Perubahan Kepada Kejayaan

Assalamualaikun & Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia.
daripada Cikgu/ Master Eddy Rosyadie b Mohd Samsury
Pengasas Kaedah Strategi Potensi dan Prestasi Dinamik Pernomboran
Tarikh lahir, Jam lahir, nama, nombor handphone, no plet kereta, no kad pengenalan, nombor akaun bank dan segala jenis pernomboran
Pengasas Team NumberPower Metaphysics769
Panel Pengajar Ued2PRO (NumberTech Division)
- www.ued2pro.com

PERKAHWINAN ADALAH SATU RISIKO - yang perlu difahami awal: Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak kes berkaitan kecurangan dalam rumahtangga. Dalam metafizik, ada sesuatu yang mengejutkan, memang pahit untuk saya ceritakan tapi kebenaran itu yang penting iaitu ada sesetengah individu yang dilahirkan untuk berlaku curang. Namun, ianya selalu berlaku secara tidak sedar atau tidak sengaja kerana dorongan itu sudah ada terbina di dalam dirinya maka jika beliau tidak menyedari dirinya perlu melalui saat itu, maka beliau akan hanyut dalam dorongan itu. Sebenarnya, mudah sahaja untuk melihat potensi curang - kajilah sejarah ibu bapa anda atau pasangan anda. Kajian pernomboran saya mendapati majoriti kes curang berlaku apabila ibu bapa individu itu ada kes curang/ poligami/ kahwin cerai (sama ada cerai hidup atau mati) - jika ada sekali kes pun sudah cukup. Inilah yang dinamakan risiko dalam perkahwinan.
.
Dalam pernomboran pula, pola 729 untuk lelaki atau wanita (kes 2 selebriti Indonesia terbaru ini kedua-duanya ada pola 729 disebelah kanan petak) dan yang paling mengejutkan ialah jika anda atau pasangan anda adalah Main Structure Great Controller + Great Entertainer - satu bentuk dorongan yang membawa kepada kes seks luar nikah dan anak luar nikah, walaupun sudah berkahwin atau lulus dalam pengajian agama.
.
Ramai orang mengatakan agama dan keimanan boleh mencegah perkara sebegini, namun daripada kajian 5 tahun ini, realitinya bukan sebegitu mudah yang dijangkakan - hanya sebilangan kecil sahaja yang mampu menggunakan agama dan keimanan untuk menghindarinya dari awal, mungkin faktor dunia zaman moden dan mungkin faktor cinta itu buta. Memang benar cinta itu buta hinggakan membutakan ramai orang terutamanya orang yang memiliki pola 729 atau 279 mudah buta dalam cinta yang boleh bawa ke ranjang. Anda sebenarnya diuji, masalahnya ramai orang pola 729 perlu melaluinya dahulu untuk mengetahui ujiannya itu dapat dilalui dengan baik atau tidak.
.
Ini sesuatu yang tidak selesa diceritakan tapi ini kebenaran. Jadi, sebelum anda membina atau jika anda sudah membina perkahwinan, elok kaji balik potensi dan konflik anda. Bukan untuk dijadikan sebagai bahan berperang suami isteri atau antara putus tunang dan seumpamanya, tetapi bagaimana untuk membetulkan situasi kerana anda atau pasangan mewarisi sesuatu dorongan dari keturunan, maka anda dan pasangan perlulah bergabung, bukan bergaduh, untuk membetulkan situasi. Namun, jika anda atau pasangan tidak mahu mendengar pandangan metafizik ini, mungkin dorongan itu sudah terlalu mendalam atau mungkin itu pilihan anda atau pasangan - bagi nasihat bergunung ganang pun tak menjadi jika hati sendiri dah nak buat benda lain.
.
Dalam Bengkel Jodoh pada 15 Ogos nanti di Meru, Klang, akan diceritakan kes-kes sebegini untuk anda memahami diri anda dan pasangan seterusnya melakar strategi untuk membina perkahwinan yang berkesan - untuk anda atau anak-anak nanti, atau berminat menjadi kaunselor perkahwinan/ rumahtangga. Anda dijemput hadir kerana ilmu pengetahuan sebegini tiada didedahkan dimana-mana di dunia.
.
Ramai yang berkata dan beranggapan bahawa kalau sudah takdir, maka biarlah takdir berlaku. Jika ada yang berkata begitu, anda sudah silap. Daripada kajian saya, semua orang perlu melalui fenomena Widowed Star apabila tiba tempohnya (selama 10 tahun dan mungkin berlaku 1-2 kali dalam hidup seseorag) dan akan terdorong kepada kes-kes curang/ masalah rumahtangga, maka apabila ianya sudah tiba masanya, maka kita perlu biar ia berlaku hingga menyebabkan kemusnahan? Di sinilah konsep metafizik diperkenalkan untuk kita memahami bahawa terdapatnya potensi itu dan perlulah kita (anda dan pasangan) bersiap sedia menghadapinya. Kaedah di sini bukan tilik nasib tapi adalah untuk kita IKHTIAR menentang takdir yang tidak elok. Jika anda berserah bulat-bulat kepada takdir, anda boleh terjerumus dalam fahaman Qadariah, tapi jika anda tidak percayakan takdir pula, anda boleh terjerumus dalam fahaman Jabariah pula. Jadi, anda perlu berada dalam keadaan yang terkawal dan bersederhana.
.
Saya sebagai "sifu" metafizik pun kena melalui Vacuum Star, Widowed Star dan sebagainya, setakat ini saya syukur dapat melaluinya dengan baik, namun tidak pasti kesudahannya kerana kita sangat berusaha IKHTIAR memperbaikinya namun bergantung kepada kekuatan diri, pasangan dan faktor-faktor lain juga - yang penting anda telah ada pengetahuan dan berusaha IKHTIAR. Kini, anda pula perlu kuatkan diri anda dan pasangan, serta juga anak-anak anda untuk anda hidup dalam keadaan tenang - bebas dari kontroversi!
.
Soal&Jawab.
.
S: Saya cadangkan tuan dapatkan pengesahan syariah tentang kaedah tuan supaya tidak terjadi kes yang berlaku kepada sebuah organisasi baru-baru ini.
J: Terima kasih cadangan itu namun saya tidak dapat teruskan kerana kaedah ini bukan kaedah berkaitan agama sepertimana organisasi tersebut. Ini adalah kaedah penyelidikan, sama seperti kaedah kajian penyelidikan ilmu dunia lain seperti biologi, fizik, kimia dan seumpamanya, kalau begitu elok juga bidang biologi, fizik dan kimia mendapat pengesahan syariah. Kaedah ini lebih kepada sains forensik dan kajian pola, namun sesekali dikaitkan dengan agama (sama ada Islam atau agama lain) sebagai membentuk kesedaran sahaja, bukan bermaksud menyokong fakta agama. Contohnya, dalam kaedah pernomboran metafizik, pola 27 adalah pola networking, kebetulan untuk orang Islam yang solat berjemaah dapat 27 pahala (jemaah kan networking!), jadi bukan bermaksud angka 27 dalam Islam adalah sama pola 27 atau sebaliknya.
.
S: Saya tidak bersetuju kaedah waktu berdoa saudara seolah-olah saudari ini pakar agama dan doa itu pada waktu tertentu sahaja padahal banyak waktu berdoa lain yang dianjurkan oleh agama.
J: Setakat ini saya belum mengaku saya ni pakar agama jadi eloklah saya kekal dan lebih selesa sebagai pengamal biasa. Perihal waktu berdoa, itu adalah TAMBAHAN kepada amalan yang sedia ada. Saya tidak pernah mengatakan bahawa waktu berdoa saya itu sahaja yang terbaik manakala waktu doa lain tak baik. Yang saya buat ini adalah sebagai satu ikhtiar tambahan, jika anda membaca blog saya sebelum ini pun, saya ada merujuk kepada sebuah buku berunsur agama tentang doa-doa, maka banyak lagi kaedah-kaedah doa disamping kaedah waktu berdoa.
.
Teknik Terbaru: Kiraan 3 fasa kehidupan - Pembentukan, Pengeluaran dan Penghasilan.
.
Contoh: Lahir 11-1-1979.
.
Fasa 1: Pembentukan iaitu 11 = 1+1 = 2 bermaksud dipengaruhi oleh ibu / wanita.
.
Fasa 2: Pengeluaran iaitu 1 bermaksud bermotivasi untuk mencipta kejayaan.
.
Fasa 3: Penghasilan iaitu 1979 = 1+9+7+9 = 8 iaitu sentiasa mencari kejayaan.
.
Bermaksud individu yang lahir pada 11-1-1979 mempunyai pengaruh dari ibu dan sentiasa bermotivasi mencipta dan mencapai kejayaan. Tentunya anda kenal selebriti terkaya di Malaysia ini. Mengikuti jejak langkah ibu yang berbakat sebagai seorang penyanyi dan sentiasa sahaja mencipta nama dan berjaya dan tidak puas dengan satu kejayaan malah sentiasa sahaja mahu berjaya walaupun sudah bergelar Dato'. Anda bagaimana? Ingin tahu potensi anda dari teknik terbaru ini? Jumpa anda nanti dalam Bengkel Penemuan Terbaru atau Kursus Kenali Potensi Kelakuan Kejayaan nanti oleh cikgu Eddy Rosyadie.
.
PROJEK PENDIDIKAN UED2PRO: Kepada individu yang berminat untuk menjadi ahli Ued2PRO untuk menambah pengetahuan serta pendapatan, mengikuti Webinar atau Kelas Pengenalan hubungi pihak Ued2PRO untuk pendaftaran. Sila hubungi Mr Jeff di 016 216 3796.
Tiket RM50 Kelas Pengenalan Setiap Rabu 9 malam di pejabat Ued2PRO Puchong - hubungi Ms Jenny 017 226 1331.

.
SEMINAR SETERUSNYA BERSAMA CIKGU EDDY ROSYADIE:
.
Kursus di Melaka pada Oktober:
17 Oktober - Kursus Bina Usahawan (Pola 696 Potensi Untung Usahawan) - RM400
31 Oktober - Kursus Graf Hayat Intensif Sehari Tahap 1 & 2 - RM500
.
Konvensyen Kebangsaan (Pembentangan Penemuan-penemuan terbaru):
- Johor Bahru pada 11 Disember - RM100
- Shah Alam pada 18 Disember - RM100
.
Kursus Asas Intensif di Kuantan, Pahang pada 13 November - RM350.
.
31 JULAI 2010 - Sabtu
PREVIEW KAEDAH STRATEGI POTENSI DAN PRESTASI DINAMIK PERNOMBORAN
(kewangan,kasih sayang,kerjaya/bisnes pilihan,graf hayat,teknik jodoh,pelaburan arah kekayaan dan juara jualan)
TEMPAT : T.S HOTEL TAMAN RINTING, MASAI, JOHOR
MASA : 9.00 AM - 6.00 PM
YURAN : RM105
(door gift dan cabutan bertuah serta 3 x makan disediakan oleh pihak penganjur)
BERMINAT SILA HUBUNGI : MYBIZ MARKETING (PN.ROZIE : 017-7488417)
TEMPAH AWAL... TEMPAT TERHAD !

.
1 OGOS 2010 - Ahad
KURSUS POLA 279 JUARA JUALAN
(khas untuk para usahawan,pengiat multi level dan pekerja dalam bidang sales & service)
TEMPAT : T.S HOTEL TAMAN RINTING, MASAI, JOHOR
MASA : 9.00 AM - 6.00 PM
YURAN : RM279
(door gift dan cabutan bertuah serta 3 x makan akan disediakan oleh pihak penganjur)
BERMINAT SILA HUBUNGI : MYBIZ MARKETING (PN.ROZIE : 017-7488417)
.
15 OGOS 2010 - Ahad (puasa)
Workshop Teknik Jodoh Secara Metafizik

RM100
9 am - 3 pm (di pejabat Meru, Klang).
berminat: email ke qmas304@streamyx.com atau SMS taip JD ke 016 624 9666
Pelajari teknik kaji usia jodoh dari graf hayat, pengiraan tahun kahwin, kenali siapa jodoh anda dari pernomboran serta pelbagai perkara berkaitan jodoh. Sesuai untuk individu belum berkahwin, ibu bapa yang akan bimbing jodoh anak-anak dan sebagainya.
.
Salam Perjuangan dan Kejayaan Berkekalan Sepanjang Hayat Sepanjang Masa,
Cikgu Eddy Rosyadie
Rakan Konsultan Halatuju Hidup dan Perniagaan Anda!

Popular Posts