Orang Utan Sumatera Tertua Di Dunia Mati Pada Usia 62 Tahun










Orang utan Sumatera tertua di dunia yang memiliki 11 anak dan 54 ekor waris seluruh dunia mati pada usia 62 tahun semalam.

Mamalia betina yang diberi nama Puan itu disahkan mati di Zoo Perth yang dihuninya sejak dihadiahkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1968.

Penyelia primat zoo berkenaan, Holly Thompson berkata, Puan banyak berjasa kepada koloni di Zoo Perth dan kesinambungan kehidupan spesis haiwan berkenaan.
 
Selain menjadi koloni kami yang tertua, Puan juga merupakan orang utan pertama yang menjalani program pembiakan semula dan meninggalkan keturunan spesis yang hebat. Genetik Puan telah menyumbang kepada hampir 10 peratus populasi zoo peringkat global.

Puan memiliki 11 anak dan 54 waris di Amerika Syarikat, Eropah, Australasia dan hutan di Sumatera, Indonesia.

Sementara itu, Puan yang dilahirkan pada tahun 1956 turut diiktiraf Rekod Dunia Guiness sebagai orang utan Sumatera paling tua di dunia.

Jangka hayat orang utan betina jarang melepasi 50 tahun jika hidup secara liar di hutan. - AFP
 
19 Jun 2018

Planet Marikh Pada Kedudukan Paling Rapat Dengan Bumi




Planet Marikh akan kelihatan lebih besar dan terang dalam masa beberapa minggu akan datang selepas 15 tahun lalu, menurut NASA.

Agensi berita Xinhua melaporkan pada 31 Julai depan, planet Marikh mengorbit pada kedudukan paling hampir dengan Bumi iaitu kira-kira 57.6 juta kilometer.

Jarak antara Bumi dengan Marikh itu adalah paling hampir dicatatkan sejak tahun 2003. Apabila Marikh dan Bumi rapat antara satu sama lain, Marikh akan kelihatan sangat terang di langit.

Keadaan itu membolehkan ia mudah dilihat menggunakan teleskop atau mata kasar dan fenomena tersebut hanya berlaku sekali atau dua kali dalam tempoh 15 atau 17 tahun.

Paling terbaru fenomena berkenaan berlaku ialah pada tahun 2003, apabila jarak itu hanya 55.7 juta kilometer jauhnya.

Seorang ahli astronomi di Balai Cerap Cincinatti, Dean Regas memberitahu kepada Mother Nature Network, apa yang berlaku kali ini adalah peluang terbaik untuk orang ramai melihat Marikh.
 
Marikh akan dapat dilihat dengan mata kasar. Ia akan kelihatan seperti cahaya lampu oren yang menyala di tenggara selepas matahari terbenam.

Menurutnya ia akan menjadi lebih terang dari mana-mana bintang yang lain, lebih terang dari Musytari hampir cerah seperti Venus.

Selain itu, orang ramai boleh melihatnya pada setiap malam untuk beberapa bulan akan datang.

Bagaimanapun katanya, Marikh akan kelihatan semakin malap pada pertengahan Ogos depan kerana planet merah dan Bumi akan bergerak lebih jauh dari satu sama lain di orbit ketika mengelilingi matahari. - Bernama 

19 Jun 2018

Kematian Akibat Virus Nipah Tidak Benar



Jabatan Kesihatan Selangor hari ini menafikan mesej yang tular mendakwa berlaku kematian di sebuah hospital swasta yang dikaitkan dengan memakan makanan dibungkus menggunakan daun pisang dan disyaki disebabkan virus Nipah.  

Pengarahnya, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung mesej yang tersebar luas tersebut dan mendapati tidak ada kes yang dirawat serta meninggal dunia di hospital yang mempunyai kaitan dengan berita berkenaan.

Berdasarkan pemantauan notifikasi yang diterima sehingga kini, tiada sebarang notifikasi kes atau kematian yang diterima oleh Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia melibatkan penyakit atau kejadian keracunan makanan yang disyaki daripada penggunaan daun pisang atau kes yang disyaki menghidap jangkitan virus Nipah.

Semalam tular satu mesej mendakwa seorang wanita mengalami sesak nafas dan meninggal dunia selepas makan nasi daun pisang yang disyaki mempunyai virus Nipah di Rawang, Selangor Khamis lalu.

Mengulas lanjut, Dr. Khalid menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita atau mesej yang belum tentu kesahihannya.

"Orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan berita yang tidak tepat tanpa mendapatkan sebarang pengesahan daripada KKM terlebih dahulu," katanya. - Bernama

19 Jun 2018

Batu Akik Yaman Hitam Suluh Merah

Pakai cincin perak adalah sunnah Nabi Saw.


Siapa pakai cincin perak ikut sunnah dapat pahala! Nak pahala lebih lagi, pakai akik berwarna hitam, kerana Nabi Saw pakai cincin perak ikat dengan batu akik daripada Yaman berwarna hitam!

Sebut dalam kitab sahih Tarmizi, dalam kitab Taborrani dan ada sebut Kitab Qulibas (Kitab Bab Pakaian).




Catatan:  

Akik yaman hitam final color red blood amat sukar diperolehi terutama batu jenis antik dan lama dalam keadaan baik. Menjadi buruan peminat akik di tanah arab kepada sesiapa yang mengetahuinya. Permata Akik memang cantik dan dalam kategori "RARE". 

Keindahan akik yaman yang asli dari bumi Yaman hanya mampu dilihat dan dirasai oleh pemilik atau pemakainya sahaja. Indah, unik dan cantik hanya mampu dikatakan. Warna red blood hanya akan kelihatan apabila disuluh dengan cahaya yang terang (LED lamp) kerana batu lama dan akan kelihatan hitam walaupun di bawah cahaya matahari. Warna asal adalah hitam biji kopi. Semakin gelap semakin tinggi harganya. 



Setiap akik yaman mempunyai ton warna tersendiri. Akik Yaman adalah batu yang berkah/berkat. Batu isi amat tebal. Perlu cahaya yang kuat (lampu LED!) untuk melihat keindahannya apabila di suluh dan warna merah akan kelihatan. (Full Red).



Keindahan akik yaman tidak dapat dinafikan lagi. Keunikan akik yaman terserlah dari segi warna, gambaran yang terbentuk dan gaya potongan batu akik "ala songkok". Akik yaman juga pernah disebut dalam sabda Rasulullah SAW iaitu pakailah cincin dengan permata akik kerana ianya membawa berkah. 
 
Dalam sabda Rasullah SAW yang lain mengatakan pakailah batu akik kerana ianya akan menghindari dari kesusahan selama mana memakainya. Barang siapa yang menggunakan akik tidak akan hilang darinya kebaikkan. DiSunnahkan untuk memakai cincin dengan permata akik kerana ianya membawa kebaikan, disaat menghadapi kesusahan dan ketika berdoa.

Merujuk pada riwayat yang lain mengenai permata akik atau akik merah, riwayatkan dari Ja’far bin Muhammad dari ayahnya tentang wasiat Rasulullah SAW kepada Ali: Wahai Ali, pakailah cincin di jari sebelah kanan, kerana itu merupakan keutamaan dari Allah SWT bagi orang-orang yang dekat kepadaNya [al muqarrabin]. 
 
Ali bertanya: Dengan apa ? Rasulullah menjawab: Dengan Akik Merah, kerana Akik merah itu gunung pertama yang tunduk kepada Allah dengan keesaanNya. Dan ia merupakan batu pertama yang menerima kenabian Nabi Muhammad SAW.

Penggunaan logam juga perlu diambil perhatian, sebaik baiknya logam atau bahan buatan yang digunakan untuk membuat cincin dari perak. 
 
Untuk pengetahuan umum, pemakaian cincin adalah Sunnah Rasulullah SAW dan cincin yang dipakai Beliau adalah dari bahan logam iaitu perak dan permata yang diikat dari cincin perak itu dari jenis akik.

Diingatkan bahawa segala kelebihan sesuatu itu semua datang dari Allah SWT dan dengan izinNya sahaja kerana Maha Mengetahui, Maha Mencipta dan segala-gala di dunia. Tiada yang lebih berkuasa selain dariNya.

 




Banyakkan Membaca Al Fatihah Pada Hari Kelahiranmu



Fatihah wajib baca 17 kali dalam sehari iaitu semasa dalam Solat Fardhu. Ini ada amalan khusus dari Gus Nur (Indonesia), untuk beramal dengan surah Al fatihah yang dahsyat.

Kaedahnya :

Baca fatihah pada HARI KELAHIRAN mu dengan JUMLAH UMUR mu, sebanyak 3 kali round. Setiap kali habis 1 round itu, bacalah istighfar 3 kali dan selawat 3 kali.




Manfaat Al Fatihah secara umumnya : 

  • Agar selamat dan bahagia di dunia.- Khasiat surat Al-Fatihah yang pertama adalah untuk memperoleh keselamatan dan kebahagiaan di dunia. Caranya: bacalah surat Al-Fatihah sebanyak 41 kali sesudah solat sunnah qabliyah Subuh (solat sunnah sebelum solat fardhu Subuh) secara terus menerus.
  • Supaya rezeki lancar dan tercapai cita-cita. - Maka jika Anda ingin pangkat keduniaan insya Allah akan berhasil, jika Anda miskin maka boleh menjadi kaya, jika punya hutang boleh segera lunas, jika sakit segera sembuh, jika lemah menjadi kuat, menjadikan seseorang mulia, ditakuti musuh, semua orang akan mencintai, semua kata-katanya akan diperhatikan dan dipercayai oleh masyarakat, dan selamat dari segala bencana.
  • Mengubati segala jenis penyakit - adalah supaya rezeki mudah mengalir dengan lancar dan tercapai cita-citanya. Caranya: bacalah surat Al-Fatihah sebanyak 21 kali setiap selesai solat fardhu secara terus menerus, maka insya Allah rezeki Anda akan selalu mengalir bagai air bah, dijaga dari segala macam kejahatan, dimuliakan masyarakat, dan berhasil semua maksud atau cita-cita yang ingin dicapai.

SUMBER

Hakikat Mengenal Diri


Semua manusia akhirnya akan tertanya-tanya dan mencari siapa sebenarnya diri ini. Banyak pengajian dan kajian dilakukan tak kiralah agama apa pun, yang tiada agama pun menyibuk. Ada yang sibuk mengkaji Diri, akhirnya dari tidak beriman mendapat hidayah terus memeluk Islam.

Namun ada jua yang memang Asal Islam Baka, sesudah mengkaji akhirnya terjerumus menjadi kafir. Paling dahsyat mengaku Allah atau pun Nabi Muhammad. Maka berhati-hatilah memilih guru. Rosak sendiri tidak mengapa, ini merosakkan orang ramai.

Ramailah yang mengambil kesempatan dari keghairahan manusia yang ingin mengenali Diri. Maka perhatikan baik-baik. Dalam pencarian tersebut pasti terjumpa kata-kata hikmah Ulama :

Awal-Awal Agama, Mengenal Allah.

Sewajarnya kemaskan dahulu asas segala asas, sebelum mengkaji atau berguru bab Mengenal Diri. Ada yang gelar DIRI YANG KU KENAL.

Asas segala asas ialah :

Kita adalah HAMBA. Allah tetaplah Tuhan Rabbul Jalil. Rasulullah s.a.w sendiri dijadikan HAMBA dahulu baru dilantik sebagai Pesuruhnya. Itulah yang tertera di belikat Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai Khatam Nubuwwah.

Allahu Wahdahu La Syarikalah, Muhammadan Abduhu Warasuluh.

Allah itulah Tuhan Kamu dan tiada Sekutu baginya, Muhammad itu hambaKu dan pesuruhku...

Maka hendaklah engkau kemas memegangnya. Maka tiadalah goyang iman apabila ada guru mengajar songsang, mengatakan engkaulah Allah dan Engkaulah Muhammad. Percayalah, inilah pelajaran terakhir yang kamu akan jumpa dan hanya murid-murid yang taksub melulu sahaja baru dibukakan rahsia ini. Walhal ianya adalah rahsia BANGANG yang sesat lagi menyesatkan. Percayalah, Guru yang sebegini cukup dengan segala dalil dan mahir serta amat dalam pengajian sifat 20 sehingga bila kita dengar, amat kagum dan yakin dialah Guru yang mengenali Diri. BULLSHIT.
Konsep Mengenal Diri ini berbeza mengikut pengalaman dan keilmuan Guru serta tahap keilmuan murid.

Ada yang terus membincangkan tentang DIRI yang Tujuh, yakni :
  1. Diri Terdiri
  2. Diri Terperi
  3. Diri Tajalli
  4. Diri Sebenar Diri
  5. Diri Empunya Diri
  6. Diri Kamil
  7. Diri Kamil Mukammil

Ada juga yang mula dari Aqaidul Iman yang 50 Pecahan dari kalimah Syahadah, Namun bermula dari sini lebih kemas dan tertib.

Diri Terdiri adalah batang tubuh insan itu sendiri. Ia dikatakan mengandungi apa jua yang ada di alam ada pada tubuh insan.

Maka siapa yang faham, maka terbongkar sedikit sebanyak.

Kenapa apabila JIN merasuk amat sukar mengeluarkannya dan apabila di ketuk dengan kayu Nona, tubuh zahir manusia yang akan bengkak dan zakit. (Namun ada kaedah supaya Jin sahaja yang sakit) Ini bergantung setakat lapis mana JIN itu berlindung. Kalau dia berlindung di lapis yang ketujuh dalamnya mengambil sempena 7 lapis bumi dan langit. Kaedah scan kauni pun tidak dapat menembusi tahap JIN yang merasuk dan bersembunyi di lapisan ke tujuh. Cuma mendapat panduan dari rasukan atau getaran bila di Ruqyah. Untuk mengeluarkan dengan paling mudah ialah memindah terus 3 Nur yang memang ada pada setiap umat Muhammad. Biasanya di bacakan pada limau dan di mandikan. Boleh juga secara pegang terus pada anggota tubuh pesakit.

Dari sini pemahaman 7 sifat ma'ani amat penting. Qudrat Iradat Ilmun Hayyun Sama' Basor dan Kalam. Sebab apabila ada gangguan pasti ada sifat-sifat ma'ani ini yang terjejas. Begitu juga dengan orang Gila atau Isim.

Dalam Ilmu Mengenal Diri, Apa yang di hasratkan ialah kembali balik kepada apa yang dikatakan Bayi Ma'ani (Tiflul Ma'ani) panduan seorang Salik sudah mencapai Bayi Ma'ani biasanya datang di dalam mimpi. Hendaklah di rujuk kepada Guru masing-masing. Namun nak tak nak, pasti akan bertembung dengan suatu bungkusan yang berkain Kapan, bila di lihat, itulah wajah kita yang mana diri kita di kapankan, atau ke mana sahaja ia melihat di situ ada wajah dia. 

Maka fahamlah Guru, sekian-sekian pencapaian Muridnya. Ianya bukan macam Hantu Bungkus, jauh sama sekali.

Sifat Ma'ani.

1) Qudrat
2) Iradat
3) Ilmu
4) Hayat
5) Sama'
6) Basar
7) Kalam

Dalam pengajian Sifat 20, Sifat Ma'ani itu memiliki 7 dari sifat 20.

Sifat 20 di pecahkan kepada 4 bahagian :

a) Nafsiah - Maksudnya Dialah Zat yang tidak menyerupai sesuatu. Ianya di sebut WUJUD. (1)

b) Salbiah - Menafikan semua perkara yang tiada layak untuk Allah yakni sifat yang menunjukan Keagungan Allah serta segala kelebihanNya berbanding sesuatu yang "baharu/makhluk". QIDAM, BAQA, MUKHOLAFOTUHU TAALA LILHAWADIS, QIAMUHU BINNAFSIH, WAHDANIAH. (7)

c) Ma'ani - Sifat yang bergantung kepada Zat. Maksudnya sifat yang berdiri dengan kekuatan Zat, Zat itu menguasai dan menghukumnya. HAYAT, QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYAT, SAMA', BASOR, KALAM. (7)

D) Maanawiyah - Zat yang disebabkan oleh sesuatu sebab akan WujudNya, Ianya melazimi antara Sifat Maani dan  Sifat Maanawiyah. Ia juga mempunyai 7 sifat iaitu HAYYUN, QADIRUN, MARIDUN, A'LIMUN, SAMIUN, BASIRUN, MUTAKALLIMUN. (7)
  • Manusia memerlukan Qudrat Allah yang berkuasa
  • Manusia memerlukan Iradat Allah yang berkehendak
  • Manusia memerlukan Ilmu Allah yang mengetahui
  • Manusia memerlukan Hayat Allah yang hidup.

Qudrat menjadi Roh yang menjadi urusan Allah
Iradat menjadi nafsu sebagai kehendak atau keinginan
Ilmu menjadi Aqal untuk berfikir
Hayat menjadi Insan selaku nyawa dan rahsia ALLAH. Fungsinya menghidupkan manusia dan digelar nafas. 

Nafas inilah yang terpecah kepada empat : Nafas Nufus Ampas Tanaffas

Adapun keempat-empat sifat semuanya datang dari Allah s.w.t dan akan dikembalikan pula ia kepada ALLAH.
Nota : Ada juga pengajian menamakannya JALAN KEMBALI/PULANG.

Kesemua 4 sifat itu disatukan menjadi apa yang dinamakan orang ROHANI.

Maka bila kita dijemput Allah, ROHANI kita akan di tanya :

1. Roh / Jiwa - Untuk tujuan apa digunakan
2. Nafsu - Untuk apa digunakan, bertuhankan Nafsu atau sebagainya.
3. Akal - Untuk apa digunakan, ke mana dibawa fikiran.
4. Hidup - Apa tujuannya

Semuanya berbalik kepada janji-janji kita dialam Lahut.

Apabila kita sudah mengenal akan 4 nafas tersebut yang di gelar juga hayat, maka sewajarnya di jaga saluran 4 itu dengan amat baik.

Pada setengah-setengah orang mudah sahaja untuk berzikir mengingati Allah s.w.t. Tiada sangkut-sangkut atau pedih di dada. Kemungkinan besar dari amalan ibu dan ayah semasa berjimak dan ketika mengandung dan sesudah mengandung. Ia berkait rapat juga dengan halal haram makruh makanan dan atas keredhan ibubapanya untuk beramal.

Maka lancarlah zikir, memenuhi istana Allah di jantung/Hati Batin.

Ada ketikanya bila zikir sudah mesra dan lazat dek kerana banyak dan ikhlasnya, maka akan rasa macam mengembang atau tersekat-sekat, Maka khabarkan pada Guru, biar diluaskan saluran 4 nafas tersebut biar zikir menjadi lebih lancar.

Popular Posts