Salam Kejayaan Dari China!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Dari Cikgu A-D
.
Zhangjiagang, China.
.
Entah macam mana boleh pula akses blogspot. Jadi di kesempatan ini cikgu A-D ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua. Jumpa lagi nanti di Malaysia.
.
Walau bagaimanapun, cikgu A-D sekali lagi akan berangkat ke Malaysia dari 14 Jun hingga 29 Jun. Hmm memang arah Timur Laut untuk semua orang termasuk cikgu A-D adalah 8 -tekanan!
.
Salam Kejayaan.

Destinasi kejayaan di hadapan anda!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia & Salam 1Nusantara,
.
Cikgu A-D berada di China dari 15 Mei - 5 Jun - mohon maaf blog tidak di update kerana di China tidak dapat akses ke blogspot. Mohon tidak menelefon cikgu A-D tetapi boleh SMS atau email sahaja. Jaga diri, bisnes & kekayaan elok-elok.... semoga anda semua berjaya selalu!.
.
Kursus Pola Kekayaan dan Pola 696 Bisnes yang dijadualkan pada 21-22 Mei 2011 ditangguhkan ke tarikh lain. Selepas cikgu A-D pulang nanti akan diumumkan tarikh dan tajuk kursus yang akan datang termasuk ilmu terbaru seperti Teknik Arah dalam Rumah/ pejabat, Teknik Graf Hayat Bulanan, Harian dan Jam dan banyak lagi kursus menarik termasuk Kursus Teknik pola 38, jumpa lagi nanti!
.
Kursus 26 Jun 2011: oleh Dato' Dr. Roslizam - pakar kewangan, pelaburan & kekayaan dan usahawan.
Tajuk: FAST TRACK to KAYA BERTUHAN
Tarikh: 26.6.2011
Masa: 9.26 pagi - 5.26 petang.
Tempat: Meru, Klang / Restoran Antan Batura, Taman Tasik Shah Alam (akan diberitahu).
Yuran: RM390.
.
Kepada semua peserta kursus tersebut dan semua bekas peserta kursus UBL26 daripada beberapa kelas sebelum ini dijemput hadir ke Majlis Gathering Makan Malam di Restoran Antan Batura, Taman Tasik Shah pada 26.6.2011 jam 8.00 malam (selepas kelas Fast Track tersebut). Bayaran RM60.00 seorang. Untuk mendaftar kursus / majlis gathering: Zuhaida 016 206 3496.
.
Slot Cikgu A-D di Bengkel "Pschology Tools" anjuran UPM dihadiri lebihkurang 60 orang peserta, rata-rata mereka adalah para kaunselor daripada beberapa kementerian dan IPT. Cikgu A-D diberi 3 slot 2 jam setiap satu dan setiap slot berjalan dengan baik sekali.
.
Menarik sekali kerana kaedah pernomboran dan graf juga diterimapakai dalam perihal psikologi/ kaunseling oleh para akademik. Jelas menunjukkan kaedah pernomboran ini adalah aliran akademik jua, yang turut mengaitkan dengan sains, kehidupan dan kerohanian daripada kajian penyelidikan. Slot bengkel yang lain oleh penceramah-penceramah lain adalah seperti teknik grafologi (membaca tulisan orang), teknik Hypnosis/ NLP dan sejenis teknik unik iaitu penggunaan kad-kad untuk kelakuan manusia.
.
Maklumbalas yang diterima adalah baik sekali - kaedah pernomboran dan graf versi Cikgu A-D sangat berbeza dan lebih menarik berbanding teknik tarikh lahir yang lain (memanglah teknik yang cikgu A-D bawakan adalah versi strategi, prestasi dan produktiviti). Seorang pegawai tinggi pendidikan berstatus haji pada mulanya skeptikal dengan kaedah ini, tetapi di akhir slot, beliaulah yang sangat teruja kerana terdapat banyak penemuan menarik. Salah satunya beliau terkejut bagaimana cikgu A-D dapat mengetahui bahawa keturunan sebelah ibu beliau pernah ada poligami - tentulah teknik petak pembayang ciptaan cikgu A-D sendiri!. Begitu juga pendedahan tentang beberapa teknik ciptaan cikgu A-D sendiri seperti Petak Perempat, Perlima juga Graf Prestasi Harian dan sebagainya.
.

Pengalaman menarik pola 38: Cikgu A-D telah diberi sebuah bilik di hotel tersebut dan pada hari terakhir untuk buka pintu bilik menggunakan kad untuk mengambil barang tetapi kad tidak berfungsi dan pintu tidak dapat dibuka terkial-kial berulang-ulang kali. Dahlah jauh nak menapak ke lobi hotel untuk minta bantuan, jadi cikgu A-D gunakan teknik pola 38 di depan pintu tu. Tiba-tiba cikgu A-D di sapa oleh seorang kakitangan hotel bertanyakan apa masalah (mungkin kebetulan beliau lalu di situ) dan minta cikgu A-D mengesahkan maklumat bilik. Setelah berpuas hati dengan maklumat diberikan, lalu kakitangan itu membuka pintu menggunakan kad beliau, jadi selamatlah cikgu A-D tak payah nak susah-susah lagi, mudah terus pintu dibuka... pola 38 best!
.
Salam Kejayaan
Cikgu A-D
Rakan konsultan kehidupan, perniagaan dan organisasi anda.
.

Melangkaui batas kejayaan


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam 1Malaysia & Salam 1Nusantara
.

CHANGE - Perubahan.





.

Penjelasan 7 biji kristal berbeza warna - Sebenarnya energy bracelet terbaru ini adalah mewakili 7 chakra / warna aura. Mereka yang mempelajari Reiki, chakra / aura tentu mengetahui kepentingan warna dan kedudukannya. Oleh yang demikian sangat sesuai untuk peminat/ pengamal Reiki/ Aura.

.

Seringkali anda terlupa amalan yang telah anda pelajari, menggunakan bracelet ini di tangan anda sekurangnya mengingatkan anda perihal apa yang dipelajari dan perlu diamalkan. Umpama memakai jam tangan yang mengingatkan anda apa yang perlu anda lakukan pada jam atau waktu tertentu.
.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.

WAKTU BERDOA KEKAYAAN UNTUNG BISNES PADA 11 MEI 2011:

Juga untuk daftar syarikat dan sebagainya

Waktu Semenanjung Malaysia, Singapura, Hong Kong manakala Sabah & Sarawak, Brunei awal 30 minit.

Bermula jam 1.30 tghari - 3.30 petang

Bermula jam 5.30 petang - 7.30 petang (untuk kekayaan yang banyak)

.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.


PRODUK ENERGI TERBARU:

SAMAZON ENERGY BRACELET


Terdapat dalam dua warna: hitam atau ungu dengan 7 biji kristal berwarna serta bahan infrared dan ion negatif sebagai bahan energi alternatif dan tambahan.









Dapatkan daripada URD World:

016 216 3796 atau 016 524 7936


.



Pemakaian bracelet adalah dikaitkan dengan titik saraf dari pergelangan tangan terus ke bahagian otak, dengan kata lainnya umpama untuk "menarik" energi masuk ke dalam tubuh badan manakala pemakaian pendant energy booster di bahagian dada adalah umpama untuk "memancarkan" energi positif keluar dari badan (memancarkan aura yang lebih positif).




.



SAMAZON ENERGY PENDANT

Dengan 4 biji kristal, batu energi dan 4 biji magnet. Terdapat dalam dua nombor: 769 atau 9$9.




.




Kepada semua pemilik energi pendant, satu kursus secara online (webinar) sedang dirancang untuk menjelaskan bagaimana kaedah berkesan menggunakan bahan energi ini dalam meningkatkan tenaga dan tujuannya seperti kekayaan, kesihatan dan seumpamanya. Nantikan pengumumannya, mungkin dijalankan pada hujung Jun nanti.

.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.

WAKTU BERDOA KEKAYAAN UNTUNG BISNES PADA 17 MEI 2011: Di dalam bulan Mei ini terdapat beberapa waktu berdoa. Di sini ada satu waktu berdoa kekayaan dan kejayaan untuk anda, secara percuma. Jika anda perlukan beberapa hari/ waktu berdoa lain di bulan Mei 2011, sila bank in RM50 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan selepas itu beritahu tentangnya dan berikan alamat email anda (SMS alamat email anda ke 016 624 9666 atau email ke qmas304@streamyx.com).

.

Tarikh: 17 Mei 2011, Selasa.

Waktu: terdapat 3 waktu berdoa seperti berikut (untuk Semenanjung Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Shanghai); bermula dari jam

5.30 pagi - 7.30 pagi.
9.30 pagi - 11.30 pagi

1.30 tghari - 3.30 petang.
11.30 malam - 12.00 malam (untuk warga pendidik yang mahu jadi kaya dan pemimpin dalam dunia pendidikan).
.

Kebetulan hari tersebut cuti untuk beberapa negeri, jadi manafaatkan masa ini. Untuk rakan-rakan beragama Buddha yang menyambut Wesak pada hari tersebut, juga boleh menggunakan waktu yang dicadangkan di sini untuk cara berdoa anda sendiri. Kepada rakan-rakan di Sabah & Sarawak, waktu berdoa adalah setengah jam awal daripada waktu di atas.

.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.

ANGKA 11 UNTUK PM: Seperti yang diceritakan sendiri oleh PM perihal kaitan beliau dengan angka 11 seperti MB Pahang yang ke-11 dan sebagainya. Cikgu A-D, kelahiran Pahang, juga sering berkaitan dengan angka 11 - Lahir 11hb September, plet kereta pertama 5113 dan kini salah satu kereta kancil plet 2117. Sering juga terserempak dengan plet2 kereta dengan turutan 11 dan tentunya di lebuhraya 110 km/j. Kata orang, angka 11 ada kaitan dengan raja/ sultan...mungkin ada kaitan juga dengan keturunan cikgu A-D.

.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU: bersempena Hari Guru nanti, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para cikgu, guru, pensyarah dan warga pendidik yang telah sudi berkongsi ilmu anda dengan saya, keluarga dan masyarakat. Semoga warga pendidik semua sentiasa bersemangat untuk menyampaikan ilmu anda kepada kami di sini.

.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.

15 Mei – 5 Jun: Cikgu A-D akan berada di China sepanjang tarikh tersebut, oleh kerana blogspot disekat di China, maka cikgu A-D tidak dapat untuk update blog sepanjang tempoh tersebut. Jika anda ada persoalan, sila emailkan ke qmas304@streamyx.com tetapi mungkin lewat dijawab dan boleh juga SMS tetapi mungkin juga lewat dijawab. Panggilan telefon tidak akan dijawab kerana kos panggilan terlalu mahal.
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------. .
KURSUS POLA 38: Terima kasih kepada semua individu yang sudi hadir ke kursus Pola 38 pada 7 dan 8 Mei lalu. Di dalam kursus
Batch ke-3 ini ada banyak tambahan teknik dan pembelajaran tentang pola 38 menjadikannya satu kursus yang unik dan menarik – satu-satunya modul sebegini di dunia. Seperti yang cikgu A-D tekankan di dalam kursus, teknik pola 38 adalah satu ikhtiar untuk mendapatkan sebentuk tenaga/deria tambahan di dalam mengharungi turun naik kehidupan. Ramai orang sudah mengenali potensi mereka tetapi oleh kerana kekurangan tenaga dalaman, maka potensi mereka tersangkut. Oleh itu, dengan mengenali potensi diri, maka eloklah juga pelajari teknik pola 38 sebagai satu cara untuk melonjakkan potensi mereka itu.

.
Pelajar-pelajar datang dari Kuching, Muar, Kuantan, Seremban dan sekitar KL, Shah Alam.
.
Foto Dato Dr Roslizam memberi penerangan. Nantikan kursus oleh Dato' perihal kekayaan bertajuk "FAST TRACK 2 Kaya Bertuhan" pada bulan Jun nanti.
.

Di dalam kehidupan kita, majoriti daripada kita sukar untuk membuat perubahan apabila menghadapi konflik hidup seperti Blocking Star (terhalang), Vacuum Star (kegagalan/ duit disedut), Kitaran tahun 7 (kehilangan) dan sebagainya. Fenomena sebegitu pasti jadi kerana itulah kuasa alam / takdir kehidupan. Apabila dalam keadaan sebegitu, alam seolah cuba menjatuhkan kita dan tubuh badan kita mula tidak berfungsi dengan baik – mata seolah ditutup, telinga mula tak dapat dengar dengan baik dan sebagainya, menyebabkan kita semakin lama semakin terjerumus kepada kegagalan kerana badan kita tidak lagi berupaya untuk motivasi berjaya. Oleh itu, teknik pola 38 adalah sebentuk kesedaran dan teknik untuk anda membangunkan diri anda sendiri dari dalam untuk mengatasi kejatuhan sedemikian.
.
Menariknya, kursus pola 38 disajikan dengan majlis doa pola 38 pada 7 Mei dan seterusnya pada 8 Mei, majlis berdoa pola 38 dan kekayaan sebanyak 2 kali pada hari yang sama! Tak pernah dalam sejarah majlis berdoa dibuat 2 kali dalam 1 hari! Sebelah pagi bersama cikgu A-D dan sebelah petang bersama Dato’ Dr Roslizam. Bonus tambahan apabila Dato Dr Roslizam pula membacakan doa versi beliau pula selepas itu. Jadi, memang berbaloi datang kursus pola 38 bahagian 2 pada 8 Mei – ilmu dapat, doa pun dapat! Mudah-mudahan berjaya.
.
Kursus pola 38 seterusnya mungkin dijadualkan pada 23 dan 24 Julai nanti.
.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH: Sdra Nor Edie, usahawan dari Batu Pahat, yang pernah hidup susah sebelum tahun 2008 (semasa graf gaung) setiap hari makan roti canai untuk hidup, rumah kena lelong, kereta kena tarik, hinggakan masuk ke kelas cikgu A-D pinjam duit kawan, kini bakal dianugerahkan tahap 6 (paling tinggi tahap 7) yang mana hanya 3 orang sahaja di Malaysia setakat ini. Menurut beliau, biasanya untuk mencapai tahap 6 perlukan masa 5 tahun, tetapi berkat kaedah pernomboran (dan juga berdoa waktu kekayaan semasa di Shah Alam dan Masjid Besi tahun lepas), hanya 2 tahun sahaja dah mencapai tahap itu! Beliau ingin menjemput rakan-rakan yang berminat untuk melihat dan berkongsi kejayaan beliau ini di majlis anugerah di PICC, Putrajaya pada 28 Mei 2011. Sila telefon Sdra Nor Edie 012 788 5236 untuk dapatkan tiket untuk masuk ke majlis tersebut.
.

Walaupun sdra Nor Edie masih dalam graf gaung, tetapi dengan ikhtiar, boleh juga memperbaiki kehidupan. Jadi, janganlah anda kecewa atau patah hati dengan kehidupan anda sama ada anda dalam gaung atau puncak sekalipun, jika ada ikhtiar ada pulangan sewajarnya.

.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
SUDAH JADI JUTAWAN: begitu kata seseorang yang menelefon cikgu A-D dan ingin sangat bertemu bagi sesi konsultansi dengan kadar segera, katanya beberapa rakan beliau sebelum ini pernah membuat sesi konsultansi dengan cikgu A-D dan salah seorangnya adalah seorang kakitangan kerajaan tapi sudah jadi jutawan! Tak sabar nak jumpa cikgu A-D rupanya dan dia ada beritahu nama si jutawan tu...tapi cikgu A-D tak dapat ingat yang mana satu sebab dah ramai sangat...Syukur, perjuangan cikgu A-D dapatlah membantu masyarakat untuk lebih produktif dan berdaya hasil yang tinggi. Mudah-mudahan
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.
Soalan Kali Ini: Daripada maklumat dibawah ini, berikan satu pola yang menjadi punca masalah mereka ini dan apakah cara mengatasinya? Jawapannya... nanti tunggu bulan Jun selepas cikgu A-D pulang dari China.

01X-XX32399
Sy dan suami telah lama masuki pelbagai jualan MLM tapi tak pernah menjadi hinggakan rasa putus asa. Apakah kami berdua tak layak utk menjadi usahawan. Sekarang kami buntu. Dah banyak wang keluar untuk modal niaga jadi apa yg patut kami lakukan. Tarikh lahir saya 18hb 05 1970 dan suami 22hb 02 1965.

.
Apakah pola tersebut?

.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.
Salam Kejayaan,

Cikgu A-D
Rakan Konsultansi Kehidupan, Perniagaan dan Organisasi anda.



















.

Tempah nama anda dalam kejayaan

.
Assalamualaikum & $elamat $ejahtera, Salam 1Malaysia.
.
Harmony (kedamaian)
.
.
.
RHB BANK PEKAN MERU TELAH BERPINDAH: Untuk ke pejabat cikgu A-D, jika anda datang dari Klang/Kuala Lumpur (NKVE/ Federal Highway), setelah melalui hadapan Giant/ Mc Donald Klang Sentral (Meru), terus sahaja melewati 2 traffic light dan seterusnya berjumpa Petronas di sebelah kiri. Dalam 200 meter terus, di sebelah kanan ada sebuah kedai perabut dan sebatang pokok sangat besar dan terdapatnya Bank Simpanan Nasional Pekan Meru - pejabat cikgu A-D berada di atas tingkat 2. RHB Bank yang menjadi petunjuk jalan sebelum ini (di sebelah kiri) telah berpindah ke sebelah kanan sebaris dengan BSN. Harap maklum.
.
TETAMU DI KURSUS POLA 38
7 MEI - Encik Jeff Wong, pembekal Energy Booster 769 dan 9$9 (pendant). Juga akan perkenalkan produk terbaru "energy bracelet" pada hari tersebut.
8 MEI - Dato' Dr. Roslizam - pakar motivasi kewangan dan perniagaan. Dato' akan berikan tips-tips kejayaan dan kejayaan menggunakan kuasa dalaman diri.
.


Slide foto penampilan cikgu A-D di TV dulu (TV1, TV9, Astro Awani).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
------------------------------------------------------------------------------------------------- .
TESTIMONI PENGGUNA: 019-2696966
Assalam Eddy, Ain ni..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru...

.
Seperti yang cikgu A-D pesan, tahun 2011 adalah tahun pelaburan tentunya tahun kekayaan, setakat ini sudah ada 2 pengguna kaedah yang dapat melonjak naik prestasi potensi mereka dalam bidang gold trading... Anda mahu berjaya? nak tunggu bila lagi nak berjaya ni? Hmm.. nombor telefon pun cantik banyak 6!
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
KURSUS TEKNIK POLA 38: Pada 7 dan 8 Mei 2011 di pejabat cikgu A-D no 69B, Tingkat 2, Atas BSN Pekan Meru, Klang.
.
Jika anda mempunyai alat GPS masukkan "BSN Pekan Meru" untuk dapatkan halatuju perjalanan.
.
Dialu-alukan kehadiran bakal peserta yang (baru atau lama) yang telah mendaftar sebelum ini (Kod TD, TA atau TB). Jumpa anda jam 2.00 petang di sana nanti. Anda yang tidak sempat mendaftar, mudah-mudahan kita bertemu di kelas pola 38 pada Julai nanti.
.
Objektif utama pembelajaran teknik pola 38 adalah memberikan kesedaran bahawa setiap manusia, terutamanya individu yang dilahirkan dengan pola 38, berupaya menggunakan tenaga daripada diri sendiri untuk melihat petunjuk kejayaan dan melepasi konflik dengan baik. Entah macam mana mekanisma kehidupan manusia, apabila sampai di satu usia (seperti Vacuum Star dan seumpamanya), hidup manusia mula berubah jatuh dan akhirnya gagal. Tuhan Maha Kaya menganugerahkan setiap manusia satu ikhtiar sebentuk kekuatan dalaman (pola 38) untuk kita melawan mekanisma kegagalan sebegitu. Dan apabila memiliki pola 38 kita dapat melihat banyak petunjuk kejayaan dan kekayaan dengan mudah.
.
Harian Metro 30 April muka 2: Gerak hati ayah penyelamat nyawa - ahli perniagaan mahu hantar anak mengaji nyaris ditimpa tiang elektrik... mangsa berkata dia kebiasannya keluar awal, tetapi disebabkan rasa tidak sedap hati, dia melewatkan perjalanan dan bersyukur tindakan itu menyelamatkan nyawanya. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu...
.
Apakah gerak hati itu sebentuk kebetulan dan bolehkah ia dijana supaya kita sentiasa ada gerak hati - dalam bisnes, dalam kerjaya, dalam rumahtangga dan sebagainya, jika ya tentunya boleh membantu kita dalam kejayaan! 7 Mei, Meru!
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Sidenafil Citrate - tahukah anda apakah benda ini? Tak tahu. Kalau disebut Viagra semua orang tahu rasanya, sebenarnya viagra adalah bahan sidenafil citrate yang meransangkan nitric oxide dalam tubuh badan supaya aliran darah lebih kuat. Dalam kursus pola 38 nanti pada 7 Mei akan dijelaskan bagaimana teknik pola 38 juga ada cara untuk menghasilkan nitric oxide dalam badan secara semulajadi! Caranya mudah sahaja...Viagra semulajadi tu! Jimat dan berkesan...
.
Cikgu A-D adalah gabungan dua dunia: metafizik dan fizik - lulusan dalam Biologi (Cell Biology dan Genetic Biology) tetapi juga adalah peminat/pengajar metafizik. Jadi, apa yang dikaji cikgu A-D dalam metafizik dikaitkan dengan sains moden.
.

Tahukah anda siapa itu PAUL THE OCTOPUS? Ianya adalah seekor sotong yang meneka dengan betul pemenang World Cup 2010 iaitu Sepanyol, SEBELUM perlawanan bermula (cikgu A-D juga meneka Sepanyol dengan betul, sehari sebelum World Cup, kat TV1 lagi pulak tu, nasib betul, kalau salah tentu malulah cikgu A-D di peringkat nasional)... kalau sotong pun boleh tahu, kita manusia boleh juga kan? Teknik Pola 38!
.
LATIHAN TEKNIK POLA 38 - kepada mereka yang telah bersedia untuk belajar pada 7 Mei ini, mari "panaskan" situasi dengan latihan ini sebelum anda jejak ke kelas nanti. Dapatkan jawapan di kelas pola 38 nanti.
.
Soalan: cikgu A-D baru saja melakarkan satu huruf di tapak tangan kanan cikgu A-D. Cuba anda "rasakan" apakah huruf yang dilakarkan itu? Apakah ianya, E? K? M? R? atau S?
.
Salam kejayaan,
Cikgu EddyRosyadi / Cikgu A-D
Rakan konsultan perniagaan dan kejayaan anda.

Berjanjilah untuk berjaya

.


Assalamualaikum & $elamat $ejahtera, Salam 1Malaysia.
.




"OPPORTUNITY" (PELUANG)
.
.
PENDAFTARAN DITUTUP: KURSUS POLA 38 PADA 7 DAN 8 MEI. Kepada mereka yang telah mendaftar sebelum ini (Kod TD, TA atau TB), anda dijemput hadir pada 7 Mei jam 2.30 petang. Jumpa anda di sana! Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir, kursus seterusnya mungkin Julai nanti akan diberitahu.


.

PETA TEMPAT KURSUS POLA 38: Di pejabat cikgu A-D beralamat no 69B, Tingkat 2, atas Bank Simpanan Nasional Pekan Meru, Jalan Meru, Klang, Selangor. Pekan Meru (bukan terletak di bandar Klang) terletak berhampiran dengan Tesco Setia Alam, Giant & Klang Sentral. Ianya juga laluan ke Kapar atau Puncak Alam. Dari KL gunakan NKVE menuju ke Klang dan keluar di susur Setia Alam/ Meru dan selepas bayar tol jalan terus sehingga jumpa flyover yang mana anda perlu U-turn dibawah flyover tersebut untuk pergi ke jalan sebelah sana dan sampai melalui Giant/ Mc Donald dan terus hingga berjumpa Petronas dan terus berjumpa RHB bank di sebelah kiri yang mana BSN adalah diseberang jalannya. Jika memerlukan bantuan perjalanan tersesat pada hari tersebut, hubungi 016 624 9666.

.

Jika anda ingin bermalam di hotel sekitar Pekan Meru, terdapat 2 buah hotel kecil berdekatan iaitu di Klang Sentral;

Hotel 1st - tel no: 03 3341 3111.

Hotel STAR - tel no: 03 3343 8000.

.

Untuk pengangkutan awam, cari perkhidmatan bas ke Klang Sentral dan kemudian menaiki bas ke Pekan Meru. Jika menggunakan komuter berhenti di bandar Klang, perlu berjalan kaki ke stesen bas bandar Klang dan menaiki bas ke Pekan Meru.
.

double click gambar untuk besarkan imej
























.
-------------------------------------------------------------------------------------------------.
TESTIMONI WAKTU DOA KEKAYAAN 28 APRIL: "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

.

Nantikan waktu berdoa kekayaan untuk bulan Mei. Terdapat 12 waktu berdoa kekayaan!

.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.



"The most important time to have faith in yourself is when no one else does"

- Christopher Ammirati





















.




"It doesn't matter if you have to take a longer path to make your dreams come true. What matter the most is the efforts you have made for this special day"

- Evelyn Ha











.




"If you miss an opportunity, don't close your eyes with tears; keep your vision clear so that you will not miss the next one."















.

Salam Kejayaan:

Cikgu EddyRosyadi / Cikgu A-D

Rakan Konsultan Kehidupan, Perniagaan dan Organisasi Anda

Kejayaan dalam genggaman anda

.
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera & Salam Kejayaan 1Malaysia.
.

.
TESTIMONI TEKNIK ARAH KATIL TIDUR: baru tadi Cikgu A-D dapat panggilan maklumbalas dari seorang peserta yang meendapatkan sesi konsultansi bersama cikgu A-D pada minggu lepas menyatakan kegembiraan mendapat satu semangat baru sebaik sahaja mengubah kedudukan katil di bilik tidur beliau. Katanya, dari arah yang dicadangkan, katil telah diubah tempat dan kini bilik dirasakan lebih luas dan lebih sejuk berbanding sebelum ini dan kini tidak lagi ada perasaan tertekan, bergaduh suami isteri dan bakal mendapat beberapa peluang baru. Sebenarnya tahun lepas dan sebelumnya beliau berada di kitaran 7 dan 8 memang sangat tertekan jiwa raga hingga hampir putus asa. Tetapi tidak mudah menyerah kalah kerana telahpun belajar kaedah pernomboran dan graf sebelum ini... begitulah kita manusia akan melalui fasa-fasa turun naik kehidupan maka ikhtiarlah menggunakan kaedah pernomboran dinamik dan graf di sini.
.
Setakat sudah ada beberapa kes yang mana kedudukan katil dan warna bilik tidur menjadi petunjuk menjelaskan kenapa seseorang itu berasa tertekan dan seumpamanya, jadi kita ikhtiarlah menggunakan kaedah pernomboran di sini...tidur yang cukup, tidur yang nyenyak membawa tubuh badan yang sihat dan tubuh badan yang sihat menjadikan kita lebih segar dan bertenaga untuk mendapatkan kejayaan. Tidur yang tak cukup tentunya memenatkan anda dan jatuhlah anda dala kesukaran hidup. Jom ubah tempat katil anda!
.
Jangan lupa waktu berdoa kekayaan pada malam ini 28 April. Pada bulan Mei depan terdapat 12 waktu berdoa power - nantikan pengumumannya. Ada 2 waktu berdoa malam Jumaat juga!.
.
Acer Iconiatab: Cikgu A-D baru sahaja memiliki komputer tablet touchscreen untuk memudahkan cikgu A-D membuat kerja di mana-mana berbanding sebelum ini terikat dengan laptop yang agak berat dibawa ke mana mana. Sekarang ini sedang menungu mesyuarat tapi sempat update blog.
.

Kis
ah pola 38: semalam isteri cikgu A-D sudah menyiapkan e-hasil LHDN dan tak disangka terlebih bayar RM900 bermakna kerajaan kena bayar balik RM900 kepadanya. Rezeki tu semenjak saya amalkan teknik pola 38 kepada isteri ada rezeki mudah untuknya. Kursus pola 38 pada 7 dan 8 Mei nanti akan dikongsikan dengan anda. Juga terdapat satu petua baru gabungan 3 nama asmaulhusna untuk rezeki yang mudah - dari satu kitab lama.
.
Semalam cikgu A-D ke Plaza Alam Sentral untuk mencari komputer tablet Acer. Cadangan awal nak parkir belakang plaza tepi jalan tapi sampai di sana rupanya ada pihak MBSA sedang operasi saman kereta parkir tepi jalan jadi parkir di tempat lain dapatlah elak disaman. Kemudian semasa mencari komputer tablet tu rupanya stok terakhir jadi dapat jugalah beli dan bawa balik... begitulah hasil dari amalan pola 38 yang membantu kita dalam pelbagai urusan.
.
Testimoni: "...saya dah buat percubaan tentang tarik nafas...saya dah lakukannya dalam solat, hasilnya solat lebih kushuk, t kasih atas teknik tersebut..."
.
Teknik pernafasan ada diajar dalam kursus pola 38 pada 7 Mei (asas teknik) dan seterusnya pada 8 Mei (lanjutan teknik).Jadi amalan pola 38 juga ada manafaat dalam ibadah juga.
.
Amalan pola 38 penyelamat : tidak semua apa yang anda nak dapat sebaliknya apa yang tak dapat itu ada hikmahnya - amalan pola 38 untuk pastikan hidup anda lancar. Ini terjadi semasa Cikgu A-D berada di China lalu yang mana Cikgu A-D teringin nak ke Suzhou untuk shopping tapi tak kesampaian jadi semasa hari terakhir nak balik Malaysia ada duit lebih dan ingatkan nak habiskan di kedai duty-free. Tetapi semasa check-in didapati beg-beg cikgu A-D terlebih berat dan kena bayar excess luggage fee. Nasib baik ada duit lebih tadi tu dapatlah bayar kalau tidak kenalah tinggalkan 1 beg kat sana. Juga ada hikmah tak shopping lebih sangat.

.


Hadis 38: Satu daripada objektif amalan teknik pola 38 terkandung di dalam hadis 38 (daripada kitab Hadis 40). Jika diteliti hadis tersebut ada tujuan tertentu amalan "tenaga dalaman" (pola 38) dibuat. Dapatkan penjelasan di dalam kursus pola 38 pada 7 dan/atau 8 Mei nanti.
.
Tahukah anda cikgu A-D sebagai pengasas teknik pola 38 memakai seluar saiz 38? Hm gemuk lah tu! tapi begitulah angka 38.. kebetulan?
.
Testimoni teknik pola 38: Nyaris disengat lipan ditempat tidur. Cikgu A-D menerima satu SMS daripada pelajar kursus 38 di JB lalu - beliau menyatakan beberapa hari lepas terjaga dari tidur dan kemudiannya rasa gelisah dan sukar untuk tidur semula. Lalu, beliau bangun dan duduk di meja solek nampak wangian 38 lalu dipakainya, mungkin haruman boleh menenangkannya. Selepas itu, beliau kembali ke katil dan mahu bertukar tempat tidur dan apabila dialihkan satu bantal, rupanya ada seekor lipan di bawah bantal tersebut!... begitulah amalan pola 38 satu ikhtiar membantu kita dalam kehidupan, perniagaan, kerjaya dan sebagainya.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Perihal kalau mimpi duit: klik di sini!
http://finance.yahoo.com/news/How-money-problems-show-creditcards-220971237.html?x=0
.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
.
TAHUN MAKANAN & PENDIDIKAN: Semenjak tahun lepas 2010, cikgu A-D telah berpesan tahun 2011 adalah tahun pendidikan dan juga makanan. Seminggu dua ini hangat dibincangkan perihal makanan di sekolah!.. kebetulan? Katanya pihak kementerian akan cadangkan 12 menu makanan di kantin sekolah, jadi sesiapa yang ada dua komponen: pendidikan dan makanan, akan dapat tempias kejayaan jika menu anda dipilih! Pandai-pandailah cari ruang dan peluang supaya anda boleh berada di tempat tersebut. Satu contoh, anak-anak cikgu A-D (dan cikgu juga) sukakan snek MAMEE Monster - tak silap dulu snek ini pernah diwarwarkan sebagai snek untuk sekolah di Australia, jadi mana tau kalau resipi makanan anda pula dijadikan snek/ menu untuk kantin seluruh malaysia. Ataupun jika anda seorang pengusaha kantin sekolah, kenalah buat perubahan menu yang menawarkan menu sihat 1Malaysia juga. Semoga berjaya!
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Testimoni Waktu Berdoa Power (waktu seterusnya pada 28 April 7.30 malam - 9.30 malam):
"Syukur kepada Allah berkat doa waktu ‘power’ dan berkat cari rezeki ikut arah mata angin yang betul rezeki pun bertambah. Sejak 2007 buka cawangan... saya tak pernah bayar zakat tetapi sejak saya ambil alih sepenuhnya jaga pejabat ni saya ambil masa 6 bulan sahaja dah mampu bayar zakat dan terbaru mampu beli emas, Kepada Allah saya bersyukur kepada En A-D saya ucapkan t kasih berkat ilmu yang saya pelajari. Allah telah mengeluarkan saya dari tempoh kesengsaraan, Allah akan membalas segala jasa En A-D."
.
Gunakanlah ikhtiar daripada kaedah pernomboran untuk membantu anda dalam kehidupan, perniagaan atau kerjaya. Jika anda serius mahu berjaya dan kaya, marilah bersama-sama mendalami potensi dan prestasi diri anda secara kaedah pernomboran di sini.
.

Kekayaan Pola 38: baru-baru ini isteri cikgu A-D menyatakan kehairanan kerana sejak awal tahun ini hingga kini ada saja rezeki masuk untuknya - dapat claim, dapat insentif, dapat merit dan sebagainya (padahal bukanlah Virtuous Star atau Kitaran 6 pun). Lalu... cikgu A-D bukalah satu rahsia amalan yang cikgu A-D buat kepada isteri cikgu A-D, tak beritahu pun kepadanya sebelum ini dan amalan itu memang dimulakan sekitar awal tahun ini... iaitu teknik pola 38... ketahuilah tekniknya nanti pada kursus pola 38 pada 7 Mei nanti (Daftar: SMS taip TA untuk 7 Mei Bahagian 1: 2.30 petang - 6 petang RM138 dan SMS taip TB untuk 8 Mei Bahagian 2: 10 pagi - 5 petang RM238).
.
Kebetulan, semasa cikgu A-D berada di China tempohari, isteri memerlukan duit yang banyak sebab ada urusan besar, sekali lagi rezeki masih ada... buka je peti besi cikgu A-D adalah duit untuknya di situ...Jadi, tak payah susah-susah nak gaduh dengan isteri.. malah sayangkan isteri (atau isteri-isteri) tu lebih sikit lebih baik (sebab tu agaknya definisi istrirehat iaitu "isteri rehat"...ada rezeki yang lebih banyak... itu pun jika anda tahu caranya. Cikgu A-D tak berapa faham kenapa ada suami isteri yang mahu selalu bertengkar siap gaduh-gaduh.. walaupun pernah terjadi kepada Cikgu A-D dulu (sebelum belajar kaedah pernomboran), kini bila dah belajar barulah tahu kadang kala rezeki tu tak nak masuk ke rumah kita atau rezeki meninggalkan rumah kita kerana malaikat tak nak masuk sebab asyik gaduh je, bermasam muka je dalam rumah... jadi kalau anda tak kaya-kaya tu faham-fahamlah sendiri kenapa hidup keluarga anda tunggang langgang jika anda dan pasangan asyik berperang.
.
Dalam perkahwinan (atau di tempat kerja pun atau semasa belajar pun) sentiasa ada sahaja masalah, jadi perlulah kita sentiasa selesaikan dengan baik. Kalau tak nak hidup ada masalah saja, ada caranya... kenali potensi diri tu lebih mendalam!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
.
.

"It's never too late to be what you might have been. Stop reliving the past; live in the present and face the future with courage, hope and faith"













.
.
.
Success... is not measure by the value of wealth that you have accumulated throughout your lifetime! When you achieved your dream - no matter how simple that dream may be... it is only then, that will be able to appreciate what success is all about" - Rolando S Sumalague Jr.






.
.
.
Am not waiting for tomorrow because I am busy bringing the best out of today - Felix Opaleye.














.
.
.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Cikgu A-D akan ke China lagi pada 15 Mei – 5 Jun, oleh itu semua jadual temujanji atau kursus (Kursus Pola Kekayaan pada 21 Mei dan Pola 696 Potensi Perniagaan pada 22 Mei seperti yang diiklankan dalam Mingguan Wanita) di TANGGUHKAN selepas 5 Jun. TEMUJANJI PADA 14 DAN 15 MEI DI KOTA TINGGI DAN JOHOR BAHRU DITANGGUHKAN.
.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Teknik pernafasan pola 38: Semasa di China, di samping cikgu A-D sedang bertugas tetapi dapat juga mendapatkan beberapa pengetahuan terbaru yang ingin dikongsi bersama anda.. salah satunya ialah teknik pernafasan (yang akan diajar pada kursus pola 38 pada 7 Mei dan 8 Mei)... ada sebab kenapa teknik pernafasan ada kaitan dengan pola 38 dan teknik pernafasan ada kaitan dengan sains, maka pola 38 ada kaitan dengan sains biologi di dalamnya... Jadi cikgu A-D cubalah teknik pernafasan itu semasa bersama isteri.. hmm memang power menjadi! Ini yang bertambah sayang isteri ni! Kita akan tengok nanti bagaimana anda boleh menggunakan teknik pernafasan dalam menaikkan fokus, meledakkan kreativiti dan seumpamanya.
.
Tahukah anda teknik Dr Bach yang digelar "Flower Power" iaitu menggunakan pati bunga untuk mengubat penyakit mempunyai 38 jenis bunga! Nanti dalam kursus pola 38 akan diberitahu dan dapatkan e-book percuma Dr Bach tentang 38 jenis pati bunga untuk tujuan kesihatan. Tengok betapa hebatnya angka 38 ni!
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
WAKTU BERDOA KEKAYAAN: MALAM JUMAAT ! MALAM BERKAT !
Pada 28 April 2011 bermula jam 7.30 malam – 9.30 malam
(maghrib ke Isyak)
(untuk rakan-rakan di Sabah dan Sarawak adalah jam 7 malam – 9 malam)
Sama ada anda saudara beragama Islam atau rakan bukan beragama Islam, ambil kesempatan ini untuk berdoa kekayaan, mudah-mudahan kayalah anda.
.
DIMINTA KEPADA SEMUA PEMINAT METAFIZIK UNTUK MENGANJURKAN MAJLIS DOA SELAMAT PADA 28 APRIL TERSEBUT. Sama anda di rumah anda atau di masjid/surau (jamuan kecil-kecilan untuk para jemaah pun dah ok).

.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
PENEMUAN TERBARU SANGAT MENARIK: GRAF HAYAT ANDA ADA TAHUNAN, BULANAN, HARIAN DAN JAM! - baru-baru ini dalam satu sesi konsultansi didapati graf seorang itu ada Terminating Star pada bulan Oktober 2010 dan memang pada bulan itu dia dapat surat "terminate" !

.
Pada hari ini 23 April 2011, cikgu A-D ada Vacuum Star... memang duit keluar banyak hari ni! Bagus juga cara sebegini, sekurangnya membantu kita memahami kehidupan serta membuat perancangan sewajarnya.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
KURSUS POLA 38 PADA 7 dan 8 MEI 2011: kursus yang sepatutnya pada 9 dan 10 April lalu ditunda ke tarikh ini, menariknya kedua-dua tarikh bulan Mei ini mengandungi pola 38 dan peserta kursus akan diberikan waktu berdoa untuk pola 38 untuk 7 Mei dan 8 Mei serta berkesempatan untuk bersama-sama berdoa pola 38 dengan cikgu A-D pada 8 Mei nanti.
.
Bekas peserta kursus pola 38 (JB dan Meru) dijemput hadir untuk ulangkaji RM38 sahaja pada Sabtu 7 Mei (2.30 petang – 6.30 petang) ada beberapa bahan terkini terutamanya teknik pernafasan untuk anda dengar degupan jantung anda sendiri!

.
Mereka yang baru dan berminat pelajari teknik pola 38 dijemput hadir 7 Mei: 2.30 petang - 6 petang (yuran RM138) dan boleh bersambung ke bahagian 2 pada 8 Mei : 10 pagi - 5 petang (RM238 untuk peserta baru atau lama). Peserta 8 Mei dapat percuma sebotol wangian 38 dan CD Brainwave. Banyak latihan menarik seperti telepati handphone dan sebagainya untuk Bahagian 2 pada 8 Mei nanti.
.
Pendaftaran dibuka semula, jadi sila daftar semula – terbuka untuk 20 orang sahaja:
1. SMS taip TA untuk hadir 7 Mei sahaja dan hantarkan ke 016 624 9666.
2. SMS taip TB untuk hadir 7 dan 8 Mei dan hantarkan ke 016 624 9666.
3. Email ke qmas304@streamyx.com
.
Untuk dapatkan flyer maklumat tentang kursus Pola 38 secara email, anda email pertanyaan ke qmas304@streamyx.com atau SMS ke 016 624 9666 (nyatakan alamat email anda dalam SMS).
.
Salam kejayaan sentiasa:

Cikgu EddyRosyadi / Cikgu A-D.

Sinar pengharapan kejayaan

PENEMUAN TERBARU: GRAF HAYAT ANDA BOLEH DIBACA UNTUK TAHUNAN, BULANAN, HARIAN DAN JAM!











.
.
.
Foto Cikgu A-D di China (April 1- 20) Shanghai, Hangzhou & Zhangjiagang





















.
.
.



















.
.
.























.
.
.






















.
.
.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Assalamualaikum... Ni Hao Ma… apa khabar dari Shanghai, China!
.
Cikgu A-D sebenarnya berada di China dari 1 April hingga 20 Apriluntuk membantu satu organisasi dalam persiapan untuk program audit sistem pengurusan kualiti (berkaitan FDA, Quality System Regulation – Amerika Syarikat yang akan datang audit organisasi tersebut pada bulan Mei nanti – mereka yang terlibat dalam industri produk kesihatan dieksport ke Amerika tentu tahu sistem tersebut). Cuaca di sana sejuk: 10 – 20 C.
.
Seperti yang Cikgu A-D beritahu sebelum ini, Cikgu A-D berada di dalam bidang Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System) dan daripada 13 tahun pengalaman dalam bidang itu digunakan untuk bidang Sistem Pengurusan Halatuju Hidup dan Perniagaan (iaitu Kaedah Pernomboran dan Graf Dinamik) kini. Oleh itu, pendekatan Cikgu A-D berbeza dengan tenaga pengajar lain kerana bidang Cikgu A-D adalah berkaitan sistem, produktiviti, peningkatan dan seumpamanya, lebih teknikal dan menggunakan data, audit dan seumpamanya.
.
Cikgu A-D akan ke China lagi pada 15 Mei – 5 Jun untuk fasa terakhir projek tersebut, oleh itu semua jadual temujanji atau kursus dalam tarikh tersebut di TANGGUHKAN selepas 5 Jun. TEMUJANJI PADA 14 DAN 15 MEI DI KOTA TINGGI DAN JOHOR BAHRU DITANGGUHKAN.
.
Blogspot tidak akan diupdate pada waktu tersebut. Email dan SMS akan lewat dijawab dan panggilan telefon tidak akan diangkat (sila email jika ada perihal penting).
.
Untuk makluman, Cikgu A-D tidak dapat kemaskini blog semasa di China kerana laman Blogspot dihalang (blocked) oleh kerajaan China, begitu juga laman Facebook, YouTube dan banyak lagi laman tak dapat dilayari. Syukurlah kita di negara Malaysia boleh akses kepada semua apa jua laman web tanpa batasan yang baik atau yang buruk, nak tulis apa saja dalam internet pun boleh, jadi tak salahkan kerajaan 100% perihal kebebasan bersuara… ada batasan perlu dibuat, ada fleksibiliti perlu diberikan… cikgu A-D juga kesukaran untuk email streamyx kerana berbeza sistem. Jadi mohon maaf jika ada email atau SMS yang lewat dijawab. Walau bagaimanapun, baru-baru ini didapati ada satu sistem untuk buang blocking tersebut tetapi perlu membuat bayaran dan beberapa perisian percuma juga didapati ada di pasaran yang boleh membuka halangan tersebut.
.
TAHUN 2011 TAHUN PELABURAN: seperti yang cikgu A-D dah bilang banyak kali tahun ini tahun pelaburan dan tentunya tahun kekayaan kepada mereka yang memahaminya;
1. Pada 15 April 2011, harga emas pecah rekod USD1486 per auns di US.
2. PHB telah beri dividen dan akan tambah dana untuk AHB (Amanah Hartanah Bumiputera).

WAKTU BERDOA KEKAYAAN: MALAM JUMAAT ! MALAM BERKAT !
Pada 28 April 2011 bermula jam 7.30 malam – 9.30 malam
(maghrib ke Isyak)
(untuk rakan-rakan di Sabah dan Sarawak adalah 7 malam – 9 malam)
Sama ada anda saudara beragama Islam atau rakan bukan beragama Islam, ambil kesempatan ini untuk berdoa kekayaan, mudah-mudahan kayalah anda.
.
DIMINTA KEPADA SEMUA PEMINAT METAFIZIK UNTUK MENGANJURKAN MAJLIS DOA SELAMAT PADA 28 APRIL TERSEBUT. Sama anda di rumah anda atau di masjid/surau (jamuan kecil-kecilan untuk para jemaah pun ok). Pastikan anda bersama atau boleh wakilkan jemaah untuk doakan anda semasa atau selepas waktu solat maghrib tu untuk anda kaya, mewah, bebas hutang, sihat, bahagia dan sebagainya. Yang penting, ghoyat ore kelate: I love pitih!
.
Jika pada malam itu berlaku hujan di tempat anda, sila tadahkan air hujan tersebut (pastikan ditapis bekas dengan kain) kerana petua orang tua-tua, air hujan malam jumaat banyak berkat. Teringat dulu semasa di sekolah SEMSAS, Kuantan, cikgu A-D selalu kumpul air hujan untuk air penerang hati dan pernah sekali tu hujan turun semasa bacaan yasin malam jumaat dapat satu jag dan lepas tu teguk air sampai habis! Nak lulus peperiksaan air penerang hati katakan!
.
Cikgu A-D ada menyimpan beberapa botol kecil air hujan yang dikumpul pada malam Jumaat tidak lama dulu. Kebetulan tempohari cikgu A-D masukkan air hujan malam jumaat tersebut di dalam air minuman kristal dirumah (biasanya anak-anak dan cikgu A-D yang minum), kini anak sulung Cikgu A-D dilantik jadi pengawas sekolah. Kini, anak-anak cikgu A-D semua beruniform – dua orang anak PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) dan seorang pengawas sekolah. Ciptalah rumah yang harmoni untuk anak-anak dan isteri (isteri-isteri?) serta cucu anda juga lah menggunakan teknik air frekuensi tinggi.
.
JANGAN LUPA UNTUK MEMAKAI WANGIAN HARUMAN 38 PADA MALAM TERSEBUT, nak ke masjid / surau ikutlah juga sunnah nabi saw memakai wangian.
.
PENEMUAN TERBARU SANGAT MENARIK: GRAF HAYAT ANDA ADA TAHUNAN, BULANAN, HARIAN DAN JAM!
.
Tahukah anda bahawa Graf Hayat anda boleh digunakan untuk TAHUNAN, BULANAN, HARIAN dan JAM? Semasa di China, cikgu A-D berkesempatan untuk mendalami perihal ini dan ianya boleh digunakan selari dengan graf pretasi bulanan, harian dan jam! Sangat menarik kerana anda boleh mengetahui tahun, bulan, hari malah jam berapa anda ada Vacuum Star, Blocking Star, Virtuous Star dan sebagainya! Contohnya, pada 8 April 2011 lalu, cikgu A-D dibayar elaun oleh organisasi dan sebenarnya pada bulan dan hari tersebut memang ada Virtuous Star! Jadi, menggunakan graf hayat anda boleh periksa tahunan, bulanan, harian dan jam. Untuk tahun 2011 bulan April, cikgu A-D memang ada Virtuous Star, memang bulan April ini duit lebat juga masyuk banyak, tapi ada Vaccum Star juga iaitu duit ada habis sikit pasal gila shopping kat China!
.
Menggunakan graf hayat lebih tepat kerana mengandungi fenomena (star) berbeza dengan pernomboran yang boleh berikan nombor tetapi tidak jelas sangat masalah di dalamnya. Jadi, cikgu A-D, sekali lagi adalah orang yang pertama di dunia, menggabungkan graf hayat dan pernomboran untuk mengkaji prestasi dengan lebih mendalam! Menarik, kerana anda tahu jika anda dalam kitaran teruk pada tahun berapa, bulan berapa malah hari dan jam berapa! Jadi, anda boleh buat perancangan dan strategi persediaan untuk kehidupan anda dengan lebih baik lagi.
.
Mahukah anda menjadi batch pertama yang mempelajari teknik ini? Memang telah ada pengajian sebegini tetapi dalam bahasa Cina dan sukar nak pelajarinya dalam bentuk Cina klasikal. Kini, ianya dibawakan secara moden oleh cikgu A-D untuk anda. Rasanya setakat ini cikgu A-D adalah satu-satunya orang Melayu dan orang Islam di dunia ini yang mengetahui perkara sebegini dan ianya akan dikongsi dengan anda.
.
Berminat? Jemputlah hadir ke worksyop Sabtu “Graf Hayat: Teknik Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam” pada Sabtu 2 Julai (yuran RM50) jam 2.30 petang – 5.30 petang di Pekan Meru, Klang. Dibuka untuk individu yang pernah belajar / mengetahui Graf Hayat sahaja atau memiliki buku Strategi Menyusun Hidup Secara Graf Hayat. Pendaftaran akan dibuka pada 5 Jun nanti selepas cikgu A-D pulang dari China. Elok ditambah pengetahuan anda, jadi anda boleh jadi orang yang terlebih biasa hebat!
.
KURSUS POLA 38 PADA 7 dan 8 MEI 2011: kursus yang sepatutnya pada 9 dan 10 April lalu ditunda ke tarikh ini, menariknya kedua-dua tarikh bulan Mei ini mengandungi pola 38 dan peserta kursus akan diberikan waktu berdoa untuk pola 38 serta berkesempatan untuk bersama-sama berdoa pola 38 dengan cikgu A-D pada 8 Mei nanti.
.
Bekas peserta kursus pola 38 (JB dan Meru) dijemput hadir untuk ulangkaji RM38 sahaja pada Sabtu 7 Mei (2.30 petang – 6.30 petang) ada beberapa update terutamanya teknik pernafasan untuk anda dengar degupan jantung anda sendiri! Mereka yang baru dan berminat pelajari teknik pola 38 dijemput hadir 7 Mei (yuran RM138) dan boleh bersambung ke bahagian 2 pada 8 Mei (RM238 untuk peserta baru atau lama). Peserta 8 Mei dapat percuma sebotol wangian 38 dan CD Brainwave. Banyak latihan menarik seperti telepati handphone dan sebagainya pada 8 Mei.
.
Pendaftaran dibuka semula, jadi sila daftar semula – terbuka untuk 20 orang sahaja:
1. SMS taip TA untuk hadir 7 Mei sahaja
2. SMS taip TB untuk hadir 7 dan 8 Mei dan hantarkan ke 016 624 9666.
3. Email ke qmas304@streamyx.com
.
Untuk dapatkan flyer maklumat tentang kursus Pola 38 secara email, anda email pertanyaan ke qmas304@streamyx.com atau SMS ke 016 624 9666 (nyatakan alamat email anda dalam SMS).
.
Semasa cikgu A-D di China, banyak juga perkara “38” yang berlaku, nak kata kebetulan tak juga sebab banyak yang berlaku seperti sudah dirancang hidup kita ini menjadi mudah sahaja! Contohnya, pada hari cikgu A-D berangkat ke China, makcik yang tinggal bersama kami membantu urusan rumah sebelum ini sudah 3 bulan sakit berada di kampung, tapi tiba-tiba sihat dan datang semula ke rumah untuk bersama isteri dan anak-anak! Dan banyak lagi peristiwa “38”… jadi, mahukah hidup anda dipermudahkan, senang mendapat kejayaan dikala anda kesusahan? Maka tiada lagi Vacuum Star lah, Blocking Star lah, Gaung lah dan sebagainya. Meru, 7 Mei!
.
Pembaharuan di pejabat Meru, Klang: sebuah air-cond baru dipasang di dalam bilik kuliah (kini ada 3 unit) untuk keselesaan peserta dan sebuah unit peti sejuk mini (jenis mudahalih boleh dipasang dalam kereta) juga diletakkan di meja minuman bagi keselesaan anda untuk minuman sejuk/ ais.

.
Cikgu EddyRosyadi







Rakan Konsultan Kehidupan, Perniagaan dan Organisasi anda.







.







Popular Posts