Destinasi kejayaan di hadapan anda!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia & Salam 1Nusantara,
.
Cikgu A-D berada di China dari 15 Mei - 5 Jun - mohon maaf blog tidak di update kerana di China tidak dapat akses ke blogspot. Mohon tidak menelefon cikgu A-D tetapi boleh SMS atau email sahaja. Jaga diri, bisnes & kekayaan elok-elok.... semoga anda semua berjaya selalu!.
.
Kursus Pola Kekayaan dan Pola 696 Bisnes yang dijadualkan pada 21-22 Mei 2011 ditangguhkan ke tarikh lain. Selepas cikgu A-D pulang nanti akan diumumkan tarikh dan tajuk kursus yang akan datang termasuk ilmu terbaru seperti Teknik Arah dalam Rumah/ pejabat, Teknik Graf Hayat Bulanan, Harian dan Jam dan banyak lagi kursus menarik termasuk Kursus Teknik pola 38, jumpa lagi nanti!
.
Kursus 26 Jun 2011: oleh Dato' Dr. Roslizam - pakar kewangan, pelaburan & kekayaan dan usahawan.
Tajuk: FAST TRACK to KAYA BERTUHAN
Tarikh: 26.6.2011
Masa: 9.26 pagi - 5.26 petang.
Tempat: Meru, Klang / Restoran Antan Batura, Taman Tasik Shah Alam (akan diberitahu).
Yuran: RM390.
.
Kepada semua peserta kursus tersebut dan semua bekas peserta kursus UBL26 daripada beberapa kelas sebelum ini dijemput hadir ke Majlis Gathering Makan Malam di Restoran Antan Batura, Taman Tasik Shah pada 26.6.2011 jam 8.00 malam (selepas kelas Fast Track tersebut). Bayaran RM60.00 seorang. Untuk mendaftar kursus / majlis gathering: Zuhaida 016 206 3496.
.
Slot Cikgu A-D di Bengkel "Pschology Tools" anjuran UPM dihadiri lebihkurang 60 orang peserta, rata-rata mereka adalah para kaunselor daripada beberapa kementerian dan IPT. Cikgu A-D diberi 3 slot 2 jam setiap satu dan setiap slot berjalan dengan baik sekali.
.
Menarik sekali kerana kaedah pernomboran dan graf juga diterimapakai dalam perihal psikologi/ kaunseling oleh para akademik. Jelas menunjukkan kaedah pernomboran ini adalah aliran akademik jua, yang turut mengaitkan dengan sains, kehidupan dan kerohanian daripada kajian penyelidikan. Slot bengkel yang lain oleh penceramah-penceramah lain adalah seperti teknik grafologi (membaca tulisan orang), teknik Hypnosis/ NLP dan sejenis teknik unik iaitu penggunaan kad-kad untuk kelakuan manusia.
.
Maklumbalas yang diterima adalah baik sekali - kaedah pernomboran dan graf versi Cikgu A-D sangat berbeza dan lebih menarik berbanding teknik tarikh lahir yang lain (memanglah teknik yang cikgu A-D bawakan adalah versi strategi, prestasi dan produktiviti). Seorang pegawai tinggi pendidikan berstatus haji pada mulanya skeptikal dengan kaedah ini, tetapi di akhir slot, beliaulah yang sangat teruja kerana terdapat banyak penemuan menarik. Salah satunya beliau terkejut bagaimana cikgu A-D dapat mengetahui bahawa keturunan sebelah ibu beliau pernah ada poligami - tentulah teknik petak pembayang ciptaan cikgu A-D sendiri!. Begitu juga pendedahan tentang beberapa teknik ciptaan cikgu A-D sendiri seperti Petak Perempat, Perlima juga Graf Prestasi Harian dan sebagainya.
.

Pengalaman menarik pola 38: Cikgu A-D telah diberi sebuah bilik di hotel tersebut dan pada hari terakhir untuk buka pintu bilik menggunakan kad untuk mengambil barang tetapi kad tidak berfungsi dan pintu tidak dapat dibuka terkial-kial berulang-ulang kali. Dahlah jauh nak menapak ke lobi hotel untuk minta bantuan, jadi cikgu A-D gunakan teknik pola 38 di depan pintu tu. Tiba-tiba cikgu A-D di sapa oleh seorang kakitangan hotel bertanyakan apa masalah (mungkin kebetulan beliau lalu di situ) dan minta cikgu A-D mengesahkan maklumat bilik. Setelah berpuas hati dengan maklumat diberikan, lalu kakitangan itu membuka pintu menggunakan kad beliau, jadi selamatlah cikgu A-D tak payah nak susah-susah lagi, mudah terus pintu dibuka... pola 38 best!
.
Salam Kejayaan
Cikgu A-D
Rakan konsultan kehidupan, perniagaan dan organisasi anda.
.

Popular Posts