Tips 34


Maaf, ramai yang pm saya nak jadi agen baju back support tu.. malangnya bila saya tanya dah buat validation ke belum.. dari 10 yang tanya.. 2 sahaja yang ada buat validation... 

Kalau nak bagi saya RM50k untuk amik stok sekalipun tapi tak buat validation saya tak terima.. 

Maaf.. saya pernah berada dalam situsi stok tak terjual.. saya tau perasan tu macam mana... saya tak nak agen-agen saya mengalami nasib yang sama seperti saya dulu.. 

Kalau yakin boleh jual baru amik stok.. buat masa sekarang saya lebih utamakan yang nak jual offline.. kalau guna fb ads kene bersaing dengan agen-agen lain yang rata-rata main iklan bajet yang tinggi..

Baca semula laporan percuma ini..

Atau anda boleh join dropship dulu.. dah yakin baru amik stok

[ File : laporanpercuma.pdf ]

Utk dropship boleh cari fb tuan

@qalbun saleem / @aswad aziz

Alamak.. jangan klik username atas tu.. tu orang lain.. kena cari kat fesbuk.. πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

Tengok iklan ni... sama macam iklan kfc.. tapi yang ni lebih kepada story telling... jalan cerita memang ditujukan tepat pada audience produk... yang baca pasti tak sabar-sabar nak wasap.. 


Saya perasan sesuatu.. saya nampak ada yang share canel ni di wall mereka.. bunyinya lebih kurang begini...

Jom join canel telegram ini!!! Banyak info menarik pasal bisnes.. install telegram dan join sekarang!! 

>>Link canel<<

Terima kasih saya ucapkan sebab sudi share πŸ˜…πŸ˜…

Ni namanya hardsell... kalau yang memang minat nak belajar bisnes ke promosi.. mungkin akan join.. tapi bagaimana yang tak berapa nak minat?

Hmm...

Cuba perhatikan ayat yang ni pula...

===


Tiap hari dah cuba promosi macam-macam tapi asyik tak jalan jer...  huhu..

Naseb baik jumpa canel telegram ni ada jugak benda bole belajar 

>> telegram.me/zyan007

=== 
Contoh lagi..

Pergh.. hari ni dapat tahu teknik promosi apa yang KFC guna untuk tarik pelanggan..  

naseb baik ada channel ni... 

Telegram.me/zyan007 

====

Contoh lagi...

Dah banyak kelas aku datang.. tapi tips yang simple macam tu pun aku asyik terlepas pandang... 

Bro zyan ada kongsi skrip follow up kt canel dia...

Cuba usya jap : telegram.me/zyan007

==== 

Marketing tak perlu nak push sangat... lain lah kalau audience tu dah kenal anda... 

Hmmm... belajar sesuatu tak ni... πŸ˜•

Ok sy nak buat cabaran.. hadiah dia RM50, RM30 & RM20 .. 3 orang je yang saya akan pilih.. 

1) promosi link telegram ini
2) gunakan ayat yg tidak terlalu memaksa, 
3) letakkan hashtag #tipszyan untuk saya menyemak ayat mana yang terbaik...
4) pastikan status anda public agar saya yang bukan friend pun dapat menyemak status tersebut.. 

Terbuka pada semua & yang berminat sahaja.... cabaran bermula malam ini... tempoh 24 jam sahaja sampai esok pukul 10 malam.. 

😎😎😎😎😎

Promosi di facebook anda.. saya nak lihat berapa ramai yang dah belajar sedikit dari saya..

Oh ye...tak boleh tiru contoh kat atas.. saya nak tengok ayat anda sendiri.. ayat panjang ke pendek tak kisah.. asalkan tidak terlalu memaksa....

Ok sambil2 tu jom kita teruskan tips yang ke 34
=============================

Tips lebih kepada bisnes owner yang ada produk baru nak lancar.. 

Orang tak kenal produk anda.. brand anda.. apa yang anda perlu lakukan?

Kesilapan yang ramai bisnes owner buat ialah terus buat promosi untuk menjual... last-last produk tak laku walau dah habis banyak untuk iklan ... stress kan... ? tau kenapa?

Sebab mereka tak kenal anda.. tak percaya anda.. kalau beli pun sebab nak cuba-cuba .. nak tengok dulu macam mana.. 

Ada jugak yang suggest promot brand dulu... buat page like dulu banyak2... Hmmmm... 

Boleh je buat tapi kesannya lambat...

Tips 34
=====
Beri nilai sebanyak mungkin secara percuma sebelum menjual... 

Saya bagi contoh paling mudah lah... kenapa ramai datang seminar atau kelas sifufbads berbanding seminar/kelas fb yang lain?

Sebab sifufbads banyak bagi free value yang memang super power!!! saya kenal bro jamal tu sejak tahun 2009 lagi.. beliau kalau menulis bagi ilmu memang kaw2.. malah sampai sekarang anda boleh tengok tulisan-tulisan beliau di blog.. tak pasti la sekarang maybe dia dah upah orang kot.. tapi dari gaya penulisan semua sebijik macam dia.. 

Ramai orang share artikel-artikel beliau... ramai orang suggest suruh datang seminar beliau.. malah saya sendiri pun ajak kawan-kawan saya datang seminar beliau.. walaupun harganya beratus ringgit..  mereka yang tak pernah dengar pasal sifufbads sebelum ni terus rasa berminat nak tahu lagi dan lagi dan lagi.. 

Lepas saya bagi tahu ni pun mesti anda nak usya blog beliau kan? itulah the power of recomendation.. hehehe.. 

Dapat idea tak macam mana nak mulakan langkah utk produk baru? 

Ok sambung nanti tips ke 35... 😊😊  

Nak tido dulu... penat.. pagi tadi sy berbasikal .. baru 20 minit dah semput..  πŸ˜‚  (naik bukit ok)..

Wow.. dah ada yang start cabaran dengan menggunakan ayat kretif masing2..  😍😍😍  tengok siapa yang akan dipilih.. im watching you~~ 😊😊


Tip 33


Mohon lagi bantuan anda ye.. ini video experimen sy yang kedua..pasal shaklee... baru buat tadi.. πŸ˜‚ 

https://www.youtube.com/watch?v=RFloUY7RqHY 

Dapat like dan komen kat utube pun jadi lah.. 

Tak share pun xpe.. huhu..

Dah 3k members.. insyaAllah hari ini saya tunjukkan cara buat squeeze page.. khas bagi anda yang nak ceburi dalam pemasaran email.. macam yang otai2 selalu buat tu..

Tip 33
=====

Kalau anda nak buat iklan yang tak nampak menjual.. benda paling anda kena HARAMKAN ialah paparkan harga. Just buat orang rasa nak tahu.. buat orang rasa teruja.. itu pun dah cukup... contoh macam iklan shell yang saya tunjuk sebelum ni.. contoh lain tengok iklan KFC ni... 

Sebelum ni tak nampak pun iklan macam ni.. πŸ˜‚  baru2 ni je...


Amacam? Rasa pedas2 tuu....🌢🌢🌢🌢... teringin nak rasa tak? Teringin nak pegi kfc tak? 

Sampai sana baru tahu harga.. 

Sama la macam kita... prospek tanya baru kita bagi tau harga... 

Sama la

AMARAN: saya tak galakkan anda screenshot tips yang saya post dalam canel ni... kalau nak terpulanglah..

Tapi cara terbaik untuk catat adalah tulis sendiri kat nota kertas.. tips yang anda rasa sesuai dan boleh digunakan pada bisnes anda.. 

Bila kita catat.. kita menulis.. sambil tu kita baca.. sudah bermulanya tindakan di situ.. otak kita juga akan lebih mudah untuk menyimpan informasi tersebut.. berbanding hanya baca dan lihat.. apatah lagi kalau anda hanya sekadar baca dalam hati... ingat sekejap je... esok pasti lupa.. 

πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

Atas permintaan... 

Branding di instagram


Salam semua

Hari ni nak sambung bab BRANDING di Instagram

Satu lagi strategi penjenamaan yang boleh dimainkan dalam Instagram ini adalah untuk menanam jenama perniagaan kita pada generasi muda yang menggunakan Instagram supaya mereka membesar dengan jenama kita. Ye lah, sebab zaman sekarang mereka sibuk melepak dalam Instagram, jadi, biar jenama kita sentiasa berlegar-legar dalam ingatan mereka. 

Saya ambil contoh. Minyak Cap Kapak. Kenapa orang-orang yang sedikit berusia, dan sehinggakan yang golongan muda pun  sekarang ini, ada sesetengah, mungkin kebanyakkan, pening kepala je, cari minyak cap kapak?

Saya nak tanya anda, pernah tengok tak iklan minyak Cap Kapak?

Banyak lagi minyak angin lain sebenarnya di pasaran, tetapi, kenapa minyak Cap Kapak juga tetap menjadi sasaran dan pujaan hati tuan puan?

Ini kerana salah satu puncanya adalah, kita telah membesar dengan jenama minyak Cap Kapak.

Dulu-dulu masa kita kecik, pening kepala je, mak ayah kita hulur dan sapunya minyak cap kapak kan? 

Dan masa mereka muda dahulu pun, iklan minyak angin yang popular antaranya Minyak Geliga dan Minyak Cap Kapak, jadi, mereka juga membesar dengan jenama sama dan diturunkan pada kita pula. 

Jadi, strategi ini boleh diguna pakai pada teknologi Instagram sekarang. 

Brand atau jenama kita berada di mana, biar mereka membesar dengan jenama kita. 

Dapat sesuatu??

Okay, hari ni juga saya nk share channel2 rakan-rakan saya yang masa saya selalu baca juga.

Bertuah anda semua sekarang, banyak insan-insan yang sudi nak share ilmu2 mereka.

Zaman saya dulu punya lah susah, dah lah nak kena beryahoo (google tak popular lagi waktu tu), masuk pula forum2 mat salleh, dengan tak faham satu hapa pun.

Zaman sekarang dah senang, cuma tinggal di tangan anda je lagi nak TAKE ACTION atau tak.

Jangan tanya bagaimana mereka-mereka ini mampu jana 4-5-6 angka setiap bulan, tapi cuba tanya diri anda, sejauh mana ACTION yang anda boleh buat untuk capai 4-5-6 angka sebulan.

Okay jemput baca cahnnel rakan-rakan yang lain juga :) 


1. https://telegram.me/zyan007 - Azian Bin Usman
2. https://telegram.me/tribesofiancheisa - Mohammad Sofian Che Isa
3. https://telegram.me/marketingsb - Safuan Borhan 
4. https://telegram.me/notabisnes - Izwan Robotys 
5. https://telegram.me/dearhakak - Husna Adnan

Iklan yang tidak menjual


Iklan Shell, pak cik ni tak ckp pun dia isi minyak.. dia cakap cuma singgah beli barang otw nak amik anak dia... https://www.youtube.com/watch?v=U9TU3ovD6Ig

Perhatikan ayat dalam video.. 

".. to get things like this.. it is my routine.. "  perasan tak? 

Cuba kalau dia cakap.. I buy this thing.. its only rm4.00 ... 

Hmm... kalau tak perasan tak pe lah... πŸ˜‚πŸ˜‚

Wow.. lg 80 members je nak cukup 3k .. terima kasih pada yang sudi share canel ni.. terima kasih sangat sangat.. saya rasa nak buat cabaran.. ada hadiahnya..  Malam nanti saya bagi tau.. 

Selamat datang saya ucapkan kepada member baru.. sila scroll untuk tips2 sebelum ni....

Tahniah sebab lambat join πŸ˜‚πŸ˜‚...

Mohon bantuan anda semua boleh? Minggu hadapan saya kena bagi talk berkenaan video marketing di putrajaya... Maka dengan itu saya sedang melakukan kajian pemasaran menggunakan teknik video..  

Minta bantuan anda untuk like dan komen video ini .. jika dapat share lagi bagus... di google plus, twitter atau facebook.. 

Video ini saya hasilkan sendiri.. sekadar experimen, jadi video tak berapa profesional... 

Hasil experiment jika berjaya saya akan kongsikan di canel ini juga kelak...  Terima kasih 😊😊  



Instagram sebagai platform branding


INSTAGRAM SEBAGAI PLATFORM BRANDING

Instagram bukan sekadar tempat kita untuk menjana keuntungan hasil dari jualan secara terus, tetapi juga sesuai untuk menguatkan jenama produk atau perniagaan kita.

Bayangkan yang jenama produk ada berada di mana-mana, orang masuk Facebook ada Nampak jenama kita, orang masuk Instagram pun Nampak jenama kita. Kan lebih mudah untuk orang ingat tentang jenama kita. 

Selain dari itu, Instagram juga boleh dijadikan sebagai satu senjata meningkatkan lagi kekuatan jenama kita sebagai satu jenama yang sentiasa mengikut peredaran semasa. Ye lah, zaman sekarang kan zaman teknologi, jadi, jenama kita akan nampak lebih kuat jika kita pandai meletakkan perniagaan dan jenama kita selari dengan teknologi semasa. 
Orang pun tak nampak jenama biasa-biasa, bukan kedai cap ayam atau kampung kampong bak kata orang kampung saya. 

Senang cerita, Nampak canggihlah.

Ini baru mukaddimah. Esok lusa saya sambung bab branding di Instagram ni ye. Topik ni agak panjang sikit. 

Sebab ramai orang dok kejar nak buat sales dalam Instagram, tapi bila tak dapat sales, mengeluh, putus asa.

Tapi kadang-kadang dia lupa, mungkin produk tak sesuai, mungkin tak kena dengan target market. Tapi Instagram boleh jadi SENJATA untuk BRANDING.

Hapa, ingat NIKE, ADIDAS dok main instagram tu untuk buat sales dari IG ke? DM DM DM?

Okay, jumpa esok lusa.. 

Tips 32


Tip 32
=====

Bagaimana melakukan promosi online dengan cara tidak terlalu menjual..

1) Beri sesuatu PERCUMA.. yang ni saya dah sebut dalam tips sebelum ni.. tak kiralah buku ke.. counselling ke.. video ke.. ebook ke.. yang tu anda kena fikirkan apa yang paling sesuai untuk bisnes anda

2) Simpan database mereka di tempat yang anda mudah melakukan follow up.. paling biasa kita selalu nampak otai guna email marketing.. beri ebook percuma.. video percuma.. dan lain2.. 

tapi tak semua bisnes sesuai dengan email marketing ni.. . Sebab yang ada email pun tak semua buka email selalu.. so anda kena tahu apakah medium yang paling sesuai dengan bisnes anda.. bab pemasaran email ni saya akan dedahkan pada tips2 selanjutnya… relak…  

Kalau anda jual produk premium atau servis premium.. minta mereka PM anda.. bila-bila anda boleh follow up.. walaupun manual tapi produk anda kan mahal..pasti berbaloi.. well.. cara manual pun ok daripada otomatik tapi tak semua dapat mesej anda,, 

Yang lebih selesa berurusan guna whatsapp gunakan sahaja wasap.. tak berdosa pun… 

3) Buat iklan macam biasa..  dapatkan database, kemudian selepas prospek dah mula mesra dan yakin dengan anda.. baru lah jual.. 

Nampak macam leceh kan? ya… sebab perlu masa.. sebab itu saya prefer produk yang lebih mahal mungkin beratus ratus, yang perlu bayar bulanan atau beribu ringgit harganya.. 

*Sila kaji lagi jenis-jenis pelanggan untuk produk anda agar anda tahu bagaimana lagi cara sesuai nak close sale… ayat yang nak digunakan untuk sembang… dan lain2.. sila rujuk juga tips2 sebelum ni.. 

=====

Lepas ni saya akan sambung sedikit demi sedikit bab pemasaran email pula.. sedih bila saya dapat pm kate dah bayar beribu ringgit masuk kelas marketing tapi masih lagi tak faham-faham.. 

Tapi tunggu 3k members channel ni.. jika bermanfaat.. harap sudi share.. copy ayat di bawah dan share pada sesiapa yg anda rasa perlu..

Tak tahu promosi?

Dapatkan tips pemasaran & jualan terus ke henpon anda? 

Percuma sahaja.
.
Pastikan ada telegram kemudian buka link berikut menggunakan smartphone anda..

Telegram.me/zyan007

*Pastikan anda ada app telegram yang official (bukan anyways)
*Serta pastikan app telegram anda sudah updated.


Dapat soalan ni.. cukup 3k members saya kongsi cara buat squeze page dengan mudah sekali sampaikan budak darjah 4 pun bole buat.. 😁


Baru2 ni saya scroll kat newsfeed nampak ada kawan fb saya ni buat coaching pasal follow up.. respon sangat positif... bukan calang-calang...  kalau anda berminat boleh hubungi beliau..

Ini bukan iklan ye.. saya tak dapat apa2.. tuan yang buat coaching pun tak tau .. saya bagi cadangan je.. sebab respon dari student beliau positif.. beliau bukan otai atau sifu yang terkenal... kat fb banyak buat lawak je.. tapi pengalaman yang dia nak kongsi tu yang penting... πŸ‘πŸ‘

Contoh menjual yang tak nampak menjual kat jalan raya.. siapa perasan...?

Baru2 ni Shell ada buat iklan billboard... kalau ada pergi kerja awal pagi esok tengok2 la kalau ada... saya lalu kt lebuhraya sprint ada nampak... tu kat jalan raya..

Kalau online anda boleh nampak iklan kat youtube.. 

Iklan dia tak bagi tau pun suruh isi minyak kat shell.. sebaliknya dia bagi tau pasal layanan istimewa.. makanan yang sedap... macam tu la... 

Nampak?? 

Hmmmm... 

Lagi 200 members saya sambung lagi tips ye... sekarang belek2 dulu tips yang ada..



Tak share canel ni pun takpe.. sy ok jer.. 😊

Tidak semua produk boleh dijual di isntagram


TIDAK SEMUA PRODUK BOLEH DIJUAL DI INSTAGRAM 

Okay, sebelum anda nak masuk ke mana-mana platform pemasaran, tak kisah lah Instagram ke, Facebook ke, Mudah ke, Lelong ke, Ebay ke, anda kena kenal pasti dahulu bisnes anda dan siapa pelanggan anda. 

Ini paling penting. SIAPA PELANGGAN ANDA dan DI MANA TEMPAT MEREKA ‘MELEPAK’ 

Sama juga kalau anda nak buat bisnes secara offline, buka kedai, agak-agak sesuai tak kalau nak buka showroom kereta mewah di kawasan pedalaman Negeri Sabah yang mana kalau nak masuk pun perlu berakit rakit dahulu berenang renang ke tepian? 

Jadi berbalik pada TOPIK UTAMA… 

Produk apa yang PATUT dan BOLEH anda jual di Instagram? 

Jawapannya : 

Lihat pada AUDIENCE.. siapa pengguna terbesar Instagram? Golongan bagaimana? Golongan remaja? Belia? Mak Mak? Pakcik Pakcik? Retis Retis? 

Anda rasa golongan yang mana yang suka sangat ke nak selfie, stalk gambar orang lain dan buat shoot video?
Anda dah nampak sedikit kan? 

Lihat dan jawab semula soalan diatas.. 

Siapa pengguna terbesar Instagram? Golongan bagaimana? 

Jadi sekarang.. dah dapat agak kan produk apa yang bersesuaian? 

Popular Posts