First Impression


Salam Semua, Malam ni kita start sembang pasal fb ads.

Tapi sebelum kenal fb ads. Kita kenal yang simple2 je dulu. Jangan Berangan Nak Terus Skip Gi Advance kalau yang simple ni pun tak kuasai.

So. Malam ni kita cakap paSal perkara asas yang wajib kita ada sebelum kita buat fb ads. Topik Fb ads yang teknikal kita bincang next time okay.

Sebelum buat fb ads, kita kena jaga satu perkara ni iaitu FIRST IMPRESSIONS. 

Ape tu FIRST IMPRESSiON?

Cuba tengok kedai2 tepi jalan atau restoran. Satu Kedai dihias cantik2 & nampak meriah. Satu lagi tak dihias & nampak suram. Agak2 mana yang menarik minat anda untuk singgah? Mesti yang nampak meriah kan. Begitu juga dengan FB Ads. Kita kenalah 'hias' page kita supaya nampak meriah.

Apa yang kita patut buat untuk nampak meriah? Hah... Meh saya share yea.

1) Post Minimum 10 Post kat page.
- Supaya nampak page kita meriah & penuh dengan aktiviti
- Antara 10 post tu, letakkan post berbentuk testimoni, sharing tips, iklan, gambar2 aktiviti bisnes & sebagainya.

2) Mintak Kawan2 like page anda
- Siapa lagi nak support kalau bukan member sendiri kan? Hehe
- Walaupun tak ramai, at least akan timbulkan 1st Impression yang menarik.

3) Design Cover Page Cantik2
- Ni ibarat signboard kedai anda, Bila Cantik & Menarik, mesti orang tertarik untuk stop kan?
- Jangan Lupe letak sekali No whatsapp anda sekali (supaya orang boleh trus whatsapp kita kalau dia berminat)

Amacam? Setakat ni saya share 3 je & semuanya ZERO COST marketing! Dari 1st Impression ni lah akan buatkan orang start admire kita & jadi follower kita.

Make sure buat 3 perkara ni dulu ye sebelum kita masuk teknikal FB ads. Kalau buat 3 perkara ni pun dah fail terutama yang no 3 tu, sorry to say. 

So, terus buat yee. Selamat Mencuba!

Popular Posts