimana engkau satukan ruh dengan nafas, secara zhahir dan batin, dalam keadaan terjaga (sedar) atau tidur (mimpi). Dan jadikanlah beliau yaa Tuhanku, sebagai ruhani jiwaku, di setiap arah, di dunia ini sebelum (datangnya) hari akhir, wahai Zat yang memiliki Keagungan. 

Amalan Menebus Diri Dari Api Neraka






Untuk menebus diri kita daripada api neraka, ini adalah amalan yang sangat dituntut, iaitu menghadiahkan surah Al Ikhlas 70,000X untuk diri kita. (Sebaiknya dibaca selepas amalan Al Fatihah setiap hari). Tetapi haruslah diingat, tiada jaminan yang aqidah kita tidak boleh/akan terpesong setelah mengamalkannya.

Dan hendaklah juga dihindari dari merasa 'ujub (bangga diri) yang kita telah melaksanakannya, berbanding dengan orang lain. Selama masa untuk menghabiskan amalan ini, tidak diharuskan untuk kita menghadiahkan Al Ikhlas ini kepada orang lain.

Jika ingin bersedekah, maka memadailah bersedekah hanya dengan Al Fatihah dan/atau Yaasin dahulu. Jika telah selesai, bolehlah pula kita melakukannya/menghadiahkan Al Ikhlas 70,000X ini untuk ibu dan ayah kita.
 
Juga baca dalam seumur hidup akan Tahlil Mutlak iaitu Laailaaha illallooh sebanyak 100,000X. Ada hadis memperkatakan kaifiat/cara Tahlil ini.
 
 

Ayat Ini Boleh Bakar Jin




Ayat Ruqyah Perlindungan Diri


Di Antara Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Itu Ada Gangguan Jin/Saka Adalah Seperti Yang Dinyatakan Berikut:

Gejala Pada Waktu Tidur

✐ Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
✐ Mimpi melihat orang tua (berjubah @ lain2) yang datang hendak memberi sesuatu. Ini biasa berlaku kepada golongan lelaki).
✐ Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
✐ Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
✐ Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit & meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
✐ Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
✐ Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sebagainya. Kalau bermimpi di patuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
✐ Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
✐ Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
✐ Berdiri dan berjalan ketika tidur.
✐ Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
✐ Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
✐ Mimpi berada di tempat sunyi.
✐ Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau di istilahkan sebagai hantu.
✐ Mimpi melihat salib atau gereja.
✐ Mimpi bertemu paderi.
✐ Merintih dan menangis ketika tidur.


Gejala Pada Waktu Jaga


✐ Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
✐ Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
✐ Selalu lalai daripada mengingati Allah.
✐ Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa Arab, orang gila digelar ‘majnun’. Majnun bermaksud di jinkan iaitu isim maf’ul.
✐ Sering lesu dan malas.
✐ Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
✐ Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
✐ Lenguh di sendi-sendi utama.
✐ Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
✐ Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
✐ Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
✐ Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
✐ Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
✐ Mudah marah dan panas baran.
✐ Emosional dan terlalu sensitif.


Dengan Mendengar Video/MP3 Ayat-Ayat Pengusir & Pembakar Jin ini, Insya Allah Mampu Menyembuhkan Penyakit Yang Di Alami

 



MANDIAN PURNAMA: SAINS VS METAFIZIK

*MANDIAN PURNAMA: SAINS VS METAFIZIK!*

Jom Kita Kaji Dan Hadam..

*Apa Pandangn Mandian Purnama Dari Sudut Sains:*

Tinjauan daripada mandi bulan purnama menunjukkan kesan terbaik yang boleh dicapai apabila mandi air masin + AIS pada masa bulan mengalami perubahan.

*Mandi Bulan Purnama Penuh : *

Pada malam bulan purnama proses penyembuhan berada pada kemuncak kerana ia adalah potensi penyerapan . Malam tersebut badan dapat menyerap semua mineral dari mandian garam . Bahan mineral masuk dan diserap ke dalam kulit dalam bentuk ion. Titik kelemahan bio tenaga diselaraskan dan arus tenaga badan telah diaktifkan.

*Mandi Bulan Baru Mengambang : *

Masa itu , Kemampuan badan untuk menyahtoksid adalah paling tinggi . Ini adalah masa yang tepat untuk pembersihan mandi garam. Mandian garam ini mempunyai kesan semulajadi , sama dengan kecepatan tiga hari . Ia menggalakkan penurunan berat badan serta mendekotaminasikannya . ( membuang racun )

AMBILLAH KESEMPATAN INI BAGI MEREKA YANG BETUL-BETUL INGIN MENDAPATKAN KESAN YANG TERBAIK, MAKSIMUM DALAM PERAWATAN.

Apabila kesakitan dan kelemahan organ beransur pulih dan berjalan seperti normal tiada dapat di gambarkan perasaan gembira. Semoga usaha kita dan doa kita di makbulkan Allah..

*Rahsia Mandian Aura Purnama Dari Sudut Sudut Sains Metafizik!*

*Tahukah Anda?!*

Sesungguhnya Banyak Amalan Rahsia Masyarakat Melayu Kita Dahulu Kala Yang Telah Diabaikan Oleh Orang2 Kita.

Salah Satunya, Ilmu Pemikat Jodoh by Ikhtiar Mandian Aura Purnama + Air Embun + Mandian Bunga Penaik Seri Wajah!

Sebelum Anda Membuat Andaian Negatif Terhadap Amalan2 Ini Mari Kita Bincangkan Tentangnya Terlebih Dahulu..

*Apakah Itu Amalan Mandian Purnama?!*

Mandian Bulan Penuh/Purnama Sebenarnya Bertujuan Untuk Menyerap Energi Murni Dari Makhluk Ciptaan Ilahi Iaitu Sinaran Bulan Purnama Yang Disebut Badrul Hisyam, Qamarun, Badratin..

*Kenapa Mandian Purnama?! *

Menurut Pakar Aura Metafizik, mandi bulan purnama dibuat hanya pada 15 hari bulan, mengikut kalendar Islam. Rawatan istimewa itu disediakan hanya untuk seorang pelanggan setiap bulan dan dijalankan selepas Maghrib.

“Ringkasnya, ia dipanggil mandi hajat. Ia sesuai untuk wanita yang ada hajat seperti menyimpan hasrat untuk berkahwin, menaikkan seri wajah atau menghilangkan tekanan.

“Selain menikmati suasana air terapi bulan + air embun yang tenang, mandian ini sebaiknya diadun dgn garam Aura dan titisan minyak aromatika aura sebenarnya membawa banyak manfaat kepada kesihatan tubuh.

“Pada sebelah malam, proses penyembuhan badan biasanya berada di tahap kemuncak dan potensi penyerapan badan meningkat. Jadi, dalam keadaan berendam, tubuh akan menyerap bahan galian garam dan aroma daripada minyak pati bunga. Semua ini meresap melalui kulit dalam bentuk ion,” katanya.

Jelas beliau, selain khasiat garam dan pati bunga, rawatan mandian itu juga dipercayai membebaskan banyak aura positif menerusi taburan kenanga, melati dan mawar.

“Aroma indahnya menyerap dan mengharumkan tubuh. Begitupun, kelebihan sebenar mandian ini sukar dizahirkan dengan kata-kata dan hanya boleh dirasai mereka yang mencubanya.

Sebab itulah rawatan ini disifatkan sebagai sangat2 istimewa!

*Apa Bestnyer Amalan Aura Purnama Ni?!*

🌕Menaikkan Aura Seri Wajah
🌕Meningkatkan Daya Tarikan Aura Pengantin Dan Jodoh
🌕Meningkatkan Karisma Dan Pesona Diri dan Wajah
🌕Meningkatkan Magnet Tarikan Cinta dan Kasih Sayang Pasangan
🌕Memboosterkan Aura Kekayaan
🌕Meningkatkan Keintiman Pasangan
🌕Menambahkan Tarikan Magnet @ Aura Penarik Closing Sale dan Jualan

P/S: Harap Anda Jangan Suka2 Membid'ahkan dan Mensyirikkan Amalan Ini Kerana Ia Bukan Amalan Agama.. Bahkan Ia Amalan Mandian Harus Sahaja!

Jika Anda Nak Tahu, Buat Dulu.. Rasai Khasiatnya Dan Baru Judge Kemudian!

*So, Apa Nak Buat Malam2 Special Ni?!*

Berendam Air Cahaya Bulan Purnama + Garam Aura La!..😊

Xifu Selalu Tegaskan Kepada Mana2 Student Xifu Khususnya Usahawan/Bujangan Yang Ingin Bina Karisma Dan Pesona Aura Diri Untuk "Pelaris Semulajadi" Bisnes dan Magnet Jodoh Disarankan Untuk Amalkan Mandian Aura PURNAMA!

*Bagaimana Caranya:*

👉1st Option, BERENDAM

🎈Ambil 3 Sudu Garam
🎈Masukkan Dalam Bath Tab
🎈Titis 3 drop AuraRich
🎈Berendam 25 Min
🎈Pastikan Anda Terkena Cahaya Bulan

👉2nd Option, *Mandi Air Jemuran Aura Purnama + Garam Aura Pada Waktu Pagi..*

Persediaan Mesti Dibuat Pada Malamnya:

🎈Sediakan 1 Gayung Air
🎈Masukkan 1 Scoop Garam Aura
🎈Titis 3 drop Aurarich
🎈Jemur Dibawah Sinaran Bulan
🎈Jadikan Bilasan Terakhir Dengan Niat Khusus (Jodoh@Bisnes@Hutang@Kewangan)

So, Beruntunglah MerekaYang Sudah Memiliki Set *#AuRa769* tu harini..

Rasakan Penangan *Energi Aura 769 + Aura Purnama!*

Semoga Jualan Anda Bulan Ini Berdesup2!!

*So Pada Yang Belum mendapatkan Set Aura769, Sila PM Admin Group!*

Tahniah3!

#AuraPurnama
#XifuIhsan
#XenrichAcademy
#Aura769

Popular Posts