Orang Utan Sumatera Tertua Di Dunia Mati Pada Usia 62 Tahun










Orang utan Sumatera tertua di dunia yang memiliki 11 anak dan 54 ekor waris seluruh dunia mati pada usia 62 tahun semalam.

Mamalia betina yang diberi nama Puan itu disahkan mati di Zoo Perth yang dihuninya sejak dihadiahkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1968.

Penyelia primat zoo berkenaan, Holly Thompson berkata, Puan banyak berjasa kepada koloni di Zoo Perth dan kesinambungan kehidupan spesis haiwan berkenaan.
 
Selain menjadi koloni kami yang tertua, Puan juga merupakan orang utan pertama yang menjalani program pembiakan semula dan meninggalkan keturunan spesis yang hebat. Genetik Puan telah menyumbang kepada hampir 10 peratus populasi zoo peringkat global.

Puan memiliki 11 anak dan 54 waris di Amerika Syarikat, Eropah, Australasia dan hutan di Sumatera, Indonesia.

Sementara itu, Puan yang dilahirkan pada tahun 1956 turut diiktiraf Rekod Dunia Guiness sebagai orang utan Sumatera paling tua di dunia.

Jangka hayat orang utan betina jarang melepasi 50 tahun jika hidup secara liar di hutan. - AFP
 
19 Jun 2018

Popular Posts