UPDATE FEBUARI - Bah 3



PETA KE PEJABAT EMR DI SETIAWANGSA (KURSUS GRAF HAYAT 1 MAC)
Di atas pejabat METRO DRIVING SCHOOL sebelah Guardian dan Pizza Hut.
Berhampiran LRT Setiawangsa / Desa Tun Hussein Onn
Dalam 3 KM dari Carrefour Wangsa Maju.
Gunakan MRR2 atau boleh datang dari Datok Keramat/ Ampang.


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Artikel saya dalam Mingguan Wanita minggu ini bertajuk "Perancangan Berpoligami" mengundang banyak email dan puluhan SMS yang saya terima. Mohon maaf jika saya belum/ lewat/ tidak menjawab SMS kerana terlalu banyak sehingga melimpahi inbox SMS saya. Nampaknya ramai yang bertanyakan tentang perihal perkahwinan bukan sahaja perihal berpoligami, tetapi perihal perceraian, pilihan bakal suami/isteri, masalah jodoh lewat dan bermacam-macam lagi. Ini mengulangi ratusan SMS saya terima semasa tajuk Jodoh Cik Rina tahun lalu. Perihal perkahwinan adalah sesuatu yang sangat serius berbanding modul perniagaan, kesihatan malah kekayaan.

Namun, untuk menjawab persoalan itu bukannya mudah kerana untuk menjawabnya perlulah kita mengkaji pelbagai sudut bicara termasuk sejarah keturunan. Buku "Cinta, Jodoh dan Perkahwinan" telah siap dicetak oleh penerbit dan kini menunggu proses pemasaran. Buku tersebut mengandungi pelbagai bimbingan tentang perihal cinta, jodoh dan sedikit tentang perkahwinan. Anda akan memahami tentang perihal perkahwinan yang sebenar setelah anda membacanya nanti dan boleh menjawab pelbagai persoalan tentang perihal perkahwinan. Juga, anda boleh membuat temujanji untuk bertemu saya bagi membincang masalah dan mendapat jawapan/ penjelasan secara sains metafizik (tetapi jadual saya agak padat melimpah pertengahan Mac nanti).
Insyallah ada rezeki nanti, saya akan anjurkan seminar "ALAM PERKAHWINAN" yang bakal menceritakan tentang perihal perkahwinan menggunakan kaedah sains metafizik. Ianya adalah lanjutan kepada seminar/ buku "Cinta, Jodoh dan Perkahwinan". Seminar ini akan memberikan pendedahan tentang perihal perkahwinan dan perceraian secara kaedah sains metafizik.

Kursus akan datang;
15 Febuari - Larkin, JB - Kursus Potensi Usahawan Pola Perniagaan RM200. Berminat SMS taip LK (nama) ke 016239856

1 Mac - Setiawangsa, KL - Kursus Graf Hayat Pola Kehidupan RM150. Berminat SMS taip GM (nama) ke 016 2379856.

15 Mac - Hotel Carlton Holiday, Shah Alam - Konvensyen Sains Metafizik 2009 RM50. Berminat SMS tapi KN (nama) ke 016 2379856.
Kursus-kursus di Sabah/ Sarawak dan beberapa bandar akan diumumkan di dalam suratkhabar nasional tidak lama lagi.
Jumpa di sana!



Popular Posts