RAHSIA METAFIZIK PERNOMBORAN ALQURAN

*RAHSIA METAFIZIK PERNOMBORAN #ALQURAN*

Mari kita kaji selidik apa yang ada di sebalik rahsia sebenar daripada penggunaan Pernomboran Alquran.

1 @ Al Ahad, Keesaan , juga adalah lambang permulaan , tunggal dan kepimpinan (khalifah), lambang lelaki (nabi adam)

2 adalah lambang pasangan kejadian alam..bumi langit..lambang air H20.. lambang keperempuan ( Hawa Alaihassalam)

3 adalah lambang pergerakan dan pengulangan (memandangkan 3x wuduk..33 tasbih..tahmid.tahlil..takbir). l

4 lambang ilmu pengetahuan kerana terdapat 4 kitab yang diturunkan dan lambg 4 mazhab yg kekal sehingga Sekarang.

5 lambang perubahan diambil dari 5 rukun islam yg merubah seseorang kafir menjadi islam dengan 5 perkara tadi.

6 adalah lambang keduniaan kerana dunia diciptakan dalam masa 6 hari.

7 dikaitkan dengan lambang kerohanian n manusia kerana ada 7 martabat nafsu..70k bidadari dan nabi2 ada 124k (1+2+4:7)

8 adalah lambang tanggungjawab memandangkan ada 8 malaikat yang memikul Arasy.

9 adalah lambang asmaulhusna iaitu kejayaan

*Satu perihal yg harus difahami adalah:*

Ilmu Metafizik adalah ilmu yg mengumpulkan database manusia2 terdahulu yg mempunyai pattern2 tertentu yg dikenali sebagai No Asas dan Pola..

Dari pengumpulan data tadi, dirumuskan akan sifat dan huraiannya serta dijadikan formulasi utk kita baca manusia2 yang lain yang ada persamaan pola.

Manusia  dibahagikan kepada 9 kategori no asas mengikut tarikh lahir yg digunakan si subjek..

*Maksudnya*, dalam metafizik islam kita tidak jumud kepada kalender masihi semata2 bahlan juga kalender hijri..

It depends on tarikh apa yg anda fokuskan...

Memandangkan kita di Malaysia amat2 bergantung dan fokus kepada kalender masihi dlm aktiviti sehari2 maka kita akan fokuskan tarikh lahir masihi..

Mesti anda tertanya2 kenapa kita ambil Tarikh Masihi sebagai based potensi diri kita, Betul?

Jawapannya adalah *Law Of Attraction*

Apa yang kita fokus, maka energi akan terarah kepadanya..

Jadi energi anda semua sekarang didominasi tarikh lahir MASIHI!

Betul ke betul?

#Aura769
#XenrichAcademy

Ubatilah Diri Dengan Mengubati Insan Lain

*TAHUKAH ANDA!*

Pemilik Pola 459 + 83 *BERBAKAT DALAM BIDANG RAWATAN SPIRITUAL* dan FIZIKAL seperti Kaunseling/Makanan/Kesihatan Fizikal Dan Pakar Herba Dan Ubatan.

Ia Adalah Advantadges Bagi Anda dan Path Of Life Anda. Maybe Anda Seorang Jutawan Kosmetik Setaraf Alif Syukri Suatu Masa Nanti!

"..Ubatilah Diri Dengan Mengubati Insan Lain.."

Xifu Sarankan Anda Pergilah Belajar:

🎈REIKI
🎈Rawatan Islam (Ruqyah/Syifa)
🎈TENAGA DALAM ILAHI
🎈Belajar Ramuan Herba
🎈Buat Produk Sendiri Berasaskan Tumbuhan
🎈Kulinari
🎈Biskut dan sebagainya!

Bole2??

Warna Alam dan Solat

*AURA VS WAKTU SOLAT!*

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada Waktu Subuh

Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…) Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas Tengah Malam

Alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

RAHSIA METAFIZIK PERNOMBORAN ALQURAN

*RAHSIA METAFIZIK PERNOMBORAN #ALQURAN*

Mari kita kaji selidik apa yang ada di sebalik rahsia sebenar daripada penggunaan Pernomboran Alquran.

1 @ Al Ahad, Keesaan , juga adalah lambang permulaan , tunggal dan kepimpinan (khalifah), lambang lelaki (nabi adam)

2 adalah lambang pasangan kejadian alam..bumi langit..lambang air H20.. lambang keperempuan ( Hawa Alaihassalam)

3 adalah lambang pergerakan dan pengulangan (memandangkan 3x wuduk..33 tasbih..tahmid.tahlil..takbir). l

4 lambang ilmu pengetahuan kerana terdapat 4 kitab yang diturunkan dan lambg 4 mazhab yg kekal sehingga Sekarang.

5 lambang perubahan diambil dari 5 rukun islam yg merubah seseorang kafir menjadi islam dengan 5 perkara tadi.

6 adalah lambang keduniaan kerana dunia diciptakan dalam masa 6 hari.

7 dikaitkan dengan lambang kerohanian n manusia kerana ada 7 martabat nafsu..70k bidadari dan nabi2 ada 124k (1+2+4:7)

8 adalah lambang tanggungjawab memandangkan ada 8 malaikat yang memikul Arasy.

9 adalah lambang asmaulhusna iaitu kejayaan

*Satu perihal yg harus difahami adalah:*

Ilmu Metafizik adalah ilmu yg mengumpulkan database manusia2 terdahulu yg mempunyai pattern2 tertentu yg dikenali sebagai No Asas dan Pola..

Dari pengumpulan data tadi, dirumuskan akan sifat dan huraiannya serta dijadikan formulasi utk kita baca manusia2 yang lain yang ada persamaan pola.

Manusia  dibahagikan kepada 9 kategori no asas mengikut tarikh lahir yg digunakan si subjek..

*Maksudnya*, dalam metafizik islam kita tidak jumud kepada kalender masihi semata2 bahlan juga kalender hijri..

It depends on tarikh apa yg anda fokuskan...

Memandangkan kita di Malaysia amat2 bergantung dan fokus kepada kalender masihi dlm aktiviti sehari2 maka kita akan fokuskan tarikh lahir masihi..

Mesti anda tertanya2 kenapa kita ambil Tarikh Masihi sebagai based potensi diri kita, Betul?

Jawapannya adalah *Law Of Attraction*

Apa yang kita fokus, maka energi akan terarah kepadanya..

Jadi energi anda semua sekarang didominasi tarikh lahir MASIHI!

Betul ke betul?

#Aura769
#XenrichAcademy

Amalkan Ini dan Lihat Perubahan 24 Jam

*PASTIKAN ANDA FOLLOW ALL THE STEPS JIKA ANDA NAK LIHAT PERUBAHAN HIDUP DALAM MASA 24 JAM DARI SEKARANG!*

Pastikan Anda, Bila Dah Dapat Ilmu Ni..

🎈Amalkannya dan Bertindak Dan Jangan Bertangguh Dan Beralasan Apa2
🎈Starred Notanya atau Save
🎈Share Di FB

Assalamualaikum wbt..

Utk hari ini, saya amat suka utk berkongsi mengenai Pentingnya Gabungan Ilmu Metafizik dalam Perniagaan.

Ramai harini usahawan mengabaikan pemilihan pic profile yg baik dlm perniagaan..

Kadang2 kita main sesah je pic profile kita..

Tahukah Anda??

*"TIPS MEMBINA #PROFILE FACEBOOK BERPENGARUH LAGI BERKUALITI (BERAURA)"*

Azizan Osman banyak tekankan dalam #MMMMac2016 kepentingan Personal Branding bagi pengusaha online.

Maka, perkara WAJIB adalah memPAMERkan pic diri anda sendiri yang paling sempurna (bukan pic profile kucing, tulisan, baby, kereta dan sebagainya)

* Korang ingat, kitorang ni yg nak beli produk korang jual tu nak kami PM or berurusan dgn *Kucing or Baby??*

(Camtu la emosi yg dirasai cust anda..)

Ataupun mentang2 jual emas letak pic profole diri adalah emas..salah tu..

* Penting untuk anda membina kredibiliti dan keyakinan utk orang berurusan.

* Tips ini dikongsi untuk anda yang masih degil or malu untuk tukar pic profile.

1. Posisi Badan:

Posisi badan mestilah tegap menghadap Camera.

2. Postur Badan

Pic mestilah diambil dari pinggang keats or dada keatas.

* Elakkan pic profile full body (ditegah syariat serta banyak risiko disantau)

3. Senyuman..

Berilah senyuman yang paling manis.

Cheese!

4. Eye- Contact
Mata mestilah tepat ke Camera.

5. Dressup or Fashion yang sesuai dengan bentuk badan anda dan needs produk anda.

Tidak ketat dan tidak terlampau longgar.

6. Warna Pakaian

Pakaian anda mestilah *warna2 aura diri* yang bakal menggemerlapkan lagi aura pesona anda bila orang pandang.

* Lihat sahaja Pic Profile Dr Azizan Osman ( Apakah warna yang beliau selalu pakai??) adakah ia suatu kebetulan??

7. Background

Background mestilah warna contra dari warna pakaian anda.

But mesti diingat warna background juga mestilah *warna aura anda juga.*

* Jangan bimbang, warna aura setiap manusia ad 4-5 kaler.

9. Make up

Lite2 jer..jangan sampai jd macam the jockers sudah lah.

=====================

Tips Tambahan:

• Sila buat Mandian Aura dan pakai Minyak Aura untuk SERI sebelum shoot.

* Anda nilaikanlah sendiri pic profile anda sebelum dan selepas penggunaan Aura tersebut.

Semoga bermanfaat kepada peniaga/kerjaya anda 😀😀😀

*INILAH ILMU PELARIS ONLINE SEBENAR!!*

FOLLOW THIS STEPS!👇

1.  Mandi Aura 769 Sebelum Subuh
🔜Pakai Baju Aura 1st,
🔜Make-Up Sekadarnya
🔜 Ambil Gambar
🔜Jadikannya PIC PROFILE FB/WHATAPPS DAN IG

2. Tukar Password Acc FB, Emel to No Variasi Berikut:

2769
2796
276669
279666
276969

4. Tukar Pin ATM to Variasi

279669
276669
279696
699696
696969
969696

4. Tukar Wallpaper HP dan Wassap Chat to *WALLPAPER GOLD @ DUIT*

5. Tukar No Fon Ending 769

Selamat Beramal

#xifuihsan
#xenrichacademy

METAFIZIK DAN PERSPEKTIF

*METAFIZIK DAN PERSPEKTIF!*

Satu perkara penting yang sangat perlu untuk kita selesaikan iaitu sikap pesimistik kita dalam mendalami ilmu-ilmu metafizik ini. Setiap kali kita berbahas tentang ilmu-ilmu metafizik/ghaib,maka akan timbul persoalan yang berkaitan dengan agama.

Berbagai andaian akan timbul dan berbagai 1 dan yang paling ditakuti ialah sama ada ia akan membawa kepada sesat dan syirik.

Metafizik adalah salah satu cabang ilmu sains...sama dengan fizik, bio, maths, chemistry dan sebagainya.... kalau tidak salah belajar bio, maka tidak salah juga belajar metafizik.. kerana ia juga ilmu sains

Apapun yang kita pelajari akan jadi salah kalau ia memesong tauhid. Contohnya Charles Darwin yang mempelopori teori evolusi, menemui keajaiban biology, tapi mengenepikan aspek ketuhanan, bukan salah ilmu biologi, tapi yang salah ialah pemikiran orang yang menolak kuasa Tuhan.

Seperti ilmu bersifat universal, tingggal kita yang mencorakkannya sama ada untuk jadi hitam atau putih....

*Mengaktifkan Tenaga Dalam*

Pertama sekali kita perlu SEDAR bahawa diri kita terdiri dart 3 aspek utama

1..fizikal
2..mental
3..spiritual

Ini cukup penting sebab TD yang sempurna di bina melalui penggabungan 3 aspek ini dan untuk menjadi manusia yang sempurna perlu mendaya gunakan secara optimum seluruh potensi 3 aspek diri ini, Jadi pandang ke dalm diri dan sedarlah tentang hal ini.

Fizikal di latih dengan jurus/move tertentu
Mental di latih dengan teknik konsentrasi pernafasan tertentu
Spiritual di latih dengan zikir tertentu

Setiap perguruan TD memunyai teknik tersendiri dalam melatih ketiga-tiga elemen ini bagi membangkitkan TENAGA DALAM

Dalam bidang kerohanian Islam ia telah lama terbukti bahawa tenaga dalaman ini memang wujud dan ia dikaitkakan pula dengan latihan kesufian yang bersungguh-sungguh. Pihak barat yang hanya bergantung kepada bukti fizikal semata-mata sebab itu mengalami kepayahan menilai sesuatu perkara yang ghaib.

Umat Islam sebenarnya amat beruntung kerana sudah sedia ada pembelajaran untuk meneroka bidang ini, namun selepas terpengaruh dengan sains moden barat yang menolak sesuatu yang berbentuk super natural, akhirnya orang Islam mengabaikannya.

Sebenarnya Ilmu Metafizik adalah Ilmu Islam dan diterokai oleh ahli sufi Islam sejak berabad dahulu. Salah seorang tokoh terkemuka yang mendapat pengiktirafan barat ialah Ibnu Arabi. Pihak barat menceduk ilmu Islam ini dan melabelkannya semula sebagai ciptaan mereka.

Ilmu kerohanian Islam jauh lebih hebat dari apa yang dicapai oleh ahli sains barat. Itulah ilmu para Wali Allah yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu barat.
Imam Syafi’i menegaskan, “Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berfikir.” (Mau’idhatul Mu’minin)

Abu Darda’ seorang sahabat yang terkenal pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, dia menjawab, “Tafakur.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” Riwayat ad-Dailani

Rasulullah saw. pernah bersabda, “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah.” (HR Abu Nu’aim)

#Aura769
#XenrichAcademy

Apa itu metafizik?

*Apa itu metafizik??*

Metafizik ialah sebuah ilmu untuk merungkaikan hikmah sesuatu perkara yg wujud dialam ini.

Metafizik ialah suatu yg ghaib tapi wujud disekililing kita dan bekerja utk kita.

Metafizik juga Ialah Berkaitan dengan Energy di sekeliling kita.. Setiap Apa yg ada dimuka bumi ini ada energynya tersendiri
.
Metafizik adalah Berlawanan dengan Fizik.. Iaitu Fizik adalah kaedah sains yg kita boleh lihat...tapi metafizik adalah sebaliknya, menghuraikan apa yg kita x nampak tapi kita dapat rasai.. Sbgai contoh.. Jin itu wujud tapi kita xnampak..dan Kita boleh Rasainya sendiri.. Dgn cara ,bulu roma kita akn naik

Contoh yang lain: warna dan pernomboran

*Apa itu METAFIZIK?*

Metafizik ialah : ilmu database yg dikumpul dari pattern manusia2 yg hidup sebelum kita. Sejak dr zaman berzaman dan ribuan tahun. Utk dijadikan sbg panduan.

- kaedah untuk memahami apa sebab musabab terjadinya sesuatu dan utk memperjelaskan apa dan kenapa ia berlaku.

- penerangan terhadap sesuatu yg tidak nampak /ghaib tetapi wujud dan memberi kesan kepada kita. Cth: warna yg kita pakai memberi kesan energi tertentu pd kita. Cth: jin juga wujud dan kita xnampak tetapi memberi kesan pd kita.

- satu cara utk kita kaji potensi sebenar diri setiap individu terutamanya diri kita. Supaya kita dapat ubah dan perbaiki kearah yg lebih baik dan gunakan semaksima pd jalan yg betul.

Metafizik terbahagi kepada banyak bahagian:

🎈Metafizik Pernomboran vs Pernomboran Islamik

🎈Metafizik Warna

🎈Metafizik Aura

🎈Metafizik Kuasa Minda

🎈Metafizik spiritual (tasawwuf dan tariqat)

Stay tune..

#aura769
#xifuihsan
#metafizikohsem

Popular Posts