Getaran Kesyukuran 01/40 (September 2018)

Al Kahfi ayat 87 (18:87)
Ia berkata : "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. "

Aku bersyukur pagi ini berjaya bangun serta dapat menunaikan Solat Sunat Tahajjud, Taubat dan Witir setelah sekian lama ditinggalkan. 

Aku bersyukur dapat menghabiskan bacaan al mathurat pagi, semoga terus istiqamah juga melakukannya sebagai rutin awal pagi.

Aku bersyukur dapat memulakan semula getaran kesyukuran di pagi hari untuk melatih diri sentiasa bersyukur dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Aku bersyukur semalam dapat menemani suami ke program berkaitan komputer yang menjadi minatnya serta dapat serba sedikit menambah pengetahuanku tentang bidang tersebut.

Aku bersyukur semalam dapat makan sedap dan terima pelbagai 'free gift' di Hotel Hilton, Kuala Lumpur bersempena dengan program yang dihadiri bersama suami. 

Aku bersyukur semalam diumumkan sebagai Top 3 dalam senarai agen Harash Collection untuk bulan Ogos 2018.

Aku bersyukur semalam dapat mengetahui jumlah keseluruhan jualan sepanjang Jan-Ogos untuk jenama Harash Collection. Walaupun purata bulanan agak menurun sedikit berbanding tahun lepas, namun masih melayakkan aku untuk menerima salah satu anugerah tahunan.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
6/9/2018
Shah Alam, 7.08pagi

Popular Posts