Muka depan Buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan terbitan Buku Prima.
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Syukur, akhirnya buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan setebal 383 mukasurat telah siap hari ini dan telah mula dijual di pasaran tapi masih belum sampai kedai-kedai lagi. Buku ini boleh memberikan panduan dan bimbingan di dalam hal percintaan dan jodoh terutama kepada yang sedang mencari cinta & jodoh dan yang bakal mendirikan atau baru sahaja mendirikan rumahtangga (yang dah "senior" tu insyallah buku bertajuk Alam Perkahwinan bakal menyusul untuk menjawab persoalan perihal liku-liku alam perkahwinan termasuk perihal poligami, perceraian dan seumpamanya - tapi masih boleh dapatkan buku ini untuk panduan adik-beradik, saudara-mara atau anak-anak nanti).
Untuk mendapatkan buku ini terdapat beberapa cara;
1. Dapatkan di pejabat Alaf 21 di Seksyen 16, Shah Alam.
2. Dapatkan di Mini Karnival Karangkraf pada 28-29 Feb & 1 Mac ini di pejabat Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam.
3. Dapatkan melalui borang tempahan di majalah Mingguan Wanita nanti.
4. Dapatkan di seminar saya (pada 15 Feb di Larkin dan 15 Mac di Shah Alam).
5. Dapatkan di kedai buku (mungkin bulan Mac nanti).
6. Dapatkan daripada konsultan Kelab Sains Metafizik nanti di pejabat Setiawangsa.
7. Dapatkan daripada pengedar saya (akan dimaklumkan cara tempahan secara on-line nanti).
Buku berharga RM19.90 dan jika ditempah daripada pengedar yang akan dihantar melalui pos, mungkin barharga RM25.00 termasuk kos pos penghantaran - maklumat akan diletakkan di blog ini nanti dalam 1-2 hari lagi.
Terdapat pelbagai panduan mengenali cara anda bercinta, cara pasangan anda bercinta, cara anda mahu dicintai dan cara pasangan anda mahu dicintai. Serta pengiraan tahun jangkaan berkahwin. Kaedah pengiraan Petak Digit, penggunaan Graf Hayat serta pengiraan Arah untuk keharmonian rumahtangga. Terdapat juga beberapa kes kajian menarik tentang jodoh dan yang pastinya cerita dan panduan tentang pola 729 (pola kes Azman & Salina dalam artikel bertajuk Perancangan Berpoligami dalam Mingguan Wanita tempohari).
Buku ini umpama "all-in-one" di mana anda tidak perlu membeli pelbagai buku berkaitan kaedah kenali cinta dan jodoh, ianya dibuat untuk cuba merangkumi semua aspek kenali cinta dan jodoh secara sains metafizik. Yang menariknya, buku ini adalah satu-satunya seumpama ini di dunia yang menggabungkan pelbagai bentuk teknik di dalam kajian tarikh lahir, waktu lahir dan nama di dalam aspek cinta, jodoh dan perkahwinan. Yang pasti, anda tidak akan dapat mencari buku seumpama ini di tempat lain yang menceritakan tentang penggunaan Graf Hayat di dalam aspek jodoh.
Dapatkan yang ORI ! :)
Selamat Membaca !
Salam Kejayaan - Eddy Rosyadie.