3 tips dapatkan jualan

Assalamualaikum dan selamat pagi 😊😊😊Minggu ini  masih lagi hari hari gaji satu Malaysia. Jadi gunakan masa ini sebaik mungkin untuk buat sales In Sya Allah. 1. Niatkan mudah-mudahan apa yang kita jual membantu mengembirakan dia, membantu orang tutup aurat dengan lebih baik, bantu dia cari...

6 sebab kenapa kita gagal ?

6 SEBAB KENAPA KITA GAGAL?Mengapa ini berlaku?1. Kita tidak berjaya kerana…Kita tidak mempunyai matlamat. Tidak kira matlamat jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Matlamat akan memberi daya fokus dan usaha untuk mencapai impian kejayaan.2. Kita tidak berjaya kerana…Kita tidak mahu berusaha lebih...

Hargai komen dari followers

TIPS BISNES HARI INIREPLY SEMUA KOMEN di instagram dan fb kita. Termasuk yang komen "cantiknya!" Sekurang-kurangnya kita reply "terima kasih sis." 💕Namun untuk komen yang kita tak nampak atau tak perasan gara-gara terlalu banyak notification yang masuk, memang tak dapek nak nolong. 🙏🏻 Customer akan rasa dihargai jika kita reply komen mereka. Boleh jadi mereka akan sentiasa follow update kita...

Refleksi diri setiap hari

Selamat pagi pada semua.Sesungguhnya rezeki itu anugerah dari Allah. Berkat selawat semoga dipermudahkan rezeki kita semua lebih berkat dan baik dari sebelumnya.Jangan lupa refleksi diri setiap hari.Bersangka baiklah pada Allah setiap masa, saat dan waktu.Jangan abaikan Allah di kala senang mahupun...

Aura positif bila dikelilingi orang yang positif

Assalamualaikum semua. Hari ni saya berada di open day Mood Republik. Untuk yang tak tahu apa itu Mood Republik, boleh tengok ig mereka @moodRepublik. Saya tak mahu bercerita tentang Mood Republik tetapi saya terasa terpanggil untuk menulis di sini gara-gara saya sedang merasakan aura positif yang bertubi-tubi menyerang diri. Seronok tak terkata apabila kita berada di sekitar jiwa-jiwa manusia...

Apa itu SWAP REVIEW ?

TIPS BISNES HARI INIPerkara terpenting dalam bisnes ialah MARKETING. Dan dalam bahasa mudahnya, ia bermaksud "memberitahu orang lain bahawa anda jual barang sekian-sekian". Amat difahami bahawa bisnes yang baru bermula sebolehnya tidak mahu mengeluarkan modal yang besar untuk kos marketing. Dan dari situlah wujudnya istilah "swap review" di kalangan instashoppers (yang membuat bisnes menggunakan...

Nota buat hati

[Forwarded from Dr Rozaimi Ramle's Channel]📚 Nota Buat Hati 💚 "Setiap kesusahan, apabila engkau meminta pertolongan kepada Allah, maka ianya akan membawa kemudahan. Manakala, setiap kemudahan apabila engkau bergantung pada diri sendiri atau pada mana-mana makhluk Allah, maka ianya akan membawa kesukaran." 🍃Prof. Dr. Mustafa al-Siba'ie hafizhahullah 🍃Ada orang mengeji apabila ada muslimah...

Rindu pada nabi

https://www.youtube.com/watch?v=9OWkkb5SStoTadi di newsfeed FB, ada orang share video klip macam dalam link tu. Dan satu perkara yang agak mengejutkan diri sendiri, airmata tak tertahan berlumba-lumba keluar walaupun dengar lagu rancak. Lagu tu tentang Nabi kita, Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Bila tiba pada lirik rindu Rasulullah, hati ni sungguh-sungguh rasa diselubungi kesayuan...

Cara paling mudah & penting untuk dapatkan inspirasi bisnes

TIPS BISNES MALAM INICara paling mudah & penting untuk dapatkan inspirasi bisnes; Cuba aim beberapa brand besar (yang lebih kurang produk nya dengan anda) dan "tiruvasi" cara mereka. Ini point yang kerap kali saya beritahu kepada ejen saya. :) KENAPA KENA TIRU MEREKA? Sebab kita nak berjaya macam mereka, jadi kita perlu lalui jalan yang mereka lalui & cuba cara yang mereka...

Sebut In Sha Allah, tapi niat tak nak buat

SEBUT IN SYA ALLAH, TAPI NIAT TAK NAK BUAT Pesan Imam Al-Awzaie:ولو قال : أفعل كذا إن شاء الله تعالى Seandainya seseorang berkata: Aku akan lakukan hal ini, InsyaAllah. ومن نيته أن لا يفعلSedangkan dia berniat untuk tidak melakukannya. كان كذبا وخلفا Maka ini merupakan satu pendustaan dan janji yang palsu.[Jami' al-'Ulum wa al-Hikam]#BroSyariefSha...

Kenapa tidak boleh 'main' harga produk ?

TIPS BISNES HARI INIHari tu kita dah cerita sikit tentang harga dan saya dah janji nak explain sikit kenapa kita tak boleh jual terlalu murah dan jauh beza dari standard harga pasaran. Ini antara sebab-sebabnya:1) Margin keuntungan sedikitKalau kita dapat untung sedikit dan tidak berbaloi dengan kerja susah payah yang kita buat, bagaimana bisnes kita mahu berkembang? Setiap usahawan wajib ada...

Doa kita untuk hari ini

Doa kita untuk hari ini:‎رَبِّ اجْعَلنِي      Ya Tuhanku, jadikan aku ini‎لَكَ شَكَّارًا       hambaMu yang banyak bersyukur kepadaMu‎لَكَ ذَكَّارًا        hambaMu yang banyak  mengingatiMu‎لك رهَّباً        hambaMu yang...

Rasa berat untuk bertaubat

Terkadang, kita rasa berat untuk bertaubat kerana dalam hati ada rasa satu kerisauan kalau-kalau dosa itu bakal terulang. Usah hiraukan kerisauan itu. Kerana kita ada kerisauan yang lebih besar iaitu; bagaimana seandainya ruh meninggalkan jasad tatkala kita masih belum bertaubat atas dosa...

Bagaimana memulakan bisnes tanpa modal?

TIPS BISNES HARI INI Soalan:"Saya minat nak berbisnes tapi tak ada modal. Macam mana ye?"Jawapan:Jual barang orang. Dalam kata lain, jadi ejen dropship. Apa itu dropship?- anda tak simpan stok- anda tak perlu keluar modal- anda tak perlu pos barangApa yang perlu anda buat?Cuma promote barang...

Be positive!!

BE POSITIVE!!! Nak baca satu cerita best? Tentang pentingnya kita untuk sentiasa berfikiran positif. :) Ada satu tempat berubat tradisional ni, raaamai orang berubat dengannya dan Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah. Dia tak ada beri ubat macam-macam, cuma ubat sapu untuk urut-urut sahaja. Untuk...

Japanese people study Islam

Tadi jalan-jalan di ig, terjumpa ig orang jepun yang baru masuk Islam ni namanya @nurarisaMaryam. Rasa kagum dengan mereka yang rajin cari ilmu tentang Islam walaupun mereka belum muslim. Kadang2 kita ni, dah Islam pun tapi tak rajin pergi kuliah atau dengar talk tentang agama, sedangkan ilmu agama...

Harga produk

TIPS BISNES HARI INIHarga: 🌸 Secara etika, kita perlu menjual dengan harga pasaran. Macam mana nak tahu harga pasaran? Tengok standard produk tu dalam pasaran berapa RM harganya. Contoh: tudung bidang 60. Harganya standard dijual dalam RM35 ke atas. 🌸 Kalau kita borong dari orang, atau jadi...

Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi join channel ni walaupun masih kosong. :) Niat di hati kak jida, masa awal-awal buat bisnes ni, memang antaranya untuk kumpul ramai audience supaya kak jida ada platform untuk sebarkan ilmu atau apa-apa sahaja perkara bermanfaat yang ingin kak jida kongsi. Kak jida tengok zaman sekarang, ramai orang dari pentas dakwah yang gunakan channel tersebut...

Nak letak nama apa?

Selamat pagi semua. Selamat beraya! Maruku mana maruku? Meh sikit!Okay, minggu ni kita cover bab profile IG.Ada sahabat kita tanya, nak letak nama apa yang sesuai?NAK LETAK NAMA APA?Perkara pertama yang anda perlu ambil berat adalah, nak letak nama apa? Nama produk ke? Nama perniagaan ke? Atau nama sendiri?Ada beberapa cara yang boleh digunapakai👍  Kaedah 1 : Gunakan nama syarikat, kedai...

Cabaran promosi produk

Terima kasih.. saya akan hubungi pemenang melalui PM... Cabaran seterusnya saya nak anda promot produk anda sendiri tanpa guna sebarang ads & gambar...100% text sahaja..Boleh? Saya nak lihat... 😊Kenapa sy buat cabaran ini? Sebab saya nak tgk berapa ramai yang benar-benar faham apa yang dia jual & untuk siapa produk tu.. Letak hashtag : #zyandotmy untuk saya menyemak hasil kerja...

Menanam jenama dalam minda pelanggan

Salam semua, lama tak update dalam channel ni.Hujuug minggu memang saya jarang online, dan kebetulan minggu tadi balik kampung pula.Alhamdulillah, saya tak tidak bekerja ini boleh lah balik weekdays. Okay, duduk kampung, tak ada apa yang boleh buat sangat, internet pun agak slow, last2 layan TV je lah, tiba-tiba teringat tentang topik kita minggu lepas.Brand atau jenama kita berada di mana, biar...

Tip 35

Tip 35====Produk baru, brand baru, apa langkah pertama?Fokus memberi nilai dulu... jangan terus menjual.. buat orang kenal dulu.. mat salleh panggil awareness marketing...Cara marketing yang sesuai:1) Blog post - macam yang sifufbads buat.. orang yang tak pernah-pernah kenal pun bila baca post dia kat...

Popular Posts