Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia,
daripada Cikgu/ Master EDDYROSYADI (Cikgu A-D)
Pengasas Kaedah Strategi Potensi dan Prestasi Dinamik Pernomboran
Tarikh lahir, Jam lahir, nama, nombor handphone, no plet kereta, no kad pengenalan, nombor akaun bank dan segala jenis pernomboran.
Penulis buku "Cinta, Jodoh & Perkahwinan", "Juara Pentas", "Kuasailah Diri Anda". Kolumnis Mingguan Wanita.
Pencipta kaedah Graf Prestasi Bulanan, Mingguan, Harian & Jam, kaedah teknik kasih dua hala & petak pendua dan pentiga serta petak pembayang, kaedah Kiraan Nama, No handphone, No Kad Pengenalan, No Plet Kenderaan, Tafsiran Tambahan Graf Hayat, Kaedah CheckMate! Graf Hayat + Pernomboran, Teknik No Siri Duit 6, Teknik Pola 38.
.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
MAJLIS MAKAN MALAM GALA MALAM JALINAN MESRA MILLIONAIREMINDPOWER bersama Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad & Datin Ira Ghani: Berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Sri Pacific, KL pada 24 Disember. Saya dijemput sebagai VVIP kerana Dato dan Datin menghargai usaha saya membantu menaikkan MMP pada awal tahun, tq dato dan datin kerana sudi jemput saya hadir.
.
.
.
.
.
Turut hadir bos Reffa Gold iaitu En. Ramli yang sudi menaja hadiah cincin berlian RM3000 satu kepada 2 pemenang.
.
Antara artis yang hadir dan membuat persembahan ialah pengacara Roslan Shah, pelakon Razali Hussin (pelakon TV/ Teater Uda & Dara) yang menyanyikan 3 buah lagu Ilham Pujangga, Semerah Padi & Josh Groban "You Raise Me Up" serta pelakon/penyanyi/ pengacara Ifa Raziah, yang baru memenangi Anugerah Skrin untuk Drama Komedi Simpang Tiga terus datang ke majlis (sebenarnya Anugerah Skrin berlangsung di sebelah iaitu di PWTC) menyanyikan lagu termasuk lagu terbaru beliau Januari nanti iaitu "Luarbiasa", kemudiannya berduet dengan Razali Hussain untuk lagu Seiring Sejalan. Juga artis jemputan Rohana Jalil dan Datuk Salwa Abd Rahman.
.
.
.
.
Majlis juga berlangsung dengan pelancaran produk garam yang baru, juga program MMP untuk tahun 2011 seperti Guerilla Money Camp stail ala PLKN, Langkawi Trip, Korea Trip dan sebagainya. Berhubunglah terus dengan MMP untuk program-program menarik tahun 2011 nanti, iaitu tahun pendidikan.
.
.
.
.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Foto kereta saya parkir di hadapan PWTC malam 24 Dis (3 pagi): alkisahnya, saya dijemput hadir ke majlis makan malam MMP dan jalan sesak di lebuhraya sekitar jam 8 malam. Untuk ke Hotel Sri Pacific, perlu pula melalui PWTC yang juga sesak. Kebetulan dengan orang ramai ke majlis Anugerah Skrin, pembinaan jalan dan sebagainya di situ. Terfikir juga nak parkir kat mana. Tahu-tahu kebetulan ada ruang kosong betul-betul depan PWTC jadi dapatlah parkir di situ, memang bernasib baik.
.
Sejak akhir-akhir ini banyak perkara istimewa berlaku ketika saya hadapi masalah dan penyelesaiannya jadi mudah. Satu sebabnya ialah kini saya rapat dengan teknik tenaga dalaman, satunya ialah teknik pola 38 ciptaan/gubahan saya. Saya tidak ada pola 38 dalam tarikh lahir saya, jadi saya tidak punyai kelebihan unik seperti ramai orang, tetapi semenjak mengamalkan kaedah tenaga dalaman dan menggunakan produk wangian AuraLife botol bernombor 38, ianya membantu saya memiliki sedikit kelebihan sebegini. Kebetulan AuraLife wangian nombor 38 adalah warna ungu dan ianya ada kaitan dengan Crown Chakra perihal spiritual. Jadi, bagus juga mengamalkan teknik tenaga dalaman (pola 38) untuk membantu kita mendapatkan bantuan secara unik apabila kita perlukan.
.
Namun, kini wangian Auralife bernombor 38 terhad stoknya dan ianya mungkin sukar dikeluarkan lagi kerana ianya adalah sebenarnya cuma produk promosi sahaja. Jadi, cepat-cepat hubungi pihak Auralife (boleh juga hubungi Puan Zuhaida Aurada 016 206 3496) untuk dapatkan stok. Peserta kursus saya Pola 38 tempohari telah diberi sebotol percuma dan saya kini cuma ada 10 botol stok untuk peserta kursus pola 38 akan datang.
.
Nantikan teknik-teknik pola 38 seterusnya akan datang.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
ULASAN KAEDAH TARIKH LAHIR DALAM MAJALAH AL-ISLAM: Dapatkan majalah keluaran Muharram / Safar 1432H di pasaran sekarang. Ada beberapa ruangan artikel yang menceritakan perihal numerologi dan tarikh lahir. Satu artikel menceritakan seorang graduan dalam pendidikan Islam menggunakan kaedah numerologi telah membuka syarikat konsultansi untuk mengenal potensi diri yang mana beliau mendapati kaedah tarikh lahir adalah baik yang mana sebelum ini beliau tercari-cari dan akhirnya bertemu “Allah” di dalam mengenali potensi diri.
.
Beliau menyatakan belajar daripada Oliver Tan. Sepertimana saya beritahu sebelum ini, Dr Oliver Tan merupakan individu terkenal dalam dunia numerologi di negara kita yang mana ramai yang belajar dengan beliau termasuk saya. Namun saya bukan sekadar belajar 1 sesi tetapi saya juga pernah bekerjasama dengan beliau dan pernah menjadi trainer beliau. Jadi anda belajar dengan saya lebih mendalam.
.
Menariknya, dalam artikel itu menceritakan kes anak beliau yang ada potensi bunuh diri dan mahu bunuh diri tetapi beliau mengetahuinya awal, tetapi setelah satu insiden berlaku dan beliau dapat menyelamatkan anaknya itu. Dalam ruangan itu, ada satu gambar sekeping catatan anaknya itu sendiri dan saya ternampak tarikh lahir anak itu adalah 16.12.1998.
.
SOALAN KUIZ: Daripada tarikh lahir 16.12.1998, terdapat 4 pola asas yang boleh menunjukkan seseorang itu mempunyai kecenderungan untuk cepat putus asa, tertekan dan akhirnya mahu ambil jalan singkat bunuh diri. Bolehkah anda berikan 4 pola tersebut? Pilih dan hantarkan jawapan anda ke qmas304@streamyx.com dan saya akan berikan jawapan yang betul.
.
a) Pola 189
b) Pola 132
c) Pola 191
d) Pola 1111 iaitu banyak angka 1
e) banyak angka 8
f) tengah mata angin 5
f) Pola 73
g) Pola 71
.
.
Perlu diingatkan bahawa pernomboran menunjukkan kecenderungan atau dorongan, jika kita ikutkan dorongan maka dia jadi sesuatu potensi itu, kalau kita lawan yang negatif, dorongan itu dapat dibendung. Juga, kaedah tarikh dan jam lahir menunjukkan sejarah keturunan.
.
Kemudian, artikel seterusnya menceritakan bagaimana satu seminar tarikh lahir yang dihadiri 10,000 orang perihal nak jadi kaya dan katanya motivator yang jadi kaya bukannya peserta seminar yang kaya. Saya rasa anda boleh tahu apa yang dimaksudkan itu. Tentunya bukan seminar saya sebab seminar saya tak pernah ada seramai itu, mungkin saya tak glamer kot atau orang pandang rendah terhadap seminar saya. Padahal daripada seminar-seminar saya, ramai yang dah jadi lebih kaya daripada saya!
.
Juga, ia memaparkan beberapa pendapat tentang kaedah tarikh lahir yang dikatakan sebagai tilik moden. Artikel seterusnya adalah satu laporan khas daripada beberapa ulama tentang kaedah numerologi adalah haram.
.
Saya tidak menafikan kaedah tarikh lahir adalah haram bila digunakan untuk menilik nasib iaitu menentukan bahawa seseorang itu akan mati kemalangan, bercerai, jadi muflis dan sebagainya. Kaedah pernomboran dinamik saya menggunakan perspektif berbeza iaitu melihat potensi yang berkemungkinan dan berusaha mengatasinya. Sebenarnya, kaedah lain juga banyak yang haram bila digunakan dengan salah. Contohnya, mempercayai doktor yang meramal seorang pesakit kanser boleh mati dalam masa 6 bulan – yang tu tak haram pulak! Pada pernomboran metafizik, semua potensi ini berlaku adalah kerana ulangan daripada kisah keturunan ataupun potensi yang dibentuk juga oleh keturunan. Pernomboran cuma menzahirkan fenomena dalam bentuk angka supaya mudah difahami bila dibincangkan.
.
Untuk makluman, kaedah pernomboran metafizik kami tidak berkait langsung dengan kitab-kitab lama Tajul Muluk, I-Ching, Kaballah dan sebagainya. Kaedah ini adalah mengkaji corak dan pola angka pada sesuatu. Gerenti tiada pola 696, 456, 786 dan sebagainya tertulis dalam kitab-kitab lama tu.
.
Juga, kami ingin membetulkan pendapat bahawa nombor tidak mewakili apa-apa. Cuba lihat angka 110 terpampang di lebuhraya, apakah maksudnya nombor itu? Juga pendapat bahawa dalam Islam tiada kaedah pernomboran tetapi dalam ada kitab agama menegah umat Islam bersetubuh pada malam 15 hb kalendar bulan kerana anak yang lahir hasil daripadanya itu menjadi tidak baik, jadi itu juga adalah pernomboran bukan? Lebih teruk lagi kerana kita percayakan anak boleh jadi tidak baik padahal itu adalah kuasa Yang Maha Kuasa menentukan baik atau tidak, apakah aktiviti bersetubuh selain daripada 15 hb kalendar bulan akan melahirkan anak yang soleh pula? Tidak semestinya, bukan?. Jadi, dalam Islam sendiri terdapat banyak khilaf yang perlu diperbetulkan. Sebenarnya, kalendar bulan itu ada kaitan dengan kitaran kedudukan bulan pada hari tertentu.
.
Juga pendapat bahawa pernomboran adalah tilikan, namun dalam kaedah mimpi atau tilikan lain dibenarkan pula sebagai satu ramalan? Contohnya, tilikan bahawa seorang anak lelaki dari Bani Israel akan menjatuhkan Firaun (kisah Nabi Musa a.s) serta mimpi Nabi Yusuf a.s. dan tilikan seorang paderi Yahudi tentang seorang pemuda yang bakal menjadi nabi agung (kisah Nabi Muhammad s.a.w). Oleh yang demikian, dalam Islam sendiri terdapat kekeliruan tentang kaedah seperti itu.
.
Menilik masa depan tanpa menggunakan sesuatu fakta memang haram kerana sesiapa pun boleh menceritakan perihal masa depan orang kerana mungkin boleh jadi ianya bisikan daripada syaitan. Kerana itulah kita menggunakan nombor dan angka untuk mewujudkan satu cara membaca potensi secara objektif. Seperti menggunakan data-data dalam Statistical Process Control (SPC), unjuran yang dilakukan oleh para jurutera tentang daya tahan sesuatu produk itu boleh dilakukan, lebih baik daripada sekadar gerak hati para jurutera semata-mata.
.
Kaedah pernomboran yang saya lakukan sudah mencapai lebih 5 tahun dan dihadiri ramai individu termasuk yang berpendidikan aliran agama. Setakat ini adalah positif, masakan tidak saya berada di Majalah Mingguan Wanita sepanjang tahun. Saya juga pernah bekerjasama dengan JAKIM untuk satu program motivasi, oleh itu saya percaya insyallah perjuangan kaedah saya ini masih dalam aliran akidah yang betul. Belum ada kaedah tarikh lahir di dunia ini yang menggabungkan numerologi dengan teknik berdoa, tetapi di sini ada! Hasilnya, ramai yang dapat manafaatnya, juga kerana ikthiar berdoa juga, bukankah itu satu perkara yang positif?
.
Yang negatifnya dalam kaedah tarikh lahir apabila ada individu / organisasi yang bukan ikhlas dalam numerologi menyebarkan ideologinya menyebabkan terpalit negatif kepada kaedah tarikh lahir secara keseluruhan. Saya mendapat banyak maklumbalas masalah tarikh lahir daripada seminar-seminar orang lain. Sebab itu saya cadangkan anda datang ke saya di sini belajar dengan cara kami yang berbeza. .
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
TESTIMONI WAKTU BERDOA 23 DIS (waktu pagi): Saya solat dhuha dan solat hajat puku 9.45 pagi pukul 1.00 tengahari Allah bagi saya RM3300 (berkat doa pukul 9.30 am – 11.30am). Kepada Allah saya serahkan pujian…
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
TEKNIK POLA 38 TENAGA DALAMAN: Satu aspek tenaga dalaman adalah untuk membina pemikiran yang positif. Dalam kaedah metafizik kami, tidak semestinya anda perlu ada kuasa luarbiasa untuk jadi kaya atau bahagia, yang penting di sini adalah anda dapat sentiasa positif dan tenang adalah matlamat kami. Oleh itu, di sini ada satu perkongsian tentang satu latihan teknik tenaga dalaman positif dalam salah satu latihan advanced pola 38.
.
Matlamat kaedah ini adalah untuk tingkatkan kuasa minda juga, iaitu melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan dan dilihat mustahil – “do the impossible”. Dari segi fizik, memang tak logik dan mustahil, tetapi saya pernah melihat ada orang melakukannya tetapi dalam bentuk lain. Jadi, saya modify sedikit caranya supaya anda boleh gunakan untuk mencapai tahap kekayaan dan kejayaan.
.
Objektif: Anda perlu berusaha menggerakkan objek menggunakan kuasa minda dan tenaga aura anda tanpa sebarang sentuhan fizikal. Ingat, sama ada objek itu boleh bergerak atau tidak itu tidak penting, kalau bergerak baguslah! Yang penting kita nak latih minda dan tenaga kita supaya fokus kepada sesuatu supaya kita ikhtiar untuk yang mustahil menjadi berhasil dengan izin Yang Maha Kuasa.
.
Cara:
1. Ambil satu bekas plastik lutsinar, jika boleh nipis sahaja seperti bekas plastik tapau kantin.
.
2. Letakkan sekeping kertas atas meja yang rata dan bersih – dalam kaedah metafizik, gunakan duit RM1 dahulu. Duit itu dilipat di tepi untuk membolehkan anda “menolak”nya nanti. Pastikan guna duit yang nombor siri bagus seperti 96977099 (yang itu saya punya nombor siri).
.
3. Telangkupkan bekas plastik itu untuk menutup duit kertas itu. Tujuannya adalah untuk memastikan tiada sebarang sentuhan fizikal mahupun pergerakan angin.
.
4. Ok, mulakan teknik pola 38 seperti pernafasan, bacalah Bismillah dulu… nak power lagi pasang CD Brainwave Pola 38 yang kena dengan elemen anda. Mungkin anda pernah melihat cerita kartun seperti Dragonball, Power Rangers dan cerita kungfu yang mana mereka melepaskan tenaga kepada sesuatu, maka kali ini anda gunakan cara sebegitu. Minda anda perlu fokus untuk mendapatkan tenaga secukupnya daripada dalam badan dan daripada alam dan fokus untuk menggerakkan.
.
5. Buat permulaan, gunakan pergerakan tangan untuk “menolak” wang kertas itu. Anda boleh juga gunakan aliran tenaga aura daripada tangan anda untuk menggerakkan wang kertas itu. Bacalah doa dan zikir sewajarnya serta apa jua cara supaya anda boleh supaya anda dapat mengatasi hukum fizik! Mustahil ia bergerak, tapi jika berjaya bergerak, sila beritahu kami di sini.
.
Lakukan latihan sekerap mungkin lebih kurang 10 minit. Dah tamat tu, bacalah pujian Alhamdulillah / bersyukur kepada Yang Maha Kuasa. Ingat, yang penting di sini adalah latihan fokus minda dan keluarkan tenaga dalam anda, tidak semestinya wang kertas itu bergerak. Ini cara “paksa” anda jana tenaga dan keluarkan tenaga. Untuk makluman, wang kertas yang anda gunakan itu telah menerima “energy” daripada anda, jadi ambil wang kertas itu dan gunakan wang kertas itu sebaiknya seperti untuk buat pelaburan, amal jariah dan seumpamanya.
.
Jika anda perlukan tunjuk ajar caranya secara terus, datanglah ke seminar atau workshop saya.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
TESTIMONI PELAJAR KAEDAH POLA 38:
Tq sangat2 sebab adakan kursus pola 38, dah 2 ke 3 peristiwa saya alami yang mengejutkan, fikir dapat, yang paling latest pagi tadi, semalam sy terfikir kawan lama dah lama tak jumpa, tiba2 pagi tadi saya tergerak hati nak wat marketing di jabatan org asli Gombak, turun jer dari kereta saya terserempak kawan tu, ya Allah sy kata baru semalam malam sy fikir tentang dia hari ni dah jumpa.
.
Askum cikgu AD, nak tanya ni saya hampir setiap pagi buat latihan tenaga dalam pola 38 dengan mendengar cd bunyi api tu, skrg ni memang saya rasa bertenaga yang lebih hebat dari dulu.
.
Kaedah pola 38 sangat mudah dipelajari dan dipraktikkan tapi hasilnya baik untuk kesihatan, kejayaan dan kekayaan!
.
------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Maklumat kursus Unveil 26 Billionaire Legend of YBhg Dato' Dr Roslizam pada 26 Disember ini jam 9.26 pagi - 6.26 petang. Daftar: Puan Zuhaida 016 206 3496.
Double click atas imej untuk besarkan imej.
.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Bulan Febuari 2011 - Seminar Keserasian Perkahwinan PERCUMA! secara graf hayat dan kaedah pernomboran dinamik. Anda datang percuma dengan pasangan anda (suami/isteri, tunang, boyfriend/girlfriend). Hadir berpasangan yuran RM150 manakala hadir berseorangan yuran adalah RM150. Berminat untuk hadir seminar (tempat Shah Alam/ Klang dan tarikh akan diberitahu nanti) sila hantar nama anda ke email: qmas304@streamyx.com.
.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
BATU GELIGA ASLI SEBAGAI MEMBANTU PELARIS PERNIAGAAN:
Kepada mana-mana individu yang berminat untuk mendapatkan seketul batu geliga Ular atau batu geliga Embun (hijau) untuk pelaris perniagaan, seri diri dan sebagainya pada harga RM25 ribu (geliga ular) atau RM20 ribu (geliga embun) lebih kurang sebesar guli bukan untuk cincin, terutamanya untuk pemilik perniagaan diletakkan di dalam premis perniagaan. Jika anda serius mahu milikinya dan mempunyai tunai yang cukup (bayaran tunai sahaja), sila hubungi saya di email qmas304@streamyx.com atau SMS/telefon 016 2379856 yang mana nanti saya akan temukan anda dengan pemilik asalnya bagi tujuan demonstrasi, transaksi dan akad.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
JADUAL SEMINAR CIKGU A-D
25 Disember - tiada workshop
26 Disember - tiada kelas (diganti kelas Unveil bersama YBhg Dato Dr Roslizam).
1 Jan 2011 - Kursus Strategi Tahun 2011 dan Pelaburan Emas - MERU
8 Jan 2011 - Workshop Sabtu di Meru – Teknik Kejayaan Pola 7.
15 Jan - tiada kelas (cikgu AD akan berada di Batam, Indonesia)
22 Jan - workshop Sabtu di Meru – Teknik Jurujual / Sales Berkesan.
29 Jan - Kursus Strategi Tahun 2011 dan Pelaburan Emas di JB bersama Lynjb.
.
Sesi MTF INTRO DITANGGUHKAN pada 25 Dis, 26 Dis, 1 Jan dan 2 Jan (KL, JB, Melaka, Shah Alam). Sebarang pertanyaan: Lynjb 019 7556102.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
WORKSHOP Sabtu 8 Jan 2011 - POLA ANGKA 7: Jam 2.30 petang – 4.30 petang di pejabat Pekan Meru, Klang (RM50). Boleh walk-in tapi elok daftar SMS ke 016 624 9666 kalau nanti ada notis perubahan. Ketahui kesemua aspek pola 7 seperti pola 729, 786, 777, 753, 7 tengah mata angin dan seumpamanya 7 iaitu cara bacaan, fungsi, kebaikan dan keburukan setiap pola 7 di dalam mencipta networking yang banyak dan kukuh, dalam bisnes, kerjaya atau kehidupan. Serta mendapatkan penyelesaian dan teknik peningkatan.
- Kenapa pola 729 dikatakan pelaris? Sebenarnya pola 786 dan 777 juga pelaris!
- Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pola-pola 7 dan menggunakannya dengan baik dalam sales?
- Bagaimana mencipta pola 7 di dalam plet kereta dan nombor handphone?
- Tahukah anda individu pola 786 menjual cara yang berbeza dengan 729 atau 753?
- Apa maksud kitaran 7, Root No 7, terlebih angka 7, tiada angka 7, kesihatan angka 7, warna angka 7.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
KURSUS STRATEGI 2011 DAN PELABURAN EMAS bersama Cikgu A-D dan Puan Lynjb:
Pada: 1 Januari 2011, Sabtu
Tempat: Pejabat Meru, Klang
Yuran: RM390.
Masa: 10 pagi - 5 petang.
Daftar: Puan Zuhaida 016 206 3496.
Daftar sekarang sebelum 28 Disember 2010 dengan deposit atau bayaran penuh.
.
Bersama cikgu A-D untuk pelajari teknik pernomboran di dalam merangka strategi untuk tahun 2011.
Pelajari analisis kitaran tahunan anda dan analisis bulanan dari Januari hingga ke Disember dengan pola-pola serta arah serta mengkaji posisi graf hayat anda untuk tahun 2011. Juga bagaimana untuk mendapatkan kekayaan daripada tahun 2011 berkaitan pelaburan, pendidikan dan makanan sesuai dengan pola-pola dan kemampuan anda. Anda pelajari bagaimana untuk membuat perancangan yang berkualiti bagi setiap bulan dan hari untuk tahun 2011 supaya anda dapat produktif sepanjang tahun dalam bisnes, sales, family planning, kerjaya, project management dan sebagainya. Juga kenali tarikh-tarikh bagus untuk bisnes atau perkahwinan serta tarikh-tarikh yang tidak bagus.
.
Tahun 2011 adalah tahun kekayaan pelaburan dan satunya adalah emas. Maka kemudiannya dapatkan pengetahuan tentang teknik Pelaburan Emas secara Ar-Rahnu oleh Puan Lynjb. Anda pelajari cara-cara membuat duit daripada sistem Ar-Rahnu oleh Puan Lynjb yang mana minggu pertama beliau mampu dapatkan RM2,400 seminggu daripada kaedah pelaburan emas Ar-Rahnu. Beliau akan berkongsi dengan anda cara-cara yang mudah dan praktikal serta menguntungkan serta membandingkan teknik-teknik pelaburan emas yang lain di pasaran.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
Worksyop Sabtu: di No 69B, Tgkt 2, Atas bank BSN, Pekan Meru, Klang.
Jika anda menggunakan GPRS, masukkan BSN Pekan Meru atau Klang Sentral. Pekan Meru berada jauh daripada bandar Klang dan ianya ke laluan ke Kapar atau Puncak Alam.
.
Peta ke pejabat saya di Meru, Klang. Paling mudah ikut NKVE menghala ke Pelabuhan Klang/Shah Alam tetapi keluar di susur Setia Alam dan anda akan sampai di Tesco Setia Alam, Giant, Mc Donald dan Stesen Klang Sentral. Buat U-turn dibawah flyover selepas Tesco. Lalu depan Mc Donald terus ke depan dalam 1 km hingga nampak Petronas di sebelah kiri dan lebih kurang 30 meter nampak RHB Bank di sebelah kiri. Berdepannya ada BSN dan saya berada di tingkat dua atas bank BSN. Pejabat saya bernombor 69, Tgkt 2, Atas BSN Pekan Meru. Jika pintu atau pagar berkunci, boleh tekan loceng di peti surat atau telefon 016 624 9666.
.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Webinar Percuma Secara On-line pada setiap SELASA, 9pm bersama Master Eddy Rosyadie, semua dijemput hadir, kita bertemu secara on-line di depan komputer anda di rumah anda sendiri atau di mana-mana tempat yang ada WIFI:
Daftar di http://www.urdworld.org/modules/events/event.php?eid=12
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Energy Booster: Dapatkan dari Admin URD di talian 016 524 7936. Telah terbukti meningkatkan dan mengimbangi Aura anda!
.
KINI ANDA BOLEH MEMBAYAR SECARA TUNAI ATAU KAD KREDIT.
.
.
.
------------------------------------------------------------------------------------------------- Berminat untuk mendapatkan nota percuma tentang cara pengiraan petak tarikh lahir dan previu keterangan tentang pola nombor kewangan? sila email ke qmas304@streamyx.com.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Tempahan Laporan Graf Hayat: berminat untuk dapatkan graf hayat anda atau rakan atau ahli keluarga dan laporannya setebal lebih kurang 9 mukasurat yang dihantar kepada anda bercetak secara pos dalam bentuk binding (keterangan graf hayat sahaja dan tiada penjelasan pola nombor atau konsultansi dibuat berasingan), sila hubungi Puan Zuhaida 016 2063496 atau email: zuha80@yahoo.com. Sila berikan maklumat nama, jantina, tarikh lahir, jam lahir, negeri kelahiran serta alamat dan poskod serta nombor telefon. Cara bayaran bank-in akan diberitahu. Harga RM90 untuk setiap individu.
.
Jika memerlukan laporan graf hayat beserta pola-pola nombor DAN sesi konsultansi 1 jam, boleh hubungi Encik Zaini Ahmad (019 267 6727 atau email: zainifruta@gmail.com. Harga RM150 untuk setiap perkhidmatan tersebut.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Samazon Energy Booster: .
Tempah sekarang di Admin URD di telefon 016 216 3796.
Testimoni: cikgu, selepas sy memakai pendant 769, mmg banyak perubahan. saya betul-betul bersyukur dapat dipertemukan dgn cikgu dan hadir ke kursus tempoh hari (8 & 9 mei,JB)... terutama mengenai kedai saya, orang semakin ramai cikgu. saya betul-betul gembira. angka 7 networking tu mmg betul-betul ada "power"... dulu sebelum pakai pendant, setiap hari bangun pagi saya akan sakit kaki (sebab byk berjalan amik dan hantar pesanan/makanan di kedai). tapi selepas pakai pendant, alhamdulillah. sakit kaki dah tak ada. n betul-betul saya terkejut. saya tak pernah pi urut atau apa-apa. cuma lepas pakai pendant ni betul-betul saya terasa perubahannya.
.
.
.
.
.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Salam Perjuangan dan Kejayaan Berkekalan Sepanjang Hayat Sepanjang Masa,
Cikgu Eddyrosyadi (A-D)
Rakan Konsultan Halatuju Hidup dan Perniagaan Anda.
Popular Posts
-
Selawat ini merupakan salah satu wirid dari aurad bagi Tarekat Ahmadiah Idrisiyyah. Selawat Azimiah ini sangat besar fadhilatnya. Kelebihan ...
-
ANALISA KARAKTER JUZ DIRI Temukan Juz Diri Anda Untuk mengetahui juz diri Anda, silakan download link ini. Caranya: 1. Masukkan lahir Anda ...
-
*TIPS MEMBINA NAMA PERNIAGAAN BERAURA LAGI BERPENGARUH* Khas to *Usahawan* yang ingin membina nama perniagaan yg meletop dan hebat. Harap po...
-
Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhu...
-
Pakai cincin perak adalah sunnah Nabi Saw. Siapa pakai cincin perak ikut sunnah dapat pahala! Nak pahala lebih lagi, pakai akik berwarna h...
-
Nombor Siri Ibu Duit : Metafizik Ibu Duit Sebenarnya tiada istilah ibu duit yang di anggap menarik duit lain dalam metafizik, ia cuma trick ...
-
Di dalam kajian PAKAR METAFIZIK mendapati 4 digit terakhir dalam KAD PENGENALAN anda (untuk penduduk Malaysia) mempunyai petunjuk tertentu ...
-
#Metafizik Kenderaan Seperti yang kita sedia maklum, kenderaan merupakan sebuah keperluan bagi kehidupan. Maka ia juga mengandungi unsur-uns...
-
Angka 7 sering dikaitkan dengan tarikan, pengaruh dan penyokong. Angka 6 pula memberi maksud rezeki dan kekayaan. Manakala angka 9 dikai...
-
Assalamualaikum dan Selamat Pagi, semua sihat ka pagi ini? sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, mudah-mudah dan s...